Posts

HANTU BERGAMBAR DI KUBUR

Image
Ni cerita pasal hari raya jugak. Kisah ni berlaku pada hari raya pertama. Berlaku di kawasan tanah perkuburan Islam di sebuah kampung di negeri kedah darulaman. Ketika peristiwa itu cuaca di awal petang boleh tahan panas. Tapi tidak mematahkan semangar insan - insan itu untuk datang menziarah kubur ahli keluarga mereka. Sang lekit yang kebetulan ada kat situ.. nak ziarah kubur arwah ayah sebab paginya tak dapat pergi. Sang Lekit sampai kampung pun dah pukul 6.30 pagi 1 syawal. Dengan si kecik maka mustahil la dapat datang ziarah awal pagi. Lepas dah ziarah kubur arwah ayah ni ada serombongan keluarga datang ziarah. Tak kenal pulak.. Tak tau la orang kampung ker.. anak orang kampung ker.. Lagipun rasa dah lama sangat tinggal kampung ni banyak rupa2 yang sang lekit dah tak berapa nak kenal. Yang budak dah banyak jadi mak budak.. yang baby dah banyak jadi anak dara/teruna.. yang muda yang banyak tua. Jadi tak pasti la family sapa.. anak sapa.. mahupun cucu cicit sapa. Tak penting la d...

SETAHUN SUDAH SANG PUTERI TURUN KE BUMI

Image
Raya kedua haritu genaplah setahun sang puteri turun ke bumi. Turun ke bumi melalui perut mummy bukan jatuh dari langit yer.. Maka membesarkan sang puteri 9 bulan dalam perut mummy kemudian lahir & membesar sehingga 1 tahun 3 hari, hari ni dan semoga terus membesar & membesar lagi bagai juara. Sempena ulangtahun kelahiran sang puteri yang ke setahun yang jatuh pada 2 syawal (bulan Islam) bersamaan 20 Ogos 2012 takde sebarang majlis untuk sang puteri sebabnya kat rumah (kampung) sang lekit tak putus2 di kunjungi sedara mara. Ada jugak plan nak buat parti kecil dengan adik beradik kat rumah sebab bulan ogos di kongsi hari lahir dengan Acu (13 Ogos) Ateh An (15 Ogos) & lala (20 Ogos).. Juga mummy akan datang 28 ogos tapi memandangkan tetamu datang sampai malam.. tak jadi pulak. Tapi takpe at least chaq (mak sedara lala merangkap kakak sulung sang lekit) dah bagi hadiah. Yang lain bagi duit raya. Acu katanya dah beli hadiah tapi tertinggal dalam kereta si sponsor hadiah tu. ...

JANGAN SAMPAHKAN PETUA LAMA

Image
 Bila mak cakap.. Dalam pantang tak boleh itu.. tak boleh ini.. jangan buat tu.. jangan buat ni, kita yang kononnya moden & urban sangat betah sampai tak kaji buruk baik dah. Betul.. ada petua yang kita rasa macam tak logik nak ikut tapi jangan lupa tak semua petua lama ni sampah. Masih ada yang relevan untuk kita amalkan. Orang dulu2 masa berpantang bersalin mana ada tidur atas katil (jarang dapat kita tengok) Lepas bersalin je bentang tilam atas lantai.. kat situ la baringnya sampai betul2 kuat, betul tak??.. sampai sekarang ada orang tua2 yang masih mengekalkan cara macam tu pada anak cucu dorang. Sebabnya.. salah satu macam jadi kat sorang retis tu anak baru umur berapa hari jatuh dari katil sudahnya kritikal kat hospital. Untuk mengelakkan benda yang tak di ingini terjadi.. kalau dah jadi baru nak berpantang, memang tak berapa nak berguna, ye tak?? Petua orang dulu2 jangan semua pandang kuno & tak relevan. Akibat terlalu kononnya urban & moden sangat.. boleh buat...

BERHENTI JADI SETAN DI BULAN RAMADHAN

Image
Menjelang raya je mesti ada berita pasal putus.. buta.. melecur & mati. Mesti ada punya tiap2 tahun. Macam kalau takde tu rasa tahun tu memang takde raya. Macam dah jadi benda wajib.. mesti ada. Kalau takde tak boleh. Macam tak lengkap biarpun takde sapa yang nak semua tu berlaku ketika tengah seronok nak meraikan hari raya, kan?? Sebelum membebel panjang takut ada yang garu2 kepala fikir apa benda yang putus, buta, melecur & mati tu terpaksa la sang lekit bagi penjelasan kontot sikit. Semuanya berkaitan mercun. Main mercun sampai ada yang putus jari.. buta mata.. melecur anggota badan & ada juga yang mati. Tiap2 tahun surat khabar.. TV.. radio bagai menyiarkan berita bahana mercun ni tapi malangnya masih takde keinsafan selagi makhluk jenis tu rasa dia pro dalam aktiviti memercun & belum pernah mengalami sebarang kecederaan akibat mercun & mercun masih di jual @ ada sesetengah anggota tu yang ambil kesempatan bawak balik mercun hasil rampasan buat mainan anak2 ( ...

MOGA KAMPUNG KU AMAN DEKAT NAK RAYA NI

Image
Kalau seminggu lagi nak raya tu.. Tak balik kampung pun takpe kot. Kalau balik hari raya lagi bagus sebab masa tu dah confirm aman sikit. Seminggu sebelum raya memang kampung sang lekit akan jadi kacau bilau umpama kampung yang di landa perang. Lepas buka puasa jer.. rasa macam tak berani la nak keluar rumah. Takut terkena bom lak. Yelah time2 tu la bunyi tembakkan akan kedengaran sana sini. Mesti semua tertanya - tanya kat mana sebenarnya kampung sang lekit ni?? Masih kat malaysia ker? Kat malaysia lagi.. nun di utara tanah air, kedah darulaman. Yang tak amannya bukan seminggu sebelum raya Jepun datang menjajah atau komunis serang kampung tapi manusia yang tak berapa bertamadun hidup di kampung sang lekit mula membuktikan tahap ketidak tamadunan mereka pada masyarakat kampung yang lebih maju & bertamadun yang lain. Setakat main mercun meletup kebabom depan  rumah sendiri ok lagi.. boleh tahan walau mercun dorang mengalahkan bom tangan punya bunyi. Tapi jenis manusia yang m...

FLASHBACK KISAH 20 RAMADHAN TAHUN LEPAS

Image
2O ramadhan dah kan?? Sekejab jer.. Memang puasa tahun ni sangat2 mudah bagi daku. Sepanjang 19 hari puasa, Alhamdulillah takde sebarang masalah. Tahap lapar & dahaga pun tak terasa sangat tahun ni. Mungkin cuaca.. mungkin juga sebab asyik dok dalam rumah jer kot. Apa kisah di sebalik 20 Ramadhan? Apa yang nak di ungkit pada 20 ramadhan tahun lepas? Ada sapa2 tahu & ingat tak apa yang berlaku 20 Ramadhan tahun lepas?? Mungkin ramai yang pernah baca kisah 20 Ramadhan tahun lepas kat blog ni tapi mungkin dah lupa kisahnya. Pada yang lupa jom kita flashback sama2 apa yang jadi 20 ramadhan tahun lepas.. 20 Ramadhan tahun lepas.. Sang Lekit secara automatiknya tak puasa hari tu. Memang mula2 puasa tapi tak sampai separuh hari dah terbatal. Bukan sebab tak sahur.. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Rujuk entri ni.. DISEBALIK 20 RAMADHAN <<- clik je ) ( walau entri tu tak di tulis pada 20 ramadhan tapi entri tu cerita kisah yang berlaku pada 20 ramadhan ) Sekejab jer dah...

JUAL LAUK KE JUAL BARANG KEMAS NI?

Image
Dua hari lepas dapur tak berasap jadi sempat jenguk bazar ramadhan. Bukan selalu apatah lagi hari2 nak pergi bazar beli juadah tunjuk2 ni. Selalunya berirama senduk kuali kat dapur.. segala jenis silat akan keluar takhkala bertarung sediakan juadah berbuka di temani si kecik yang lasak tu. Sekali sekala tak masak.. apa salahnya, kan?? Tak jauh pun pergi bazar area rumah jugak la. Macam biasa la kat bazar... macam macam ada. Bukan je makanan jenis manusia pun macam2 jugak. Ada yang terjerit2 promosikan jualan dorang. Ada satu gerai tu sang lekit terpandang bila jeritan dorang agak meriah.. Usya punya usya rupanya gerai tu milik seorang artis 90an tak silap. Azizul khamis nama dia. Ramah tamah abang azizul kita dengan pelanggan. ada jugak sang lekit nampak pelanggan yang datang bergambar dengan dia. Tu pasal gerai retis.. Ni pasal sorang makcik jual lauk pauk. Sang Lekit sempat singgah gerai makcik ni. Tak sempat nak tengok lauk.. tertengok dulu kilauan emas di badannya. Amboi makcik...