Posts

SIREN KECEMASAN TU BETUL2 CEMAS KE?

Image
Tak rancang pun tapi secara kebetulan jer.. Petang lebih kurang pukul 6 petang(31 Dec 2011) kami tiga beranak bertolak balik kampung ke kedah. Sampainya lebih kurang pukul 12.30 malam. Bermalam 2 malam kat kedah.. Lepas tu masa nak balik singgah taiping sekejab rumah maksu (mak sedara sebelah hubby). Singgah sekejab jer.. makan tengahari, lepak2 sekejab petang tu kami teruskan perjalanan nak balik sini. Dalam perjalanan tu terserempak la dengan 1 Ambulan (Ipoh Ambulance).. Masa sang lekit nampak ambulance tu pemandu dia singgah beli buah tepi jalan.. Yang nak di jadikan cerita lepas dia beli buah & memulakan perjalanan dia tetiba je dia laju, mencilok sana sini.. Lepas tu dia pasang siren kecemasan. Tetiba jer kan?? Tadi elok je ko singgah beli buah macam santai sangat. Tak nampak pun macam ada kecemasan. Tak tahu la kot lepas beli buah dia dapat call ada emergency. Sang Lekit pun tak berapa faham sangat.. Tapi memang agak pelik bila tiba2 je dia laju & pasang siren kecemas...

BUDAK PUN ADA MARUAH

Image
Walaupun budak tetap ada hati tetap ada perasaan tetap ada roh & jasad. Bezanya perasaan hati cuma kematangan. Jangan ingat budak2 yang belum akil baligh & tak matang tak reti rasa apa yang kita rasa.. Dorang jugak rasa cuma rasa dorang kurang garam sikit je dari kita tapi tetap ada rasanya. Kita sebagai orang dewasa (tak kira abang, kakak atau mak bapak kepada budak2) kena lebih prihatin pasal ni. Kenapa pulak tiba sang lekit cakap pasal maruah seorang budak ni?? Alkisahnya.. Carian Google Tiba2 je teringat satu peristiwa yang jadi masa bulan puasa lepas (sebelum lala lahir). Time tu orang dah mula shopping raya tapi sang lekit time tu mash bershopping barang2 lala. Peristiwa ni tak silap kat Pasaraya maiden, Subang. Ada sekeluarga kecil. Mak Ayah dan 2 orang anak. Yang besar maybe 7 @ 8 tahun kot.. Yang kecik rasanya bawah setahun sebab masih di dukung. Biasa la budak2.. Yang si Ayah dengan mak ni sibuk pilih baju melayu kat si anak tiba2 sang lekit nampak bapak dia le...

CARA MENGIRA BERAT BAYI YANG IDEAL

Image
Entri kali ni bertemakan mak2 sikit. Almaklum la dah jadi mak orang. Lagi2 baru pertama kali jadi mak ni maka banyak benda la sang lekit tak tahu. Dan memang di akui sang lekit sekarang rajin bertanya pada cikgu google. Bila tengok baby orang lain gebu2.. debab2.. montel2.. chubby2.. bambam2 belaka.. tengok lala alahai anak mummy. kecik molek je. Baby yang lagi muda dari lala pun lagi besar dari dia mula la hati mummy gundah gulana. Walaupun dalam buku pink lala, last check up haritu takde misi tulis apa2 masalah. Semuanya ok jer.. Lala bercomot comotan di rumah Jadi untuk memuaskan hati sang mummy maka sang lekit pun tanya la cikgu google & terjumpa satu blog yang penulisnya seorang jururawat terlatih yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam wad bersalin ni. Info yang ada kat blog dia sangat berguna bagi sang lekit & sang lekit bermurah hati nak share dengan semua ibu2 & bakal ibu yang baca kat blog melekit ni. Macam sang lekit risau lala kecik & nak jugak lala ...

CIKGU SHIDA KOMPLEN NAMA ANAK MURID PANJANG

Image
Orang kata tak suka tak semestinya benci. Tak suka tak semestinya asyik pandang buruk jer walau ada yang baik juga dalam dirinya. Orang kata walau selalu tak sama pendapat tak semestinya takde satu pun perkara yang ada persamaan pandangan. Macam tu la sang lekit umpamakan sang lekit VS cikgu shida ni. Kali ni sang lekit setuju dengan cikgu shida. Apa yang cikgu shida cakap kat status FB dia yang satu ni memang betul. Sebagai cikgu memang tu salah satu masalah jugak. Nama anak murid berjela jela panjangnya.   Kesian cikgu shida nak menaip nama anak murid yang panjang2. agaknya sorang anak murid berapa minit nak menaip yer.. Nama panjang berkajang ni yang sang lekit perasan mula popular tahun 90an. Kalau boleh satu keturunan tu dia nak berkait kait nama tu dalam nama anak dia. Sudahnya panggilnya gegurl @ boboy saja. Tapi dalam surat beranak sampai tak cukup ruangan nak tulis. Tu baru surat beranak tak lagi borang2 lain. Orang kata sampai tak cukup kotak la nak isi huruf2 nama a...

CIKGU SHIDA KOMEN BLOG MELEKIT

Image
Akhirnya cikgu shida sudi juga mencemar duli menyinggah ke blog melekat lekit ni & meninggalkan komen. Tapi dalam banyak2 entri yang sang lekit tulis mendedahkan perangai & kenyataan cikgu shida ni kenapa entri yang satu tu je menjadi pilihan cikgu shida untuk di komen? Mungkin entri tu saja cikgu shida ada point untuk kelihatan teraniaya kot... Yang lain2 tu susah untuk dia sangkal & tepis sebab setiap kritikkan yang sang lekit buat pada cikgu shida semua di sertakan bukti kenyataan cikgu shida sendiri. Kalau dia nak menidakkan pun tak boleh jadi entri nan satu tu je la yang dapat cikgu shida memberi komen. Entri mana?? Entri ni : PESAING CIKGU SHIDA Retis tu komen.. hikhikhik Susulan dari entri tu sang lekit rasa status yang di tulis cikgu shida kat FB ni ada kaitannya dengan entri di blog melekit. Sampai gigi dah gugur pun still nak bermiming. Dahsyat tu.  Lagi 1 cikgu shida, bonda kitorang pun dah tua cuma dorang tak sampai hati nak buat video miming ...

KEMAAFAN TIDAK SEMUDAH MEMBUAT KESILAPAN

Image
Hari sempat layan Drama bersiri Tentang Dhia. Semalam tengok jugak tapi jadi tak tau apa cerita dah... sebab episod hari selesa tu tak tengok.. Macam biasa tengok je mana yang sempat. Yang ter skip tu halalkan je. Di pendekkan cerita pengajaran untuk hari ni yang nak sang lekit kongsi dari episod hari ni drama Tentang Dhia ni.. Semalam tengok cerita Si Melina tu dah koma.. Lepas tu sedar selepas 5 tahun. Tak tau la kenapa dia koma sebab hari selasa tak tengok tapi tak penting sangat. Jadi Episod hari ni selepas Melina sedar dari koma & ingatan dia yang mula2 hilang dah pulih.. Dia menyesal sebab dia sangat la jahat dulu (sapa yang layan cerita ni tahu la tahap kejahatan si Melina ni, tapi pada sapa yang tak tengok tak payah ambil pot sangat pasal tu yer). Dia pun pergi la berjumpa dengan orang yang pernah dia buat salah dulu. Dia jumpa dengan nenek si Azmi (bekas suami dia). Nak minta maaf tapi malangnya nenek si Azmi tak boleh maafkan si Melina ni sebabnya perbuatan si Melina n...

DARI DUDUK DAH NAK BERDIRI PULAK

Image
Itulah keletahnya.. Kalau bulan lepas dia tak nak baring. Dia nak kita dudukkan dia. Kalau di baringkan.. dia akan cuba angkat kepala dia untuk bangun. Kalau tak di angkat & didudukkan macam dia nak mesti la meraung. Itu cerita bulan lepas.. cerita bulan ni bila dah didudukkan dia nak berdiri pula. Bila kita dudukkan dia dia cuba berpijak dengan tapak kaki & cuba angkat bontot dia untuk berdiri. Kalau kita tak bantu dia, dia akan mula meraung. Sudahnya.. Ikutkan saja. Dia masih dalam proses belajar jadi siapa lagi yang akan menjadi guru dia di rumah kalau bukan mummy. Itu kisah Shahila @ lala yang semalam genaplah umur lala 4 bulan. Tapi semalam tak sempat nak taip entri. Pagi gegas pergi klinik nak ambil ubat untuk lala. Kepala lala sang lekit perasan mula ada kuping2 putih. Baru lagi 2 3 hari ni. Tapi hari2 sang lekit buang. Sebab sang lekit tak tahu apa benda yang kat kepala lala.. sang lekit rujuk dengan kak Lydia Myza . Jadi semalam sang lekit bawak lala gi klinik wala...