Posts

BETINA DI BUANG, JANTAN DI SAYANG

Image
"Buat apa bela & simpan yang betina banyak - banyak, buang je. Esok2 dia beranak, bersepah dalam rumah. Tinggal yang jantan2 dah la." Itu antara dialog yang biasa sang lekit dengar dari kecik. Sampai hati kan.. Apa salah di lahirkan sebagai betina. Kalau takde betina, takde juga jantan tau. Korang jangan pelik sang lekit bukan cakap kasar ok. Betina & jantan bukan mengambarkan manusia yang buruk akhlaknya. Sang lekit sedang bercakap pasal kucing. Walau sang lekit salah seorang pencinta kucing tapi jarang2 sekali sang lekit nak bercakap pasal haiwan kesayangan sang lekit ni tapi kali ni sang lekit nak kopek isu ni. Isu ni sebenarnya dah lama berlaku di sekeliling sang lekit. Di persekitaran korang tak tahu la. Isu kucing betina yang di pinggirkan. Dikatakan akan menambah beban bila terlalu subur & kerap beranak. Selalu sang lekit nampak kucing bila di lahirkan betina akan berisiko di buang ( kalau jenis tuan yang cuma nak yang cantik & senang je buka...

MENCARI ISTERI YANG CANTIK ATAU MENCARI KECANTIKKAN ISTERI

Image
Wahai lelaki ini satu pertanyaan untuk korang? Tak kira la korang masih mencari isteri atau sudah beristeri dan mencari isteri lagi. Korang nak cari yang macam mana? Sang Lekit nak kopek isu ni dari sudut pandangan peribadi sang lekit sambil2 korang pun boleh bagi komen selepas selesai baca entri ni. Adakah korang nak cari isteri yang cantik? (bagi mereka yang bujang & para suami yang tengah mencari calon isteri lagi) Atau mencari kecantikkan pada isteri. Ketahuilah duhai lelaki, kecantikkan itu tidak kekal selamanya.. Kalau cantik yang di cari andai satu hari kecantikkan itu takde lagi apakah korang akan mencari orang lain yang masih cantik? Jika dah jodoh dengan orang yang kurang dari rupa parasnya.. janganlah mengeluh atau malu atau jadikan itu alasan nak cari lain yer. Carilah kecantikkan yang ada dalam diri isteri korang tu. Takkan muka buruk, semuanya buruk kot. Mesti ada kecantikkan lain yang isteri orang lain yang cantik rupa parasnya takde. Contoh walau isteri mu bur...

BERGELAR DATUK TAPI TAK MAMPU UNTUK SARA HIDUP

Image
Sekarang ni sang lekit tengok kat Malaysia, senang2 je orang nak dapat title Datuk. Makin bersepah yang dapat anugerah Datuk. Sang lekit tak tahu apa kelebihan yang dapat dari gelaran Datuk yang di beri. Selalunya kita biasa dengar orang yang dapat pangkat Datuk ni kaya raya lain pula cerita seorang Datuk ni.. Masih ingat lagi dengan pelakon Yahaya Sulong. Sang lekit tak pasti bila anugerah Datuk ni di beri kepada Datuk Yahaya Sulong tapi tak kisahlah.. dia pun dah lama bergiat dalam dunia seni. Ok la jugak bagi Pak Ya kita anugerah Datuk dari dok bagi kat Shah Rukh Khan tu kan.. Datuk Yahaya Sulong Alkisahnya.. Pak Ya ni memohon bantuan sara hidup & membeli ubat ubatan kerana anak-anaknya tidak pedulikan beliau. Pak Ya kini sedang berperang dengan penyakit asma dan masalah jantung yang dideritai sejak setahun lalu. Ni soalan bodoh bagi orang yang pandai dalam hal ni.. Dapat Anugerah Datuk ni memang tak dapat apa2 elaun ker? Sekadar pacak depan nama dengan perkataan Datu...

TERIMA KASIH NUFFNANG, IBU AQIL & EZAN

Image
Orang kata rezeki ni nak datang tak tahu dari celah mana atau dalam bentuk apa. Rezeki tak semestinya duit je kan. Hari ni datang lagi rezeki buat cik lala. Mummy tumpang je rezeki anak ni. Pertama sekali terima kasih pada Nuffnang yang tambah lagi koleksi BE blog melekit untuk bulan october. Jom ramai2 terjah Sogo, ada jualan clearing stok dari 13 - 16 oct ni. Sang lekit nak terjah tempat2 ramai orang macam tu rasa malas pula sebab lala kecik lagi. Dah tu lala menyusu badan 100%. Segan jugak nak menyusu kat tempat ramai orang ni. BE Oktober 2011 Yang kedua buat blogger Ibu Aqil yang bermurah hati hadiahkan lala sepasang baju yang comel. Dah sampai pagi tadi. Lama jugak tunggu sebab kalau ikutkan dah lama Ibu Aqil poskan tapi tak tahu apa masalah, lambat pula sampainya. Takpe la sekurang kurangnya sampai ke destinasi yang betul. Ye tak?? Hadiah dari ibu Aqil Walaupun sang lekit dah tulis dalam entri yang lepas pemberian dari blogger Ezan . Sepasang baju pink untuk cik lala t...

TAJUK DRAMA MELAYU SEKARANG

Image
Topik ni selalunya di bincangkan dengan en hubby. Dia selalu komplen pasal tajuk drama melayu. Kenapa En hubby komplen. Inilah yang nak di kopek sebentar lagi. Kalau dulu tajuk drama melayu ni kreatif. Berseni, bersastera, puitis gitu. Dari tajuk pun macam suspen je walau bukan cerita seram atau hantu. Contoh macam cekerama pernah di tayangkan kat tv3 dulu, cinta si penggali kubur.. Lebih kurang macam tu la tajuk2 nya. Tapi korang perasaan tak sekarang kalau tajuk drama jer mesti guna nama watak utama. Takde lagi tajuk2 yang mengambarkan cerita tersebut. Hampir 90% tajuk drama sekarang hanya guna nama perempuan. Macam yang tengah popular sekarang Safiyya, Cinta elisa & tak lupa juga drama yang pernah meletup macam pop corn baru di masak, Nora elena. Sekadar hiasan Trend guna nama perempuan pada tajuk drama ni di mata en hubby & isterinya agak kurang menarik & kreatif jer. Jadi muak pula baca tajuk drama.. Yelah.. lambakkan tajuk drama yang sama jer walau berbeza pada n...

KENAPA PEREMPUAN MELAYU TAK BOLEH MASUK PERTANDINGAN RATU CANTIK TAPI BOLEH SERTAI PERTANDINGAN GYMNASTIK

Image
Tetiba hari ni rasa nak kopek isu pasal pakaian yang di pakai peserta gymnastik & ratu cantik setelah  tertonton rancangan kat TV1 petang tadi.. Tajuknya idola sukan kalau tak silap. erkk.. entahlah.. yang pasti idola jugak la. Kita sedia maklum akan pakaian yang di pakai peserta gymnastik (perempuan) & antara pakaian yang wajib di pakai bagi mereka yang menyertai pertandingan ratu cantik. Kat Malaysia gadis/perempuan/wanita melayu muslim di haramkan untuk menyertai pertandingan ratu cantik atas sebab2 kena pakai pakaian menjolok mata & memperagakan tubuh. Mari kita tengok persamaan bikini & pakaian peserta gymnastik. Kalau gymnastik orang melayu muslim boleh sertai.. Tapi pakaian yang di pakai peserta perempuan ala2 bikini jugak kan?? Tak pula di haramkan. Dah tu semasa melakukan aksi gymnastik terpaksa lompat2, kangkang2, lentik2. Kalau ratu cantik melayu berbikini di katakan tidak sopan, adakah pakaian & pergerakkan gadis melayu yang menyertai acara gymna...

LAGU BUAI

Lagi entri ibu - ibu. Almaklum la dah bergelar mak orang ni entri pun banyak berunsurkan mak - mak gitu. Jadi pada adik - adik & abang - abang tu harap tak jemu la nak baca entri di blog melekit ni. Kali ni kopek pasal lagu buai. Apa tu lagu buai. Sebenarnya sang lekit pun tak tau nak namakan apa tapi memandang lagu ini di nyanyikan semasa membuai si kecik dalam buaian jadi sang lekit namakan dia sebagai lagu buai jer. Boleh?? Bagi ibu - ibu, mak - mak, mama - mama & mummy - mummy kat luar sana tentu dah sinonim dengan lagu buai semasa membuaikan si kecik korang kan?? Selalunya apa yang korang lagukan semasa membuai baby korang? Kalau yang muslim tu sinonim la dengan lagu2 berunsur keagamaan macam zikir bagai kan. Paling tak pun bunyi hmm.. hmmm.. dengan irama tanpa lirik je. Sang lekit pula kalau sorang - sorang kat rumah selain lagu2 berunsur keagamaan macam zikir, sang lekit suka nyanyi untuk lala lagu Whitney Houstan , lagu raihan tak pun lagu labag - labah. Kalau lag...