Posts

KANTOI NAMPAK SPENDER ROPOL2

Image
Sebelum cuti raya cina haritu lala ada appointment dengan klinik untuk suntikan & check up setelah 2 kali tertunda. Dah la lala lewat ambil suntikkan, tunda pulak. Bertambah2 la kelewatan dia. Yang lewat mula2 tu kita pergi tapi memandangkan kat tempat tu takde appointment, pulak haritu memang ramai nurse minta datang minggu akan datangnya. Minggu akan datangnya pulak hubby ada hal.. terus ke KK Sg Buloh ambil appointment kat sana je walau mula2 dorang suruh pergi klinik ala2 macam klinik desa kat area rumah sang lekit ni. Tapi cuma hari jumaat je buka dah tu sampai pukul 12 tghari je. Esok harinya tu ingat nak pergi private jer.. Memang pergi pun tapi Doktor kat klinik tu cakap ubat untuk suntikkan lala takde stok. Alih2 kembali kepangkal jalan la.. Minta Appointment kat KK sg buloh jugak. Takpe la tunggu lama sikit.. janji settle dari pergi lepas tu postpone lagi. Alkisahnya di KK sg buloh.. Tengah2 tunggu no giliran sampai lepak2 la dulu. Macam biasa la kalau berurusan dengan ...

JALAN LAMA VS LEBUHRAYA

Image
Zaman maju lagi serba laju ni semua orang nak ikut shortcut jer. Tak kira la dari segi apapun. Termasuklah perjalanan. Jadi bila nak ke destinasi yang jauh, amatlah bersyukur kalau ada jalan shortcut. Macam nak balik kampung jauh2 ni. Kebanyakkan orang suka guna highway. Tak di nafikan cepat tapi di sebalik kelebihan yang dia ada.. tetap ada kekurangannya, kan?? Alkisah Ahad haritu sang lekit balik kampung. Dengan hubby sejak dari dulu kita tak guna highway sepenuhnya. Kadang2 kita belok jugak guna jalan lama. Bukan apa kita suka menikmati perjalanan di samping kos pun jimat tapi sebab paling utama boleh singgah makan tempat yang best sikit. Makan kat R & R ni pepaham je la.. harga mencekik darah, sedap tu takde sangat. Dah tu kalau musim cuti orang macam semut. Bila guna jalan lama.. jalan2 kampung, pekan2 & bandar kecik2 ni best sikit. Bila2 rasa nak berhenti tu boleh. Kalau guna highway.. Mana boleh suka hati nak berhenti kan?? kena tunggu sampai R & R jugak. Bila ad...

BAYI LIMA BULAN WARIS HARTA PUSAKA

Image
Orang kata tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa la yang tahu kan?? Begitulah boleh sang lekit umpamakan tuah seorang bayi yang baru genap 5 bulan tapi dah mewarisi harta pusaka mak bapak dia. Apakah harta itu?? apakah berupa wang tunai jutaan ringgit?? Emas berkoyan koyan?? Atau.. Sebuah kilang biskut?? Dan paling penting, korang tau sapa bayi tu. Bayi bertuah itu telah di wariskan lola dari mummynya. Lola itu adalah hadiah dari dady masa awal perkenalan dengan mummy. Masa tu mungkin dady tak berapa kenal sangat dengan mummy sedalamnya & dia tak tau mummy jenis tak berapa minat dengan benda alah tu. Tapi mummy jenis hargai apa saja pemberian orang & mummy simpan jer. Jadi untuk ulangbulan kelahiran lala yang ke 5 bulan hari ni.. Mummy dengan ikhlasnya wariskan harta pusaka mummy tu kat lala. Semalam mummy dah siap2 basuh, ampai.. Hari ni dah kering maka dengan rasminya menjadi kepunyaan lala. Dan itulah toys pertama lala. Nak beli toys banyak2 & awal2 sangat pu...

BAHAGIA SAMPAI KELUAR CERITA DALAM KAIN

Melihat keterbukaan kaum hawa ni dalam menulis di laman sosial termalu seketika sang lekit. Kalau boleh, abis setiap inci apa yang ada kat badan nak cerita. Dari hujung kaki sampai hujung kepala. Nak2 lagi yang tengah berbahagia dengan pasangannya. Orang kata gurau laki bini ni kadang2 ada gurauan sensor2.. Tu biasa la. Dah jadi laki bini, biar la dia nak usik apa2 pun kat badan bini dia. Jangan sampai jadi penderaan fizikal & mental sudah la. Tapi perlu ke kau cerita kat orang semua yang kau gurau, cerita & bincang dengan laki kau?? Laki kau nak cakap aset kau macam mana pun biarlah jadi rahsia korang berdua jer. Laki kau tak marah ke ko dok canang kat orang pasal apa yang dia cakap kat kau even bergurau pun?? Laki kau tak marah ke kau dok bagitau kat semua orang buah dada kau size berapa, punggung kau berapa lebar?? Itu sepatutnya jadi rahsia.. Baru la dia rasa dia je yang tahu size apa, warna apa & bentuk macam mana semua yang terselindung di sebalik pakaian kau tu. ...

WAJAH BARU 2012

Amboi wajah baru nampak? pakai botox ker? ke plastic surgery? Tak pun suntik vitamin C? Paling2 pun make over.. Mana ada wajah ku masih comot macam dulu. Wajah si lala je makin berubah.. yelah makin besar. Kejab nampak macam mummy kejab nampak macam dady. Tapi lala lebih kepada sang dady. Apa yang wajah baru 2012 ni sang lekit Ooi??? Lihat di sekeliling blog daku ini?? Dari hitam dah kelabu. Header pun dah tukar rumah batu gitu. Apamacam?? Nampak luas tak rumah baru kita ni?? Nampak lebih luas kan ruang dia. Akibat semalam ada masa, ada mood & ada la sedikit idea nak deco2 blog ni maka inilah yang terhasil. Cat je berubah.. layout still sama. Korang rasa macam mana?? Lebih cantik yang dulu atau yang baru ni?? Header semakin hari semakin simple. Entah la.. sejak jadi mak budak2 ni dah semakin tak minat nak tengok meriah2 sangat kat header tu. Cukup sekadar ada sebagai syarat. Korang ada tak deco2 blog sempena tahun baru ni??

BAHAYA AIN

Penyakit Ain?? Apa tu?? Sang Lekit pun baru pertama kali dengar.. Mungkin ada di antara korang yang pernah dengar & tahu pasal penyakit ni tapi bagi mereka2 yang tak tahu macam sang lekit ni meh sang lekit nak kongsikan.. Penyakit Ain ni di katakan berpunca apabila seseorang itu melihat seseorang & mengkagumi di campur dengan perasaan hasad dan menyebabkan kemudaratan kepada orang lain. Contohnya, apabila seseorang kagum melihat kecantikan sesuatu dan memuji2 kecantikannya, kemudian tidak mengucapkan ‘masya-Allah’, maka benda yang dilihat itu akan rosak/musnah/hancur. atau apabila seseorg lelaki melihat kecantikan seseorang wanita, dan menjadi asyik kepadanya, kemudian tidak mengatakan masyaAllah, kemungkinan perempuan itu akan jatuh sakit atau mati. benarkah adanya penyakit ini? tidakkah kepercayaan ini berunsur syirik? Dalam hadis Musnad Ahmad “Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam”. (no: 9668) . Untuk mengelakkan Ain digala...

KENA RAGUT & TRAUMA SEKEJAB

Image
Ni kejadian segar dari ladang... Baru kejab tadi (lebih kurang pukul 1 lebih pagi) sang lekit terdengar suara perempuan menjerit dari bawah (rumah sang lekit tingkat 9. Tingkap mengadap jalan). Sepantas kilat sang lekit jenguk la ke bawah melalui tingkap.. carian google Sempat dengar perempuan tu menjerit kena ragut & rasanya budak motor yang sang lekit nampak sedang beredar tu peragut. Aduhai trauma sekejab bila terkenang kenangan sang lekit di ragut. Kejadian tu berlaku kat Mc D damansara damai. Masa tu masih bujang. Belum kenal pun dengan asben. waktu makan tengahari.. Sang Lekit tak bawak handbag keluar lunch, just bawak hp & beg kecik isi duit. Hp letak atas meja.. Datang budak peragut.. di rampoknya hp atas meja lalu memecut sepantas watson nyambek sebelum bonceng motor yang dah siap sedia menanti bersama penunggangnya. waktu kejadian sang lekit tak jerit sebab masa dia ambil hp sang lekit tak nampak sebabnya dia membelakangi sang lekit cuma kawan sang lekit je terje...