Posts

CERITA DI WAD BAYI : PAKAT DOK TAYANG PERUT PULAK

Lagi kisah di wad bersalin masa Shahila @ Cik Lala di tahan kat wad sebab kuning. Kalau entri sebelum ni ( CERITA DI WAD BAYI: BERSALIN SENDIRI DI RUMAH) cerita pasal pengalaman bersalin & kisah di sebalik perkahwinan ibu - ibu beranak sulung kat wad bayi kali ni kisah tayang perut. Apa cerita di sebalik tayang perut ni.. Jom kita kopek isi kisah ni. Biasa la bila petang2 baby pun tak meragam.. Ibu - ibu kat wad mula buka forum. Macam - macam la cerita keluar. Yang ada pengalaman berkongsi tips, petua penjagaan selepas bersalin. Produk2 yang dorang guna. Si Ibu muda 17 tahun mula buka cerita pasal perut dia yang pecah2 & berparut. Dia pun selak la baju tunjuk kesan parut & pecah2 kat perut dia tu. Ada sorang akak dari wad sebelah datang lepak kat wad kitorang pun bagi la petua kat si ibu muda ni. Tapi petua2 dia macam tak berapa best. Ada di suruh sapu losyen jer.. Sang lekit cadangkan la dia guna Bio Oil.. dia kata mahal. Sang lekit bagitau la tak mahal mana.. botol yan...

CERITA DI WAD BAYI: BERSALIN SENDIRI DI RUMAH

Meriahnya blog melekit dengan cerita2 lepas bersalin ni kan?? Macam bagi peluang pada para pembenci blog melekit untuk cari bahan nak kutuk sang lekit. Maka timbul la isu2 konon sang lekit ni kutuk orang yang suka canang kisah peribadi, alih2 sendiri yang dok kompang cerita peribadi kat blog. Pada mereka yang kurang paham atau ada masalah pemahaman tu.. kat sini sang lekit nak jelaskan buat sekian kalinya, kisah peribadi yang sang lekit maksudkan tu adalah kisah yang tak patut menjadi bacaan umum. Kisah2 yg mampu membuka aib sendiri. Harap maklum yer... Berbalik pada kisah di wad bayi.. Masa Shahila @ Cik Lala (panggilan si acu pada anak buahnya) kena tahan kat wad sebab kuning sang lekit sempat juga la dengar cerita dari para2 ibu kat wad tu. Macam biasa la sang lekit ni jenis suka dengar & jarang nak cerita lebih2 lagi dengan orang yang baru kenal macam tu. Ada sorang adik ni, muda lagi. Umur baru 17 tahun. Bersalin anak pertama mula buka cerita yang dia ni kawen muda sebab ter...

11 HARI TANPA UPDATE, 4 BE MELEKAT LEKIT

Image
Baru sampai dari kampung sebenarnya ni. Sampai subuh pagi tadi. Sang lekit balik kampung malam raya ke 2. Balik beraya bukan balik untuk berpantang walau sampai sekarang masih dalam pantang lagi. Ada lebih kurang 24 hari lagi.. Masa kat kampung memang sang lekit cuba jauhkan diri dari ber online. Sebab dah tahu kalau balik sini, memang kalau ada masa, shahila tak meragam.. Sang lekit akan online. Jadi masa kat kampung cuba penuhkan cuti tu dengan menjauhkan diri dari perkara2 berkaitan online la. Lepas susukan shahila tadi, sempat jenguk Nuffnang. Walau blog melekit ni bersawang selama 11 hari, Nuffnang pemurah nak bagi 4 BE jugak. Alhamdulillah.. rezeki Shahila kot. Sebenarnya banyak cerita nak sang lekit share selain cerita pasal BE tapi memandangkan kesempitan masa, terpaksa sang lekit buat entri yang ringkas2 dulu. Apapun thanks pada kawan2 blogger yang setia & masih sudi menjenguk blog di pinggir longkang ni. Insyaallah, kalau takde aral melintang pukang sang lekit akan...

BUAT KEJUTAN SELEPAS LAHIR KEDUNIA

Image
Sambungan dari kisah DI SEBALIK KELAHIRAN LEKAT LEKIT JUNIOR .. Kenapa agaknya semua orang terkejut termasuk mummy lekatlekit junior bila tengok baby. Bukannya apa.. Last check up doktor scan (16 Aug 11) haritu & cakap baby sang lekit mungkin dah cecah 2.5kg tapi bila keluar jadi lain pula. Orang tengok perut sang lekit pun tak jangka yang keluar akan sebesar itu. Besar ke? Bukan terlebih besar dari size perut tapi terkecil dari jangkaan semua. Bila keluar berat baby cuma 1.93kg jer. Berat2 dalam perut selama ni cuma banyak air jer. Orang tua2 cakap kembar air gitu. Lagipun en hubby bagitau masa bersalin haritu memang banyak air yang keluar. Maka kena la masuk NICU 1 hari baby tu sebab tak cukup berat tapi boleh keluar awal lepas doktor sahkan dia sihat, aktif & pandai menyusu. Yelah baby sang lekit cukup bulan, cukup sifat & takde sebarang masalah cuma kecik je. Selepas lahir yang pelik sang lekit tak dengar pun baby menangis. Lepas nurse bawak pergi mandikan & dat...

GAMBAR BABY GIRL PENYANYI ELYANA

Image
Mesti korang kenal kan dengan penyanyi Elyana yang popular dengan lagu kalis rindu. Teruja sang lekit dengar penyanyi Elyana selamat melahirkan baby girl petang semalam. (Sumber rujukan : Media Malaya ). Sorang lagi Geng anak august lahir. Sang lekit pun lahir bulan ogos. Op's.. Hari ni genaplah 15 tahun usia sang lekit. Boleh gitu menyamar gadis 15 tahun?? Kekekekekeke Elyana & suami. Carian google Tahniah kepada Penyanyi Elyana & suami atas kelahiran baby girl yang comel tu. Ni la baby girl dorang yang cute & sebaya dengan baby girl sang lekit. Cuma beza 7 hari jer

DI SEBALIK KELAHIRAN LEKAT LEKIT JUNIOR..

20 Aug 2011 7.00 am (lebih kurang la masa tu) sang lekit terbangun dari tidur sebab di kick boxing baby dalam perut dengan tahap kekuatan yang agak boleh di banggakan. Kebetulan haritu sahur semua terbabas, jadi bila dah terbangun terus bangun la. Dari bilik berjalan ke bilik air.. Terasa macam air turun tapi tak rasa air kencing. Bila check.. air tu warna jernih & sedikit berledir. Untuk kepastian, sang lekit sempat online & search tentang air yang keluar tapi tetap tak yakin samada air ketuban atau tak. Sebab takde sebarang sakit, sang lekit call pula kawan sang lekit (Kakjun) kat sabah untuk lebih penjelasan. Dia suruh sang lekit bersiap2 terus ke hospital walau tak sakit pun sebab dah ada tanda2 bersalin. Tapi sang lekit lengah2 kan lagi sebab tak sakit. Tapi bila kali kedua turun baru sang lekit mula mandi & bersiap. Tapi tak kejutkan hubby bangun cuma bagitau jer dah turun air. Lebih kurang 7.30 pagi mula rasa sakit. Bila sakit tu makin kerap (hasil dari pembacaan sa...

KISAH ANON & KISAH KELUAR MASUK WAD

Kesian pula tengok blog ni tak terbelai sejak lahirnya Lekatlekit junior 7 hari lalu. Cuma sempat sang lekit baca komen2 yang di tinggalkan jer. Di celah - celah komen yang banyak masuk, tak terkecuali komen anon yang tak berapa anon nak menyampuk. Yelah dia pun nak jugak memeriahkaripapkan diri kat blg melekit ni kan?? Kelakarnya si Anon tu.. di blog si nun yang ada menulis pasal sang lekit yang selamat melahirkan baby sulung, di komen konon dengan teguran berhemah pasal entri apek vs elia (canang kisah peribadi tu) ada pula identiti & pautan ke blog dia, tapi kat entri di blog sang lekit jadi anon lak dia. Takpe la kak.. Mungkin akak tak berapa lulus lagi nak jadi anon. Belajar pelan2 yer agar berjaya dengan gilang gemilang sebagai anon di dalam arena blog ni. Insyaallah apa yang akak hajati nak tumpang traffic dari blog orang tu untuk buat blog akak popular akan tercapai. Mungkin sang lekit tak berapa baik hati nak share link ke blog akak tapi tak mustahil masih ada blogger ya...