Posts

SETAHUN KEMUDIAN

Berhabuk sikit blog ni selama 2 hari ni kan.. Yelah, tuan empunya di serang demam yang agak tinggi suhu badan nya. Boleh tahan la kalau cecah 39'c kan?? Sebab tu la blog ni pun turut demam sepanjang sang lekit demam. Alhamdulillah.. Lala sihat jer tapi... 2 hari lepas sang lekit demam dia buat perangai tak tidur sampai subuh. Lama jugak la hubby cuba pujuk dia tidur, tak jugak tidur2. Sang Lekit terbangun masa tu dekat pukul 3 pagi.. Hubby dah pejam celik kat sebelah lala yang terbeliak lagi matanya. Sang Lekit pun cuba tidurkan dia.. tetap tak berjaya. Dekat nak subuh tu bunyi pulak siren dia. Apa lagi siap2, turun bawah, start enjin bawak jenjalan sampai dia tidur. Itu je cara nak buat lala senyap & tidur kalau dia buat perangai. Hari ni pun sebenarnya sang lekit tak berapa sihat sepenuhnya lagi. Badan rasa macam kertas je sampai nak dukung lala pun rasa dia berat sangat. Kepala pulak masih sakit2 dah tu tekak rasa loya2. Mungkin sebab perut kosong. Takde selera nak makan...

BILA SALESGIRL CAKAP TAK TAHU

Image
Bila kita dengan mood nak membeli sesuatu barang yang agak penting dengan masa yang terhad lepas pergi ke bahagian barang yang kita cari tu dan cari punya cari tak jumpa seterusnya ambil keputusan untuk bertanya pada jurujual yang bertugas kat bahagian tu untuk memudahkan jumpa barang di cari dengan kadar masa yang pantas tiba - tiba bila kita tanya jawapannya.. " Tak tahu la.. Cuba U cari kat area2 ni." Hangin tak? Dah tentu angin tsunami itu secara automatik datang tanpa perlu jemputan VIP. Kalau la aku cari benda tu jumpa.. Mustahil la aku nak saja tanya kau dengan tujuan beramah mesra bersama jurujual sedang aku tengah kejar masa. Jawapan tidak tahu adalah jawapan tidak munasabah & tidak boleh di terima. Dia sepatutnya tahu & kalau dia betul2 tak tahu pun dia kena ambil tahu @ tanya pada rakan setugas dia. Dia patut berusaha untuk menjawab pertanyaan pelanggan dengan jawapan yang memuaskan hati pelanggan. Jawapan .."Tak tahu & cari sendiri" adalah ...

ORANG YANG MANDUL SEBENARNYA MEMPUNYAI RAMAI ANAK

Selalunya yang kita faham & tahu orang yang mandul ni tak mampu untuk memiliki zuriat (anak) sendiri. Tapi bila terbaca 1 artikel ni terkejut juga sang lekit bila di katakan orang yang mandul sebenarnya orang yang mempunyai ramai anak. Macam mana orang yang mempunyai ramai anak tu mandul. Jom kita kupas kupis maksud yang di sebaliknya.. Rasulullah s.a.w diberitakan telah bersabda: “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?” Berkata para sahabat: “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah s.a.w berkata:“Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (Baca artikel sepenuhnya disini : 10 kelalaian dalam mendidik anak) Dari 10 kelalaian mendidik anak, sang lekit tertarik dengan kelalaian No.2 ni.. ( Yang lain2 kalau korang nak baca clik je link kat atas tu yer) Kelalaian kedua: Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (do­rongan at...

CIKGU SHIDA DOREMON YANG POPULAR?

Image
Doremon yang kita tahu seekor kucing robot dari masa depan yang mempunyai poket ajaib & mampu mengeluarkan apa saja permainan atas permintaan kawan baiknya Nobita. Dan mari kita cuba mengaitkan atau mencari persamaan cikgu shida & doremon. Apa ajaibnya cikgu shida ni ada. Kerana video miming beliau kah di katakan ajaib? Korang jawab la sendiri. & Apa pula kepentingan cikgu shida kepada sekolahnya selain untuk mengajar & mendidik anak murid macam cikgu2 lain juga. Ada kelaianan ke tugas beliau dengan cikgu2 lain? Mungkin lain sikit sebab dia mengambil alih tugas bila murid2 nak buat persembahan tapi bukan cikgu shida satu2 nya guru kat Malaysia yang pertama buat macam tu. Masa sang lekit sekolah dulu pun ada cikgu bukan sorang, 2,3,4,5 orang yang memang mempunyai kebolehan untuk ambil alih tugas ni. Apakah kelainan tu sebab cikgu shida ni cikgu yang suka bermiming? Itu bukan kelainan tapi ketidaksedarandiri dah kertu... boleh gitu?? kekekeke Jadi apa motif cikgu shid...

SHAHILA & SUHAILA 2 MAKHLUK YANG BERBEZA

Image
Siapa shahila tak perlu tanya lagi.. Itulah cik lala, anak sang lekit. Tapi siapa pula Suhaila? Kenapa Shahila & suhaila 2 makhluk yang berbeza. Dua2 nama manusia tapi hanya seorang sahaja manusia & satu lagi bukan. Nak tahu siapa suhaila.. Jom kita berkenalan dengan dia. Kelas Mak sang lekit.. Kali pertama dia bagi nama kucing. Selalunya Si Acu (adik) la paling banyak menamakan kucing berbanding adik beradik yang lain. Kalau sempat je bagi nama.. Kalau tak sempat memang nama2 kucing di kaut habis Si Acu. Nama2 kucing yang dia bagi memang nama2 manusia. Tapi nama2 kucing tu dah tentu bertemakan klasik sikit. lahirnya  warga baru di rumah sang lekit (kampung) anak si Tom @ Kalsom adik sang lekit kali ni menamkan dia sebagai Cik Mok tapi di tukar oleh mak sang lekit. Mak sang lekit panggil dia suhaila. Nak tau sebab apa mak sang lekit panggil suhaila?? Let's check it out!   Kelas Mak namakan anak kucing sebab shahila. Kalau ikutkan sejarah.. Mak sang lekit bukan l...

HISAP JARI

Image
Kalau la blogging 1 kerjaya bukan hobi.. Nak2 lagi kerja makan gaji rasanya sejak ada lala mesti dah kena buang kerja dari berblog. Sebabnya.. sekarang ni memang la jarang2 lagi dapat membelai blog ni. Jangankan nak BW, dapat update blog pun dah kira bertuah sangat. Semalam Lala demam.. Tapi tak kuat. Pun macam tu tetap meragam. Meragam takpe sangat tapi yang sang lekit runsing dia langsung tak nak menyusu. Asal nak bagi susu jer dia mengamuk & meraung. Lala ni menyusu terus dari badan. Dah dia taknak, susu tu terpaksa di pam keluar & simpan dulu. Sebab dia taknak menyusu sang lekit cuba susukan dia guna botol susu. Pujuk2 minum la jugak walau tak banyak seperti kebiasaannya. Sang Dady cuba beli susu formula.. Kot2 lala taknak susu badan dah. Pun sama jugak. Malam demam dia dah takde tapi tetap meragam. Menangis tak henti2. Terpaksa la bawak dia keluar sekejab. Ronda2 KL. Bila dalam kereta lala memang tak menangis. Dalam kereta sang lekit pujuk2 bagi dia minum susu (BF). Alha...

TU MAKNANYA TAK BERAPA MINAT LA CIKGU SHIDA Ooi

Image
Jumaat lepas cikgu shida ni bajet kena serbu la kat UiTM, Perak (baca entri tu DISINI ) tu sampai terpaksa buat announcement kat FB supaya tak di serbu & di ganggu semasa dia bertugas alih - alih.. ada ke orang serbu, histeria atau meraung nampak cikgu shida ni?? Status ni di update semalam (sabtu) Mungkin dorang tahu cikgu shida ni perempuan suka buat video miming & upload kat youtube tapi tak bermakna dorang ni peminat Fanatik cikgu shida. Kalau FANatik, mustahil la dorang tak tahu yang retis no 1 dunia kononnya nak datang kampus dorang untuk jadi pengawas & mustahil kalau dorang tau dorang nak was was lagi pasal kehadiran retis no. 1 dunia tu, kan?? Kalau dorang kipas susah mati cikgu shida dah tentu sampai ke lubang kubur pun dorang cari berita pasal cikgu shida.. Ni tak FB cikgu shida pun dorang tak clik, Ntah2 Add pun tidak kot sebab tu dorang tak tau aktiviti cikgu shida, ye dak?? Berhenti la memerah santan (perasan) tu yer cikgu shida. Tak Ngetop mana pun kam...