Posts

OH MUMMY..

Image
Bila dah bergelar mummy ni kan.. hampir 80% dunianya semakin berubah. Perubahan yang paling jelas.. dulu takde baby.. sekarang dah ada. Dulu tak pernah beli pampers.. sekarang kena beli. Dulu tak pernah itu ini..bla.. bla.. sekarang kena buat itu ini & bla.. bla.. la. Kalau nak senarai perbezaan sejak jadi mummy dengan sebelum jadi mummy ni memang berkajang la entri ni. Jadi pepaham je la.. Bukan setakat kehidupan dalam dunia realiti je berubah.. di dalam dunia maya (online pun berubah). Dulu takde nak upload gambar baby.. asyik dok tayang muka sendiri je. Kemana mana pun tak lekang tangan dok snap muka sendiri. Sekarang ni macam lupa yang diri sendiri punya rupa (wajah) sebab asyik dok tengok baby capture gambar. Pantang nampak comel sikit mesti rasa nak ambil gambar. Kesimpulannya camera hp/digicam penuh dengan gambar anak saja.( tak mampu beli DLSR orang mesekin la katakan.. tabung Nuffnang pun tak penuh2 ) Bukan setakat gambar.. Update status FB pun dah bercirikan keibuan s...

KEBODOHAN SEORANG SUAMI & BAPAK

Image
Lebih takut kena saman dari takut kehilangan anak bini.. Apa punya laki & bapak la dia ni??!! Sebab motor dia takde roadtax & dia pun takde lesen memandu.. seorang lelaki yang berstatus suami & bapak ni sanggup langgar lampu isyarat.. langgar polis yang buat roadblock.. kemudian jatuh motor bersama bini & 2 anak kecik dia (2 tahun & 3 tahun). Dah jatuh motor sudah la.. Akibat takut kena saman punya pasal dia lagi rela tinggal anak bini dia yang sakit & cedera tu. Angkat motor terus blah.. konon2 boleh lepas la. Last2 kena tahan jugak masa dia datang cari anak bini dia kat hospital. Tau pulak dia cari, kan? Mungkin dia fikir, polis tak cari dia sampai hospital kot. Orang lain kebanyakkan lebih fikirkan keselamatan anak bini dari diri sendiri. Apa la sangat kena saman berbanding dengan nyawa orang tersayang, kan?? Lain la kau sorang2.. nak rempuh roadblock macam tu. Tapi kalau fikir anak bini.. sorang2 pun mustahil dia buat macam tu. Kalau jadi apa2 kat dia, a...

SEKSUALITI MERDEKA! LESBIAN UPLOAD GAMBAR GHAIRAH

Image
Ni la dikatakan seksualiti merdeka sampai dah tak rasa segan silu apatah lagi rasa bersalah upload gambar yang ghairah pasangan lesbian yang muka macam Melayu.. Profile name pun nama melayu. Lepas tu pakat ramai2 abe2, jate2, laki2 semua dok share. Punyalah merdeka sampai tak rasa takut langsung nak buat benda2 tak senonoh kemudian dengan bangganya tunjuk kat ramai orang. Yelah.. merdeka la katakan.. Bebas sebebasnya sampai takde batasan dah kebebasan tu.   Nama akak Yatie.. Tapi tak pasti akak tu perempuan @ Lelaki kalau kat FB ni.. Yelah, banyak penyamaran. Gambar ni pun tak pasti tuan punya badan upload ke @ orang lain yang pasti perbuatan ni adalah perbuatan yang memalukan, songsang, haram & salah Pagi2 lagi buka FB dah terpampang permandangan yang memalukan macam ni. Nak cakap lebih2 pun rasanya sipolan tu dah ramai orang sekolahkan dia kat picture comment tu.. Persoalannya 'Ada dia kesah ke kita cakap apa??' Ya.. Betul.. dia akan buat tuli.. buat pekak.. & bu...

PERLU KE NAK TEGUR/BEBEL/MARAH ANAK KAT LAMAN SOSIAL

Image
Semalam sang lekit ada terbaca kat satu blog ni, sorang selebriti chef ni marah anak dia yang juga chef sebab kantoi menipu dalam resume pasal pengalaman kerja dia sebelum ni. Selebriti mana, chef mana kalau korang tahu.. maka tahu la. Tak tahu, tak penting untuk tahu tapi yang penting perlu ke nak marah anak yang buat salah melalui laman sosial?? Macam dah takde rumah.. Macam dah tak sempat bersua muka.. & macam takde cara yang lebih baik nak nasihat/marah/tegur atau bebel kat anak sampai terpaksa la menaip kat status laman sosial tu. Untuk apa nak buat macam tu? Nak menunjuk ker? Tunjuk konon dia mak/bapak contoh yang kalau anak buat salah je tak selindung2 dah.. Memang la kes anak dia menipu tu 1 Malaysia dah tahu tapi tak payah la nak panjangkan cerita dengan kesinambungan cerita mak/bapak marah anak kat laman sosial lak. Ke nak publisiti? Perlu ke? Kan dah sedia popular kalau takde publisiti murahan macam tu pun. Laman sosial buat semua orang tak kira budak ke mak bapak bu...

BILA ANAK MENJADI PERTARUHAN (entri melekat)

Image
Bila anak menjadi pertaruhan, bantuan semua di perlukan. Tak kira yang jauh, dekat, rapat, renggang, kawan & musuh boleh sama - sama turut menyumbang 1 clik tanda sokongan. Wah.. mukadimah boleh jadi ahli politik ni. Ayat manis gitu.. Bukan apa kali pertama sang lekit mempertaruhkan lala dalam photo contest. Yelah.. baru jadi mummy. dulu takde anak, jadi tak dapat la join apa2 contest yang melibatkan bayi kan? Memandang ini akan di jadikan sticky post, maka tak boleh panjang2 membebel. kalalu korang rasa lala ni comel cuma Clik ' like ' kat gambar lala di Fanpage Purple Tulips. Gambar Lala ada DISINI

MEREKA NAMPAK TAPI TAK PEDULI

Image
Mei 2005 muncul seekor kucing yang memperlihatkan kekejaman makhluk bernama manusia. Kedua belah kaki depannya di potong hanya kerana mencuri seekor ikan di sebuah restoran (non-muslim) untuk mengalas perut yang lapar. Setelah di kejami.. dia di buang di tepi jalan dalam kesakitan yang teramat sangat. Hanya mata2 menonton kesakitan itu tanpa ada seorang pun yang merasakan ia perlu di beri bantuan. Mungkin mereka hanya berdoa, Allah cepat mengambil nyawanya supaya penderitaannya tidak lama. Tapi Allah telah menghadirkan seorang insan yang tak punya kemampuan waktu itu untuk menghantar dia menerima rawatan yang lebih baik tapi insan itu dengan rasa perikemanusian, belas kasihan & kasih sesama makhluk membawa dia pulang dengan airmata. Hanya berbekal doa & minyak gamat.. Insan itu pasrah. Sedaya mungkin di rawat dengan minyak gamat & pasrah jika hayat seekor kucing yang di selamatkan itu tidak panjang. Namun kuasa Tuhan.. Dia terus bernafas sehingga kini. Ini Kisah Hero & ...

MULUT JAHAT, HATI BAIK

Image
Istilah mulut jahat hati baik ni memang takde dalam mana2 perumpamaan melayu tapi biasa sangat kita dengar manusia2 yang tak bisu bercakap ayat tu. Tapi bila di fikirkan balik.. boleh pakai ke? Nak tau boleh pakai ke tidak.. Jom baca pandangan melekit. Carian Google Selalunya apa yang terluah di mulut lahir melalui hati kemudian ke otak dan seterusnya keluar ikut mulut. Bila hati jadi ketua.. Tak selalunya indah. Bukan takde orang cakap pakai otak pos ke hati kemudian sampai ke mulut.. Ada. Tak kurang sikit la. Orang kata cakap guna otak tu lebih bijak dari cakap ikut suka hati, kan?? Istilah mulut jahat hati baik ni.. Kalau hati baik, takkan cakap benda jahat, kan? Kalau otak fikir benda baik, takkan hati terniat benda jahat & mulut mengeluarkan kata2 keji, kan?? Jadi pada pendapat melekit.. Istilah mulut jahat, hati baik ni sebenarnya tak wujud pun sikap ni dalam diri manusia. Istilah tu memang merujuk kepada sikap.. sebab selalu orang cakap" Perangai aku ni.. mulut j...