Posts

BERAKHIR PENDERITAAN ADIK IRSYAD SOLEH

Image
Kalau korang kenal dengan pemilik blog Akak Nora Berkisah dah tentu korang kenal dengan Adik Irsyad Soleh yang banyak jugak cerita dia dalam blog Akak Nora ni. Soleh anak yang terpilih di uji dengan penyakit & kesakitan. Dalam usia 7 bulan kalau tak silap dah di duga dengan penyakit tumor Otak. Segalanya perjalanan kisah adik soleh ni ada di ceritakan di blog Akak Nora Berkisah cuma sejak soleh mempunya dua adik.. makin kurang akak nora meng update kisah soleh di blog tapi banyak di kongsikan perkembangan adik soleh di FB. Kisah anak kecik bernama Soleh ni memang menyentuh hati saya sebagai seorang Ibu. Tak terbayang anak sekecil itu terpaksa menjalani kehidupan dengan menanggung kesakitan. Di bedah berkali kali... Namun... Hari ni dalam usia 3 tahun, segala penderitaan yang soleh tanggung berakhir... Soleh kini dalam perjalanan ke syurga. Ya Allah sesungguhnya hati & diri ni tak tak menahan airmata... Takziah kepada seluruh ahli keluarga Adik soleh & Al fatihah buat...

KOMPOSER & PENYANYI AJAI BUAT PEMBEDAHAN HIDUNG

Image
Tadi terbaca tajuk berita harian metro kat fb yang tertulis ajai bina hidung. Sebaris petikan berita yang tak di blur tu tertulis ajai bedah hidung sebab sinus atau kita kenali sebagai resedung kalau tak silap. Dari gambar yang di tunjukkan memang nampak dah mancung hidung ajai berbanding dulu kita tahu ajai bukan memiliki hidung mancung kan. Dah tuan badan kata dia bedah sebab penyakit kita positif je la tak payah nak buat spekulasi yang takde bukti. Selebihnya biar itu antara dia & Allah. Sesama manusia kita boleh menipu tapi dengan Allah tak sapa boleh sembunyikan dosa walau sebesar zarah sekalipun. Apapun kalau pembedahan hidung ajai tu sebab penyakit bukan nak cantik hope segala sakit yang pernah di tanggung diberi kesembuhan selepas pembedahan tu. ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE ...

KENAPA DALAM FILEM & DRAMA SERAM BOMOH DI PANGGIL TOK?

Image
seperti korang tau daku ni peminat filem & drama seram yang bertemakan hantu,pontianak & sejenis dengannya la. Tapi bukan semua filem @ drama seram aku suka tengok.kalau jenis cerita asal siap, asal boleh keluar panggung @ tv memang aku kritik jugak la kan. Yang aku nak cerita ni pasal watak bomoh dalam cerita seram. Hampir ke semua cerita seram kalau watak bomoh jer mesti panggilan dia tok. Pelik jugak la kalau realiti bukan semua bomoh pun orang panggil tok. Orang panggil nama dia jugak cuma panggil nama tu jer orang mungkin panggil pakcik ke pakngah paklong bagai kan. Jarang sangat la dengar orang pergi jumpa bomoh bila cakap dengan bomoh jer mesti bahasakan diri bomoh tu tok. Cuma dalam filem je sinonim panggilan tok pada bomoh. Betul tak? Kang ada pulak cakap aku ni kaki bomoh tau pulak nama2 panggilan bomoh2 yang ada.sepanjang hidup aku tak pernah sekali aku jumpa bomoh kalau ustaz kat darulsyifa tu pernah la dulu tapi bukan sebab terkena sihir ke hapa tapi anak aku n...

JANGAN TENGOK FILEM PAKU KALAU PENAKUT

Image
Kalau review filem sebelum ni carrie yang tak scary tapi hot & spicy katanya... review dvd kedua yang aku beli sama hari dengan beli dvd carrie cuma lain kedai & lain status. Kalau carrie tu beli yang pirate tapi dvd PAKU ni den beli original ok. Bukan berlagak kaya ke hapa.. dvd tu murah je. tak sampai puluh2 hengget pun.. cuma RM9.90 tapi dari kulit yang membungkus dvd tu memang siap semua ada termasuk sticker perakuan B lagi. Menurut amoi yang jual tu katanya murah sebab syarikat percetakkan yang tak sama. Aku tak paham sangat.. tapi lantak la janji murah kualiti gambar & suara ok, dah cukup. Filem PAKU nak kata adaptasi dari kejadian Highland tower runtuh tu tak sangat tapi dari kejadian tu di jadikan satu movie seram. Sebab starting dia ada tunjuk babak Pangsapuri yang runtuh & ada satu watak seorang wanita warga indonesia yang terselamat dari runtuhan tu macam kisah benar yang berlaku la. Cuma itu je di ambil dari kisah highland tower selebihnya mungkin idea da...

FILEM CARRIE YANG TAK SCARY TAPI HOT & SPICY

Image
Semalam pergi ke selayang.. motif sebenar nak ke mydin beli barang sikit tapi alang2 mydin berjiran dengan selayang Mall tu harus la singgah mencari DVD dah dah aku set dalam otak nak beli. Jangan terkejut pulak sejak dua menjak ni aku gila membeli dvd filem seram.. sememangnya dari moda rumaja lagi aku memang suka tengok filem seram... kalau dulu aku tengok banyak filem yang aku rasa seram.. tapi sekarang aku makin rasa kebanyakkan filem seram dah semakin seram mengikut piawaian seram aku la. hahahahahaha Semalam kat kedai cd yang biasa den pergi. Sebab dvd kat situ original & murah. Tanpa nak belek2 banyak lagi terus tanya kat amoi jaga kedai tu dvd carrie tapi malangnya dia kata belum ada. Alahai... Sebelum sampai ke kedai amoi tu tersinggah satu kedai cd kat tingkat 1.. tapi dia jual nampak macam semua pirate cd jer. Kat situ nampak ada dvd filem carrie. Tapi kedai biasa den pergi kat ground floor ni yang jual cd ori je takde pulak. Tapi sambar jugak dvd filem PAKU sebab kak ...

HINANYA JANDA SAMPAI DI NILAI HANYA DENGAN SEMANGKUK KANGKUNG

Image
Janda!! gelaran pada wanita yang berkahwin kemudian bercerai.. Tapi status seorang janda bukan untuk di jadi bahan hinaan atau maruah mereka di tapak kaki manusia lain. Bukan semua wanita yang berkahwin tu suka2 nak jadi janda. Ko ingat ada ke orang kawen semata2 nak bercerai untuk dapatkan status janda tu?? Geram jugak la bila tertengok video harga seorang janda hanya semangkuk kangkung yang baru tersebar kat FB tadi. Memang la video tu berunsur politik sebab akhir video tu keluar muka Nurul Izzah. Kau nak point nurul Izzah tapi ko guna label JANDA sedangkan nurul Izzah belum menjanda lagi. Sekaligus video tu menghina ibu2 tunggal yang lain. Tak kuasa aku nak share video dia kat sini tau. Pada pembikin video pendek jugak pada semua penyebar tak kira yang clik share atau LIKE bagi aku korang dah terlibat dalam penghinaan pada semua janda2 kat Malaysia ni. Ingat dalam kehidupan kita ni kita tak boleh hidup tanpa adanya wanita. Even wanita2 di sisi kita sekarang belum bergelar ...

CUACA SEJUK PUN JADI ISU POLITIK

Image
Kadang2 nak gelak pun ada.. nak nangis pun yer jugak. Dulu kita boleh dengar orang tua2 je berdebat pasal politik atau cerita pasal politik kat kedai2 kopi.. sekarang ni bukan takat yang tua nak jadi pakar yang muda rumaja pun pakat2 tunjuk skill jadi penganalisis.. atau pakar politik kat laman sosial. Sekarang ni kecoh pasal kekonon salji turun kat indonesia alih2.. tak betul pun. Entah video mana depa share pun tak tau.. lepas tu kecoh suhu kat Malaysia ni turun sama turut & menyebabkan cuaca jadi sejuk yang katanya agak luar biasa. Memang even den dok kat sg buloh ni pun terasa sejuk nak2 lagi time malam.. siang2 hari takde la sejuk mana cuma cuaca takde la panas seperti sebelum2 ni. Walau tak hujan & cuaca cerah namun tak panas. Fenomena tu dah pun di jelaskan oleh jabatan meteorologi Malaysia. Nak tau boleh rujuk entri ni SALJI TURUN KAT INDONESIA TU BERITA MENGARUT JE Tapi yang kelakar ni bila cuaca sejuk di jadikan isu politik. Aduhai... kelakar baca beb!! Kreatif...