Posts

BAIK PUN TAK UNTUNG, SOMBONG PUN TAK RUGI

Image
Bila sesuatu tu tak membawa kepentingan, kemudaratan atau kebaikan pada kita maka ia layak la di umpamakan seperti tajuk entri ni. Tapi apa kes dengan sang lekit berkenaan tajuk entri ni?? Ni la nak cerita sementara hari ni ada masa sikit kat blog.. Alkisah pasal jiran sang lekit yang berketurunan punjabi(singh) convert muslim tu. Pernah sang lekit cerita pasal dia kat blog ni tapi susah pulak nak cari link entri lama - lama ni. Tak penting pun sebab entri lama tu takde kaitan dengan cerita baru ni. Dimulakan kisahnya petang semalam.. Saja bawak lala keluar ambil angin tapi tak jauh pun dekat tingkat 9 jugak. sambil tu berdiri la sang lekit dekat tangga berdepan dengan lift. Nampak la jiran sang lekit berkenaan tu tiba2 keluar dari lift dengan bawak banyak beg & nampak sarat setiap beg dengan isinya. Nak tolong tak terdaya sebab tangan sang lekit kedua2nya di guna untuk mengendong si lala ni. Cuma sang lekit cakap.. 'Hai' je la sebab selalunya kalau terserempak dia raji...

YANG BERUBAH SEJAK 2 BULAN NI..

Image
Diam tak diam dah 2 bulan berlalu. Banyak yang dah berubah. Sekarang ni tak dapat lagi tidur yang berkualiti. Nak tidur 8 jam macam dulu rasanya umpama mimpi dalam mimpi jer. Paling lama boleh tidur pun 4 jam.. kadang 2 3 jam jer. Kalau si lala tak meragam pun malam, setiap 1 jam sekali dia akan bangun untuk minum susu. Semalam Lala pukul 4 pagi baru tidur.. Lama2 mata mummy & dady jadi panda la sebab kurang tidur. Banyak rutin harian yang dah berubah, dari tidur, rehat dan macam - macam lagi la. Itu perubahan mummy si lala, perubahan lala selama 2 bulan ni pulak macam - macam. selain makin banyak ragamnya, Lala sekarang kalau bangun je nak kena main dengan dia walau dia belum pandai gelak lagi tapi kalau dia suka kita usik2 dia mulut dia akan ternganga & mata dia membulat dengan wajah yang ceria. Main pula bukan jenis aucak2 tu.. Lala ni nak kena main lasak2 skit. Nak kena angkat2..timang2 (timang yang tak lambung2 la), tangan kaki dia kena di gerakkan.. Lala sekarang memang...

KESEMPITAN MASA

Kalau dulu, celik mata celik la pc & internet. Kalau dulu.. Sebelum memulakan tugas harian, check dulu blog, komen2 kat entri.. Kalau dulu boleh setting & manage time tu ikut suka hati. Boleh delay2 nak buat kerja rumah, delay2 mandi kalau rasa hari tu sejuk sikit tunggu panas sikit baru mandi. Kalau dulu.. boleh update 5 entri 1 hari. Kalau dulu.. Jarang sangat blog ni sunyi. Tapi semua tu dulu bukan sekarang yer... Sekarang ni betul2 rasa kesempitan masa tu sejak cik lala ada. Kalau dulu boleh delay2 buat tu ni.. Sekarang ni kena pandai ambil kesempatan waktu cik lala tidur untuk settle kan semuanya kat rumah ni. Memang betul2 terasa masa itu emas la. Nak2 lagi hari ni ( semalam kot sebab sekarang dah masuk tarikh baru ) lala demam lak. Semua kerja buat sambil berlari. Yelah.. tengah kemas dapur, dengar lala menangis lari ke depan. Tengah mandi pun walau belum siap dengar je lala menangis.. pergi jenguk dia dulu. Itulah punca seharian siang tadi blog ni tak ber update, bl...

BILA ADIK DI SANGKA MUMMY

Image
Kelebihan orang kementot ni kadang2 orang kata nampak muda.. kadang2 tak nampak muda pun. Tengok dari belakang je macam budak - budak dari depan dah nampak macam mak budak. Pun begitu bergantung pada penampilan juga. Kalau fesyen ala makcik2 muka muda pun nampak tua. Ye tak?? Alkisahnya semalam.. en hubby saya belanja makan steamboat & BBQ kat D' Manggis Cafe kat kuang. Sebenarnya lama dah plan nak makan steamboat ni baru semalam je dapat pergi. Tempat tu kalau tak silap sang lekit tengok kat TV rancangan jalan2 cari makan. Restoran dia cantik.. Steamboat dia tak tau la mungkin sesetengah orang rasa best, sang lekit rasa ok la.. Harga dia tak mahal sangat. RM20 untuk dewasa & RM10 untuk kanak2. Per person ok. Ajak la adik sang lekit sekali. Jadi bertiga la kami bersama cik kecik lala yang belum boleh makan. Dia minum susu je. Kitorang lepak kat ruangan ni. (gambar di pinjam dari D'Manggis Cafe) Dah bawak baby ni maka sorang mesti la kena jaga baby sementara 2 ...

BETINA DI BUANG, JANTAN DI SAYANG

Image
"Buat apa bela & simpan yang betina banyak - banyak, buang je. Esok2 dia beranak, bersepah dalam rumah. Tinggal yang jantan2 dah la." Itu antara dialog yang biasa sang lekit dengar dari kecik. Sampai hati kan.. Apa salah di lahirkan sebagai betina. Kalau takde betina, takde juga jantan tau. Korang jangan pelik sang lekit bukan cakap kasar ok. Betina & jantan bukan mengambarkan manusia yang buruk akhlaknya. Sang lekit sedang bercakap pasal kucing. Walau sang lekit salah seorang pencinta kucing tapi jarang2 sekali sang lekit nak bercakap pasal haiwan kesayangan sang lekit ni tapi kali ni sang lekit nak kopek isu ni. Isu ni sebenarnya dah lama berlaku di sekeliling sang lekit. Di persekitaran korang tak tahu la. Isu kucing betina yang di pinggirkan. Dikatakan akan menambah beban bila terlalu subur & kerap beranak. Selalu sang lekit nampak kucing bila di lahirkan betina akan berisiko di buang ( kalau jenis tuan yang cuma nak yang cantik & senang je buka...

MENCARI ISTERI YANG CANTIK ATAU MENCARI KECANTIKKAN ISTERI

Image
Wahai lelaki ini satu pertanyaan untuk korang? Tak kira la korang masih mencari isteri atau sudah beristeri dan mencari isteri lagi. Korang nak cari yang macam mana? Sang Lekit nak kopek isu ni dari sudut pandangan peribadi sang lekit sambil2 korang pun boleh bagi komen selepas selesai baca entri ni. Adakah korang nak cari isteri yang cantik? (bagi mereka yang bujang & para suami yang tengah mencari calon isteri lagi) Atau mencari kecantikkan pada isteri. Ketahuilah duhai lelaki, kecantikkan itu tidak kekal selamanya.. Kalau cantik yang di cari andai satu hari kecantikkan itu takde lagi apakah korang akan mencari orang lain yang masih cantik? Jika dah jodoh dengan orang yang kurang dari rupa parasnya.. janganlah mengeluh atau malu atau jadikan itu alasan nak cari lain yer. Carilah kecantikkan yang ada dalam diri isteri korang tu. Takkan muka buruk, semuanya buruk kot. Mesti ada kecantikkan lain yang isteri orang lain yang cantik rupa parasnya takde. Contoh walau isteri mu bur...

BERGELAR DATUK TAPI TAK MAMPU UNTUK SARA HIDUP

Image
Sekarang ni sang lekit tengok kat Malaysia, senang2 je orang nak dapat title Datuk. Makin bersepah yang dapat anugerah Datuk. Sang lekit tak tahu apa kelebihan yang dapat dari gelaran Datuk yang di beri. Selalunya kita biasa dengar orang yang dapat pangkat Datuk ni kaya raya lain pula cerita seorang Datuk ni.. Masih ingat lagi dengan pelakon Yahaya Sulong. Sang lekit tak pasti bila anugerah Datuk ni di beri kepada Datuk Yahaya Sulong tapi tak kisahlah.. dia pun dah lama bergiat dalam dunia seni. Ok la jugak bagi Pak Ya kita anugerah Datuk dari dok bagi kat Shah Rukh Khan tu kan.. Datuk Yahaya Sulong Alkisahnya.. Pak Ya ni memohon bantuan sara hidup & membeli ubat ubatan kerana anak-anaknya tidak pedulikan beliau. Pak Ya kini sedang berperang dengan penyakit asma dan masalah jantung yang dideritai sejak setahun lalu. Ni soalan bodoh bagi orang yang pandai dalam hal ni.. Dapat Anugerah Datuk ni memang tak dapat apa2 elaun ker? Sekadar pacak depan nama dengan perkataan Datu...