Posts

APA YANG KORANG PERLU TAHU SEBELUM TENGOK FILEM PENGANTIN MALAM

Image
Mesti ramai dah perasaan filem seram tempatan yang terbaru bertajuk Pengantin Malam lakonan Nora Danish yang tengah kontroversi pasal push up bra tu & Farid Kamil. Yelah.. Iklan kat TV pun dah mula mempromosikan filem ni. Untuk pengetahuan korang filem ni bakal di tayangkan pada 19 June nanti. Jadi sebelum korang ambil keputusan beli tiket tonton wayang filem ni.. elok baca ni dulu. Pinjam gambar Bro Framestone Zaman sekarang senang.. Nak nilai jalan cerita dia best ke tak sebelum beli tiket wayang just google je sinopsis cerita tu. ye dak?? Apa susah jadi meh sini den review sikit sinopsis filem tu kat blog melekat lekit. Dah kenapa pulak dalam banyak2 filem.. Filem tu jugak den nak review. Ok bagi yang baru berkenalan dengan blog lekat lekit ni.. selain penulisan den yang agak garang menyuarakan pendapat den pada isu2 semasa den juga peminat tegar filem seram. Selalunya den review filem yang dah den tengok tapi kali ni den review sinopsis filem yang belum tayang kat pawag...

HUKUM MANDI WAJIB & BERWUDUK DALAM KEADAAN BOGEL

Image
Kadang - kadang ada yang rasa isu ni macam simple & semua orang tahu tanpa sedar yang sebenarnya dia jer tahu & ramai lagi orang yang masih tak tahu atau masih keliru adakah sah mandi wajib & berwuduk dalam keadaan berbogel. Yelah.. dalam bilik air sorang2 kan... Even aurat terbuka takde orang nampak tapi persoalannya boleh ke tidak?? Sumber carian google Jangan tanya ada ke orang berwuduk sambil bogel.. Tak mustahil ada walau kita tak buat macam tu, manalah tahu ada orang buat. Kot2 la.. dia nak berwuduk lepas dia mandi.. dia mandi bogel lepas tu abis mandi terus berwuduk la sebab baru mandi wajib. Tu contoh pertama.. contoh kedua.. mana tau dia nak solat.. nak ambil wuduk takut pakaian dia basah jadi dia masuk bilik air kunci pintu rapat2, check semua kot2 ada cctv tersembunyi bila yakin selamat dia bogelkan diri & berwuduk.. lepas wuduk dia sarungkan balik baju dia. So, tak basah la baju dia tu. Hukum bagi kedua2 perbuatan tu dalam keadaan bogel adalah makr...

BANGLA BHPETROL SANGAT BIADAP ADA SAPA NAK TOLONG SEKOLAHKAN

Image
Aku ni bukan racist atau pandang rendah dengan sesapa ikut bangsa atau agama mahupun warganegara tapi kalau kurang ajar.. memang sapa - sapapun hangin kan? Nak2 lagi yang kurang ajar dengan kita tu pendatang menumpang cari makan kat sini. Tercabar jugak la ego seorang manusia. Alkisahnya malam sabtu aritu dalam perjalanan balik dari pi bawak budak shahila main2 kat padang.. dia termuntah dalam kereta. Banyak pulak tu. So, cari la tempat terdekat nak tumpang cuci muntah shahila dengan budak tu sekali la. Faham2 la muntah budak yang minum susu ni.. bau dia kan masam. Kira cuci temporary bagi hilang bau la.. walau dah nak dekat sampai rumah tapi paham2 je la rumah aku tingkat 9 mana nak cari paip air nak cuci muntah kat tempat parking. bukan cuci macam kat car wash tu. bilas sikit2 seat yang kena muntah dengan cuci badan budak tu sementara nak tunggu sampai rumah nak mandikan dia. Takkan la dengan muntah aku nak angkut anak aku naik lift, kan? Singgah la BHPetrol Sri Damansara. Tenga...

HANYA BLOGGER YANG MAKAN CADBURY TAPI TIDAK PEGAWAI JAKIM

Image
Semalam terbaca ada sesi makan cadbury secara berjemaah blogger & pegawai JAKIM konon nak menyakinkan pengguna Cadbury halal & takde babi di dalamnya. Tup tup hari ni terbaca yang sudi makan hanya blogger ( maybe dah di bayar kot. Yelah.. ingat blogger sekarang nak buat sangat kerja2 free. Kalau kerja amal lain cerita la ) tapi tidak pegawai JAKIM. erkk... dah kenapa pulak tak nak makan? Takut sakit gigi ke?? kekekekeke  Artikel penuh baca kat SINI Aritu beriya sangat yakinkan pengguna coklat cadbury tiada DNA babi & halal. Kenapa takut nak makan? Kalau ye pun takut gigi rosak.. jamah la sikit. Tak tau la apa yang berlaku di sebalik tabir.. Sandiwara apa pun kita tak nampak tapi yang pasti, even pegawai JAKIM tu makan cadbury depan aku pun.. Insya Allah aku tak confident jugak nak makan. Nak buat macam mana.. hati ini telah di lukai katanya... kekekeke Apapun tepuk dada bukan tanya selera yer. Kalau tanya selera ada yang meleleh air liur tengok cadbury...

CADBURY GUNA BLOGGER UNTUK YAKINKAN PENGGUNA

Image
Blogger sekarang bukan blogger dulu.blogger sekarang ada kepentingan dah nak2 lagi bab2 mempromosikan apa2 sebab tu advertiser dah banyak beri kepercayaan pada blogger. maybe sebab blogger lebih di percayai,maka cadbury pun nak gunakan blogger untuk meraih kepercayaan pengguna. Terbaca kat Astro Awani tadi yang cadbury nak buat demo makan coklat cadbury bersama 100 orang termasuk blogger untuk meraih kembali kepercayaan pengguna untuk menyokong produk mereka yang pernah disahkan ada DNA babi haritu. Kalau den la buat masa ni memang tak berapa yakin even dia ajak 1000 orang Islam makan pun. Pada korang yang yakin nak kembali makan cadbury,aku tak pertikaikan apa2. Tu hak anda. yang nak melantak tekak masing2. p/s : Gamaknya siapa yer blogger2 tu?

PANGGILAN HANGIT HUKUMNYA HARAM

Image
Dalam kita dok bergelak bila dengar panggilan hangit kat hotfm tanpa kita sedar kadang2 orang tu termalu dengan prank yang orang lain kenakan pada dia tanpa kerelaan dia untuk tontonan & pendengaran umum. Sebab yang kena tu orang.. yang dengar & rasa lawak tu kita, so kita rasa benda tu small matter. Takde apa yang memalukan & mengaibkan pun. Tu kita... pada orang yang terkena belum tentu dia pun rasa lawak, betul tak?? Tak semua orang suka di ketawakan. Mungkin lawak bagi kita aib bagi dia ye dak?? Bila terbaca status dari Dr Maza kat Fb page beliau.. baru aku terfikir pasal ni. Macam panggilan hangit cikgu Izzuddin tu. Aku dengar pun gelak berdekah2.. Tapi cikgu Izzuddin pasti rasa malu yang teramat sampai dia tak benarkan lagi clip tu di sebarkan. Sumber Fb Dr Maza Rasanya pihak hotfm kena kaji semula la segmen tu. Sebab makin lama rasanya prank dorang tu makin melampau. So tak relevan sangat nak teruskan.. atau cuba cari solution lain untuk buat segmen tu tak ...

CHEF WAN SIFATKAN CENCALOK, BUDU & PERKASAM ADALAH BANGKAI

Image
Nak gelak pun ada... kesian pun ada jugak. Yelah.. Chef Wan sapa tak kenal. Chef selebriti yang sangat terkenal bukan sahaja kat Malaysia malah luar negara. Bukan setakat pandai masak, pandai berlakon, pandai mengacara & pandai jugak membebel. Tetiba keluar statement ni.. Aku rasa, Macam aku pulak lagi educated dari chef Wan. Taknak cakap banyak just nak cakap sikit tapi banyak jugak.. Chef Wan ni tak pandai bezakan bangkai dengan makanan yang di perap @ di jerukkan ke? Rasanya orang nak makan ikan, udang, sotong & apa je makanan laut ni mana ada kena sembelih dulu. Main siang jer.. Takde istilah bangkai pun. Sumber FB Aduhai.. Dato Chef Wan.. isunya pasal Babi di heret pulak cencalok, budu, perkasam ikan kering bagai tu dah kenapa? Bercakaplah apa yang kita tahu saja.. Kita semua boleh jadi outspoken dalam menyuarakan pendapat tapi tak perlu cakap merepek yang tak masuk akal nak2 lagi publick figure jadi bahan ketawa orang je. Moral of the che wan story.. Ingat ...