Posts

JJCM JANGAN PERMAINKAN TEKAK KAMI!!

Image
Aku memang tak paham sangat dengan rancangan JALAN JALAN CARI MAKAN. Bila dah terkena masuk kali ke 3 dengan restoran yang keluar dalam rancangan Jalan Jalan cari makan di tambah dengan baca entri kak senduk yang juga baru2 ni makan kat restoran yang keluar dalam JJCM, ketidakfahaman motif rancangan jalan - jalan cari makan tu semakin menjadi jadi & membuak buak dalam dada. (Nak baca entri puaka kak senduk kat sini >> Jalan Jalan Cari Nahas << Ahad lepas Anniversary daku & asben yang ke 3 jadi Lala dapat hadiah sebab kitorang bawak dia pegi makan kat restoran Upin Ipin. Sebab aku tengok rancangan Ulangan rancangan JJCM ada tayang makan2 kat restoran Upin Ipin tu. Memandangkan anak daku ni peminat tegar Upin Ipin maka nak bawak jugak dia pergi tempat yang di kelilingi Upin Ipin even dia bukan makan pun. Dia hanya reti minum susu je sejak dua menjak ni. Semua makanan dia tolak. Lala jumpa Upin Ipin Senyum lebar la dia. Sedap ke tak sedap ke.. lalat ke tak lala...

SELAMA TIGA TAHUN

Image
Tiga tahun dah berlalu.. Tiga tahun dah kita bersatu.. Tiga tahun dah kita saling perlu memerlu Tiga tahun dah kita saling bantu membantu Tiga tahun dah kita dalam ikatan yang di restu Tiga tahun dah kita bersama selalu Happy Anniversary to me & you  Gambar lama sekadar hiasan

PRODUK KECANTIKKAN TABITA MERBAHAYA??

Image
Maaf yer kepada pengedar & penjual produk TABITA. Hamba tak berniat nak merenjis najis dalam bisnes korang ok cuma benda ni hamba terbaca dari lama blog lain yang melampirkan sekali keratan akhbar yang menyatakan produk ni merbahaya & ada bahan terlarang di dalamnya. Bagi pengguna TABITA harap ambil perhatian & sila la merujuk kepada yang pakar tentang produk yang korang sedang guna. Dari blog Sozcyili.. BAHAN-BAHAN terlarang telah ditemui dalam tiga produk kosmetik yang dipasarkan di bawah jenama Tabita, kata Penguasa Sains dan Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan semalam. Produk-produk itu ialah Tabita Skincare Smooth Lotion, Tabita Skincare Daily Cream dan Tabita Skincare Nightly Cream. Orang ramai dinasihatkan agar berhenti menggunakan produk tersebut dan segera membuangnya kerana ia boleh mendatangkan kesan bahaya kepada pengguna. Produk itu telah diuji dan didapati mengandungi bahan-bahan kuat yang tidak diisytiharkan seperti hidrokuinon, tretinoin, asid salisik...

CANTIK ATAU TAK BOCOR?

Image
Apa benda pulak cantik atau tak bocor ni?? Pampers ker?? Lebih kurang jugak la tu.. tapi ni cerita pampers (diaper kalau bahasa betul dia. Pampers tu cuma jenama diaper baby tapi kitra orang2 kampung dah biasa panggil semua jenis diaper, pampers maka kena cakap dalam bahasa yang semua orang senang paham la..) orang dewasa gitu. Kita biasa panggil pad atau bahasa melayu tuala wanita.. Maaf lelaki tuala lelaki belum tercipta lagi hingga kini mohon jangan jeles, ok! Semua pun tau kegunaan pad @ tuala wanita ni time mana.. kan?? Kalau tak tau lagi confirm belum akil baligh.. hahahaha. Takpe adik2.. tak lama lagi tau la tu. Sekarang ni macam2 jenama & jenis tuala wanita ada. Dulu kalau kita tengok 1 pesen jer kan.. yang macam roti planta tu sampai lekat nickname dia roti planta suatu ketika dulu.. ingat lagi tak?? Sekarang ni dah macam - macam jenis.. bentuk.. wing la, slim la.. macam - macam lagi la. Dulu plain color jer.. sekarang dah bercorak2. Contoh macam jenama kotex.. cantik ...

24 APRIL.. TENANGLAH KAU DISANA

Dah tiga tahun kita tak jumpa, kan Ayah. Dah 3 tahun Ayah tak datang sini jenguk anak Ayah. Dah 3 tahun takde call dari Ayah tanya bila nak balik kampung. Dah 3 tahun Ayah... Dah 3 tahun rindu ni tak terubat. Ayah.. Jodoh yang ayah restui ni Alhamdulillah membahagiakan. Cucu Ayah pun dah Setahun 8 bulan. Lasak sangat Ayah. Menantu Ayah pun dah semakin dewasa, Anak pun sama dah semakin berusia. Hajat Ayah nak bawak kami jenjalan kat Langkawi selepas selesai majlis kawen dulu kami dah tunaikan dengan kami pergi sendiri mengendong shahila dalam perut semasa usianya 5 bulan. tapi kalau ada Ayah.. mesti lagi meriah. Ayah.. Rumah Ayah dah banyak berubah. An & kakna dah renovate tapi masih ada bahagian yang pernah ayah buat sendiri tu. Tapi kat situ dah jadi bilik mak sekarang walau mak tak tidur pun dalam bilik. Besar bilik tu..  Bilik Mak sekarang ni kan bekas ruang tamu rumah kita dulu. Mak macam biasa la dia suka tidur depan TV sebab tengah2 malam dia suka tengok filem tamil. ...

SESUATU YANG KORANG BELUM TAHU PASAL BAGPACK

Image
Ni Rahsia tau.. kita2 je tahu. Meh sini dekat dekat.. rapat rapat.. biar sendat. Nak tahu 1 rahsia tak?? Kalau nak tumpukan pembacaan anda hingga ke titik noktah terakhir, hokay! Wahai kengkawan.. musuh musuh.. peminat.. pembenci.. pengemar.. pembaca & pengskodeng blog melekit hari ni sang lekit nak bagi tau 1 rahsia pasal bagpack. Tahukah korang ada 1 page kat FB yang menjual bagpack yang cecantik gitu. Nak tengok koleksi bagpack dia?? Jom kita tengok secebis dua bagpack beliau.. Beg ni sesuai kalau adik2 student nak bawak gi kelas, atau nak balik kampung pun senang @ nak travel pun boleh. Kira bagpack ni memang serbaguna la. Yang ada baby pun sesuai jugak bagi sang lekit sebab dia banyak poket senang nak isi barang. Kalau sumbat dalam 1 space jer semua susah la nak mencari. Jadi beg yang banyak poket ni senang nak letak kunci,minyak angin ker,losyen ke. Bila emergency senang nak capai, kan?? Kalau nak tau detail harga,warna yang ada bagai clik kat sini >> BAGPA...

VIDEO KEMALANGAN NGERI DI FEDERAL HIGHWAY PAGI TADI

Image
Terus gigil tau lepas tengok video tu. Mayat bergelimpangan atas jalan. Tak terkata, cuma di mata terbayang orang tersayang yang mungkin di atas jalan raya sekarang ni. Terus berdoa agar Allah lindungi semua insan2 yang kini di perjalanan, moga selamat. Tak terkata sang lekit. Tengok sekali jer video tu dalam skrin kecik di handphone. Tak berani nak tengok untuk kedua kali. Masih tak tahu punca kemalangan.. kena tunggu siang2 sikit kot boleh update pasal kemalangan ni kat tv @ akhbar nanti. Bagi yang kuat semangat boleh la tonton video ni. Bagi yang rasa diri tu kental2 ubi kentang jer tak payah tengok. Kang terpengsan pulak takde insuran nak cover. Bagi yang nak tengok video tu boleh la clik kat sini >> Kemalangan Ngeri Federal Highway << Semoga mangsa2 yang maut di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman (bagi yang muslim sebab tak sure mangsa yang terlibat tu siapa lagi) & takziah kepada keluarga semua mangsa & Al fatihah.  ** Dok berfacebook,...