Posts

SELAGI TAK KENA BEDIL DENGAN MERCUN

Image
Tu la sikap segelintir manusia dalam masyarakat kita yang tak dapat kita nafikan kewujudan mereka apatah lagi memupuskan sikap macam tu di muka bumi ni. Selagi tak kena batang hidung sendiri.. selagi tu la tak mengapa, katanya. Yang main orang lain.. Jadi biarlah. Kalau kena pun orang lain bukan depa.. katanya lagi. Apa kes ko meroyan ni sang lekit?? Meroyan tak berapa meroyan la.. tapi ni entri lepas geram sambil memberi kesedaran pada makhluk2 Tuhan yang masih lagi tak berapa sedar tentang bahaya mercun ni. Ye betul.. bukan kau yang main. Ye.. betul.. setahun sekali raya, bagi peluang la depa enjoy. Betul la apa kau cakap bagi penilaian ko sendiri tapi tak berapa betul bagi orang yang rasa benda tu tak patut di buat main & cara enjoy. Dah benda tu di haramkan.. ko nak halalkan jugak dengan alasan bagi change (peluang) untuk orang lain menikmati perayaan dengan cara yang bukan saja merbahaya pada si pemain tegar jugak pada orang lain di sekitarnya. Ok.. yang terbaru depavali, ...

BILA GOOGLE ALIHBAHASA CINA KE MELAYU

Image
Entri lepas daku ada cerita pasal lagu band dari hongkong yang bernama beyond dengan lagu yang berjaya buat daku turut touching walau tak paham sepatah pun apa dia kata (Rujuk entri ni bagi mereka yang tak tau pasal lagu tu HAI KUO TIAN KONG LA PULAK ). Untuk entri kali ni sang lekit nak share lirik lagu Beyond (Chinese Song) Hai Kuo Tian Kong dalam bahasa melayu pulak. Korang try baca.. agaknya korang touching tak dengan lirik yang telah di alihbahasa oleh cikgu google ni.. Jom kita baca sama2.. Kalau rajin try la nyanyi dalam bahasa melayu.. Satu masa depan yang lebih cerah (海阔天空 / HAI KUO TIAN KONG) Hari ini saya melihat Piao terlalu sejuk pada waktu malam Dengan penyejukan pit jauh perut terapung Angin dan hujan untuk mengejar Kabus tidak boleh memberitahu teruskan Haikuo langit anda dan saya Boleh menjadi ( dan yang tidak berubah ) Berapa kali menyambut sejuk dan cemuhan Jangan sekali-kali berputus asa ideal beliau momen berkhayal Perasaan sesuatu y...

HAI KUO TIAN KONG LA PULAK. KAU BOLEH?

Image
Tetiba mood cakap cina ni pehal lak? Kau ada ada je kan sang lekit. Kau dah takde kerja lain ke nak buat? Ada.. Banyak kerja. Orang kata kalau fikir pasal kerja ni memang tak habis walau kerja kau cuma surirumahtangga yang memang ada keja manjang selagi mata tak tutup. Tapi kena jugak ada time rilex & buat sesuatu yang kita suka.. Kalau asyik buat kerja je pun boleh stress. Bila dah stress.. satu kerja apapun tak boleh buat, betul tak?? dua hari lepas sambil bersantai2 depan TV,sambil rehat2 badan & otak layan juga satu rancangan hiburan cina ni. Alah.. rancangan nyanyi2 tu. Super Idol. kalau ada sesapa pernah terlayan tahu la. Konsep dia sama je macam rancangan nyanyian realiti TV yang lain. Layan je la.. sebab ada sarikata kan. Tetiba satu peserta ni nyanyi lagu Beyond. eh.. eh.. lagu ni.. aku minat gila lagu ni dulu. Tak tau tajuk yang tahu kumpulan yang nyanyikan lagu tu je Beyond. Carian Google Sang lekit ingat firts time dengar lagu ni tahun 90an masa iklan mildse...

CIKGU SHIDA DATANG BERAYA KERUMAH KU

Image
wah.. rasa lama jugak tinggalkan blog tak berjenguk langsung. Almaklum lepas raya ni streamyx pun demam ketupat dua tiga hari lepas. Hahahahaha. Bukan la nak cerita pasal streamyx demam ke hapa ni nak cerita pasal selebriti kegemaran sang lekit yang dah lama sang lekit tak tulis pasal dia. Mungkin dia pun rindu dengan kritik2 manja sang lekit, kan?? Hahahahahaha Baca tajuk pun dah tahu kan.. Siapa lagi selebriti kesayangan sang lekit kalau bukan cikgu shida yang amat di rindui di blog ni. Lepas kes dia hangin kat blog melekit & post gambar sang lekit kat FB dia sampai mengutuk hebat sang lekit & penulisan sang lekit pasal dia kat blog melekit ni.. sang lekit pun terus insaf. Insaf sebab takde story best sangat nak tulis pasal cikgu shida. Takat nak tulis isu meroyan kat FB dia tu.. dah tak kuasa. Tapi isu kali ni best sikit Carian google Kau boleh selebriti datang raya kat rumah orang yang kononnya di anggap haters?? Tapi cikgu shida boleh ok. Buktinya dia datang bera...

12 JAM DARI KULIM KE SUNGAI BULOH SELANGOR

Image
Sepanjang minggu ni kalau banyak entri kisah raya & balik kampung tu biasa la kan.. Yang belum cerita pasal balik kampung & raya tu mungkin masih bercuti lagi. Yang dah habis cuti akan mula la cerita ceriti. Sang Lekit pun balik kampung jugak raya. Pagi raya tu baru nak gerak balik kampung. Sebelum sampai kulim singgah dulu taiping rumah sedara sebelah bapak mertua. Petang baru sampai kulim. Raya haji ni kalau kat kampung sang lekit di sambut ala kadar saja. Tak macam raya puasa. Tak berapa meriahkaripapusing sangat la. Makanan pun yang ala2.. sekadar ada untuk jamu tetamu. Tetamu pun tak ramai macam raya puasa. Lebih banyak santai2 depan TV dengan family je. Raya kedua tu jenjalan penang dengan family. Tu kisah balik kekampung. Tapi kisah dari kampung pulang kekota pula lain. Mee Goreng RM8 kat padang kota Semalam orang mula balik kekotaraya kan. Jam toksah cakap tak cukup roti nak sapu. Kalau ikut highway yang pandai menjahit tu boleh siap jugak la sepasang dua baju...

MOGA KAU DI SYURGA WAHAI IBU

Image
Carian google. Sekadar hiasan Kasihnya ibu membawa ke syurga.. tu lirik lagu. Syurga di bawah tapak kaki ibu.. tu perumpamaan melayu.. Kenapa syurga seorang anak mesti di kaitkan dengan ibu? Walhal kalau dia derhaka kat bapak dia pun dia takkan masuk syurga jugak, kan?? Bagi pendapat sang lekit pengorbanan ibu tu memang lebih dari segala galanya sehingga syurga seorang anak itu bergantung pada keredhaan ibunya. Pagi2 baca kosmo online.. hati tiba2 tersentuh dengan satu berita ibu muda yang meninggal dunia selepas melahirkan bayinya sendirian di rumah. Ibu & bayi tu bagaimanapun tak dapat di selamatkan. Shaniza meninggal dunia selepas mengalami perdarahan teruk apabila uri dikatakan tidak keluar sepenuhnya ketika mangsa bersalin bersendirian. Mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap dalam bilik utama dengan berlumuran darah manakala mayat bayinya itu berada dalam bilik air. (Untuk artikel penuh sila clik KOSMO ) Besar pahala seorang ibu dari awal seorang ibu mengandung seh...

MITOS DEMAM TUMBUH GIGI

Image
Bagi ibu - ibu yang kali pertama menimang cahayamata ni.. itulah pengalaman pertama dari sejak dalam kandungan sampai la lahir & membesar. Salah sorang mak itu adalah sang lekit. Mak budak dengan sorang anak dara 1 tahun, 2 batang gigi bawah & 2 batang gigi atas baru nak jenguk dunia. Banyak benda yang sang lekit tengah belajar & masih belajar tentang anak yang tengah membesar ni. Lala dah setahun 2 bulan.. baru ada 2 batang gigi bawah & 2 batang lagi gigi atas tengah tumbuh.. Alhamdulillah masa 2 batang gigi pertama dia tu dia x mengalami sebarang demam atau apa2 kejadian yang selalu orang tua2 kaitan dengan proses tumbuh gigi ni. Selalu sangat la kita dengar & dah sinonim dengan kepercayaan kita bahawa kalau budak2 baru tumbuh gigi tu normal la kalau dia demam, cirit birit & meragam bagai sebab proses tu sedikit menyakitkan baby. Betul ke? atau sekadar kebetulan.. Lala & giginya Sang Lekit pun search la pasal tu. Biasa la dunia hujung jari ni ber...