Posts

BAU SPAGHETTI BOLOGNESE BOLEH MENAIKAN NAFSU

Image
Amboi tajuk entri ghairah sangat kan. Mesti terbeliak bijik mata engkorang semua baca kan. Betul ke bau spaghetti bolognese ni boleh menaikkan nafsu? Yer.. tu aku akui memang boleh menaikkan nafsu bau spaghetti bolognese sebab aku sendiri pun terasa macam tu bila terbau spaghetti bolognese ni.. Tapi korang jangan la fikir nafsu syahwat sangat tau.. Amboi asal sebut nafsu jer semua fikir atas katil kan? hahahaha..  Yang aku nak cerita ni pasal nafsu aku je. Aku memang kalau terbau jer spaghetti bolognese .. terus naik nafsu makan even dah kenyang pun. Aku tak tau la.. kenapa bau masam2 sos tomato yang di campur bau ayam, bawang, bawang putih, cendawan butang seolah2 menaikkan nafsu serakah selera aku hahahaha.. Tekak italy sangat kononnya.. hahahaha. Aku tak tau sejak bila aku suka makan spaghetti tapi first time makan spaghetti kat pizza hut kulim tak silap cabonara.. serius tak masuk langsung dengan tekak aku sampai aku tinggalkan memo atas meja cakap spaghetti pizza...

HUKUM HADIRI MAJLIS YANG ADA HIDANGAN ARAK

Image
Sekarang ni banyak majlis atau party yang bercampur gaul muslim dengan non muslim dengan anjuran yang bukan muslim. Bila ada majlis atau party macam tu.. arak di sediakan untuk sesiapa yang nak minum. Mungkin ada yang dah tahu tapi buat2 tak tahu.. tapi tak mustahil ada yang tak tahu. Ni bukan info yang korang kena ambil sebagai ilmu tanpa merujuk kepada guru2 agama yer.. sekadar point untuk korang cari ilmu jer... selebihnya rujuklah guru agama masing masing. Sumber google Baru2 ni tengok ada Paris Hilton datang ke satu party yang di anjurkan oleh sebuah pusat hiburan bagi meraikan pembukaan pusat hiburan tu. Tengok ramai yang pergi meraikan.. Termasuk la blogger2 yang berhijab. Sebab ia sejenis pusat hiburan hati ni tertanya tanya jugak.. Takde arak ke di hidangkan. Aku tanya la sorang blogger yang join party tu.. dia kata ada.. Mungkin dorang pun tak tahu kot, so dorang pun join la kan. Tapi bukan dorang minum arak just pergi meraikan saja. Ni pun nak buka aib atau nak tun...

KALAU YUSRI MANDUL MACAM MANA LISA SURIHANI BOLEH MENGANDUNG?

Image
Gosip macam ni pernah di perkatakan.. sebab tu aku pernah baca. Kesian jugak masa tu kan.. Dituduh beliau mandul sebab kawen dengan erra fazira tak hasilkan zuriat.. lepas tu di katakan gay. Di kukuhkan lagi dengan bila lambat dapat zuriat setelah bertahun kawen dengan lisa surihani. Mulut manusia kan.. terutama golongan wartawan ni.. Depa buat isu lepas tu lepas tangan kat blogger bila blogger jadi tukang canang.. Sumber google Tapi kini terbukti Yusri yang ensem bukanlah Gay & membuktikan spekulasi orang yang kata dia mandul tu salah. Orang lambat dapat zuriat tak semestinya bermasalah. Rezeki tu kan dari Allah. Perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia. Sekarang kecoh kat laman2 sosial yang Lisa Surihani dah mengandung. Even kandungan tu masih terlalu mentah.. kita doakanlah yang terbaik. Orang yang pernah tuduh Yusri yang bukan2 tu hope timbul rasa malu pada diri sendiri yer... Tetiba aku up pasal depa dah kenapa? Yelah aku kan bekas peminat KRU.. zaman Yo...

BLOGGER YANG TAK MAMPU PAKAI KASUT CANTIK WALAU KASUT PASAR MALAM

Image
Sedihnya tajuk.. Siapa gamaknya blogger tu yer sampai nak pakai kasut cantik pun tak mampu even kasut pasar malam sekalipun. Yang dia dok ber blog bagai mampu pulak.. Hello... Tak semua orang yang bersosial di laman sosial tu berkemampuan dalam semua benda ok. Better la korang baca dulu entri ni sebelum mencebik dengan spekulasi tak berasas.. kekekeke Kasut paling hodoh hahahaha Hope ramai la bersimpati dengan blogger ni yang tak berkemampuan nak pakai kasut cantik macam orang lain. Nak buat camna kekurangan dia miliki buat kasut2 yang nak di beli sangat sangat terhad. Ni la kekurangan bila kaki size kanak kanak terperangkap dalam sekujur tubuh dewasa. Jangankan kasut mahal.. kasut pasar malam pun susah nak dapat size. Bukan takde langsung tapi size camtu tak banyak di pasaran. Size 3 (20cm). Setiap kali nak beli kasut mesti nangis jugak la dalam hati.. Tapi satu keajaiban berlaku hari minggu haritu.. kedai kasut Verns kat Selayang Mall tengah offer. Beli sepasang kasut.. kas...

ONLINE GAMERS KINI DAH JADI SATU KERJAYA PROFESIONAL DI MALAYSIA

Image
Wah lepas ni online gamers boleh di kategorikan sebagai atlik negara e-sukan la kan. Dari hobi yang dok ngabihkan masa depan pc main game kini dah boleh jadi satu kerjaya. Sekarang ni semua benda dah boleh buat duit walau sekadar bermain games. Tadi terbaca kat harian metro online pasal artikel ni.. Selebihnya baca kat Harian Metro Wah lepas ni Online gamers dah jadi satu bidang profesional la kan. Takde la orang pandang main games ni satu perkara tak berfaedah & buang masa. Tapi yang dok main candycrush kat FB tu toksah berangan nak jadikan ia sebagai kerjaya. hahahaha... Kalau serius nak jadi gamers profesional pi la main dota. Apapun perkara kalau ada kesungguhan semua boleh menjana sumber pendapatan. Macam berblog jugak la kan. Jadi jangan pelik kalau orang duduk rumah sekarang ni tapi berpendapatan lebih tinggi dari orang dok keluar pagi balik petang kadang2 sampai malam. Kerja di era IT ni tak semestinya luar rumah je. So, up kan mentaliti anda jangan pandang or...

TELEFON BIMBIT PENYEBAB JERAWAT

Image
Zaman sekarang cuba kira berapa ramai yang tak pakai enpon.. Dari sekecik2 anak sampai setua2 datuk nenek majoriti memiliki telefon bimbit. Dah kurang sangat orang pakai telefon kat rumah ni... Melainkan yang pakai streamyx macam aku ni memang la terpaksa melanggan jugak tapi jarang jugak nak guna talian tetap ni. Semua bantai guna enset je ye dak?? Tapi mesti ramai yang tak tahu telefon bimbit adalah salah satu penyebab jerawat tumbuh... Sebenarnya aku sendiri pun baru tau.. Nak tau macam mana telefon bimbit menyumbang jerawat tumbuh ke muka... baca kat bawah ni.. kamu harus tahu bahawa telefon yang didekatkan di telinga itu mampu menambah jerawat anda. Ini kerana selepas tangan, telefon bimbit kamu tempat kedua terkumpulnya kuman-kuman bahaya. Selebihnya korang kalau nak tahu apa lagi yang menyebabkan jerawat tumbuh boleh baca kat Ladylista yer... Banyak info yang korang boleh dapat dari portal Ladylista ni. So, lepas ni kurang2 la bergayut kat telefon kalau nak kurang...

RAHSIA YANG ORANG TAK TAHU TENTANG PENCUCI MUKA SNAIL BIO ESSENCE

Image
Sumpah aku sendiri pun tak tahu pasal ni dulu. Tak pernah terbaca kat mana2 pun pasal ni. Tak pernah nampak sapa2 pun cerita kan pasal ni. Dah beli & dah guna baru aku tahu pasal ni.. Pasal pencuci muka Bio energy Snail skin repair Bio essence yang baru2 ni aku beli. Kalau korang nak tahu apa rahsia yang telah terbongkar tentang pencuci muka snail bio essence ni sila jangan skip pembacaan hokay.. Pencuci muka yang tinggi. Yang pendek botol putih tu pelembab yer. Gambar ni bukti aku beli hokay hahahaha Aku beli pencuci muka snail ni hari sabtu haritu. Kiranya baru 3 hari la aku guna pencuci muka ni. Yelah.. gedebuk gedebak orang dok cerita produk berasaskan lendir siput babi ni bagus sangat untuk kecantikkan kulit.. perempuan mana boleh tahan kan. Nak2 perempuan yang tak berapa cantik macam aku ni. Memang dengan niat nak cantik & nak pulihkan kulit yang bermasalah maka aku teruja nak guna. Baru2 ni jiran pulak renovate rumah.. alergik pulak aku maybe pasal habuk2 kecil...