Posts

CARA MENGIRA BERAT BAYI YANG IDEAL

Image
Entri kali ni bertemakan mak2 sikit. Almaklum la dah jadi mak orang. Lagi2 baru pertama kali jadi mak ni maka banyak benda la sang lekit tak tahu. Dan memang di akui sang lekit sekarang rajin bertanya pada cikgu google. Bila tengok baby orang lain gebu2.. debab2.. montel2.. chubby2.. bambam2 belaka.. tengok lala alahai anak mummy. kecik molek je. Baby yang lagi muda dari lala pun lagi besar dari dia mula la hati mummy gundah gulana. Walaupun dalam buku pink lala, last check up haritu takde misi tulis apa2 masalah. Semuanya ok jer.. Lala bercomot comotan di rumah Jadi untuk memuaskan hati sang mummy maka sang lekit pun tanya la cikgu google & terjumpa satu blog yang penulisnya seorang jururawat terlatih yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam wad bersalin ni. Info yang ada kat blog dia sangat berguna bagi sang lekit & sang lekit bermurah hati nak share dengan semua ibu2 & bakal ibu yang baca kat blog melekit ni. Macam sang lekit risau lala kecik & nak jugak lala ...

CIKGU SHIDA KOMPLEN NAMA ANAK MURID PANJANG

Image
Orang kata tak suka tak semestinya benci. Tak suka tak semestinya asyik pandang buruk jer walau ada yang baik juga dalam dirinya. Orang kata walau selalu tak sama pendapat tak semestinya takde satu pun perkara yang ada persamaan pandangan. Macam tu la sang lekit umpamakan sang lekit VS cikgu shida ni. Kali ni sang lekit setuju dengan cikgu shida. Apa yang cikgu shida cakap kat status FB dia yang satu ni memang betul. Sebagai cikgu memang tu salah satu masalah jugak. Nama anak murid berjela jela panjangnya.   Kesian cikgu shida nak menaip nama anak murid yang panjang2. agaknya sorang anak murid berapa minit nak menaip yer.. Nama panjang berkajang ni yang sang lekit perasan mula popular tahun 90an. Kalau boleh satu keturunan tu dia nak berkait kait nama tu dalam nama anak dia. Sudahnya panggilnya gegurl @ boboy saja. Tapi dalam surat beranak sampai tak cukup ruangan nak tulis. Tu baru surat beranak tak lagi borang2 lain. Orang kata sampai tak cukup kotak la nak isi huruf2 nama a...

CIKGU SHIDA KOMEN BLOG MELEKIT

Image
Akhirnya cikgu shida sudi juga mencemar duli menyinggah ke blog melekat lekit ni & meninggalkan komen. Tapi dalam banyak2 entri yang sang lekit tulis mendedahkan perangai & kenyataan cikgu shida ni kenapa entri yang satu tu je menjadi pilihan cikgu shida untuk di komen? Mungkin entri tu saja cikgu shida ada point untuk kelihatan teraniaya kot... Yang lain2 tu susah untuk dia sangkal & tepis sebab setiap kritikkan yang sang lekit buat pada cikgu shida semua di sertakan bukti kenyataan cikgu shida sendiri. Kalau dia nak menidakkan pun tak boleh jadi entri nan satu tu je la yang dapat cikgu shida memberi komen. Entri mana?? Entri ni : PESAING CIKGU SHIDA Retis tu komen.. hikhikhik Susulan dari entri tu sang lekit rasa status yang di tulis cikgu shida kat FB ni ada kaitannya dengan entri di blog melekit. Sampai gigi dah gugur pun still nak bermiming. Dahsyat tu.  Lagi 1 cikgu shida, bonda kitorang pun dah tua cuma dorang tak sampai hati nak buat video miming ...

KEMAAFAN TIDAK SEMUDAH MEMBUAT KESILAPAN

Image
Hari sempat layan Drama bersiri Tentang Dhia. Semalam tengok jugak tapi jadi tak tau apa cerita dah... sebab episod hari selesa tu tak tengok.. Macam biasa tengok je mana yang sempat. Yang ter skip tu halalkan je. Di pendekkan cerita pengajaran untuk hari ni yang nak sang lekit kongsi dari episod hari ni drama Tentang Dhia ni.. Semalam tengok cerita Si Melina tu dah koma.. Lepas tu sedar selepas 5 tahun. Tak tau la kenapa dia koma sebab hari selasa tak tengok tapi tak penting sangat. Jadi Episod hari ni selepas Melina sedar dari koma & ingatan dia yang mula2 hilang dah pulih.. Dia menyesal sebab dia sangat la jahat dulu (sapa yang layan cerita ni tahu la tahap kejahatan si Melina ni, tapi pada sapa yang tak tengok tak payah ambil pot sangat pasal tu yer). Dia pun pergi la berjumpa dengan orang yang pernah dia buat salah dulu. Dia jumpa dengan nenek si Azmi (bekas suami dia). Nak minta maaf tapi malangnya nenek si Azmi tak boleh maafkan si Melina ni sebabnya perbuatan si Melina n...

DARI DUDUK DAH NAK BERDIRI PULAK

Image
Itulah keletahnya.. Kalau bulan lepas dia tak nak baring. Dia nak kita dudukkan dia. Kalau di baringkan.. dia akan cuba angkat kepala dia untuk bangun. Kalau tak di angkat & didudukkan macam dia nak mesti la meraung. Itu cerita bulan lepas.. cerita bulan ni bila dah didudukkan dia nak berdiri pula. Bila kita dudukkan dia dia cuba berpijak dengan tapak kaki & cuba angkat bontot dia untuk berdiri. Kalau kita tak bantu dia, dia akan mula meraung. Sudahnya.. Ikutkan saja. Dia masih dalam proses belajar jadi siapa lagi yang akan menjadi guru dia di rumah kalau bukan mummy. Itu kisah Shahila @ lala yang semalam genaplah umur lala 4 bulan. Tapi semalam tak sempat nak taip entri. Pagi gegas pergi klinik nak ambil ubat untuk lala. Kepala lala sang lekit perasan mula ada kuping2 putih. Baru lagi 2 3 hari ni. Tapi hari2 sang lekit buang. Sebab sang lekit tak tahu apa benda yang kat kepala lala.. sang lekit rujuk dengan kak Lydia Myza . Jadi semalam sang lekit bawak lala gi klinik wala...

KEKEJAMAN MANUSIA SEMAKIN PELIK

Makin maju, makin moden, makin berteknologi otak manusia pun semakin bodoh, kejam & pelik bila sanggup melakukan sesuatu yang kita rasa macam tak masuk akal kerana kesalahan2 yang rasanya boleh di maafkan lagi atau benda yang takde kena mengena jadi mangsa. Belek - belek surat khabar metro hari ni sementara lala bagi peluang mummy rilex ( dia tido ler ) dalam ruangan berita global terfikir sejenak. Hanya sebab si isteri menyambung pelajaran di kolej untuk mendapatkan segulung Ijazah tanpa kebenaran suaminya dia di potong lima jari tangan kanannya oleh suaminya sendiri. (Berita selanjutnya boleh baca DISINI ) Kerana marahkan seorang manusia seekor anak kucing menjadi mangsa bila Seorang wanita yang membunuh seekor anak kucing dengan memasukkannya ke dalam gelombang ketuhar kerana membalas dendam  selepas bekas sahabatnya itu membuat laporan polis membabitkan teman lelakinya. (Baca berita selanjutnya DISINI ) Dan lagi manusia kejam yang sanggup cuba membunuh anaknya berus...

DIA HANYA MAHUKAN ISTERI BUKAN ANAK

Image
Teringat satu kisah kawan satu ofis sang lekit dulu. Cerita ni bukan cerita yang berlaku pada dia tapi berlaku kepada kakak dia sendiri. Dulu dengar kisah ni cuma rasa simpati jer tapi sekarang bila ingat balik kisah ni rasa bertuah. Nak tahu kisah apa & kenapa sang lekit rasa macam ni.. Jom kita baca kisah tersebut.. Kisah ni kategori kisah rumahtangga jugak. Alkisahnya.. kakak kepada kawan 1 ofis sang lekit dulu.. Suami dia jenis tak suka budak2. Kalau budak2 pun tak suka, bayi apatah lagi, kan?? Tapi setiap pasangan yang berkahwin mesti la mengharapkan cahaya mata dari zuriat sendiri, kan?? Tapi sayangnya hanya si isteri jer nak kan anak, si suami nampaknya tak berminat untuk ada zuriat sendiri. Tak tau la apa sebab musababnya.. Kuasa Tuhan.. Akhirnya si isteri ni mengandung & lahirkan juga anak. Menurut cerita kawan sang lekit tu.. Suami dia tak pernah sentuh atau cuit2 apatah lagi nak main2 dengan anak dia tu sejak lahir.. Tapi sekarang tak tahu la macam mana. Budak tu...