Posts

ORANG BANDAR LEBIH PERCAYA BOMOH KE?

Image
Sempat tengok hujung2 rancangan Nasi Lemak Kopi 'O kat tv9 pagi tadi. Tak tahu tajuk isu yang di bincangkan tapi sempat dengar panel jemputan tu (polis pangkat apa tak tau) cakap statistik kes kena tipu dengan bomoh.   Carian Google Menurut apa yang sang lekit dengar, Johor mencatat kes tertinggi kena tipu dengan bomoh ni.. di ikuti Selangor & negeri2 lain & Perlis pula mencatat kes terendah. Pelik kan?? Kalau dulu orang2 kampung & kawasan luar bandar je yang suka menggunakan khidmat bomoh ni tapi sekarang dah terbalik. Amalan kuno ni lebih di minati orang - orang di kawasan bandar pulak. Sebab makin ramai orang suka berbomoh maka semakin ramai pulak bomoh2 muncul memberi khidmat & kebanyakkan bomoh cari makan. Bomoh cari makan ni paham2 je la.. takde sakit pun dia cakap sakit & dia bagi penyakit supaya kita datang berubat dengan dia. Yang peliknya walau sekarang ni dah bersepah pusat rawatan Islam tetap jugak orang yakin dengan bomoh2 yang menggunak...

MANDI MUNTAH BUKAN TOLAK BALA TAPI..

Image
Ajaran mana pulak sang lekit ikut ni sampai kena mandi muntah bagai. Mandi muntah?? dengar pun dah loya tekak.. apatah lagi nak bayangkannya. Mau terkeluar semua isi perut. Yang selalu dengar orang mandi bunga je kan.. Kenapa pulak kena mandi muntah bagai ni sang lekit.. Apa dah jadi setori pelessssssssss... Nak story la ni pasal semalam. Budak lala entah kenapa pula tetiba muntah je.. dekat 4 kali jugak la. Tapi dia tetap la aktif macam biasa cuma lepas minum susu je muntah. Masa dia muntah kali ketiga tu.. (lepas minum susu) sang lekit angkat dia nak pergi cuci badan & muka dia yang kena muntah tu.. sekali masa tengah dukung dia muntah lagi dengan banyak. Habis dari baju sampai ke seluar kena muntah dia. Bau masam la sikit.. bau susu kan?? Lepas ibu & anak mandi tu sang lekit tak berani nak bagi susu lagi.. bagi minum air kosong je. Tak muntah pulak. Sebelum tidur tu bagi sikit susu.. tengah2 nyenyak dia tidur dalam 1.30 tu dia muntah. Muntah pun mata tak buka. Abis munta...

NAK POPULAR BUAT JE STATUS POTONG ANU & BERBOGEL KAT FB

Image
Tu dia budaya & trend terbaru adik2 hingusan nak dapat like, share & kutuk & kritik yang banyak kat Facebook. Bila ada bola je.. mula memperlekehkan kemampuan pemain tempatan dengan status 'kalau Malaysia menang aku potong anu aku'.. Kalau malaysia menang aku bogel depan pavillion'. Jadinya ko rela  menyunatkan diri ko untuk kali kedua la yer.. hahahaha Lepas tu.. ada pulak orang mensensasikan isu budak2 mentah dengan status2 mengarut. printscreen lepas tu sebar.. Lepas tu banyak la tukang like & tukang share. Maka berpusu pusu la orang pulun dok add budak hingus tak kering tu nak join membahan dia. tetiba lepas Malaysia menang account kena hack.. kan?? Benda ni sebab ada sorang yang buat secara tak sengaja lepas tu dapat perhatian yang di luar jangkaan dia. Maybe masa dia up status tu sebab dia tak yakin dengan kemampuan pasukan tu untuk menang. Dia sebenarnya nak bagitau yang ramalanku benar belaka tapi tup tup status potong anu.. bogel ba...

LALA OH LALA.. LAMA TAK DENGAR CERITA

Image
Oh la la.. sekarang tengah tido. Maksudnya pukul 1.38 pm dia tengah tido. Sekejab lagi mungkin dia bangun maka bersiap sedia dengan perisai.. Sebaik je dia bangun dia akan check TV samada pasang atau tutup. Kalau TV tu off.. paham2 je la, kena buka. Lepas buka TV, kalau ada rancangan peberet dia, dia tengok la. Kalau takde dia tengok TV time iklan je tak pun time lagu2 patriotik bertema 1 Malaysia tu. Sementara takde benda menarik kat TV.. dia akan mula memanjat apa2 je boleh di panjat. Panjat sofa je selalu sebab sofa je benda yang ada boleh dia panjat kat depan tu. Atau sepahkan mainan dia yang sebesen & pelbagai jenis. Kalau bosan dia merayap2 di kawasan sekitar mencari benda yang terlarang untuk main. Malam dady ada kat rumah, boleh layan upin ipin kat youtube guna enpon kecik je. Sementara nak tido. Kusyuk layan upin ipin kat enpon kecik dady Lala sekarang baru ada 6 batang gigi dalam usia setahun 3 bulan. Baru pandai berdiri sendiri tanpa berpaut.. Jalan coming soon ...

MEROYAN KAT TWITTER KENA TINGGAL SELEPAS HILANG DARA

Image
kanak - kanak rebina baru datang period setahun dua sekarang ni dah rasa macam besar sangat dah. Kisah remaja terlanjur bagai memang bukan cerita luar biasa kita dengar, tapi kita tak boleh jugak anggap benda biasa kan. Mungkin sebab dah biasa canang apa saja cerita pasal diri sendiri kat laman sosial, maka dia rasa dengan membuka aib sendiri pun perkara biasa kot. Jadi dengan tanpa fikir panjang dia pun meluahkan perasaan kecewa kena tinggal dengan pakwe 'setelah Aku kau miliki' Bak kata shima dalam lirik lagunya. Bila kena kutuk baru nak maki hamun orang. Lahai adik ku sayang, kenapa la kau terlalu bijak sangat pergi bagitau semua orang yang pakwe ko dah sentuh setiap inci badan ko tu. Rasa kecewa di tinggalkan tu.. tak di nafikan amatlah sakit nak2 lagi abis satu badan ko dia dah pernah rasa sakit yang rasa tu mesti la double triple kan tapi buat apa ko tambah lagi luka di hati dengan canang pasal ko dah takde dara. Maybe ko rasa dengan bagitau semua tu ko boleh dapat simp...

12 TAHUN PAHAM KE TANGGUNGJAWAB ISTERI?

Image
Semua orang rasanya dah tahu pasal kes pengantin budak2 yang hingus pun tak berapa kering lagi. Amboi.. takkan la 12 tahun pun tak reti nak lap hingus sendiri?? Ok.. ok.. tak baik tau mengambarkan budak tu macam kanak2 rebina yang masih pakai lampin. Ok.. 12 tahun dah pandai cintan cintun. Dah ada perasaan nak menggatal bila tengok budak laki ensem apatah lagi kalau ada budak laki yang nak tackle dia.. mesti kegedikkan tu terserlah sebab budak2 sebaya tu bukan pandai sangat cover excited dia, kan?? Gambar ni pinjam dari FB orang kampung je. Bila dah wujud perasaan gedik2.. perasaan nak loving2 dengan budak laki lepas tu ada respond dari budak laki maka terjadi lah cinta monyet. Bila dah cintan cintun.. yang si gadis sunti 12 tahun ni memang la tahap kematangan dia bawah paras yang sangat2 bahaya atau erti kata lain sangat2 la tak matang tapi tahap keberanian dia melawan cakap mak bapak juga di paras bahaya. Yelah.. bak kata bapak dia, terpaksa bagi kawen sebab dia taknak balik ru...

PENGARUH FILEM.. BUAT TALI DENGAN SELENDANG, AKHIRNYA JATUH TERLENTANG

Image
Amboi gigih sungguh si makwe nak jumpa si pakwe walau di halang mak bapak dia. Sanggup ni sambung selendang buat tali nak turun dari tingkat 7 rumahnya. Memang cinta sampai mati la budak ni. INILAH apartmen di Desa Pandan lokasi remaja tersebut ditemui mati selepas terjatuh Tapi malangnya pengorbanan dia tu tak dapat ending yang baik. Dia terjatuh dari tingkat 7 selepas selendang yang di hubung buat tali panjat turun tu terkoyak sebaik dia bergayut. Lebih malang lagi cinta si juliet ni berakhir dengan kematian. Maka si romeo yang mendapat tahu si juliet yang terkorban dalam misi untuk pergi menemuinya pun turut merasai kesedihan kehilangan orang tercinta. Update twitter marah si mak & adik arwah makwe dia. Demi cinta sejati.. sanggup si romeo ambil teksi walau dia takde duit nak bayar tambang teksi tu kerumah arwah juliet tu semata mata nak bagi penghormatan terakhir & untuk sama2 membaca surah yassin untuk si awek tercinta. Nasib baik family si arwah tolong bayarkan. K...