Posts

SHARNAAZ AHMAD ADA MASALAH MENTAL KE BARAN TAK MENENTU NI?

Image
Terbaca kat Oh!Bulan tadi pasal kes sharnaaz Ahmad yang tetiba mengamuk dengan lisdawati sehingga menyebabkan pelakon tu mengalami mengalami tekanan darah tinggi dan terdapat gangguan pada kandungannya. Apa yang aku baca kat Oh!bulan tadi.. katanya Lisdawati pun tak sure pasai pa mamat tu serang dia. Bila suami lisdawati jugak pelakon Fauzi nawawi masuk campur sekali dengan dia kena ugut tapi tak didedahkan pula apa yang sharnaaz ni ugut. Katanya kes polis dia taknak la bagitau.  Untuk artikel penuh sila baca kat Oh!Bulan kalau takde sebab orang gila pun tak mengamuk tapi kalau sebab2 tak masuk akal nak mengamuk tu namanya gila ye dak?? Sharnaaz ni tak tau mana satu kategori dia mengamuk bersebab atau sebab yang tak masuk akal dia mengamuk.. hahahahaha Maybe ni la salah satu sebab pakcik ND Lala dulu tak berkenan sangat dengan sharnaaz kot. Baran tak menentu. Yelah.. risau jugak dia kalau di bagi kawen esok anak dia yang comel lote tu tetiba ber cop mohor sana sini p...

SELAGI TAK MATI KAU TEMPEK ATAU TELAN LA UNTUK CANTIK

Image
Sebelum ni kat blog ni aku ada tulis satu produk yang menjadi kontroversi status keselamatannya. Dalam isu macam ni biasa la ada penyokong atau jugak pembangkang. Yang masih menjual & mengguna tanpa ada kesan sampingan yang buruk.. Of course la terus mempertahankan produk tu tapi yang mengguna tapi mendapat kesan buruk tak kira selepas penggunaan yang singkat atau kesan tu datang selepas agak lama menggunakan mesti la cuba mendedahkan benda tu sebenarnya tidak selamat. Aku bukanlah pengguna produk kecantikkan kontroversi tu.. antara sebab aku tak beli/guna Satu aku memang tak suka sangat beli Online.. kedua aku tak berapa percaya produk kecantikkan online ni (bukan semua tapi kebanyakkan. Kalau aku nak beli sangat pun aku akan siasat KKM & status halal dia dulu).. ketiga.. aku memang tak percaya produk takde KKM.. keempat, aku agak ragu kalau produk tu harga murah, kesan boleh nampak dengan cepat. Sebab nak memulihkan kulit rosak atau mencantikkan kulit wajah ni bukan benda m...

HARUSKAH JADIKAN IBUBAPA YANG DAH TUA SEBAGAI PENGASUH ANAK KECIL KITA?

Image
Bila dah jadi mak orang kita tahu bukan benda mudah nak jaga anak nak2 3 ke 4 bulan pertama tu. Bagi aku la dari lahir hingga nak masuk 4 bulan adalah saat2 menduga. Mungkin sesetengah budak senang nak jaga.. senang pun tak sesenang mana jugak la kan. still kena bangun tengah malam setiap sejam atau dua jam sekali bagi susu. Tu kalau jenis tak meragam tengah malam.. macam anak aku ni dari lahir hingga ke nak masuk 4 bulan.. start tengah malam je menangis sampai dekat subuh. 2 bulan dalam pantang mak datang jaga.. so bergilir2 la kami bertiga bangun untuk jaga budak tu.. masuk bulan ke 3 & 4 tinggal aku dengan asben jer... Macam separuh gila jugak la. Terpaksa bawak naik kereta tengah2 malam.. sebab dalam kereta je dia diam & tido. Tu kisah anak aku yang sekarang dah 2 tahun setengah.. Dah tak banyak meragam cuma lasak je la. Tido malam pun dah tak payah bangun buat susu... dia bangun pukul 10 pagi je baru minum susu. Dah besar ni letih menjaga cara budak besar. Melasak tak hi...

KENA UGUT NUFFNANG BARU DAPAT BE

Image
Wah... bunyi keras je kan tajuk entri ni. Ugut boleh di sabitkan kesalahan ni. Bahaya sungguh blogger sorang ni kan? Tak dapat BE terus ugut tu? Kau berani buat ke?? Alahai... rasanya Nuffnang pun tak tacing dengan ugutan den tu cuma maybe bila den ugut2 manja camtu baru dia perasan kot kewujudan blog den disisi Nuffnang. Semalam ada jugak up status kat FB berbunyi ugutan camni.. Ugut nak cerai je pun. Takut menjanda la tu Nuffnang dengan den la tu!! hari ni tetiba tergerak hati nak tengok account Nuffnang. Tu dia ada la seketoi BE pertama untuk 2014 ni. Tu kira rezeki la tu. Tak tau bapa ringgit dia nak beranak pinak hope iklan dia selalu2 menggedik la kat banner blog den ni baru la earning naik. Jangan takat kau pujuk hati ku bagi BE tapi ko malu2 nak siar iklan tu kat blog aku sudah. Kalau camtu samalah ada dalam tiada gitu. Apapun rezeki semua datang dari Allah tapi kita tak boleh nak tadah tangan je minta kena juga usaha, kan?? Dalam duni blog ni banyak lubang2 rezeki ...

APA KAITAN KAJANG DENGAN MONA FENDI, NING BAIZURA & SAFEE SALI

Image
Erkk... Mona Fendi, Ning Baizura & Safee Sali ni sedara ke? Depa asal kajang ke? Apa kaitan kajang & 3 selebriti ni? Suspend tak?? Mesti ramai nak tahu kan?? Kalau korang nak tahu kaitan 3 selebriti yang berbeza profesion ni.. teruskan membaca sehingga noktah terakhir ok.   Persamaan ketiga2 selebriti ni kesemua mereka cukup gigi. hahahaha.. sila pilih senyuman siapa paling menyeramkan?? Alkisahnya terbaca tajuk berita astroawani Dari Mona Fandey kepada Ning Baizura dan Safi Salee, apa persamaan mereka? kat FB news feed den tu. Bila baca tajuk gempak camtu harus la baca artikel. Den bukan jenis judge sesatu cerita dari tajuk je macam sesetengah manusia sebab den tahu tajuk adalah perkara paling penting nak menarik pembaca jadi gimik dalam tajuk tu sangat penting untuk sesatu artikel. Maka baca punya baca.. Baru tahu rupanya Ning Baizura pernah bersekolah di Kajang, Safee sali di lahirkan di kajang & mona fendi di penjarakan di kajang. 3 sejarah yang berbeza pa...

NI SALAH SATU TESTIMONI KOSMETIK BERACUN YANG DI JUAL SECARA ONLINE

Image
Perempuan & kecantikkan macam sinonim je. Perempuan lebih banyak gila nak cantik. Perempuan lebih berani ambil risiko semata mata nak cantik. Dan perempuan jugak hanya reti serik selepas terkena dari berhati2 sebelum mengguna. Aku pun perempuan jugak.. nak kata aku ni sejenis manusia yang 100% berhati hati pun tak jugak.. kadang2 kalah jugak dengan nafsu tapi nak kata aku ni apa jer orang jual & kata cantik aku beli pun tak jugak even testimoni kemain Gah pun belum tentu aku beli. Apa yang aku nak beli sekarang adalah apa yang aku rasa yakin. Ni la testimoni hasil dari produk kosmetik beracun yang beliau gunakan. Kelas kau jah!! Sumber harian Metro Baca kat harian metro online hari ni. Tajuk berita Kosmetik Online beracu n.. Pengakuan seorang perempuan yang terbeli kosmetik beracun yang menjanjikan 3 hari akan nampak kesan cantik pada wajah dia akhirnya terpaksa sorokkan muka atau jauhkan diri dari berdepan rakan sekerja selepas kulit dia rosak akibat menggunakan set ko...

MAK BAPAK DIA TAK KISAH PUN DIA NAK ROMEN DENGAN AWEK MALAM VALENTINE

Image
Tak habis lagi cerita Valentine ni. Setakat kena tangkap khalwat malam Valentine kat hotel budget rasanya bukan benda baru atau benda pelik berlaku setiap tahun. Walau setiap tahun ada je operasi menangkap pasangan beromen kat hotel budget tapi tetap takde penyelesaian pun. Setiap tahun ada je yang kena tangkap. Tapi tu berita yang bukan luar biasa.. Tapi ada satu cerita yang sebenarnya bukan cerita luar biasa tapi pengakuan dia tu yang ada tarikkan den nak share kat sini. Antara pasangan yang di tangkap malam Valentine yang satu ni statement dia bukan je membuka aib sendiri malah membuka aib mak bapak dia jugak. Dah la kena tangkap beromen dalam bilik hotel dengan awek.. siap bagitau mak bapak dia tak kisah pun dia bersekedudukkan dengan awek dia & depa kena tangkap ni pun mak bapak dia tak kisah. Berita penuh baca kat Sinar Harian Kemain kau yer... Western sangat keluarga kau. Selalunya yang kita dengar atau baca pasangan yang di tangkap takut sangat la perbuatan dep...