Posts

KALAU PERCAYA SPEKULASI TENTANG MH370 RASANYA PESAWAT TU DAH BERAPA KALI TERHEMPAS DAN TERBANG BALIK

Image
Tajuk dah jelas apa yang aku nak katakan.. Masih lagi tentang spekulasi kehilangan pesawat MH370. Berita terkini yang kita sedia tahu tadi australia dah kesan objek di lautan andaman kalau tak silap. Tapi belum di sahkan objek tu adalah pesawat MH370 cuma berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 12 hari lalu. Apa lagi berdesup la spekulasi muncul lagi.. Ada yang dah kata confirm.. Takpe. Biarkan.Maybe betul objek tu pesawat MH370 & mungkin jugak boleh jadi takde kaitan. Apapun tunggu je laporan rasmi perdana menteri. Apa pilihan kita ada kan.. Kalau kita percaya dengan spekulasi & berita tak sahih ni rasanya.. dari awal.. katanya pesawat ni terhempas kat perak la.. terhempas kat laut china selatan la.. mendarat kat lokasi rahsia la..terhempas kat lautan hindi.. mendarat kat sinun.. terhempas kat sinin... pendek kata kalau percaya spekulasi & berita tak sahih ni gamaknya berapa kali mangsa yang terlibat tu mati kemudian hidup balik & pesawat tu ...

5 TAHUN SUDAH BLOG YANG DI ANGGAP LUCAH NI

Image
Wah.. dah menapak di tahun ke 5 blog melekat lekit ni. Diam tak diam.. pejam celik.. marah senyum, gelak tangis.. Rupanya usia blog ni dah 5 tahun. Alhamdulillah setakat ni tiada apa yang menggugat aku untuk terus menaip kata - kata dalam blog ni. Segala hentaman, kritikkan,kutukkan,hinaan,umpatan,cacian,makian.. Nampaknya belum cukup kuat nak gugat semangat berblog aku ni. Dalam 5 tahun ni... ada yang dari suka jadi benci.. yang benci terus pergi tak kembali2.. yang baru datang terus datang. Lumrah berblog.. Apa nak di kata. Tapi maybe ramai yang tak tahu.. Blog ni sebenarnya bukan blog yang pertama aku tulis. Dulu aku pernah create satu blog yang masa tu aku sendiri tak tahu nak jadi macam mana dalam blog. Maybe blog ikut ikutan.. tapi seriusly tak memberi kepuasan langsung bila penulisan kita macam meniru orang lain. Aku tutup blog tu... dan buka blog ni yang pada awalnya masih lagi mengalami krisis identiti. Yelah.. budak baru belajar tulis blog kan masa tu. Tapi teruskan ju...

MACAM MANA NAK JADI BLOGGER YANG TAKKAN KENA HENTAM

Image
Amboi kau lekatlekit.. Nak bagi tips kat orang ke? Kau sendiri pun manjang kena hentam ada hati nak bagi tips kat orang supaya tak kena hentam. Erk... kenapa tak boleh ke? Orang selalu kena hentam la lebih tahu apa point yang selalu orang hentam & apa benda yang orang takkan hentam. Kemain kerek kat ayat kat atas.. Kekonon tahu sangat la tu. Tapi memang betul.. kita mengharap respond yang positif bila kita menulis sesuatu kat blog. Mana ada orang mengalukan kritikkan atau kutukkan jauh sekali la minta di maki & hina. Tapi takde siapa boleh elak dari mengadap semua tu bila memilih untuk jadi seorang blogger. Tak kira la dia tulis pasal diri sendiri ke, pasal orang lain ke, pasal isu semasa ke, pasal artis ke, pasal agama ke, pasal tutorial & tips ke, pasal fesyen ke atau pasal apa sekalipun.. Bila dia menulis mesti kalau tak selalu pun, sekali dua ada jugak di terjah dengan hentaman berbaur kritikkan, kutukkan atau yang lebih dramatik dari tu makian & cacian. Memang ba...

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MH370 MELAHIRKAN RAMAI RAJA BOMOH TANPA KITA SEDAR

Image
Tudia.. yang kita kenal sekarang raja bomoh cuma seorang Mahaguru Datuk Ibrahim Mat Zin. Tapi tanpa kita sedar sebenarnya ramai lagi bomoh2 yang terlahir & muncul sejak kehilangan pesawat MAS MH370. Kita nampak tapi kita tak sedar. Korang yang baca ni entri ni pun ada yang tak perasan di kalangan kita sebenarnya ada jer bomoh2 edisi Khas MH370 Nak tahu siapa bomoh2 yang terlahir & termuncul sejak kehilangan pesawat MH370..  pakar2 spekulasi la siapa lagi. Tak di nafikan ada spekulasi yang ada logik nya.. ada spekulasi yang hanya logik kalau fikir ikut kepala lutut tapi spekulasi akan kekal sebagai spekulasi selagi takde bukti . Bila aku menolak spekulasi ada yang labelkan aku sebagai suka di perbodoh bodohkan oleh kerajaan pemerintah.. Apa pilihan yang aku ada. Kalau aku minta bukti, pakar spekulasi ada ke? Takde jugak.. Sekarang kapten Zaharie yang di tugaskan membawa pesawat Mh370 yang hilang tu di siasat kediamannya sebab dia bina simulator kat rumah . Baru di siasat...

INILAH BLOGGER YANG PALING TAK DI SUKAI RAMAI

Image
Dua tiga hari lepas cerita pasal blogger paling bahaya, ni cerita pasal blogger tak di sukai ramai pulak. Aduhai.. siapa gamaknya? Jangan risau blogger malaysia jugak. Tak popular mana pun. Bukan semua orang kenal pun.. tapi tak sangka pulak yer menjadi blogger paling tak di sukai ramai... Semua orang mesti nak tahu kan siapa blogger tu kan?? Korang memang kiah propa la.. suka sangat isu yang krik.. krik.. krik.. gitu. Hahahahahaha.. ni kira macam kesinambungan entri berhati hati dengan blogger ni.. (malas nak link kalau nak baca search sendiri yer). Kalau haritu katanya orang lain kata.. tapi kali ni dia sendiri akui di sokong dengan kata2 orang lain.. katanya. Muka blogger yang katanya tidak di sukai ramai.. maybe kurang lemak berkrim kot. hahahaha Katanya daku ni mulut dajal & celupar buat orang tak suka.. Mula2 aku tak perasan status tu untuk aku. Aku ni memang la malas nak hadam sangat bila baca status orang yang tengah beremosi.. sebab lalu kat news feed kita baca j...

PC HARI KE 8, ADA SESEORANG MENGUBAH HALUAN PESAWAT MH370

Image
Biarpun masih belum ada kepastian.. Tapi pc yang diadakan tadi sedikit bagi kelegaan pada kita yang menanti penuh debaran. Biarpun masih hanya kemungkinan yang dikatakan pesawat Mh370 di rampas.. Sekurang kurang nya kita tahu masih ada harapan kita menemui semua mangsa2 dalam keadaan selamat. Dari pelbagai sumber di FB Moga petunjuk Allah yang kali ini memberi petanda gembira buat kita semua terutama ahli keluarga mangsa. Terus berdoa & jangan berhenti berharap. Semoga jutaan doa2 kita Allah makbulkan.. Ya Allah semoga kau lindungi mereka semua sehingga mereka di selamatkan sekiranya Mh370 benar2 di tawan & di sembunyikan di satu lokasi rahsia. Hanya kepada Mu kami memohon perlindungan & kasih sayang. Moga kau permudahkanlah segala urusan mencari & menyelamat semua mangsa MH370 P/S : Jangan berbangga jika spekulasi yang korang sebar tu kebetulan sama buat korang semakin yakin nak menyebarkan spekulasi.. Ingat korang hanya baca spekulasi & sebarkan....

MH370, HARI KELAPAN YANG MENDEBARKAN

Image
Dihari kelapan ni aku macam dah hilang kata2 nak mencoret tentang misteri kehilangan pesawat MH370 sejak sabtu lalu. Sabtu bertemu sabtu.. namun usaha menjejaki masih buntu. Tanpa ada sebarang pentunjuk yang membantu. Sungguh misteri Tuhan yang satu ni sukar kita rungkaikan. Yang aku lihat.. Manusia semasa manusia semakin berbalah. Sebab..masing2 ada pendirian, pendapat & andaian yang bercanggah sesama sendiri. Yang pasti apa juga spekulasi & andaian yang ada cuma sebuah kenyataan kehilangan.. Kita kena hadap spekulasi kekal spekulasi.. Mereka disana masih tak pasti hidup atau mati. Pada mereka yang terus menerus mereka spekulasi & berita2 palsu atau menyebarkan.. kasihanilah keluarga mangsa. Kenyataan ahli keluarga yang masih hilang tak tahu hidup & mati tu pun dah cukup memeritkan apatah lagi membaca, melihat atau mendengar khabar2 palsu yang menakutkan sudah pasti menambah derita di hati mereka. Nak2 lagi ada yang berani sebarkan rakaman suara konon reaksi ...