Posts

KEKEJAMAN MANUSIA SEMAKIN PELIK

Makin maju, makin moden, makin berteknologi otak manusia pun semakin bodoh, kejam & pelik bila sanggup melakukan sesuatu yang kita rasa macam tak masuk akal kerana kesalahan2 yang rasanya boleh di maafkan lagi atau benda yang takde kena mengena jadi mangsa. Belek - belek surat khabar metro hari ni sementara lala bagi peluang mummy rilex ( dia tido ler ) dalam ruangan berita global terfikir sejenak. Hanya sebab si isteri menyambung pelajaran di kolej untuk mendapatkan segulung Ijazah tanpa kebenaran suaminya dia di potong lima jari tangan kanannya oleh suaminya sendiri. (Berita selanjutnya boleh baca DISINI ) Kerana marahkan seorang manusia seekor anak kucing menjadi mangsa bila Seorang wanita yang membunuh seekor anak kucing dengan memasukkannya ke dalam gelombang ketuhar kerana membalas dendam  selepas bekas sahabatnya itu membuat laporan polis membabitkan teman lelakinya. (Baca berita selanjutnya DISINI ) Dan lagi manusia kejam yang sanggup cuba membunuh anaknya berus...

DIA HANYA MAHUKAN ISTERI BUKAN ANAK

Image
Teringat satu kisah kawan satu ofis sang lekit dulu. Cerita ni bukan cerita yang berlaku pada dia tapi berlaku kepada kakak dia sendiri. Dulu dengar kisah ni cuma rasa simpati jer tapi sekarang bila ingat balik kisah ni rasa bertuah. Nak tahu kisah apa & kenapa sang lekit rasa macam ni.. Jom kita baca kisah tersebut.. Kisah ni kategori kisah rumahtangga jugak. Alkisahnya.. kakak kepada kawan 1 ofis sang lekit dulu.. Suami dia jenis tak suka budak2. Kalau budak2 pun tak suka, bayi apatah lagi, kan?? Tapi setiap pasangan yang berkahwin mesti la mengharapkan cahaya mata dari zuriat sendiri, kan?? Tapi sayangnya hanya si isteri jer nak kan anak, si suami nampaknya tak berminat untuk ada zuriat sendiri. Tak tau la apa sebab musababnya.. Kuasa Tuhan.. Akhirnya si isteri ni mengandung & lahirkan juga anak. Menurut cerita kawan sang lekit tu.. Suami dia tak pernah sentuh atau cuit2 apatah lagi nak main2 dengan anak dia tu sejak lahir.. Tapi sekarang tak tahu la macam mana. Budak tu...

DAHSYAT AKAK SHOPPING. TROLI TESCO PUN DIA ANGKUT

Image
Sang Lekit tertanya2.. apakah troli tesco turut di jual sekiranya ada pelanggan yang rasa nak beli. Iskk.. tak pernah pulak dengar troli tesco ada di jual. kan?? Alkisahnya petang semalam.. Sang lekit & family (macam ramai sangat je bunyinya walhal dengan hubby & lala jer) nak keluar. Tunggu depan lift nak turun bawah. sekali sorang akak keluar dari lift bersama troli tesco yang terisi di dalamnya barang2 shopping dia. Ada la setengah troli besar tu. Terkesima sang lekit dengan hubby. Pandang sesama sendiri sebelum tergelak kecik lepas akak tu hilang dari mata kitorang. Bukan tergamam sebab dia bershopping sakan tapi tergamam sampai troli tesco pun di angkut sekali. Dahsyat punya shopping ni. Tak tau la dia rembat ke dia beli ker.. Tak berani nak tuduh sebab sang lekit pun tak pasti. Tapi sepanjang hidup sang lekit tak pernah pula dengar troli supermarket boleh guna & beli seterusnya bawak balik  rumah. Kan?? Kan? Bab rembat ke tidak tu satu.. 1 lagi persoalan, di...

KAN DAH KATA CIKGU SHIDA NI BANYAK PROPA JER

Image
Bila orang mengata mula buat status minta timang2.. bila tak kata memang tu la perangai dia. Aduhai cikgu shida.. baby berusia 40tahun ni. 2 3 hari lepas ye ye je dengan status terakhir beliau tu. Kononnya nak undur diri dari dunia seni. Kononnya lagi dunia glamour & artis ni tak sesuai dengan diri dia.. kononnya la.. Ni Status 2 3 hari lepas. Korang boleh rujuk entri ni CIKGU SHIDA Tup - tup hari seperti ramalan ku yang benar belaka muncul 1 lagi status cikgu shida tak jadi undur diri dari dunia seni hiburan katanya.. Kan sang lekit dah cakap status2 nak quit dari cikgu shida ni semua propa dia jer. Status minta di pujuk2.. di beri perhatian ala2 cik lala yang bosan minta orang layan dia main2. Cik Lala lain la baru 3 bulan.. merengek2, merajuk & nangis2 tu perkara biasa bagi bayi seusia cik lala tapi kalau bayi seusia cikgu shida (40tahun) dok buat perangai macam cik lala kerap2 sangat kan nampak macam terencat.. kan?? kan?? kan?? Kan sang lekit dah kata dalam entri lepas...

GOOD BYE DARI CIKGU SHIDA. PROPA VOL BERAPA NI?

Image
Kata berani, kental, kenyal lagi kalis.. Alih2 kena kritik down jugak. Hati tetap la tisu. Tapi sang lekit ni kadang - kadang baca statement cikgu shida nak berhenti miming, berhenti share video miming kat youtube, privatekan semua video2 dia.. rasa dah muak. Tak tau la propa vol yang keberapa. Sebab cikgu shida.. 'Always like that'.. kalau kena kutuk. Last2 bila hati dia dah terpujuk balik mula buat statement cover malu..'Saja melawak dengan fans' kononnya. Konon kehidupan glamour tak sesuai padahal dia memang kejar tu pun kalau tak, takkan sebelum ni asyik dok cakap diri dia popular je, ye dak?? Cikgu shida ni sebenarnya kemaruk sangat nak perhatian, nak popular & nak di pujuk2. Sejak semalam dok buat status terakhir tapi sampai malam ni takde akhir2 pun. Konon nak stop semua. Dari video miming, blog, Fb bagai la. Tak jugak2 ada titik noktah. Alah.. cikgu shida, tak payah la nak raih perhatian macam tu. Macam bayi tau tak perangai kamu tu. Kamu tu dah balusia (...

TENTANG DHIA.. MATI SEBELUM AJAL

Image
Mesti ramai yang ikuti drama bersiri kat tv3 tentang Dhia tu kan?? Sang Lekit suka jugak cerita tu tapi macam biasa la.. Sang Lekit walau minat macam mana sekalipun tetap ada episod yang sang lekit skip. Memang dari dulu lagi sang lekit kalau tengok cerita berepisod ni tak pernah tak skip.. mesti skip. Carian Google Episod hari ni mungkin agak mengecewakan ramai penonton di pertengahan ceritanya bila Dhia di sahkan meninggal dunia secara mengejut. Terus terang sang lekit rilex je. Walau tak tahu kesudahan episod hari ni tadi (masa menonton) tapi hati sang lekit kuat cakap, Dhia tak mati. Dhia kan heroin.. Kalau dhia mati, maka tamatlah cerita tersebut tapi episod tentang Dhia ni kan panjang lagi. Sambil menanti2 apa adegan seterusnya dan akhirnya betul apa yang sang lekit fikir. Dhia tak mati. Belum sempat di kebumikan.. seorang ustaz terlebih dahulu datang & membongkar rahsia sebenar & seterusnya cuba membantu menyedarkan Dhia. Semua pun tahu mak si zikir (tunang dhia) da...

CERITA TENTANG SEEKOR IBU

Image
Minggu lepas dalam keadaan selera makan kurang stabil tapi hubby ajak makan ayam golek pulak kat sg buloh. Dia je la yang makan.. Sang lekit cuma jamah sikit nasi goreng & lala macam biasa tukang tengok orang makan. Kang lala makan terkejut pulak semua orang, kan?? Kan?? Tengah menikmati makan tu datang la seekor ibu duduk dia bawah meja minta sikit makan. Macam biasa hati ni takkan tergamak nak melantak tanpa berkongsi rezeki dengan seekor ibu comel tu. Dari jauh sang lekit nampak 2 ekor anak dia asyik betul main. Lincah & comel jugak. Jadi memandangkan ayam golek pun order seekor bagi la seketul kat seekor ibu ni. Kali pertama sang lekit bagi dia makan.. dia makan. Tak gelojoh. Sopan jer.. Habis dia makan, dia tunggu lagi. Sang lekit fikir dia lapar lagi.. Bagi la. Tapi kali ni dia gigit terus dia bawak pergi. Sang Lekit tengok arah dia pergi. Rupanya dia pergi pada anak - anak dia. Dia letak seketul ayam golek yang sang lekit bagi tu depan anak - anak dia. Tersentuh hati...