Posts

CASHOUT PENDING, 8SHARE TERUS DIAMKAN DIRI

Image
Aku rasa bukan aku sorang kot hadapi masalah ni. Mungkin ada lagi yang jugak hadapi masalah yang sama dengan 8share sejak dia bertukar wajah baru ni. Pembedahan plastik tak berjaya ke hapa tak tau la kan.. tetiba dia senyap sunyi terus sepi yang ada website 8share yang terus berupdate iklan untuk di share tapi bila di mesej kat talk to us haram tak reply. Aku sebenarnya sendiri pun tak tahu apa masalah 8share.. cashout untuk isnin minggu terakhir bulan ni aku dah buat sebelum 22hb lagi. Sepatutnya dah masuk duit tu dalam account aku tapi malangnya sampai sekarang status masih pending.. 3 kali hantar mesej kat 8share.. tiga2 takde jawapan. Aku check email pun hanya ada email2 iklan je dari 8share, pertanyaan aku still takde reply. Apakehelnye??? mesej2 aku pada 8share. Agaknya kemana Yuna tidak seramah dulu lagi?? kekekeke At least 8share tolongla yer cuba jawab keraguan 8sharer ni. Ke semua kakitangan 8share dah resign secara berjemaah ke tak tau la sampai takde sorang pun...

KEDAI NI SALE SETIAP HARI AGAKNYA BILA HARI DIA TAKDE SALE

Image
Dengar pasal sale confirm la kaum wanita la paling excited tahap mak sinchan kan? aku pun sama la.. mata macam keluar bintang je bila tengok perkataan sale. Lumrah kaum wanita kan.. Suka membeli belah ye dak?? Hari ni aku nak cerita pasal satu kedai yang manjang sale tak pernah aku tengok kedai dia takde sale. Kalau korang nak tau kedai apa.. kat mana sabar & baca sampai habis. Sejak dua tiga empat menjak ni memang aku nampaknya suka sangat ke selayang. Tak tau la pelaris apa ada kat sana selain kedai dvd original yang murah ada dalam selayang Mall & Kedai Mr. DIY yang macam wajib pulak aku singgah kalau ke selayang Mall selain mydin cari barang dapur. Kat selayang ada satu kedai kasut. kedai kasut ni manjang sale. Sale ulangtahun.. sale tu sale ni.. Kiranya tiap kali aku pergi selayang tak pernah kedai tu tak buat sale. Manjang ada perkataan sale dengan meriahnya kat kedai dia sampai aku naik pelik jugak gamaknya kalau tak sale berapa rega kasut2 dalam kedai dia. Kalau da...

HUKUM MENYENTUH KEMALUAN PASANGAN & BERCIUM KETIKA BERPUASA

Image
Lagi beberapa hari je kita dah nak masuk bulan ramadan kira entri ni entri warm up untuk bulan ramadhan bakal tiba nanti la. Biasa la bila tiba bulan puasa ni.. yang malas puasa kadang2 gunakan alasan alah tak tau la benda ni tak batal puasa, benda ni boleh batal puasa. Jadi untuk rujukan korang bulan puasa nanti meh sini kita share sikit pasal ni. kat bawah ni ada 5 perkara yang maybe ramai orang keliru atau salah sangka terhadap hukum melakukan perkara tersebut di bulan puasa. Mesti ramai yang rasa perlakuan ni boleh membatalkan tapi sebenarnya tidak. jadi let's check it out Gambar carian google Ketika kedua-dua suami isteri sedang berpuasa di bulan ramadan, suami menyuruh isteri memegang alat sulitnya tetapi tidaklah sehingga mengeluarkan air mani. Apakah status puasa kedua-duanya? perlukah membayar denda dsb? Puasa bagi kedua-dua suami isteri sah dan tidak dikenakan apa-apa bayaran denda. Tuan puan dinasihatkan supaya tidak melakukan perkara tersebut di siang har...

ISU NORA DANISH,FASHA SANDHA & JEJAI TAK PERLU PANASKAN

Image
Kesian kan?? dah nama retis ni.. Benda yang dah jadi abu pun orang nak sensasikan lagi even perkara tu dah pernah jadi kontroversi & hot isu tapi bila ada je point cerita tu boleh di hangatkan kembali mesti ada yang akan ambil kesempatan mendidihkan benda yang dah jadi sejuk beku. Yelah.. nak buat macam mana cerita retis ni memang ada value. Even kita tak suka pun bila keluar tajuk hot & spicy tetap kita nak baca, ye dak?? Kenapa nak jadi batu api pada mereka yang dah berbaik Rasanya ramai tahu isu penceraian Nora danish dengan bekas suami dia iatu suami kepada fasha sandha yang tiba2 cerita cerai berai tu kembali menjadi isu hangat dua tiga hari ni.. Orang mula kembali menyalahkan fasha sandha konon menyebabkan nora danish di ceraikan semasa tengah mengandung. Bila fasha membalas & cuba jelaskan perkara sebenar maka jadi panjang lebar la isu ni.. nak2 lagi isu ni di jadikan bahan cerita dari wartawan. Aduhai... Benda ni dah lama kot. depa semua pun dah berbaik. Yan...

TREND TERKINI YANG ADA DALAM MAJLIS KAHWIN ORANG MELAYU SEKARANG

Image
Kalau dulu majlis kahwin ni kita biasa tengok ada acara persembahan silat, kompang, sanding, tepung tawar atau zaman hitam putih ada joget lambak. Takde la kita nak tengok budaya2 barat sangat dalam perkahwinan orang2 melayu even adat melayu pun banyak di adaptasi dari adat india macam bersanding berinai bagai tu kan. gambar sekadar hiasan Tapi zaman sekarang muncul trend baru yang di ambil dari budaya barat & di jadikan salah satu upacara atau aktiviti dalam majlis perkahwinan orang melayu bukan setakat fesyen baju pengantin jer. Antara trend yang paling popular sekarang yang aku rasa semua orang pun perasan adalah Prop. Dulu mana ada prop2 ni.. kawen sanding amik gambar settle. Candy booth. Dulu orang kalau nak bagi gula2 pun letak dalam bekas telur jer. Takde booth2 bagai. Flowers girl. Dulu kita boleh nampak flowers girl dalam perkahwinan orang2 kristian  atau orang barat jer. Ada budak bawa bunga mengiring pengantin masuk ke gereja untuk di nikahka...

PEREMPUAN BERTUDUNG MAKI HAMUN PUAN LOLA IBU KEPADA REMAJA OKU

Image
Semua orang tahu kes seorang remaja OKU adik firdaus yang di temui dalam keadaan yang sangat menyedihkan.. dengan badan tinggal rangka.. najis melekat kat kepala & baju mereput kat badan. Semua orang rasa marah dengan perbuatan ibu dia yang mengabaikan anak OKU tu dengan alasan kesempitan hidup yang ramai tak boleh terima alasan tu. Aku tak nak la kupas kupis isu tu.. Setiap orang ada pendapat & pandangan tersendiri. Ada yang mampu positif pada si ibu firdaus & ramai yang tak boleh nak positif dengan tindakkan si ibu tu. Cuma kat sini aku rasa nak tegur jugak.. Yer.. aku pun suka merespond isu2 tu dengan pandangan yang.. iskk.. geramnya aku. Kita rasa tak puas hati tu aku ada jugak la komen kat wall yg update pasal isu tu & aku pun ada up status pasal isu tu. Cuma tak perlu la sampai keluar maki hamun & carut marut bagai sampai panggil Puan Lola Ibu kepada adik firdaus tu sundal & hamburkan kata2 kesat. Kita boleh marah tentang apa kesalahan yang dia buat.. ki...

KITA BELAJAR BERJUDI & MAIN NOMBOR SEJAK KECIL TANPA SEDAR

Image
Kecik2 dah pandai berjudi tapi mak tak berapa nak larang & marah pun time tu. Ada mak bapak siap bagi duit lagi untuk anak dia beli nombor. Ni bukan drama tv ok.. tapi ni realiti yang pernah berlaku nak2 lagi yang membesar zaman 90an dulu. Memang sejak zaman budak dah pandai main nombor. Tak caya atau korang tak ingat korang pun pernah berjudi masa kecik dulu. Sumber google Mesti ramai yang pelik judi yang macam mana kita main dulu2? Beli nombor yang macam mana budak2 zaman dulu main. Kalau korang still ingat dengan  permainan tikam mesti korang terfikir tak jauh beza macam beli nombor ekor. Satu nombor di jual 20sen masa tu. Kalau nombor korang beli tu dapat nombor bertuah yang ada reward.. maka dapat la hadiah2 macam psitol air, t-shirt @ macam2 permainan budak masa tu. Ni la contoh nombor ekor kanak kanak @ dulu kami panggil tikam nombor. Ingat tak?? Kan tak jauh beza macam main judi nombor ekor.. kalau terbeli nombor bertuah dapat la ganjaran tapi masa tu...