Posts

MAKI & MENCARUT GUNA BAHASA SAINTIFIK

Image
Nak mencarut pun guna bahasa sains katanya. Ni maybe kategori pemaki & pencarut yang educated sikit kot.. kategori orang tak educated dengan golongan educated tak sama ke? Tak sama... sapa kata sama. Yang tak berapa pandai dia mencarut direct to the point jer. Sebut sebijik perkataan carut tu. Bahasa carut dia pun mudah di fahami oleh semua orang sebab dia guna bahasa pasar jer yang orang guna seharian tapi yang educated ni lain sikit cara dia nak maki hamun dengan perkataan carut... Kalau tak belajar sains maybe tak faham apa yang di carutkan tu. Tak caya? meh sini nak tunjuk contoh Sumber google Pagi tadi dapat komen dari Anonymous kat satu entri ni... nak gelak pun ada even aku faham la apa yang dia tulis tu sebenarnya nak maki hamun & mencarut tapi guna istilah2 sains jadi nampak macam berilmiah la sikit carutan dia. Tak nampak macam maki hamun sangat even komen dia sebenarnya kategori maki & carut jugak. Nak tau macam mana gaya komen dia.. tengok kat bawah ni ...

PELUK CIUM ATAS PENTAS BERLAKU DENGAN KEIZINAN ALLAH

Image
Bila sesuatu benda tu jadi viral akan muncul serikandi & perwira yang cuba menjadi viral dengan menumpang isu yang menjadi viral. Tak kira la dari statement di keluarkan melalui tulisan atau video. Selalu yang senang nak jadi viral ni statement2 bodoh jer.. Statement2 cerdik ni bukan takde langsung ada tapi sikit sangat berbanding perkara bodoh. Isu kpopers Melayu bertudung yang rela di peluk cium retis kpop semua orang tahu tapi yang baru orang nak tahu adalah muncul satu video dari serikandi yang membela nasib2 adik2 kpopers ni.. Dengan alasan apa yang berlaku adalah dengan keizinan Allah & Ujian buat kita semua. Memang la takde satu perkara pun even sebesar zarah boleh berlaku tanpa keizinan Allah tapi manusia punya pilihan yang boleh di buat dengan akal jadi alasan apa yang berlaku bukan salah bebudak tu tapi semua ni ketentuan/keizinan Allah.. agak janggal la kita nak terima. Kang bebudak lain nak bercumbu cumbuan guna alasan tu pulak.. Kami bercomolot ni atas Keizinan A...

SUKA SELFIE TANDA SESEORANG TU ATTENTION SEEKER

Image
Semalam sesambil buat kerja surirumah ni sesambil la dengar perbincangan pasal selfie kat Wanita Hari ni tv3. Dengar pun dengar gitu jer.. sesambil buat kerja kan. Yang aku ingat pakar yang di jemput kata.. orang yang suka berselfie kurang keyakinan diri & attention seeker. Wah! kau... marah kaki2 selfie. Bukan setakat di gelar sakit mental.. dah kena tuduh attention seeker. Sumber google Tapi kan bagi aku tak semua kaki selfie tu attention seeker sebabnya memang ramai suka selfie bukan semua orang suka upload gambar selfie dia kat laman sosial. Yelah sekarang zaman smartphone bukan zaman kamera filem macam dulu. So, semudah ABC nak snap pic sendiri. Jadi kadang2 nak tengok muka sendiri dalam gambar kita selfie la. Macam aku dulu zaman myspace memang kaki selfie setiap hari update gambar muka aku sendiri. hahahaha.. sebelum pi kerja tu mesti selfie dulu lepas tu sampai opis mesti upload. Tapi sekarang aku selfie la jugak tapi tak berapa suka upload sangat dah.. Nak2 muka se...

DAH TAK RARE SANGAT LETAK NAMA ANAK PANJANG PANJANG

Image
Budak2 sekarang berapa kerat sangat mak bapak dia bagi nama satu perkataan jer.. Susah nak cari dah nama anak2 sekarang yang pendek2. Majoriti paling pendek pun 2 perkataan jugak. Tu paling pendek kalau paling panjang ikut suka hati mak bapak dia je la nak karang nama anak macam cerpen hahahaha Bila baca senarai nama anak anak sekarang rasa semput jugak nak sebut.. Dah la panjang sebutan pulak kadang2 yang susah lidah melayu nak sebut. Kalau orang tua2 makan sireh confirm bunyi lain nak2 lagi sebut nama budak2 yang bunyi ala2 western sikit even ada maksud yang baik dalam bahasa arab sekalipun. Kadang2 aku dok baca nama anak orang kat online ni pun aku terfikir kalau jumpa kat luar betui ka aku sebut ni.. Kang salah sebut mak bapak dia terasa pulak. Paling2 gelak kat aku. hahahahaha Tapi bila trend nama panjang2 & bunyi western ni dah ramai sangat orang buat jadi biasa pulak kita tengok. Takde special dah sebab hampir semua budak sekarang nama panjang2.. kalau sorang dua budak z...

INILAH VIRAL YANG DI SEBARKAN DENGAN INFO YANG SALAH

Image
Aku kadang2 malas nak share apa saja yang menjadi viral sebab semakin banyak ending cerita dia tak seperti yang di sebarkan. Orang suka buat spekulasi dari sekeping gambar atau satu video kemudian men viral kan seolah2 maklumat yang di sebarkan tu betul menyebabkan orang lain terpedaya & terpercaya walhal cerita sebenar jauh beza dari spekulasi yang menjadi viral. Carian google Antara contoh yang menjadi viral baru2 ni video seoarang budak yang di dodoikan oleh Ayah dia dalam kotak polisterin atas air banjir sehingga lena. Jadi viral yang mengundangkan simpati & sebak dari ramai orang yang anggap mungkin budak ni & family dia hilang rumah akibat banjir terpaksa tidur dalam kotak polisterin padahal Ayah dia saja jer cari idea nak tidurkan anak dia bukan sebab hilang rumah sebab banjir. Banjir mungkin la banjir tapi tak teruk sangat kot. Itu yang aku baca pendedahan sebenar tentang video yang jadi viral. Tujuan orang yang upload video ni bukan nak minta simpati tapi s...

GEL YANG MAMPU KECUTKAN JERAWAT DENGAN SEKALI PAKAI

Image
Bagi yang ada masalah jerawat memang teruja kan baca tajuk entri ni. Rasa tak sabar nak tau... sapu dengan pebenda yang boleh kecutkan jerawat tu. Dah tu dengan hanya sekali pakai pun jerawat dah kecut. Nak tau marilah mentelaah kat entri ni. Alkisah aku dapat Aloe vera Aqua Gel ni pada 7 Jan lepas. Time dapat tu bulan tengah mengambang penuh.. Biasa la tiap2 bulan orang pompuan ni ada hari wanita kan.Time bulan mengambang memang la jerawat subur. seketul2 dia mekar kat pipi kan? Nak di jadikan story.. dah dapat produk ni.. malam tu terus tempek la tanpa fikir panjang. Tak sangka pulak jerawat yang seketoi tubuh subur tu.. mengecut pulak keesokkan harinya lepas sapu Aloe vera Aqua Gel ni. kebetulan terbaca pulak blog dak Ezan Idma ni.. Dia pun mengalami kesan yang sama. Sekali sapu pun jerawat dia dah mengecut. Jadi bukan pasal black magic ke hapa memang produk ni effective la untuk masalah jerawat.  Testimoni produk Evaros Skincare Hari kedua pakai, aku perasan l...

KEDAI BERHANTU DI SELAYANG MALL DAH DITUTUP

Image
Mesti ramai yang tak pernah tahu kan ada satu kedai berhantu kat selayang Mall. Mesti ramai cuba berteka teka kedai apa yang gamaknya berhantu tu? Dan mesti ramai yang nak tahu kenapa kedai tu di tutup. Sumber google sekadar hiasan Kedai tu cuma berhantu mungkin bagi aku jer.. Sebab setiap kali aku pergi selayang Mall aku rasa seolah2 ada sesuatu yang menarik aku masuk seterusnya membeli. Aku tak boleh halang diri aku bila ke selayang Mall dari masuk kedai tu & membeli. Ye.. yang aku beli jugak berunsur seram. 99% aku beli dari kedai tu semua yang seram. Banyak jugak koleksi seram dari kedai tu aku simpan. Tapi ahad lepas aku pergi selayang Mall dengan hati berbunga bunga nak cari koleksi seram.. tiba2 kedai tu tutup. Aku pandang signboard pun dah takde. Apa yang berlaku. Diarah tutup atau berpindah ke lokasi lain. Frust giler aku... Hilang arah tujuan aku. Tak tau kat mana lagi aku nak beli dvd seram yang rega RM9.90 tapi kualiti filem sangat cantik. Kat cover dvd tu sia...