Posts

AMPANG & JLN TUN RAZAK JUGA TURUT TERASA GEGARAN GEMPA BUMI

 Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak. Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang. gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.   BERITA SELANJUNTNYA SILA CLIK : myMetro | Gempa bumi kuat gegar Aceh, gegaran dirasai di Semenanjung Malaysia p/s : sekadar berkongsi infomasi di blog bukan sebab traffic.

GROUP FB PUNCA 50 RIBU SAMPAH KENA BUANG

Image
Satu masalah besar aku rasa patut di jadikan isu supaya kita semua beringat sebelum buat. Ramai dah suara2 meluahkan perasaan marah, tak puas hati & geram dengan benda ni termasuklah diri sang lekit sendiri. Memang benda ni jadi masalah.. Mula2 tak kisah tapi bila jadi beban rasa hangin jugak separuh badan. Kau ni sang lekit kalau buat mukadimah tak berkias2 tak boleh ke? Apa benda masalah sangat tu?? Ni yang sang lekit nak cerita ni.. Masalah ni berlaku kat Facebook. Group2 kat FB ni tumbuh bagai cendawan  selepas hujan. Macam2 group ada.. tak kira la group semasa, group politik, group2 blog.. Nak cerita tema2 group ni panjang sangat di pendekkan cerita yang jadi masalah bila group2 kat FB ni makin banyak. Carian Google Tau la korang baik hati nak ajak kita2 ni join group2 yang best di samping memperbanyakkan lagi ahli dalam group tersebut maka dengan hati yang ikhlas tulus suci murni korang dengan sukacitanya add la sesapa saja korang suka dalam group tersebut tanpa...

MAKIN HARI MAKIN RINGKAS

Image
Bila komitmen makin banyak macam tu la jadinya. Nak merias lebih2 masa yang ada terlalu terhad. Kelapangan tu selalu sangat sempit & semput. Masa lapang pun tak berapa lapang macam mana la nak touch up dengan warna warni aidilfitri, kan?? Korang mesti pelik apa la sang lekit merepek kan?? Benda apa la yang semakin hari semakin ringkas tu.. Kalau korang ikuti blog ni dari zaman Kuning Hitam (bagi yang kenal blog melekit zaman kuning hitam tu tau la betapa cacatnya blog ni) maka korang akan perasan header yang silih berganti di blog melekit ni. Ada musim sarat dengan macam2 corak.. ada musim yang konon2 tema ala2 taman astakona.. ada musim header kekonon comel dengan kartun kanak2 rebina, ada musim konon panas sangat la blog ni dengan tema header garang2 gitu tapi sekarang makin hari makin ringkas temanya. Perasan tak?? Terbaru dari ladang Header baru ni rasanya amatlah ringkas tanpa memacak muka sendiri sebagai model kali ni. Mata ni pun rasa lebih sedap pandang benda yang...

KERANA NASI HIMPIT SERINGGIT

Image
Bukan la nak kecoh pasal benda kecik. Bukan juga nak perbesarkan hal remeh tapi kadang2 sebab benda kecik boleh jadi besar bila di biarkan. Jadi sementara masih kecik tak salah kita jadikan pengajaran supaya benda2 yang kecik ni tak di jadikan amalan sehingga menjadi isu besar. Kecik ke besar ke salah tetap salah kan?? Alkisahnya minggu lepas keluar sekejab. Singgah Giant cari puree untuk lala.. beli aiskrim 2 mangkuk kecik untuk buat pemanis mulut sementara nak pergi makan. Di pendekkan cerita masa pergi makan tu.. Sempat juga order satay ayam 10 cucuk. Cukup la tu untuk 2 orang makan. Lagipun sebelum tu dah makan nasi goreng ikan masin, nasi goreng ayam goreng kunyit, laksa semangkuk & akhir sekali satay ayam 10 cucuk. Tu menu2 untuk 2 orang makan. Tak banyak sangat kan?? Sesampainya satay ayam tu tiba2 tengok ada nasi himpit sekali. Tanya asben dia ada minta ke? Setahu sang lekit kitorang dua2 tak makan nasi himpit. Kami makan nasi renggang jer.. himpit2 ni tak gemar sangat. A...

ARTIS KENA ROGOL

Image
Siapa artis yang kena rogol tu? Siapa yang rogol artis tu? Macam mana dia boleh kena rogol? Dia di rogol kat mana? Kesian kan kat artis tu.. Siapa yang tergamak rogol dia? Mesti dia malu.. 1 malaysia lepas ni akan tahu dia dah kena rogol. Mesti berebut2 wartawan nak tulis pasal dia. Mesti kes ni buat artis tu makin terkenal. Mungkin juga artis tu akan bersara terus dari bidang seni sebab malu nak berdepan dengan orang ramai setelah orang tahu dia di rogol. Masalahnya sekarang siapa artis yang kena rogol tu?? sekadar hiasan. Carian Google Ramai artis yang dah kena rogol sebenarnya. Nak list satu persatu memang tak boleh. Tapi tak perlu la nak di sensasikan sebab kita dah tengok aksi perogol yang merogol para2 artis tu. Yang merogol jugak artis. Jadi apa nak heran setakat kena rogol dalam filem atau drama kan?? Korang dengar tajuk tu mesti ramai yang nak clik. Sibuk nak tau jugak siapa artis yang kena rogol. Lepas ni boleh la up entri pasal tu kan?? Boleh dapat traffic juta2 lemo...

MALU MAK.. NAK!

Kita sedia maklum kes budak 15 tahun yang kononnya di culik masa pergi beli topup alih2 jadi kes lari ikut jantan. Rakyat malaysia yang prihatin pakat dok share la berita penculikkan minah ni.. Sang lekit dari awal lagi rasa minah tu tak kena culik. Rasa hati ni kuat mengatakan lari ikut boipren la tu. Sebab tu sang lekit tak share. Tup.. Tup.. betul la pulak. Yang si minah ni kau nak lari dengan jantan pun jangan la menyusahkan orang lain & memalukan mak bapak & seluruh keturunan kau. Bukan salah mak bapak kau canang kat media.. sebagai mak bapak harus dorang risau & buat apa saja nak selamatkan anak dia dari jadi mangsa jenayah ini adalah salah kau yang tak reti nak jaga nama baik family kau. Sapa tak boleh halang kau nak lari dengan jantan mana pun tapi lepas kau lari tu bertanggungjawab la sikit. Sms la kat mak bapak kau bagitau kau bukan kena culik. Kau ada kat tempat selamat supaya kes kau tak di canang seantero malaya. Cukup la jiran2 tetangga kau je tau kau lari...

SEMAKIN KUAT JERIT

Image
Setiap bulan akan muncul entri ni. Entri apa?? Entri ni la... Entri yang membuktikan bahawasanya saya seorang MAK gitu. Kalau ada blogger yang baru berkenalan dengan blog melekit ni tak payah nak teka teki lagi status penulis blog melekit ni. Kalau dah jadi MAK maka auto memang bini kepada seseorang. Semalam (20/03/2012) genap usia shahila @ cik lala 7 bulan. Keletah dia pun dah semakin macam - macam. Tapi perubahan ketara lala sekarang adalah kuat menjerit. Tak boleh tinggalkan dia sendirian lama sikit mula dia menjerit. Menjerit bukan menangis tau. Kadang2 kalau dia suka pun dia menjerit. Dah semakin laju sikit dari dulu tolak walker dengan kaki dia. Tapi lala belum boleh merangkak cuma meniarap sambil berguling2 bila dia nak bergerak. Hari2 dia akan tunggu dady dia balik untuk tidurkan dia sambil dengar lagu Old Mc Donald. Lala masih tak banyak makan makanan pepejal. 90% masih susu. Tapi sang lekit tak putus asa untuk ajar dia makan. Makanan dia bubur nasi + kentang + carot + ay...