Posts

TENTANG DHIA.. MATI SEBELUM AJAL

Image
Mesti ramai yang ikuti drama bersiri kat tv3 tentang Dhia tu kan?? Sang Lekit suka jugak cerita tu tapi macam biasa la.. Sang Lekit walau minat macam mana sekalipun tetap ada episod yang sang lekit skip. Memang dari dulu lagi sang lekit kalau tengok cerita berepisod ni tak pernah tak skip.. mesti skip. Carian Google Episod hari ni mungkin agak mengecewakan ramai penonton di pertengahan ceritanya bila Dhia di sahkan meninggal dunia secara mengejut. Terus terang sang lekit rilex je. Walau tak tahu kesudahan episod hari ni tadi (masa menonton) tapi hati sang lekit kuat cakap, Dhia tak mati. Dhia kan heroin.. Kalau dhia mati, maka tamatlah cerita tersebut tapi episod tentang Dhia ni kan panjang lagi. Sambil menanti2 apa adegan seterusnya dan akhirnya betul apa yang sang lekit fikir. Dhia tak mati. Belum sempat di kebumikan.. seorang ustaz terlebih dahulu datang & membongkar rahsia sebenar & seterusnya cuba membantu menyedarkan Dhia. Semua pun tahu mak si zikir (tunang dhia) da...

CERITA TENTANG SEEKOR IBU

Image
Minggu lepas dalam keadaan selera makan kurang stabil tapi hubby ajak makan ayam golek pulak kat sg buloh. Dia je la yang makan.. Sang lekit cuma jamah sikit nasi goreng & lala macam biasa tukang tengok orang makan. Kang lala makan terkejut pulak semua orang, kan?? Kan?? Tengah menikmati makan tu datang la seekor ibu duduk dia bawah meja minta sikit makan. Macam biasa hati ni takkan tergamak nak melantak tanpa berkongsi rezeki dengan seekor ibu comel tu. Dari jauh sang lekit nampak 2 ekor anak dia asyik betul main. Lincah & comel jugak. Jadi memandangkan ayam golek pun order seekor bagi la seketul kat seekor ibu ni. Kali pertama sang lekit bagi dia makan.. dia makan. Tak gelojoh. Sopan jer.. Habis dia makan, dia tunggu lagi. Sang lekit fikir dia lapar lagi.. Bagi la. Tapi kali ni dia gigit terus dia bawak pergi. Sang Lekit tengok arah dia pergi. Rupanya dia pergi pada anak - anak dia. Dia letak seketul ayam golek yang sang lekit bagi tu depan anak - anak dia. Tersentuh hati...

GAMBAR ANAK SARAH RAISUDDIN & SHUIB SEPAH

Image
Teruja pulak sekarang ni kalau dengar orang dapat baby. Sejak naik pangkat mummy ni menjadi2 pulak sifat keibuan ni, kan?? Terpandang kat status FB abang aidif alfian (komposer) yang mungkin dia copy paste status dari FB sarah or shuib kot announce tentang kelahiran bayi sulung mereka. Tahniah la sarah & shuib. Akhirnya berjaya merangkul anugerah sebagai mummy & daddy. Kejayaan ni kejayaan paling besar buat sesiapa saja yang bergelar ibu & ayah, kan?? Agaknya macam mana rupa baby boy sarah & shuib tu yer?? Tengok ler kat bawah ni  Comel baby boy dorang kan?? Sumber : Media Online

KISAH SEORANG IBU DAN JARUM

Image
Kisah seorang ibu bersama anak kecilnya... Minggu ni minggu sakit tapi alhamdulillah hari ni nampaknya dah sepenuhnya baik. Dah ada selera makan sejak semalam & tak muntah2 lagi. Bila dah boleh terima makanan badan pun rasa ada tenaga sedikit nak uruskan rumahtangga. Lala sihat jer tapi cuma meragam dia yang menjadi jadi minggu ni. Lala pun dah ambil suntikkan pertamanya khamis lepas (walau dah lewat 3 bulan). Mula2 nurse minta nak bagi 2 suntikkan terus sebab dah lambat sangat. Katanya nanti mummy yang susah sebab lambat nak habis suntikkan tapi sang lekit cakap takpe. Buat satu persatu dulu. Risau jugak kang di suntik dua2 sekali 1 masa lala punya siren taknak berhenti. Nurse ikut je apa mummy nak. Alhamdulillah. Carian google Yang lawaknya masa kat klinik.. Dah janji dengan hubby masa nak ambil suntikkan suruh hubby je masuk. Sang lekit tak nak masuk. Sungguh! Fobia pada jarum tetap tak boleh hilang walau masa pregnant dah banyak jarum keluar masuk kat tangan sang lekit ni....

SETAHUN KEMUDIAN

Berhabuk sikit blog ni selama 2 hari ni kan.. Yelah, tuan empunya di serang demam yang agak tinggi suhu badan nya. Boleh tahan la kalau cecah 39'c kan?? Sebab tu la blog ni pun turut demam sepanjang sang lekit demam. Alhamdulillah.. Lala sihat jer tapi... 2 hari lepas sang lekit demam dia buat perangai tak tidur sampai subuh. Lama jugak la hubby cuba pujuk dia tidur, tak jugak tidur2. Sang Lekit terbangun masa tu dekat pukul 3 pagi.. Hubby dah pejam celik kat sebelah lala yang terbeliak lagi matanya. Sang Lekit pun cuba tidurkan dia.. tetap tak berjaya. Dekat nak subuh tu bunyi pulak siren dia. Apa lagi siap2, turun bawah, start enjin bawak jenjalan sampai dia tidur. Itu je cara nak buat lala senyap & tidur kalau dia buat perangai. Hari ni pun sebenarnya sang lekit tak berapa sihat sepenuhnya lagi. Badan rasa macam kertas je sampai nak dukung lala pun rasa dia berat sangat. Kepala pulak masih sakit2 dah tu tekak rasa loya2. Mungkin sebab perut kosong. Takde selera nak makan...

BILA SALESGIRL CAKAP TAK TAHU

Image
Bila kita dengan mood nak membeli sesuatu barang yang agak penting dengan masa yang terhad lepas pergi ke bahagian barang yang kita cari tu dan cari punya cari tak jumpa seterusnya ambil keputusan untuk bertanya pada jurujual yang bertugas kat bahagian tu untuk memudahkan jumpa barang di cari dengan kadar masa yang pantas tiba - tiba bila kita tanya jawapannya.. " Tak tahu la.. Cuba U cari kat area2 ni." Hangin tak? Dah tentu angin tsunami itu secara automatik datang tanpa perlu jemputan VIP. Kalau la aku cari benda tu jumpa.. Mustahil la aku nak saja tanya kau dengan tujuan beramah mesra bersama jurujual sedang aku tengah kejar masa. Jawapan tidak tahu adalah jawapan tidak munasabah & tidak boleh di terima. Dia sepatutnya tahu & kalau dia betul2 tak tahu pun dia kena ambil tahu @ tanya pada rakan setugas dia. Dia patut berusaha untuk menjawab pertanyaan pelanggan dengan jawapan yang memuaskan hati pelanggan. Jawapan .."Tak tahu & cari sendiri" adalah ...

ORANG YANG MANDUL SEBENARNYA MEMPUNYAI RAMAI ANAK

Selalunya yang kita faham & tahu orang yang mandul ni tak mampu untuk memiliki zuriat (anak) sendiri. Tapi bila terbaca 1 artikel ni terkejut juga sang lekit bila di katakan orang yang mandul sebenarnya orang yang mempunyai ramai anak. Macam mana orang yang mempunyai ramai anak tu mandul. Jom kita kupas kupis maksud yang di sebaliknya.. Rasulullah s.a.w diberitakan telah bersabda: “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?” Berkata para sahabat: “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah s.a.w berkata:“Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (Baca artikel sepenuhnya disini : 10 kelalaian dalam mendidik anak) Dari 10 kelalaian mendidik anak, sang lekit tertarik dengan kelalaian No.2 ni.. ( Yang lain2 kalau korang nak baca clik je link kat atas tu yer) Kelalaian kedua: Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (do­rongan at...