Posts

HARI KE 5 MISTERI KEHILANGAN MH370,MUNGKIN INI PETANDA BAIK

Image
Aku ada baca jugak pasal ni sejak semalam tapi baca dari blog2 yang suka menyebar benda tak sahih ni memang aku tak ambil sebagai benda serius. Diaorang tu cuma gila rating bagi aku.. Gila copypaste dari semua sumber berita tak kira sahih ke tak janji ada berita gempak tentang isu yang tengah hangat. Sungguh kurang sensitiviti & perikemanusiaan manusia2 itu. Yelah..mereka tak merasai sakit sebab bukan mereka yang terluka macam mana nak rasa perit pada derita orang lain. Teruskan berpesta dengan kedukaan orang lain sampai satu masa nanti kalau Allah nak balas, Insya Allah korang jugak akan rasa apa yang orang lain rasa hari ini. Berkenaan dengan petanda baik yang aku harapkan tu.. adalah bilamana ada ahli keluarga mangsa yang berjaya hubungi talian telefon mangsa. Ada deringan tapi tak berjawab. Mungkin pihak berkuasa boleh mengesan lokasi mereka. Yelah.. kalau ada frekuensi, selalunya boleh detect. Harap Allah membuka jalan untuk para penyelamat mengesan semua mangsa2. mungk...

KEHILANGAN MH370 ALLAH MASIH SEMBUNYIKAN MEREKA DI HARI KELIMA

Image
Hari ini hari kelima misteri kehilangan MH370.. tiada satu petanda atau petunjuk pun di jumpai selain spekulasi, berita2 tak sahih, andaian2 tak berasas sahaja yang semakin bertambah namun rahsia masih menjadi rahsia dan tiada satu manusia pun berjaya merungkai rahsia Allah ini sehingga hari kelima. Letih akal waras menjadi jawapan.. Namun sangat misteri untuk siapa2 simpulkan. Tapi masih ramai yang berlagak bijak pandai, takpe biarkan. Biarlah orang2 bodoh macam aku ni terus ikhtiar dengan doa, biarkan orang2 yang konon pandai terus dengan tafsirannya. Tapi ada satu keajaiban dari trajedi ni.. aku tiba2 kembali mengarang puisi.. dah lama aku tinggal hobi aku yang satu ni. Pernah jugak dulu cuba tulis balik tapi tak boleh. Idea takde..  macam beku jer. Mungkin sebab aku terlampau fikir pasal MH370 ni kot.. Apapun, yang aku tulis semua lahir dari hati aku sendiri. Aku taip cuma kat status wall FB aku tanpa clik post jer dulu.. kemudian aku edit atas gambar baru aku share. Sung...

GAMBAR PENUMPANG PESAWAT MH370 YANG GUNA PASPORT PALSU

Image
Semoga 2 pemilik pasport palsu ni bukan ada kaitan dengan pengganas. Dan sekiranya mereka ini terlibat dalam kehilangan pesawat MH370 moga Allah melembutkan hati mereka untuk melepaskan semua penumpang & anak kapal dengan selamat. Dan sekiranya bukan mereka penyebab kehilangan MH370.. Doakan Allah memberi petunjuk dimana MH370 kini berada. Ya Allah sungguh berat menanti sesuatu yang tak pasti. SEPANG - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan salah seorang dari dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu merupakan lelaki warga Iran berusia 19 tahun. Katanya, pihak berkuasa masih berusaha mengenal pasti identiti seorang lagi individu yang memegang pasport palsu berkenaan. Sumber Sinar Harian Terus berdoa moga Allah memberi petunjuk dimana MH370 berada & menjawab segala persoalan kita apa yang berlaku sebenarnya.

KEHILANGAN MH370 MASIH MENJADI MISTERI YANG TAK TERUNGKAI DENGAN TEKNOLOGI MANUSIA

Image
Sejak kehilangan secara misteri pesawat MH370 yang tiba2 ghaib di udara aku memang banyak membaca berita, spekulasi, pendapat2 orang yang berpengalaman mengendalikan pesawat & semua artikel berkenaan. Dari pagi hingga tengah malam.. Aku tak jemu untuk baca atau ikuti apa saja perkembangan tentang MH370. Sebelum ni kita terlalu di dedahkan dengan teori sains tentang kehilangan MH370.. sehingga menolak akan kemungkinan yang berlaku mungkin di luar batas akal seorang manusia. Bila mendengar pendapat & teori bekas ketua kapal Kapten Noruddin Abd Majid, katanya sebagai yang beriman kita kena percaya pada ketentuanNya. Sebab pesawat hilang secara tiba2 bukan kali pertama berlaku. Sumber Sinar harian Mungkin ada kebenaran kata2 kapten tu yang berpengalaman mengendalikan pesawat tu.. Secara logik untuk kita fikir, bagaimana pesawat tu boleh hilang sekelip mata tanpa ada amaran kecemasan sekiranya berlaku apa2 yang tidak di ingini di atas pesawat. Ghaib dengan sekelip mata! It...

SEBARKAN BERITA PALSU DAN TAK SAHIH TENTANG MH370, SEKURANG KURANGNYA MELEGAKAN HATI KELUARGA MANGSA

Image
Aku pun seorang blogger kalau tak.. takdenya aku menaip entri ni. Aku pun seorang blogger yang normal blogger lain buat cuba naikkan traffic blog setiap & hari cuba cari pembaca yang ramai & sentiasa cuba untuk memantapkan blog. Bukan sebab nak popular ke hapa.. mungkin berblog di samping memenuhi permintaan minat & hobi ni boleh jugak di jadikan sumber pendapatan sampingan. Seluruh negara mendoakan agar ada keajaiban yang berlaku, Moga semua doa2 kita di makbulkan Allah Tu semua aku tak nafikan... Aku pun blogger biasa kalau aku tak kejar rating & duit iklan masakan aku letak iklan kat blog. Walaupun duit tu bukan sumber pendapatan utama keluarga aku atau bukan kepentingan sangat untuk aku berblog. Tapi tak sampai la isu2 yang melibatkan nyawa & keselamatan orang lain aku nak ambil kesempatan untuk lariskan blog. Even aku bukan manusia yang baik sangat tapi sekurang kurangnya aku ada perikemanusiaan yang tahu untuk kesiankan orang lain jugak. Takde semua is...

MH370 KU JEJAKI MU DENGAN DOA MOGA JADI LALUAN KITA BERTEMU

Image
Dah masuk hari ketiga.. masih tiada sebarang petanda dia akan muncul memperlihatkan dirinya yang ghaib tu. Masih menjadi rahsia Allah.. di mana dia bersembunyi? Bagaimana keadaan dia & isi dalamnya yang berupa nyawa2 insan.. Ya Allah risau hati bukan kepalang. Setiap hari tak kira samada di tv atau di internet aku asyik tunggu jer berita terkini tentang kehilangan pesawat MH370 ni. Kat tv mungkin tak nampak manusia2 yang sel2 otak tak habis berhubung menyebarkan info2 tak sahih atau mengeluarkan pendapat yang tak sepatutnya atau mengaitkan kes ni dengan ayat2 al Quran yang mengelirukan berbanding kat alam maya ni. Bila di tegur terus Unfriend.. setakat unfriend apa lah sangat berbanding dengan orang yang bebal tak boleh kena tegur langsung kan. Masih menjadi misteri bila penemuaan yang sepihan yang pada mulanya di katakan milik pesawat MH370 setelah di analisis bukan milik pesawat tu. Hati lega walau terus tertanya tanya.. kemana agaknya dia. Sekurang2 nya kita tahu.. masih bel...

MH370 MASIH MENJADI RAHSIA ALLAH

Image
Sejak aku terbaca berita kehilangan pesawat MAS MH370.. sampai saat ni pun masih risau & sedih kenangkan mereka2 yang menjadi isi pesawat termasuk 2 orang bayi kecil. Kita yang takde sedara mara terlibat pun terasa risau & sedih apatah lagi mereka yang menunggu khabar dengan penuh debaran status terkini saudara mara,anak isteri,suami & keluarga yang terlibat dalam misteri kehilangan Pesawat MAS MH370 tu. Sehingga saat ini Pesawat MAS MH370 masih menjadi rahsia Allah yang tak terbongkar. Kemana dia pergi? Bagaimana keadaannya? Apa yang berlaku? Ya Allah.. setiap kali menonton berita terkini di TV.. aku sentiasa berharap ada khabar gembira berkenaan misteri kehilangan pesawat tersebut. Malam pun tidur tak lena fikir. Rasanya bukan aku sorang kot.. Ramai lagi yang macam tu kecuali mereka2 yang hati telah di takluki rasa taksub pada sesuatu sampai sanggup menjadikan isu ni sebagai bahan politik atau lawak bodoh. Allah maha mengetahui segalanya.. Dan dia adalah perancang ...