Posts

TERAWAL PULA KELUARNYA

Tentu korang tertanya mana hilangnya sang lekit 2 hari ni, kan?? Blog sepi tak ber update. Semuanya terjadi di luar jangkaan. Ceritanya bermula awal pagi sabtu lebih kurang jam 7 pagi.. Sang lekit terbangun dari tidur akibat dari tendangan kuat baby dalam perut dan kemudian... Korang rasa apa yang berlaku selepas tu? Tak payah la main teka teki yer.. Sang lekit dah selamat lahirkan baby girl, pagi sabtu haritu. walau due date dia 9.911 tapi 20.8.11 dia dah tengok dunia. Kisah di sebalik kelahiran baby girl tu nanti sang lekit cerita yer. Apapun semuanya selamat & di permudahkan. Sakit pun tak lama.. pukul 8 pergi hospita, lebih kurang pukul 9 bersalin secara normal & lebih kurang pukul 11 masuk wad bila dah selesai urusan di bilik bersalin. Semalam (tengahari) sang lekit dah di benarkan balik. Hari ni kat rumah bersama baby girl. Kalau ada kelapangan & kesempatan nanti sang lekit akan cerita pengalaman sang lekit lahirkan baby girl ni. Sekarang ni nak rehat2 kejab.

DARI BLOG DAKWAH KE BLOG SEO

Semua penangan ranking,traffic & duit.. Dari elok - elok berkongsi artikel pasal keagamaan terus bertukar jadi blog SEO. Entri pun asyik highlight/link/caplock/Bold perkataan SEO. Itulah realiti yang terjadi. Sebelum sang lekit mengopek dengan rakusnya isu ni terlebih dahulu sang lekit nak bagitau kat sini ia tidak merujuk secara terus atau senang cakap tak tunding tepat2 kat batang hidung mana - mana blog atau blogger. Siapa makan cili, dia la rasa pedas. Memang sang lekit perasan tentang fenomena SEO yang sedang berlaku sampai blog yang dulunya berkongsi artikel, pandangan atau info/isu tentang keagamaan pun boleh bertukar menjadi blog berentrikan SEO. Pengisian dalam blog dia pun dah makin tak nampak tujuan selain tujuan mengejar ranking, traffic , duit & populariti. Kenapa orang yang suka entri SEO? tentu sekali sebab yang di sebut bagi tujuan menjana pendapat & meraih populariti. Bila dah blog bertukar tema.. dari membawa pengisian yang berguna & baik kepada se...

37 MINGGU 10 KG BERJAYA DI KUMPUL

Diam tak diam dah 37 minggu bermakna lagi 21 hari (3 minggu) untuk di hitung sebelum menempuhi saat2 getir yang penuh suspen juga seram - seram sejuk untuk menyambut sesuatu yang mengembirakan. Semua pun tahu kan.. Si boyot/Mak buyung/Si gemuk/Penguin ni bakal jadi ibu tak lama lagi. Dalam menghitung hari, sempat juga sang lekit dok buat matematik. Dah masuk minggu ke 37 usia kandungan sang lekit, sedar tak sedar dah genap 10 kg berat badan sang lekit bertambah sejak di sahkan hamil sehingga sekarang. 10 kg dalam masa 37 minggu bagi seorang ibu hamil tu biasa kot... kan?? So, tak payah risau sangat perkembangan yang mekar ni. Cuma tertanya - tanya lepas bersalin apakah sudut2 yang kembang & mekar ini akan menguncup & mengembalikan saat - saat indah bentuk badan ku yang dulu?? Nampaknya.. Kalau tak boleh turun dengan sendiri maka kena la usaha sikit. Dengan itu, maka pecahlah tradisi buat pertama kali dalam hidup sang lekit merasai saat2 berdiet. Sebabnya sepanjang hidup san...

MAK BUYUNG, BOYOT, PENGUIN, GEMUK.. TAK SENTAP PUN!

Image
Rata - rata sang lekit baca mengatakan wanita hamil ni sangat sensitif. Mudah tersentuh walau perkara tu kecil sangat. Itu tak di nafikan sebab dari hasil pembacaan sang lekit sejak mengandung ni memang ada artikel/info yang mengatakan wanita hamil memang akan jadi cepat tersentuh. Macam mana pula dengan Si boyot yang bernama sang lekit ni? Diri ku biasa saja.. Sensitif tu ada tapi rasanya takde la serius sangat. Sensitif yang sang lekit rasa bukan sebab perubahan hormon ketika mengandung kot. Sang lekit memang sensitif & akan rasa sentap kalau orang cakap benda buruk tentang anak dalam kandungan sang lekit. Kalaupun sang lekit yang salah tapi takde kena mengena dengan baby dalam perut, jadi sang lekit tak suka dia di kaitkan. Sensitif bila ia berkaitan dengan keluarga. Tu sensitif yang biasa & harus sensitif bagi sang lekit. Tapi ada wanita hamil ni kalau sebelum hamil perangai dia lain tapi selepas hamil dia jadi lain. Salah cakap, salah gurau, salah tanya pun dia akan ja...

PADERI GAY MALAYSIA BAKAL BERKAHWIN

Image
Kali pertama sang lekit tahu rupanya paderi pun ada yang gay yer.. Mungkin jugak sang lekit yang terlepas flight pasal paderi gay ni. Bila belek2 Kosmo online tadi.. tertarik dengan artikel seorang Paderi Gay Pertama di Malaysia yang bakal menamatkan zaman bujangnya dalam usia 41 tahun dengan pasangannya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS).New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu. Dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dia mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif. Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat. Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkah...

BILA ORANG LAIN TAHU SESUATU YANG KITA TAK TAHU TENTANG PASANGAN KITA..

Sejauh mana kejujuran seseorang tu kadang - kadang mata kasar tak dapat mentafsir. Manusia adalah pelakon yang di lahirkan dengan bakat yang semulajadi walau tak beraksi depan kamera atau atas pentas namun bakat lakonan tu memang wujud dalam diri setiap manusia tak kira la banyak atau sikit bakat lakonan yang dorang ada. Sang lekit suka memerhati.. Pun macam tu bukan bermakna sang lekit suka tenung, usya atau tengok orang lain sampai tak kelip mata & mengundang rasa tak selesa tapi memerhati gelagat manusia tak kira dari perbuatan, penulisan atau pergerakkan. Fenomena FB (Facebook) memang tak asing lagi dalam dunia kita hari ni. Budaya menulis apa saja tak kira la berbentuk santai, lawak, peribadi, marah atau luahan perasaan kat dinding facebook pun bukan la benda yang pelik lagi. Di Facebook kita akan berkait - kait dengan antara satu sama lain. Contoh kita add sorang kawan.. kemudian tengok dalam friendlist dia ada makwe, bini, tunang or skandal dia pun terpacak kat situ, sebag...

DAH SCAN JANTINA BABY

Hari ni sang lekit membawa diri lagi ke klinik untuk check up buat sekian kalinya. Hari ni sesi bertemu doktor.. Yelah, kandungan pun dah cecah 8 bulan. Tinggal kurang dari sebulan jer lagi dah nak bersalin kan. Hari ni Doktor scan baby. Tanpa di tanya dia dah bagitau jantina baby secara rasminya. Alahai.. dah tak surprise lagi. Pun macam tu sang lekit nak buat surprise dengan korang semua. Apakah tekaan kawan2 alam maya sang lekit betul atau sebaliknya. Kita tunggu jer sampai baby ni keluar yer. Tekanan darah minggu ni agak tinggi tapi kandungan darah minggu dah ada peningkatan & tak kurang lagi. Macam biasa berat tetap naik dengan jayanya. Tetap maintain seminggu 1 kg.. 2 minggu 2 kg sampai cik misi pun tanya kenapa berat naik banyak. Mungkin sebab selera makan sang lekit yang semakin bertambah kot sekarang berbanding dulu. Baby pun turut membesar. Kata Doktor berat dia 2.5kg sekarang & mungkin akan makin besar bila nak bersalin nanti. Risiko bersalin secara operation pun...