Posts

CIK LALA MODEL BOTOL SUSU

Image
Ha kau.. Sehensem2 mummy, shahila jugak bertuah terpilih sebagai model untuk kali ni sekaligus menyingkirkan juara bertahan selama ni aitu mummy nya sendiri. Wah! bertuah kan?? Apa yang bertuahnya kalau Cik Lala cuma jadi model header baru mummy dia. Setelah sekian lama, hanya muka mummy shahila yang menghiasi header di blog melekit, kini tiba giliran cik Lala pula mengantikan tempat mummy kali ni. Header bertemakan 'Baby On board' gitu, dihiasi gambar Cik Lala ala2 Paris Hilton hasil susukkan mummy sendiri, menjadikan shahila yang masih botak berambut gitu. Apamacam Header baru ni?? Kelas Cik Lala jadi model header mummy kan.. Takpe nanti mummy upah susu yer Very the 'Mak - mak" kan sang lekit sekarang. Harus la sedar diri dah beranak. Jangan nak menyamar gadis sunti 15 tahun lagi walhal diri tu dah kertu. Bila tengok orang lain gunakan anak sendiri sebagai model kat blog dorang, sang lekit pun nak jugak. Anak umpama anugerah jadi tak salah kita berbangga dengan ...

HARGA 1 NYAWA CUMA 5 TAHUN PENJARA

Image
Kes adik Aminulrasyid Amzah, Remaja 15 tahun yang di tembak mati oleh seorang anggota polis tahun lalu rasanya ramai yang masih ingat kan?? Semalam sang lekit sempat tengok berita, Anggota polis tersebut di dapati bersalah & di jatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Cuma 5 tahun je bagi kesalahan menyebabkan kematian orang lain? Semoga Rohnya di cucuri rahmat.. Al-Fatihah Di harian Metro hari ni Hakim Mahkamah Sesyen, Latifah Tahar memberi kenyataan.. Hukuman 5 tahun penjara di putuskan setelah  mahkamah mengambil kira kes ini membabitkan anggota polis yang sudah berkhidmat selama 25 tahun. Mangsa adalah pelajar berusia 15 tahun dan kes ini babitkan kepentingan awam apabila ia diikuti banyak pihak. mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. pihaknya berpendapat Jenain tidak perlu melepaskan 21 das tembakan terhadap kereta dipandu oleh Aminulrasyid memandangkan keadaan pada masa kejadia...

WORDLESS WEDNESDAY LUCAH

Image
Trend tanpa kata pada hari Rabu bukan fenomena baru dalam blog. Sapa suka buat, sapa rasa dia belum hilang kata - kata bila menjelang hari Rabu, teruskan berkata2 macam biasa. Ni bukan kes Wordless Wednesday yang biasa berkongsi gambar2 biasa yang tak menganggu gugat kestabilan otak & pemikiran orang lain tapi ni pasal blogger yang kurang berpendidikan moral & bertanggungjawab dengan menyebarkan gambar lucah pada entri Wordless Wednesday. Tak tahu la macam mana sang lekit bolen Memfollow blog itu. Sah2 kes U follow me, I follow U back la.. sebab sang lekit pun di antara pengamal sistem macam tu walau dalam diam. Yelah.. kita follow orang yang follow kita sebagai tanda perkenalan. Kumpul bloglist banyak2.. bila nak baca boleh pilih entri2 yang menarik. Pendek kata banyak pilihan bila banyak blog yang tersenarai, kan?? Bila terserempak blog ni kat reading list (Blog I'm Following) tergamam seketika. Termalu sendiri lak. Kat Reading list tu pun dah terpapar tajuk & gam...

BILA CIK LALA MERAGAM & ANAK BULU2 TERLEPAS KANDANG

Satu malam tak tidur di sebabkan Cik Lala @ Shahila meragam sampai pagi. Sang lekit pun tak tahu kenapa, mungkin dia tak sihat. Badan dia takde la panas sangat cuma suam2 jer. Apa lagi asyik nangis je la dia. Tidur kejab 5-10 minit lepas tu bangun. Korang bayangkan la.. macam mana letihnya sang lekit kena jaga cik lala semalaman. Sampai pukul 7 pagi tadi cik lala masih meragam. Kena dukung baru diam. Naik lenguh tangan sang lekit pangku dia. Tengah dok pujuk Cik lala tidur pagi tadi tiba - tiba kelibat satu makhluk yang tak asing lagi dalam rumah sang lekit muncul dalam bilik. Aduhai.. satu lagi masalah. Hamster terlepas lokap. Sah2 satu kandang dah melarikan diri ni. Bayangkan ada 5 ekor.. Nak tangkap seko2 bukan senang. Apa lagi memandangkan dorang baru je berjaya loloskan diri maka perjalanan dorang tak terpencil sangat dalam rumah ni. Dorang tak sempat nak main sorok2 lagi. Baru dok pilih port nak sembunyi. Terpaksa la sang lekit tangkap seko2. Dalam pada masa yang sama sambil ...

KEBUN EMAS ALAM GHAIB

Bila di beri gelaran seorang ustaz kita melabelkan seseorang tu tinggi ilmu agamanya sehingga mampu menjadi tempat untuk orang lain menimba ilmu agama & merujuk kepadanya tentang agama tapi sayangnya kisah seorang ustaz ni. Walau dia seorang ustaz tetap terjebak dalam kumpulan ajaran sesat. Kumpulan ajaran sesat ni di katakan kononnya mampu menyedut kemewahan dari kebun emas yang wujud di alam ghaib menyebabkan seorang ustaz sanggup meminjam duit dari Along sebanyak RM20K untuk membeli ‘kebun pokok emas’ berkeluasan sembilan hektar yang kononnya terletak di alam ghaib. Guru agama itu juga berzikir di tengah padang sekolahnya pada tengah malam kerana tindakan itu dikatakan membolehkannya mendapatkan kemewahan dengan lebih cepat. Akibat dari perkara tu isteri dan tiga anaknya kini terpaksa hidup bagai pelarian selepas diancam along. Aduhai.. Memang duit & kemewahan buat orang hilang pedoman tak kira siapapun dia. Sepatutnya seorang pendidik ni lebih bijak & matang membu...

KENDURI & GELANG SEPARUH LENGAN MAKCIK - MAKCIK

Image
Tadi sempat baca Harian Metro Online dengan berita utamanya kisah majlis merisik bertukar trajedi apabila wang tunai & barangan kemas mereka di rompak. Kerugian di anggarkan cecah RM50k jugak la. Teringat sang lekit kalau kat kampung tak kira la apa majlis pun.. kenduri kawen, merisik atau bertunang golongan akak2 & makcik2 ni mula sesi tayang menayang barang kemas. Biar tudung senget sebelah takpe janji gelang tangan separuh lengan ala2 mami jarum, rantai leher biar besar dari rantai basikal. Meriah badan akak2 & makcik2 bila tiba kenduri. Teringat sang lekit sorang minah kat kampung sang lekit ni.. Umur dia muda 2 tahun dari sang lekit tapi akibat pergaulan dia banyak dengan akak2 & makcik2 yang selalu berforum kat kedai runcit mak bapak dia sementara menanti bapak dia balik pasar bawak ikan sayur bagai untuk di jual, maka perangai dia ala2 makcik2 kepoh jugak. Kalau cerita bab barang kemas, dia handal la jugak. Handal ala2 makcik2 la bila cerita pasal barang ke...

PETUA ELAK DI SIHIR MELALUI GAMBAR

Image
Hari ni kecoh bila Kosmo menyiarkan artikel berkenaan seorang gadis yang menjadi mangsa sihir melalui gambar yang di ambil oleh seorang perempuan jahat di laman Facebook dia. Semua kecoh pasal isu tu.. Jadi tak perlu sang lekit kopek lagi cerita sihir melalui gambar dari laman sosial tu. Apa yang sang Lekit nak kongsi adalah petua atau amalan untuk mengelak dari kita turut menjadi mangsa sihir melalui gambar ni. Memang benda ni sang lekit pernah dengar dalam rancangan WHI, tapi bila dah lama, jadi ingat2 lupa maka terpaksa la menggunakan khidmat pawang google la. Hasil jampi serapah pawang google, meh kita tengok hasilnya. Petua & Amalan untuk mengelak di sihir melalui gambar 1. Sekiranya korang  upload gambar di FB, Blog @ mana2 laman sosial jangan sekali-kali mempamerkan keseluruhan tubuh badan. Hanya separuh sahaja kerana, gambar keseluruhan akan menampakkan kelima-lima pancaindera kita dan memudahkan sihir dihantar. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Sya...