Posts

PERGINYA TINGGALKAN ISTERI BARU 6 BULAN DI NIKAHI & ANAK YANG BERUSIA 4 BULAN DALAM KANDUNGAN

Image
Sedih bila dapat khabar dari kawan sekampung semalam. Kawan sekampung terlebih dahulu bagitau sang lekit yang sepupu sang lekit di kampung meninggalkan dunia akibat kemalangan. Terkedu.. & terus rasa sebak bila teringatkan arwah. Lepas tu baru mak pulak call bagitau Dari cerita yang sang lekit dengar, kereta arwah terbabas & jatuh dalam sungai kat kampung sang lekit jugak. Tapi dari postmortem mengesahkan arwah meninggal bukan kerana lemas. Arwah mungkin meninggal sebelum kereta dia terbabas jatuh dalam sungai. Menurut cerita dari anak sedara sang lekit orang terakhir yang berbual dengan dia kat telefon bagitau sebelum suara dia hilang & talian terputus memang di hujung2 bualan dorang tu dah dengar sayup sayup suara dia. Apapun bila tiba masanya.. Dia akan pergi juga. Kita boleh mengubah takdir tapi bukan ajal. Masa dengar ada kereta jatuh sungai.. mak arwah (makngah), abang sepupu, kakak sepupu & makcik sang lekit sempat pergi tengok tapi paling sayu bila di angkat...

STESEN TV,RADIO, PENGARAH,PENERBIT & ARTIS MALAYSIA HARUS RASA TERHINA

Image
Harus rasa terhina, ok! atau korang memang suka di hina?? Tu la agung2 kan sangat karya seni seberang, sampai orang pandang martabat dunia seni malaysia ni macam bawah tapak kaki jer.. Buka radio siang malam lagu indon.. buka tv hari2 cerita indon dari pagi sampai malam.. buka pintu pun nampak muka orang indon lagi. Kat Mana2 di Malaysia ni dah macam negara indonesia pulak. Jenayah pun banyak dari orang2 seberang jugak. Apa lagi yang takde kat Malaysia berkenaan indonesia?? Rasa macam duduk kat indon dah walau masih ada kat negara sendiri. Sang Lekit ada buat entri berkenaan si Julia Perez yang kutuk drama melayu tu.. Tup tup dalam celah tu datang satu komen ber slang indon yang menggunakan identiti Anonymous. Kalau komen anonymous ni memang tak payah tacing sangat.. Kalau nama Anonymous yang mengutuk tak payah kesah sangat sebab dah terang2 nampak jenis penakut. Berani bersuara celah ketiak mak jer tapi komen Anonymous yang satu ni moga penggiat seni tempatan tak kira la artis, pe...

BERAT BERTAMBAH WALAU TAK MAKAN

Image
Sesetengah orang risau bila berat bertambah walau dia rasa dia dah cuba kurangkan makan & banyakkan bersenam.. ada orang pula suka bila berat bertambah walau dia tak makan banyak mana pun. Suka atau duka.. bergantung pada keselesaan size badan seseorang la. Manusia kadang2 memang susah puas hati dengan diri sendiri, kan?? Sekarang ni bukan nak cerita hal orang dewasa ok walau mukadimah macam tu.. Sekarang kisahnya adalah kisah seorang anak yang tak nak makan lebih kurang 2 minggu yang buat mak dia susah hati sangat. Akibat dari kesusahan hati tu.. mak dia beriktiar bagi si anak minum scott emulsion, Appeton Multivitamin lysine & juga menukar susu dari dutch lady kepada dumex dugro. Kesusahan hati seorang mak ni rasa lega sedikit bila tiba hari check up si anak.. bila di timbang berat si anak yang dah 2 minggu hanya minum susu & taknak makan apa2 menunjukkan hasil yang positif. Alhamdulillah berat lala bertambah juga sekilo setengah bulan ni & graff dia pun nampak co...

JANGAN DI KUTIP LAGI ARTIS INDON NI KE MALAYSIA

Image
Kecoh pula isu sorang retis indon ni kutuk drama Melayu kat Malaysia. Apa dia nak kata tu memang tak di nafikan hak dia.. Dah dia tengok drama kita tak best takkan kita nak sampai berbunuh suruh dia cakap best jugak kan?? Kita pun kadang2 rasa ada jugak drama2 melayu yang rasa kesian sangat.. Yelah.. nak kutuk produk tempatan tak kutuk alahai.. malu nak ngaku tu drama kita. Tapi bukanlah semua.. Ada Drama kita yang berkualiti.. menarik di tonton & patut kita banggakan. Begitu jugak dengan sinetron indonesia ni.. walaupun aku tengok iklan sinetron pun kadang2 rasa nak muntah apatah lagi aku nak tengok dari episod pertama sampai la episod last tapi aku tak kata jugak semua sinetron indon tu memuntahkan sapa2 yang menonton. Pun begitu stesen tv Malaysia ni bangga sangat la tayang sinetron Indon tiap2 hari dari pagi sampai la nak abis siaran tv tu. Yang ulang tayang cerita sinetron berepisod lima enam kali pun ada. Tak tau lah sapa yang minta di ulang tayang & sapa la yang lalu t...

ORANG JUJUR MEMANG NAMPAK JAHAT

Image
Kadang2 rasa nak bagitau kat semua.. sapa2 yang rasa jejari kontot ku ini sangat puaka sila la jangan follow blog atau friend aku kat FB. Sebabnya aku takut termelukakan hati orang tanpa niat. Niat yang baik kadang2 jadi salah faham sebab penyampaian yang terlalu terus terang & jujur. Untuk jadi jujur kadang2 kita nampak macam kejam sangat sebab kita terus terang pada sesuatu kesilapan yang kita nampak. Bukan niat pun nak hentam.. niat tu mula2 nak bagitau benda yang kita nampak macam salah pemahamannya tapi alih2 orang terasa pulak. Maaf daku ni kurang pandai membelai orang dengan kata kata walaupun bukan niat aku nak mencerca. Bukan la kata daku ni kental boleh terima semua kutukkan jugak.. ada part2 yang aku sensitif jugak. Tapi nak kata aku ni jenis hati tisu tak jugak la.. kalau tisu sangat rasanya aku tak approve komen2 yang kutuk aku.. paling trajidis lagi maybe aku dah tutup blog. Tapi mungkin la aku di lahirkan dengan jiwa yang boleh tahan tahap kental & kenyalnya ma...

SIA SIA JE KE KLINIK SG BULOH

Image
Pagi2 lagi dah bangun. Harus mak yang siap dulu sebelum siapkan anak & laki.. op's asben dah bangka jadi siap sendiri je la. Lala awal lagi dah bangun.. sementara mummy nak mandi pasangkan tv je bagi dia layan kartun kat tv alhijrah. Kalau tak.. ntah mana2 merayap.. memanjat, sambil2 dady antara tidur & jaga tengok2 kan budak kecik tu. Hari ni seperti yang tertulis dalam buku pink lala.. lala ada check up pukul 9 pagi. Tapi pukul 10.30 pagi baru kami anak beranak nak gerak pergi KK sg buloh. Selalunya appointment check up lala pukul 11 pagi.. tak perasan last check up nurse bagi pukul 9.00 pulak. Lewat sikit tu takde hal.. sebabnya kalau pergi pukul 9 pun pukul 12 baru nak siap. Sebab tu sang lekit suka ambil appointment pukul 11 sebab time tu dah tak ramai orang jadi tak payah tunggu lama lama. Dah siap - siap maka pergi la kami bertiga ke klinik. Sesampainya di klinik, aduhai. Sia - sia aku siap2 lala comel2 & mak dia jugak di comelkan demi nak pergi klinik. Alih ...

SOGO SANGAT MENGERIKAN

Image
Semalam tak plan pun tetiba sampai Sogo.Sekarang ni sales hujung tahun, maka penuh la dengan manusia. hujung2 tahun ni memang sales je la sana sini. Nasib baik la kat luar dady yang akan jadi baby sitter. Jadi takde la susah sangat nak tengok barang. Sogo KL (Carian Google) Macam biasa kat tingkat bawah tu memang orang macam semut jumpa gula. Nak pilih barang pun rasa tak selesa sebab dok berlanggar bontot kan. Jadi tak de mood la sangat. Terus ke tingkat atas je. Selesa la sikit tengok baju, beg bagai.. Takde la bercium bontot dengan orang sangat. Sempat jugak rembat 1 beg untuk letak barang2 lala. Yelah sejak lala lahir beg barang lala tak bertukar lagi pun. Dah setahun pun budak tu. Tukar la beg lain. Tak baby bag sangat la.. Asalkan beg tu banyak poket kiri kanan & depan.. ok. Cuma sang lekit pilih tali dia yang jenis galas di belakang. Senang sikit nak bawak turun dari tingkat 9 setiap kali nak keluar. Handbag sang lekit dah jenis galas tepi.. jadi elok la beg barang lal...