Posts

BADAN KECIK SELERA BESAR

Image
Rasanya ramai yang hadapi masalah ni?? Boleh di kategori masalah ke? bergantung pada individu jugak. Kalau dia rasa benda tu 1 masalah, maka masalah la jadinya tapi kalau dia rasa benda tu benda yang normal, maka tak jadi masalah. Carian Google Sapa yang baca ni jenis size badan S tapi selera makan tripple/double XL?? Salah sorang adalah yang sedang tulis entri ni. Tak di nafikan  sang lekit memang jenis selera makan boleh tahan jugak sekarang ni. Dulu pun pernah hadapi juga benda ni tapi mula2 tu rasa macam segan jugak kalau makan kat luar tapi sekarang ni memang perasaan malu tu dah kurang. Walau size S @ XS tapi selera makan double/tripple XL tak jadi masalah lagi tapi jangan la tak malu sampai orang tengok menakutkan pula kita makan. Biar la orang tengok seronok je kita berselera makan walau badan kecik. Ada orang sanggup berlapar walau dah makan sebab malu nak makan banyak dekat tempat2 awam ni. Kadang2 sengaja pulak di tinggalkan baki makanan dalam pinggan semata2 tak...

SITUA BERMULUT PUAKA TAK KENA TEMPAT

Image
3 hari pergi jumpa Mak kat KLIA. Flight Mak kat KLIA untuk pergi mengerjakan Umrah. Jadi sebelum mak kita berlepas, kita awal2 lagi dah sampai semata2 nak jumpa mak. 5.30 pagi dah bertolak dari rumah. Lala pun terpaksa la bangun awal. 5.30 pagi takkan la nak mandikan lala.. ye tak?? Budak tu baru 6 bulan. Jadi sang lekit cuma tukar baju tapi tak tukar pampers dia sebabnya tgh malam tu sang lekit dah tukar jadi pagi tu pampers dia tak basah sangat & takde bau lagi. Malam tu kebetulan lala dari lepas tukar pampers sebelum tido (lebih kurang pukul 12.00) sampai pukul 5.00 pagi dia takde pulak bangun minum susu. Macam tau2 je dia kena bangun awal hari tu. Bila dia kurang minum susu dia kurang kencing jugak. Sampai Airport lebih kurang 6.30 la.. Sempat la luangkan masa berbual2 dengan mak sebab flight pukul 9.00 pagi. Lebih kurang pukul 7.00 pagi macam tu sang lekit tukarkan la pampers lala walau basahnya tak kritikal & takde bau sangat. Memang totally kalau tak pergi cium takde...

SETENGAH TAHUN SUDAH BERLALU

Image
tik.. tok.. dah 6 bulan berlalu. Sekejab je rasanya, kan?? Dah membesar shahila. Walaupun perkembangan lala tak secepat sesetengah bayi lain yang mungkin seusia lala dah boleh merangkak tapi lala cuma mampu meniarap gaya titanic je lagi. Sesekali tu ada juga tengok dia cuba angkat badan. Mungkin tanda2 dia nak belajar merangkak kot. Setakat ni nampak lala mula mesra alam dengan orang lain dah. Dia dah pandai untuk murah senyum & mula bersuara bila di usik. Tapi sikit2 je keramahan dia tu. Tak seramah & semesra macam dia dengan mummy & dady kat rumah. Kalau kat rumah mengekek ketawa.. terjerit2 bila suka. Macam2 bunyi di buatnya tapi bila kat luar lala amatlah pendiam. Mungkin sebab lala kurang bersosial. Seminggu ada la sekali dua bawak lala keluar. Selebihnya hari2 lala cuma dalam rumah. Kat rumah yang ada dengan dia cuma mummy & dady je. Selama membesarkan lala ni en google & kawan2 maya banyak menjadi tempat rujukkan. Bertuah bagi sesiapa yang membesarkan ana...

JOM KENAL DENGAN ARTIS MESRA BLOGGER NI?

Image
Wah sang lekit kau pun jenis gedik pancing traffic dengan up entri pasal artis ke? Bukan pancing ke jala ke bom traffic ke apa ke ni nak cerita pasal sorang artis ni yang sang lekit rasa dia agak mesra dengan blogger2 tepian longkang macam sang lekit ni. Sang lekit nak kata tak pernah baca & komen blog artis ni.. tak jugak. Dari dulu ada la jugak blog artis, blog2 mereka2 yang ada pautan dengan seni hiburan tanah air. Ada la jugak berkomen kat blog dorang tapi nak harap dorang datang balik berkomen, jauh sekali la nak follow blog tepian longkang ni amat la jarang berlaku. Memandang Retis M'sia yang budget dorang hot sangat or orang2 yang kononnya terlibat dalam bidang seni hiburan tanah air yang susah sangat nak mencemar duli kat blog2 tepian longkang macam sang lekit ni, sang lekit buat tak kisah je. Kalau best isu dia tulis, daku komen tanpa berharap apa2 kunjungan balas jauh sekali la nak menyimpan harapan setinggi KLCC dorang akan follow blog melekit ni. Komen @ kunjungan...

MARI AKTIFKAN MOBILE TEMPLATE DI BLOG

Orang lain sampai naik kusam dah guna sang lekit baru nak merasa. Orang lain tak heran, sang lekit masih jakun dengannya. Orang lain dah berbijik2 tukar pakai, sang lekit baru merasa pegang satu. Apa tu?? Smartphone. Yelah.. selagi tak uzur enpon tu selagi tu tak bertukar. Nak membazir pun tengok kemampuan diri lah. Lagipun sang lekit tak banyak sangat kegunaan enpon ni selain sekarang kalau berdering pun banyak call dari en asben.. paling tidak pun family dan sekali sekala tu ada la sorang dua kawan lama call. Kalau tak hari2 enpon tu tak asben call, kita call dia, tak dia sms, kita sms dia. Tu je la fungsi enpon. Kalau kredit abis, telefon rumah jugak di belasah. tapi jarang kredit abis selalunya access expired je. enpon tua sang lekit yang sang lekit guna hampir 4 tahun tu walau masih berfungsi tapi sangat uzur. Orang tua la katakan.. kejab2 dia tertidur. timing dia pun akan jadi tak betul bila dia tertidur & kita kejutkan. Jadi asben dengan penuh simpati hadiahkan la berry ...

Ehem.. hem.. BUAT APA TU??

Image
Setiap hari sang lekit tak lepas pandang untuk tengok perkembangan shahila. Apa yang dia sepatutnya kena buat, apa yang dia dah boleh buat & apa yang dia sedang belajar buat. Kadang2 sang lekit biar dia layan diri sorang2 sambil sang lekit perhatikan keletah dia.. nak tahu apa yang shahila dah boleh buat & sedang buat sekarang kalau main sorang2 shahila selalu buat benda ni sambil mulut dia mengomel & terjerit2 dalam bahasa dia la. Memang bising.. Kebolehan shahila ketika melakukan aksi ni ialah dia boleh masukkan ibu jari kaki dia dalam mulut kalau mummy nampak mummy akan akan.."aip.. buat apa tu??' No.. no.. yer lala. tak elok tu!! Bila dia rasa bosan berbaring & takde jugak orang layan dia, dia mula buat benda ni.. pun dengan mulut yang bising.. meniarap dengan gaya titanic Dan bila dia nampak mummy datang (atau dady dia jugak) dia akan jadi excited macam ni.. Dengan maksud... sila la dukung saya sebelum saya mengamuk. kekekekeke Dan ini pula akti...

PERLU KE MOTIF UNTUK MENULIS?

Sang Lekit nak kata rajin sangat update status @ berkomen kat status orang tak jugak.. nak kata takde langsung buat semua tu ada la juga. Friendlist sang lekit ni selain kawan2 sekolah, kawan2 lama, kawan2 blog.. tak terkecuali banyak adik2 yang add. Sang lekit jenis approve je sebab FB sang lekit takde la nak tulis benda2 privacy sangat kat wall. Masalah bila berkomen di wall adik2 ni.. sentap tak tentu pasal walhal benda yang kita cakap tu bukan la berunsur sindir @ mengutuk. Kadang2 kita sekadar tanya untuk kepastian.. Yelah, update status kadang2 banyak unsur tanda tanya, atau kiasan @ benda yang kita tak tau tujuan dia kongsi status macam tu. Bila tanya apa motif.. wah sentap pulak. Katanya tak perlu bermotif nak update status kat wall sendiri. Mungkin dia lupa kot yang dia tulis kat FB wall bukan diari. Kalau diari mungkin la takde sapa boleh baca. Motif jugak dia tulis kat wall FB untuk bacaan peribadi. Tulis kat wall Fb ni jangan la adik2 harap orang 'like' je manja...