Posts

BEZA DULU & SEKARANG BILA JUMPA ARTIS

Tak di nafikan sang lekit pada zaman remajanya fanatik juga dengan artis2 ni. Nak - nak lagi sang lekit bukan la membesar kat kotaraya.. Nun kat kedah sana. Nak jumpa artis pun sekali sekala jer. Tu pun kalau dorang datang kat tempat yang dekat dengan sang lekit untuk roadshow, promosi album, filem bagai la.. Masa zaman gedik2 tu memang teruja jugak la bila jumpa artis. Kalau tahu artis tu datang, siap2 isi filem dalam kamera (org kedah cakap kodak walhal kodak tu brand filem dalam kamera. Tapi brand apapun filem tu tetap kita panggil kodak). Masa zaman sang lekit tu rasanya Digicam tak famous or mungkin takde lagi kot. Tak pasti pulak.. sebab den hanya mampu guna camera filem tu jer. Koleksi2 gambar artis yang sang lekit simpan tu ada jugak.. tapi semua dalam arkib kat kampung. Ramai juga la artis2 yang sang lekit tengok secara live masa zaman gedik2 tu termasuklah artis kegilaan sang lekit masa tu KRU & amy mastura. Masa Amy Mastura datang buat promosi album dia sang lekit te...

RM500-RM1K HARGA UNTUK JEMPUT CIKGU SHIDA MIMING DI MAJLIS ANDA

Image
Tu dia.. Cikgu shida dah buka quotation bagi sesapa yang berminat nak suruh cikgu shida ber miming kat majlis korang. Miming di majlis?? Apa kes?? Aduhai cikgu shida.. Setakat miming tu nak suruh orang bayar baik la jemput penyanyi. Penyanyi suam2 kuku pun takpe, sekurang kurangnya dia menyanyi pakej dengan menari sekali bukan setakat miming. Korang pernah tengok tak video cikgu shida miming kat karnival apatah.. setakat miming, jalan sini, jalan sana.. goyang2 badan sikit. Macam tu je nak suruh orang bayar?? Tak tahu la kalau orang lain rasa terhibur & yakin cikgu shida ni mampu memeriahkan & menghiburkan tetamu kat majlis dorang. Tapi bagi sang lekit la setakat miming jer... ada baik rm500 -rm1k tu aku tambah lauk pauk, jemput lebih sikit tetamu. Bagi dorang makan puas - puas.Cukup tak berbaloi nak bayar kalau hanya bermiming macam tu.

CULIK MAK SEBAB ANAK MERAGAM

Image
Ni apa kes pulak ni.. Anak sapalah yang kejam sangat sanggup culik mak sendiri. Tak takut jadi anak derhaka ker? Apa kes anak meragam, mak di culik? Nak tau apa kes.. Teruskan membaca. Macam2 kes ada.. kekekeke Ni kisah cik lala la. Sejak dua menjak meragam jer. Paling teruk selepas mak pergi berehat2 kat rumah adik sang lekit. Dah teruk sangat meragamnya.. menangis siang malam, semalam en hubby pergi culik mak kat rumah adik. Dalam erti kata yang tak bergimik ganas, jemput mak balik kerumah kkitorang sementara dia masih kat sini. Minggu depan mak dah nak balik kampung. Elok la pulak lala semalam. Tak meragam langsung. Cuma siang je dia meragam, malam tak lagi. Tidur pun ok. Bangun minum susu jer tapi letih jugak sebab lala 1 jam sekali bangun minum susu. Pun macam tu, lebih baik la dari dia bangun minum susu lepas tu menangis & taknak tidur sampai siang, kan?? At Least walau 1 jam sekali dia bangun, dapat la jugak lelap mata. Takde la lemau sangat rasa. Jadi mak yang kitorang ...

DUGAAN & BE

Image
Walaupun proses mengandung & melahirkan lala agak mudah.. tak tak semuanya mudah dalam proses membesarkan lala. Mula2 lahir, lala memang baby yang tak banyak ragam. Tapi selepas balik dari kampung raya haritu perangai lala mula berubah. Lala semakin banyak ragam, suka menangis & sekarang ragam dia semakin menjadi jadi. Mula2 ragam dia tak nak tidur malam jer.. sekarang ni malam siang lala kurang nak tidur & suka menangis. Semalam sehingga siang, lala meragam sampai sang lekit & en hubby tak tidur. Sebab dah dekat sebulan lala jadi macam tu walaupun takde sebarang sakit, awal pagi tadi en hubby & sang lekit bawa lala ke darul syifa bangi. pukul 5.30 pagi dah keluar nak elak dari jam. Lagipun memang kitorang tak tidur. Tapi sepanjang perjalanan & sampai la menerima rawatan kat darul syifa lala tidur jer tapi sampai je rumah dia kembali meragam. Menangis, tak tidur.. serba tak kena. letak salah, dukung salah. Betul2 menguji.. Tapi nak buat macam mana, lala anak...

TIBA MASANYA UNTUK SESI 'PANTANG TENGOK'

Cik lala dah genap 45 hari maka dengan ini tamatlah episod berpantang sang lekit. Tak tergambar kegirangan.. selama 44 hari dugaan makan amat menduga berbanding dugaan2 yang lain. Bila tengok hubby dengan mak best je makan macam2.. kejab nasi goreng, mee goreng, laksa, Mc D, KFC bagai.. Daku hanya menjamah ikan & sayur setiap hari. Ikan pun ikan tertentu. Masakan pun masakan tertentu je boleh makan. Sebak di dada tau! kekekeke Dan hari bermula la episod makan tanpa sempadan. Edisi membalas dendam pada en hubby yang suka sangat menduga sang lekit. Op's jangan labelkan beliau kejam yer.. Kitorang memang suka bergurau macam tu. Sang lekit tak kisah pun walau tergugat juga dengan tayangan secara langsung en hubby yang suka menunjuk2 makanan yang sang lekit tak boleh makan masa berpantang. Walaupun bermula episod baru 'pantang tengok' tapi tetap la kena ada pantang larang jugak. Lala kan menyusu badan.. Jadi kena korbankan makanan2 yang boleh memberi kesan pada kesihatan c...

SANG LEKIT KAWEN SEBAB KENA TANGKAP BASAH

Image
Haters blog melekit mesti berpusu2 clik entri ni kan?? Mesti taknak lepaskan peluang nak hentam sang lekit bila tengok tajuk entri tu. Sabar ye puan2 & tuan2 sekalian.. Ia hanya sebuah tajuk yang anda belum kopek apa isi dalamnya. Tapi betul ke sang lekit kawen sebab kena tangkap basah? Ye betul.. Betul sang lekit kawen tanpa planning yang gedebak gedebuk macam orang lain. Tanpa preparation yang tak cukup kaki tangan nak siapkan, tanpa ada tempoh masa yang panjang. Hanya 1 bulan, en hubby minta izin dengan mak ayah nak kawen dengan sang lekit. Awal bulan en hubby jumpa dengan mak ayah bagitau hasrat hati dia nak kawen dengan sang lekit, dia nak nikah hujung bulan  tu jugak. Mula2 Arwah ayah setuju, tapi hasil perbincangan keluarga, 6.6.2010 menjadi tarikh pilihan masa tu. So, setelah kedua mempelai & keluarga setuju, maka bakal pengantin ni pun gegas la buat persiapan yang asas jer untuk majlis kawen tu. Hal kenduri kendara family yang uruskan kat kampung, kita kat sini u...

MAMAT PAKAI SELUAR PENDEK TAKPE JANGAN FIDA PAKAI TOPI

Image
Sekali lagi mamat sepah akan di kritik oleh sang lekit. Sang lekit bukan nak buat entri pasal Fida & mamat ni dah clash bagai. Pasal dorang dah pisah tu.. bagi sang lekit takde yang menarik pun tapi ada yang lebih menarik susulan dari kes tu yang buat sang lekit pun tertarik nak kopek dalam blog melekit ni. Sang lekit taknak la komen tentang si fida yang dulunya bertudung & kini hanya menutup rambut dengan topi ala2 Dato Ct tu. Siapalah sang lekit nak komen orang pasal tudung bagai. Kau tak bertudung, jangan sibuk hal orang nak bertudung macam mana. Dari isu yang di bangkitkan.. kononnya si mamat ni la pengaruh si fida sampai tukar imej & Si mamat tampil memberi kenyataan menafikan tuduhan tersebut. Bila keluar kenyataan sekali lagi sang lekit dapat kesan ada ayat kurang bijak yang terdapat dalam kenyataan si mamat. "Saya pakai seluar pendek pun tidak mengapa tetapi dia lahir dalam industri ini dengan bertudung." << Tu dia kenyataan mamat yang sang lek...