Posts

APA KAITAN KAJANG DENGAN MONA FENDI, NING BAIZURA & SAFEE SALI

Image
Erkk... Mona Fendi, Ning Baizura & Safee Sali ni sedara ke? Depa asal kajang ke? Apa kaitan kajang & 3 selebriti ni? Suspend tak?? Mesti ramai nak tahu kan?? Kalau korang nak tahu kaitan 3 selebriti yang berbeza profesion ni.. teruskan membaca sehingga noktah terakhir ok.   Persamaan ketiga2 selebriti ni kesemua mereka cukup gigi. hahahaha.. sila pilih senyuman siapa paling menyeramkan?? Alkisahnya terbaca tajuk berita astroawani Dari Mona Fandey kepada Ning Baizura dan Safi Salee, apa persamaan mereka? kat FB news feed den tu. Bila baca tajuk gempak camtu harus la baca artikel. Den bukan jenis judge sesatu cerita dari tajuk je macam sesetengah manusia sebab den tahu tajuk adalah perkara paling penting nak menarik pembaca jadi gimik dalam tajuk tu sangat penting untuk sesatu artikel. Maka baca punya baca.. Baru tahu rupanya Ning Baizura pernah bersekolah di Kajang, Safee sali di lahirkan di kajang & mona fendi di penjarakan di kajang. 3 sejarah yang berbeza pa...

NI SALAH SATU TESTIMONI KOSMETIK BERACUN YANG DI JUAL SECARA ONLINE

Image
Perempuan & kecantikkan macam sinonim je. Perempuan lebih banyak gila nak cantik. Perempuan lebih berani ambil risiko semata mata nak cantik. Dan perempuan jugak hanya reti serik selepas terkena dari berhati2 sebelum mengguna. Aku pun perempuan jugak.. nak kata aku ni sejenis manusia yang 100% berhati hati pun tak jugak.. kadang2 kalah jugak dengan nafsu tapi nak kata aku ni apa jer orang jual & kata cantik aku beli pun tak jugak even testimoni kemain Gah pun belum tentu aku beli. Apa yang aku nak beli sekarang adalah apa yang aku rasa yakin. Ni la testimoni hasil dari produk kosmetik beracun yang beliau gunakan. Kelas kau jah!! Sumber harian Metro Baca kat harian metro online hari ni. Tajuk berita Kosmetik Online beracu n.. Pengakuan seorang perempuan yang terbeli kosmetik beracun yang menjanjikan 3 hari akan nampak kesan cantik pada wajah dia akhirnya terpaksa sorokkan muka atau jauhkan diri dari berdepan rakan sekerja selepas kulit dia rosak akibat menggunakan set ko...

MAK BAPAK DIA TAK KISAH PUN DIA NAK ROMEN DENGAN AWEK MALAM VALENTINE

Image
Tak habis lagi cerita Valentine ni. Setakat kena tangkap khalwat malam Valentine kat hotel budget rasanya bukan benda baru atau benda pelik berlaku setiap tahun. Walau setiap tahun ada je operasi menangkap pasangan beromen kat hotel budget tapi tetap takde penyelesaian pun. Setiap tahun ada je yang kena tangkap. Tapi tu berita yang bukan luar biasa.. Tapi ada satu cerita yang sebenarnya bukan cerita luar biasa tapi pengakuan dia tu yang ada tarikkan den nak share kat sini. Antara pasangan yang di tangkap malam Valentine yang satu ni statement dia bukan je membuka aib sendiri malah membuka aib mak bapak dia jugak. Dah la kena tangkap beromen dalam bilik hotel dengan awek.. siap bagitau mak bapak dia tak kisah pun dia bersekedudukkan dengan awek dia & depa kena tangkap ni pun mak bapak dia tak kisah. Berita penuh baca kat Sinar Harian Kemain kau yer... Western sangat keluarga kau. Selalunya yang kita dengar atau baca pasangan yang di tangkap takut sangat la perbuatan dep...

ARIANA ROSE DI RASUK ATAS PENTAS

Image
Bagi peminat Drama berepisod Ariana Rose yang katanya semalam episod akhir... Mesti kenal dengan pelakon bernama Nur Fathia ni. Sebab dia la pemegang watak Arina Rose kegilaan para lelaki tu terutama kawan den si Dato Faiz, Dady to be tu... Katanya tak boleh tengok Ariana Rose terus bernafsu gitu. Hahahahaha... kelas kau Dato! Bukan nak cerita pasal drama Ariana Rose tu tapi tadi terbaca kat Oh! Bulan alkisahnya si pelakon comel ni Nur Fathia di rasuk di atas pentas teater Istana budaya ketika pementasan teater Bidasari sedang berlangsung. Terpaksa di rehatkan sekejab dari terus beraksi di atas pentas bagi mengembalikan dia kepada keadaan normal. Selain tu ada juga katanya kejadian2 mistik yang berlaku di sebalik pementasan teater bidasari tu. Nur Fathia memegang watak sebagai Bidasari. Artikel penuh sila baca kat Oh!Bulan Bidasari ni kalau ikut cerita orang dulu2 kisah seorang puteri cantik namun takde sapa tahu asal usulnya. Dijadikan anak angkat oleh pedagang kaya tapi ...

PENGAKUAN BEKAS PENGEDAR PRODUK COLLAGEN PLUS VITAMIN E, BAHAYA UNTUK KULIT

Image
Semalam terbaca satu status berkenaan produk ni yang tak selamat tapi tak tahu sejauh mana betulnya gosip tu so aku pun nasihatkan la seorang adik juga pengedar produk CPVE ni supaya siasat betul2 gosip tu & ambil langkah berjaga jaga. Kalau terbukti selamat, sediakan bukti sekiranya soal keselamatan tu di pertikaikan. Hari ni terbaca kat satu blog bekas pengedar juga pengguna krim CPVE ni walau hanya 4 hari tapi kesannya agak menakutkan. Kulit dia yang dulunya tak bermasalah.. lepas 4 hari penggunaan produk CPVE ni keluar jerawat bernanah. Ni gambar aku ambil dari blog tuan punya testimoni produk ni. Kalau korang nak baca cerita penuh pengalaman ngeri dia guna produk CPVE ni korang boleh baca kat Sinar Raudah Aku bukan pengguna produk ni.. Terus terang aku sekarang memang tak berapa berani nak cuba produk2 yang di jual secara online. Memang aku ragui keselamatan produk2 yang banyak di jual secara online ni. So, aku ambil keputusan guna je produk2 yang ada jual kat farmas...

KES DERA ANAK DI SWEDEN,PASANGAN MALAYSIA DI TUDUH DERA ANAK SEJAK 2010

Image
Sebagai seseorang yang mengikuti kes ni walau melalui media online ni tetap aku nak update dalam blog jugak perkembangan terkini kes tersebut. Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa di mahkamah di Sweden hari ini, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu. Dari pembacaan aku kat berita astro awani ni.. Pertuduhan antara lain mendakwa Azizul dan Shalwati memukul sehingga meninggalkan kesan fizikal dan mengakibatkan kesakitan dengan mengunakan objek seperti rotan, tali pinggang dan tangan serta turut dicubit dan dipulas telinga. Shalwati didakwa memukul dan mendera anaknya Ammar sebanyak 11 kali, Adam sebanyak tiga kali, Ariff empat dan Aisyah empat kali. Kesemua kesalahan itu dilakukan Shalwati dengan menggunakan tangan, rotan, tali pinggang, termasuk menampar dan memulas telinga serta memukul di tubuh badan. Sementara itu,...

MAT REMPIT 14 TAHUN HILANG INGATAN SEBAB TERLALU TAKUT POLIS

Image
Ketakutan boleh buat orang ingatan rupanya. Mungkin sebab terlalu takut saraf2 otak dia jadi bersimpul kemudian satu dua terputus connection & akhirnya dengan tiba2 boleh menyebabkan hilang ingatan. Tu dia doktor lekit punya teori.. Yang korang takkan dapat belajar kat mana2 universiti gitu. Nak gelak pun ada.. nak marah pun ada.. rasa nak sekeh penuh kasih sayang pun ada bila baca berita seorang mat rempit 14 tahun yang tiba2 lupa nama & no ic sebab katanya terlalu takut bapak dia tahu dia kena tahan polis masa roadblock & takut kena lokap jugak. Tu dia.. takut tahap macam hadapi sakaratul maut gamaknya sampai nama sendiri pun boleh lupa. Ke ni kes aku tengok semalam berita tv9 budak rempit yang ngaku orang kedah tapi bila tanya kedah tang mana selamba dia jawab temerloh. hahahahaha Shah Alam: Gara-gara terlalu takut ditahan polis, seorang mat rempit tiba-tiba menjadi ‘pelupa’ apabila tidak mengingati nama dan juga nombor kad pengenalannya ketika disoal polis dalam...