Posts

KEBUN EMAS ALAM GHAIB

Bila di beri gelaran seorang ustaz kita melabelkan seseorang tu tinggi ilmu agamanya sehingga mampu menjadi tempat untuk orang lain menimba ilmu agama & merujuk kepadanya tentang agama tapi sayangnya kisah seorang ustaz ni. Walau dia seorang ustaz tetap terjebak dalam kumpulan ajaran sesat. Kumpulan ajaran sesat ni di katakan kononnya mampu menyedut kemewahan dari kebun emas yang wujud di alam ghaib menyebabkan seorang ustaz sanggup meminjam duit dari Along sebanyak RM20K untuk membeli ‘kebun pokok emas’ berkeluasan sembilan hektar yang kononnya terletak di alam ghaib. Guru agama itu juga berzikir di tengah padang sekolahnya pada tengah malam kerana tindakan itu dikatakan membolehkannya mendapatkan kemewahan dengan lebih cepat. Akibat dari perkara tu isteri dan tiga anaknya kini terpaksa hidup bagai pelarian selepas diancam along. Aduhai.. Memang duit & kemewahan buat orang hilang pedoman tak kira siapapun dia. Sepatutnya seorang pendidik ni lebih bijak & matang membu...

KENDURI & GELANG SEPARUH LENGAN MAKCIK - MAKCIK

Image
Tadi sempat baca Harian Metro Online dengan berita utamanya kisah majlis merisik bertukar trajedi apabila wang tunai & barangan kemas mereka di rompak. Kerugian di anggarkan cecah RM50k jugak la. Teringat sang lekit kalau kat kampung tak kira la apa majlis pun.. kenduri kawen, merisik atau bertunang golongan akak2 & makcik2 ni mula sesi tayang menayang barang kemas. Biar tudung senget sebelah takpe janji gelang tangan separuh lengan ala2 mami jarum, rantai leher biar besar dari rantai basikal. Meriah badan akak2 & makcik2 bila tiba kenduri. Teringat sang lekit sorang minah kat kampung sang lekit ni.. Umur dia muda 2 tahun dari sang lekit tapi akibat pergaulan dia banyak dengan akak2 & makcik2 yang selalu berforum kat kedai runcit mak bapak dia sementara menanti bapak dia balik pasar bawak ikan sayur bagai untuk di jual, maka perangai dia ala2 makcik2 kepoh jugak. Kalau cerita bab barang kemas, dia handal la jugak. Handal ala2 makcik2 la bila cerita pasal barang ke...

PETUA ELAK DI SIHIR MELALUI GAMBAR

Image
Hari ni kecoh bila Kosmo menyiarkan artikel berkenaan seorang gadis yang menjadi mangsa sihir melalui gambar yang di ambil oleh seorang perempuan jahat di laman Facebook dia. Semua kecoh pasal isu tu.. Jadi tak perlu sang lekit kopek lagi cerita sihir melalui gambar dari laman sosial tu. Apa yang sang Lekit nak kongsi adalah petua atau amalan untuk mengelak dari kita turut menjadi mangsa sihir melalui gambar ni. Memang benda ni sang lekit pernah dengar dalam rancangan WHI, tapi bila dah lama, jadi ingat2 lupa maka terpaksa la menggunakan khidmat pawang google la. Hasil jampi serapah pawang google, meh kita tengok hasilnya. Petua & Amalan untuk mengelak di sihir melalui gambar 1. Sekiranya korang  upload gambar di FB, Blog @ mana2 laman sosial jangan sekali-kali mempamerkan keseluruhan tubuh badan. Hanya separuh sahaja kerana, gambar keseluruhan akan menampakkan kelima-lima pancaindera kita dan memudahkan sihir dihantar. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Sya...

LAWAK MAKCIK JAGA WAD BERSALIN

Lagi berkisahkan cerita dari hospital. Wah banyak betul yer cerita sang lekit kat hospital walhal tak lama pun kat wad. Masa bersalin hanya 1 malam jer menginap kat wad.. 3 hari lepas tu Shahila di sahkan kuning kena tahan kat wad 2 hari. Takde lak berminggu2 bercuti kat hospital. Ni kisah selepas sang lekit bersalin. Akibat cik lala tak cukup berat, Jadi Cik Lala kena masuk NICU. Malam tu sang lekit & en hubby nak ke wad NICU tengok baby.. sampai kat meja makcik jaga tu bila tengok sang lekit jalan kaki dia suruh hubby ambil wildchair. Sementara tunggu en hubby tu tetiba sorang makcik jaga yang sedang berbuka puasa buat lawak ke, sindir ke atau beramah mesra.. sang lekit tak pasti lak. Tapi rasa ada keanehan dari kata2 berbentuk pertanyaan tu. Tetiba makcik jaga tu cakap.. "Bila la kau mengandung dik, tetiba dah bersalin." Terpinga jugak sang lekit. Dia kenal aku ker? Pelik je rasa bila dia cakap macam tu. Atau dia nak sindir. Yelah sang lekit kan memil...

BILA MAK BAPAK BERKERAS, ANAK BERDEGIL

Image
Laila Majnun.. Romeo & Juliet. Tu antara kisah cinta terhalang yang paling popular hingga kini. Kisah cinta yang tak kesampaian hingga menyebabkan trajedi & Kematian. Mungkin sebab terlalu taksub dengan kisah2 cinta terhalang maka zaman sekarang ni ramai manusia nak jadi macam Kais & Laila atau Romeo & Juliet. Sempat tengah2 malam jenguk Harian metro online terbaca la sat berita yang bertajuk Riwayat cinta yang mengisahkan sepasang kekasih mengambil keputusan untuk bunuh diri dengan minum racun sebab cinta dorang tak di restui keluarga. Akibat dari tindakkan kurang bijak pasangan kekasih tu, yang lelaki meninggal dunia, yang perempuan pula kritikal. Pasangan kekasih cinta terhalang Cerita pasal tu rasanya semua orang dah baca kan.. Apa yang sang lekit nak kopek kat sini adalah punca trajedi ni berlaku. Bila mak bapak berkeras menghalang, anak pula degil.. masing2 taknak mengalah.. takkan ada happy ending untuk kedua2 belah pihak. Andaikata.. kalau mak bapak berker...

CERITA DI WAD BAYI : PAKAT DOK TAYANG PERUT PULAK

Lagi kisah di wad bersalin masa Shahila @ Cik Lala di tahan kat wad sebab kuning. Kalau entri sebelum ni ( CERITA DI WAD BAYI: BERSALIN SENDIRI DI RUMAH) cerita pasal pengalaman bersalin & kisah di sebalik perkahwinan ibu - ibu beranak sulung kat wad bayi kali ni kisah tayang perut. Apa cerita di sebalik tayang perut ni.. Jom kita kopek isi kisah ni. Biasa la bila petang2 baby pun tak meragam.. Ibu - ibu kat wad mula buka forum. Macam - macam la cerita keluar. Yang ada pengalaman berkongsi tips, petua penjagaan selepas bersalin. Produk2 yang dorang guna. Si Ibu muda 17 tahun mula buka cerita pasal perut dia yang pecah2 & berparut. Dia pun selak la baju tunjuk kesan parut & pecah2 kat perut dia tu. Ada sorang akak dari wad sebelah datang lepak kat wad kitorang pun bagi la petua kat si ibu muda ni. Tapi petua2 dia macam tak berapa best. Ada di suruh sapu losyen jer.. Sang lekit cadangkan la dia guna Bio Oil.. dia kata mahal. Sang lekit bagitau la tak mahal mana.. botol yan...

CERITA DI WAD BAYI: BERSALIN SENDIRI DI RUMAH

Meriahnya blog melekit dengan cerita2 lepas bersalin ni kan?? Macam bagi peluang pada para pembenci blog melekit untuk cari bahan nak kutuk sang lekit. Maka timbul la isu2 konon sang lekit ni kutuk orang yang suka canang kisah peribadi, alih2 sendiri yang dok kompang cerita peribadi kat blog. Pada mereka yang kurang paham atau ada masalah pemahaman tu.. kat sini sang lekit nak jelaskan buat sekian kalinya, kisah peribadi yang sang lekit maksudkan tu adalah kisah yang tak patut menjadi bacaan umum. Kisah2 yg mampu membuka aib sendiri. Harap maklum yer... Berbalik pada kisah di wad bayi.. Masa Shahila @ Cik Lala (panggilan si acu pada anak buahnya) kena tahan kat wad sebab kuning sang lekit sempat juga la dengar cerita dari para2 ibu kat wad tu. Macam biasa la sang lekit ni jenis suka dengar & jarang nak cerita lebih2 lagi dengan orang yang baru kenal macam tu. Ada sorang adik ni, muda lagi. Umur baru 17 tahun. Bersalin anak pertama mula buka cerita yang dia ni kawen muda sebab ter...