Posts

SIA SIA JE KE KLINIK SG BULOH

Image
Pagi2 lagi dah bangun. Harus mak yang siap dulu sebelum siapkan anak & laki.. op's asben dah bangka jadi siap sendiri je la. Lala awal lagi dah bangun.. sementara mummy nak mandi pasangkan tv je bagi dia layan kartun kat tv alhijrah. Kalau tak.. ntah mana2 merayap.. memanjat, sambil2 dady antara tidur & jaga tengok2 kan budak kecik tu. Hari ni seperti yang tertulis dalam buku pink lala.. lala ada check up pukul 9 pagi. Tapi pukul 10.30 pagi baru kami anak beranak nak gerak pergi KK sg buloh. Selalunya appointment check up lala pukul 11 pagi.. tak perasan last check up nurse bagi pukul 9.00 pulak. Lewat sikit tu takde hal.. sebabnya kalau pergi pukul 9 pun pukul 12 baru nak siap. Sebab tu sang lekit suka ambil appointment pukul 11 sebab time tu dah tak ramai orang jadi tak payah tunggu lama lama. Dah siap - siap maka pergi la kami bertiga ke klinik. Sesampainya di klinik, aduhai. Sia - sia aku siap2 lala comel2 & mak dia jugak di comelkan demi nak pergi klinik. Alih ...

SOGO SANGAT MENGERIKAN

Image
Semalam tak plan pun tetiba sampai Sogo.Sekarang ni sales hujung tahun, maka penuh la dengan manusia. hujung2 tahun ni memang sales je la sana sini. Nasib baik la kat luar dady yang akan jadi baby sitter. Jadi takde la susah sangat nak tengok barang. Sogo KL (Carian Google) Macam biasa kat tingkat bawah tu memang orang macam semut jumpa gula. Nak pilih barang pun rasa tak selesa sebab dok berlanggar bontot kan. Jadi tak de mood la sangat. Terus ke tingkat atas je. Selesa la sikit tengok baju, beg bagai.. Takde la bercium bontot dengan orang sangat. Sempat jugak rembat 1 beg untuk letak barang2 lala. Yelah sejak lala lahir beg barang lala tak bertukar lagi pun. Dah setahun pun budak tu. Tukar la beg lain. Tak baby bag sangat la.. Asalkan beg tu banyak poket kiri kanan & depan.. ok. Cuma sang lekit pilih tali dia yang jenis galas di belakang. Senang sikit nak bawak turun dari tingkat 9 setiap kali nak keluar. Handbag sang lekit dah jenis galas tepi.. jadi elok la beg barang lal...

KESAN SCOTT'S EMULSION PADA BUDAK 1 TAHUN

Image
Shahila dua tiga hari ni tak nak makan. Puas dah buat macam - macam. Ada yang kata dia dah taknak bubur.. perlu bagi nasi. Dah buat. Pun tak nak makan. Dah cilok resepi kat internet..  masak je apa yang dia boleh makan pun tak jalan. Risau hati mak ni nak.. Bila shahila tak nak makan.. mak dia turut sama hilang selera makan. Haritu masa proses tumbuh gigi2 pertama pun dia tak nak makan.. lepas 6 batang siap sedia terpacak dalam mulut tu selera makan dia kembali & badan dia pun naik sikit. Pipi pun ada pau sikit. Tapi sejak dia pandai berdiri & nampak macam nak menapak setapak dua ni.. Terus selera makan dia takde. Risau la jugak takut kurang zat sebab lala ni budaknya aktif sangat. Asyik minum susu je pun tak cukup jugak untuk keperluan harian dia sebab dia dah setahun 3 bulan kan.. Risau.. anak ok mak pulak kena admit wad sakit jiwa sebab terlebih risau anak taknak makan maka semalam kami tiga beranak pergi la mencari apa2 yang patut untuk budak shahila tu. Pergi guard...

BAPAK DIA KATA NAJWA LATIF ANAK DERHAKA

Image
Si bapak keluarkan statement anak derhaka.. si anak yang bergelar retis tu balas balik kat twitter cakap walau dia diam tak bagi komen tak bermakna dia bersalah.. Komen jugak la tu walau kata nak diam je tak nak cakap apa2. Pinjam Beautifulnara punya ni Masalah anak beranak kalau sampai ke media.. dah jadi macam masalah pulak pada semua orang yang baca & tahu. Jangan salah orang kutuk, kritik & tegur.. sebab puncanya dari anda2 semua jugak la, kan?? Bapak pun bapak la.. tahap marah lagu mana tak tau la sampai telepon wartawan cerita anak dia ni tak mau jenguk dia langsung, sampai dia pi & balik mekah pun takdak sorang anak dia datang jenguk. Kalau ya pun anak tak peduli pi bawak bincang dengan bekas bini.. kalau tak boleh nak bincang dengan bekas bini tentang masalah anak - anak pi berdepan sendiri dengan anak - anak bukan telepon wartawan suruh jadi orang tengah. Pi mai pi mai.. anak sapa?? Benih dari mana? Keturunan sapa?? Yang paling penting sapa yang nak malu??...

TERGAMAK BAGI MAK MAKAN DAGING BABI

Image
Apa jenis anak pun tak tau la nak kategorikan manusia jenis macam ni. Mak lahirkan dia, bukan sambil gelak2 tau.. menahan sakit bersalin ni hanya yang bergelar mak je tahu. Bertarung nyawa nak lahirkan seorang anak, bukan satu pengorbanan kecil. Tapi mak tak kisah.. tak pernah ungkit & tak minta pun bayar balik harga kesakitan tu. Mak suap makan, minum.. cuci berak kencing. Mak tak merungut pun tapi hanya kerana mak kejutkan seorang anak ni minta tolong pergi kedai beli barang makan untuk masak juadah berbuka puasa, si anak yang marah sebab mak ganggu tidur dia sanggup beli daging babi & daging ular untuk mak makan masa berbuka sebab geram & nak balas dendam kat mak. Oh anak.. apakah jenis manusia engkau ni??! Sang lekit memang tak tahu sejauh mana kebenaran cerita yang sang lekit baca dari sebuah page kat FB tapi bukan kesahihan cerita tu yang sang lekit rasa perlu di pertikaikan tapi moral dari cerita tu. Kalau betul wujud jenis anak macam tu.. Takde kata la nak kata....

ORANG BANDAR LEBIH PERCAYA BOMOH KE?

Image
Sempat tengok hujung2 rancangan Nasi Lemak Kopi 'O kat tv9 pagi tadi. Tak tahu tajuk isu yang di bincangkan tapi sempat dengar panel jemputan tu (polis pangkat apa tak tau) cakap statistik kes kena tipu dengan bomoh.   Carian Google Menurut apa yang sang lekit dengar, Johor mencatat kes tertinggi kena tipu dengan bomoh ni.. di ikuti Selangor & negeri2 lain & Perlis pula mencatat kes terendah. Pelik kan?? Kalau dulu orang2 kampung & kawasan luar bandar je yang suka menggunakan khidmat bomoh ni tapi sekarang dah terbalik. Amalan kuno ni lebih di minati orang - orang di kawasan bandar pulak. Sebab makin ramai orang suka berbomoh maka semakin ramai pulak bomoh2 muncul memberi khidmat & kebanyakkan bomoh cari makan. Bomoh cari makan ni paham2 je la.. takde sakit pun dia cakap sakit & dia bagi penyakit supaya kita datang berubat dengan dia. Yang peliknya walau sekarang ni dah bersepah pusat rawatan Islam tetap jugak orang yakin dengan bomoh2 yang menggunak...

MANDI MUNTAH BUKAN TOLAK BALA TAPI..

Image
Ajaran mana pulak sang lekit ikut ni sampai kena mandi muntah bagai. Mandi muntah?? dengar pun dah loya tekak.. apatah lagi nak bayangkannya. Mau terkeluar semua isi perut. Yang selalu dengar orang mandi bunga je kan.. Kenapa pulak kena mandi muntah bagai ni sang lekit.. Apa dah jadi setori pelessssssssss... Nak story la ni pasal semalam. Budak lala entah kenapa pula tetiba muntah je.. dekat 4 kali jugak la. Tapi dia tetap la aktif macam biasa cuma lepas minum susu je muntah. Masa dia muntah kali ketiga tu.. (lepas minum susu) sang lekit angkat dia nak pergi cuci badan & muka dia yang kena muntah tu.. sekali masa tengah dukung dia muntah lagi dengan banyak. Habis dari baju sampai ke seluar kena muntah dia. Bau masam la sikit.. bau susu kan?? Lepas ibu & anak mandi tu sang lekit tak berani nak bagi susu lagi.. bagi minum air kosong je. Tak muntah pulak. Sebelum tidur tu bagi sikit susu.. tengah2 nyenyak dia tidur dalam 1.30 tu dia muntah. Muntah pun mata tak buka. Abis munta...