Posts

USTAZ KAZIM ELIAS NAMPAK ORANG MENYIHIRNYA DALAM MIMPI

Image
Entri lepas cerita pasal pengalaman Ustaz Kazim Elias yang di santau kan. Boleh rujuk entri tu kat sini USTAZ KAZIM ELIAS DI SANTAU . Ini entri kesinambungan entri tu la.. Kuasa Allah tak siapa boleh menafikan. Semua berlaku dengan keizinan Allah jugak. Dengan kuasa Allah.. Allah memperlihatkan orang - orang yang menghantar sihir santau pada Ustaz Kazim Elias ni dalam mimpi dia.  Jom kita baca kesinambungan kisah Ustaz kazim kena santau ni.. Mujur la yang menghantar santau kat ustaz kazim tu sempat insaf & sempat mohon maaf kat Ustaz Kazim kan?? Kalau macam cerita 6 Jahanam tu.. mati sia2 jer tak sempat taubat. Nasib 6 orang ini sedar sebelum terlambat. Moral Of The Story... Jangan menganiaya orang. Balasan Allah kadang2 tak tunggu masuk kubur dulu. Ikut nasib la.. Kalau Allah nak balas kat dunia ni, sapa boleh kata 'TAK BOLEH'. Yang suka main bomoh, suka mengamalkan amalan khurafat & syirik ni, bawak2 la mengucap dua kalimah syahadah. Taubat sebelum terlambat....

USTAZ KAZIM ELIAS DI SANTAU

Image
Bab santau menyantau ni memang kadang ngeri sikit. Kita sedia maklum santau ni paling popular kat negeri perak.. tapi ada daerah2 yang memang popular dengan santau. Santau yang sang lekit tahu ada 2 jenis.. santau tuju tuju & santau angin. Santau tuju tuju tu orang kata.. santau tu memang di hantar seseorang untuk seseorang dengan tujuan tertentu.. santau angin pula dari cerita orang tua2 kat kampung den.. katanya santau tu di lepaskan tanpa arah tujuan. Benda ni katanya di buat oleh bomoh santau, kononnya ada tempoh tertentu dorang kena buang santau kalau tak santau tu makan diri. Tak tau la sejauh mana betul ke tidak.. Jangan kata kita yang tahap yang tak layak bergelar setaz/setazah ni je boleh jadi mangsa sihir.. Golongan Ustaz/Ustazah pun tak terkecuali. Semuanya berlaku dengan Izin Allah. Bila baca pengalaman penceramah & pendakwah bebas Ustaz Mohd Kazim Elias yang pernah terkena santau.. Ngeri jugak la kan?? Sampai muntah darah bagai.. Jadi kalau korang nak tau macam m...

BALIK MENGUNDI, CHECK IN HOTEL.. KITA SETTLE TEPI BANG!

Image
Kakitangan awam ke, kepala awam ke hapa awam ke kalau dah salah tetap la salah kan?? settle tepi ke settle tengah ke settle belakang ke.. Tiada kompromi, hokay!! Sesaja nak share berita hari ni dalam Sinar Harian kisah sorang awek yang berkerja dengan gomen (kakitangan awam) yang terlibat dalam acara mengundi awal  semalam di cekup khalwat dengan boipren dia kat salah sebuah hotel bajet, Batu Pahat Johor. Dia turut mengaku baru sahaja selesai melaksanakan undian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memberi alasan bimbang untuk pulang sekaligus mendorongnya mendaftar masuk hotel bajet berkenaan bersama teman lelakinya. “Kes ini akan melibatkan kerjaya saya. Tak bolehkah kita 'settle' tepi bang,” katanya. “Semasa pintu bilik berkenaan dibuka, kami menemui seorang lelaki hanya memakai tuala, manakala pasangannya memakai pakaian lengkap. Kelas kau semah cekak rambut reben merah gitu!! Artikel penuh baca kat SINI Apa la dia takut sangat kan nak balik umah samp...

JJCM JANGAN PERMAINKAN TEKAK KAMI!!

Image
Aku memang tak paham sangat dengan rancangan JALAN JALAN CARI MAKAN. Bila dah terkena masuk kali ke 3 dengan restoran yang keluar dalam rancangan Jalan Jalan cari makan di tambah dengan baca entri kak senduk yang juga baru2 ni makan kat restoran yang keluar dalam JJCM, ketidakfahaman motif rancangan jalan - jalan cari makan tu semakin menjadi jadi & membuak buak dalam dada. (Nak baca entri puaka kak senduk kat sini >> Jalan Jalan Cari Nahas << Ahad lepas Anniversary daku & asben yang ke 3 jadi Lala dapat hadiah sebab kitorang bawak dia pegi makan kat restoran Upin Ipin. Sebab aku tengok rancangan Ulangan rancangan JJCM ada tayang makan2 kat restoran Upin Ipin tu. Memandangkan anak daku ni peminat tegar Upin Ipin maka nak bawak jugak dia pergi tempat yang di kelilingi Upin Ipin even dia bukan makan pun. Dia hanya reti minum susu je sejak dua menjak ni. Semua makanan dia tolak. Lala jumpa Upin Ipin Senyum lebar la dia. Sedap ke tak sedap ke.. lalat ke tak lala...

SELAMA TIGA TAHUN

Image
Tiga tahun dah berlalu.. Tiga tahun dah kita bersatu.. Tiga tahun dah kita saling perlu memerlu Tiga tahun dah kita saling bantu membantu Tiga tahun dah kita dalam ikatan yang di restu Tiga tahun dah kita bersama selalu Happy Anniversary to me & you  Gambar lama sekadar hiasan

PRODUK KECANTIKKAN TABITA MERBAHAYA??

Image
Maaf yer kepada pengedar & penjual produk TABITA. Hamba tak berniat nak merenjis najis dalam bisnes korang ok cuma benda ni hamba terbaca dari lama blog lain yang melampirkan sekali keratan akhbar yang menyatakan produk ni merbahaya & ada bahan terlarang di dalamnya. Bagi pengguna TABITA harap ambil perhatian & sila la merujuk kepada yang pakar tentang produk yang korang sedang guna. Dari blog Sozcyili.. BAHAN-BAHAN terlarang telah ditemui dalam tiga produk kosmetik yang dipasarkan di bawah jenama Tabita, kata Penguasa Sains dan Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan semalam. Produk-produk itu ialah Tabita Skincare Smooth Lotion, Tabita Skincare Daily Cream dan Tabita Skincare Nightly Cream. Orang ramai dinasihatkan agar berhenti menggunakan produk tersebut dan segera membuangnya kerana ia boleh mendatangkan kesan bahaya kepada pengguna. Produk itu telah diuji dan didapati mengandungi bahan-bahan kuat yang tidak diisytiharkan seperti hidrokuinon, tretinoin, asid salisik...

CANTIK ATAU TAK BOCOR?

Image
Apa benda pulak cantik atau tak bocor ni?? Pampers ker?? Lebih kurang jugak la tu.. tapi ni cerita pampers (diaper kalau bahasa betul dia. Pampers tu cuma jenama diaper baby tapi kitra orang2 kampung dah biasa panggil semua jenis diaper, pampers maka kena cakap dalam bahasa yang semua orang senang paham la..) orang dewasa gitu. Kita biasa panggil pad atau bahasa melayu tuala wanita.. Maaf lelaki tuala lelaki belum tercipta lagi hingga kini mohon jangan jeles, ok! Semua pun tau kegunaan pad @ tuala wanita ni time mana.. kan?? Kalau tak tau lagi confirm belum akil baligh.. hahahaha. Takpe adik2.. tak lama lagi tau la tu. Sekarang ni macam2 jenama & jenis tuala wanita ada. Dulu kalau kita tengok 1 pesen jer kan.. yang macam roti planta tu sampai lekat nickname dia roti planta suatu ketika dulu.. ingat lagi tak?? Sekarang ni dah macam - macam jenis.. bentuk.. wing la, slim la.. macam - macam lagi la. Dulu plain color jer.. sekarang dah bercorak2. Contoh macam jenama kotex.. cantik ...