Posts

AKU UMPAMA TAJUK ENTRI

Image
Boleh gitu? Umpamakan diri dengan tajuk entri sendiri. Yelah.. itulah aku yang rasanya tak seperti apa orang sangka & banyak mengundang salah sangka orang. Macam tajuk entri aku jugak.. Hot & spicy.. banyak maksud boleh jadi bila baca tajuk entri tanpa membaca kandungan entri aku. Kadang2 tajuk entri macam nak cari gaduh tapi entri hanya nak mengajak orang berkawan.. Jadi kalau orang nilai cerita dari tajuk entri aku memang akan timbul tanggapan negatif. Macam tu jugak aku.. tengok garang macam suka gaduh dengan orang. Orang pun fikir dia ni mesti abis dengan semua jiran tetangga ada masalah.. Mesti kaki mengumpat jiran2 sekeliling. Mesti suka menyibuk hal orang. Padahal aku ni kat rumah nak sesaja beborak kosong dengan orang tak tentu pasal pun susah. Kalau keluar jumpa tu aku bertegur sapa la.. Tanya khabar. Nak menempek kat rumah orang, dok buka tudung periuk orang atau selak bawah kain orang memang takde la. Macam tu jugak baca status2 atau entri aku yang lantang2.. ...

BLOGGER NI MACAM MINTA SANGAT KENA CANANG

Image
Meminta sangat blogger ni.. Nak sangat aku canang pasal blog dia.. maka bersedialah. Jangan nangis bawah bantal pulak lepas ni yer.... Blog sapa pulak jadi mangsa kau kali ni lekat lekit Ooi!! Dah kenapa pulak dengan blog tu? Apa dia buat kat kau?? Ni la aku nak cerita ni.. Sabaq noh.. baca dengan penuh teliti. Jangan buat spekulasi lagi.. sumber google Alkisahnya seorang mak budak yang tulis blog pasal anak anak & aktiviti harian dia kat blog. Header dia kemain la berpokok bagai siap ada ampaian dok bersidai baju2 baby dengan gambar comel muka dia. Background blog dia standard jer plain color warna putih. Susun atur dalam blog dia sangat la kemas. Entri bergambar dia pun sangatlah senang di baca sebab gambar2 yang di attach mesti full size. Besaq, jelas & cecantik pulak tu. Yang best ada review tempat2 menarik di pi bercuti. Cuma tu la.. kalau boleh tak payah banyak sangat gambar peribadi letak kat side bar tu. Tapi kalau nak letak pun takpe sangat.. sebab blog dia n...

BANGLO BERHANTU RM50 KINI JADI PUSAT ASUHAN KANAK KANAK

Image
banglo yang terkenal dengan kisah seram sekumpulan budak Universiti yang pernah menyewa kat situ dengan sewa yang sangat murah iatu RM50 berakhir dengan trajedi seram & dari cerita yang tersebar & kesahihannya tak pasti.. ada yang mati dalam kejadian malam pertama depa tinggal kat situ. Alahai.. nak cerita panjang2 rasa ramai dah tahu kot cerita pasal banglo berhantu RM50 kat shah alam tu kalau tak tau sila guna khidmat bomoh google yer... Wajah seram sebelum di touch up cecantik. (sumber google) Terbaca kat Blog Hisyamuddin katanya sekarang dah di jual kepada seorang warga Mesir untuk dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa. Sekarang dah tak menyeramkan & usang lagi. Segala gambaran2 misteri & mistik yang di lihat kat rumah tu pun dah di bersihkan.. di cat.. di renovate cecantik.. (boleh tengok kat blog shakiddo.com untuk lihat wajah baru banglo berhantu RM50 ni) Hantu2 yang katanya pernah ada kat situ je aku tak sure dah pindah ke belum. Maybe dah kena...

KAU SUKA ORANG EDIT MAK BAPAK KAU BERBADAN BABI

Image
Tu dia.. hot & spicy tajuk entri dengan soalan kau suka? Dah tentu takde yang jawab suka,kan? Sentuh bab mak bapak ni kadang2 lebih sensitif dari orang sentuh pasal diri kita, kan? Ada orang kita boleh hina dia sampai ke urat saraf paling halus tapi sentuh atas kulit mak bapak dia je pun dia sanggup berbunuh sebab nya benda yang takde jual & cuma satu dalam dunia ni adalah mak bapak. Asal nak menghina atau cerca mesti babi.. babi lagi mulia dari spesis yang suka membabikan orang ni. Semalam ternampak satu post gambar DS Rosmah isteri kepada perdana menteri kita di edit berbadan haiwan nampak macam babi.. teringat aku Almarhum TG Nik Aziz pun pernah gambar dia di edit macam tu. Tujuan dia semua orang tahu untuk menghina.. Ni semua atas dasar perbezaan fahaman politik. Yang buat dah tentu bukan di kalangan orang2 kat atas.. tapi politikus2 takde masa depan yang taksub pada parti yang di sokong. Kalau kita melihat mereka2 yang di hina dengan cara macam tu sebagai seorang...

PELAKON MALAYSIA & FILIPHINA NI MEMILIKI WAJAH SEIRAS

Image
Aku perasan dah lama cuma aku tak tahu pelakon Melayu Malaysia ni nama apa sebelum ni. Tapi aku perasan muka dia memang sama sangat dengan pelakon filiphina yang sorang ni. Pelakon Filiphina ni dulu aku minat jugak masa dok gila tengok satu drama episod kat TV tu.. Sumber google Yang pasti kedua dua ni memang hensem & berbakat dalam lakonan.. Tapi status kedua pelakon ni aku tak sure malas pulak nak jadi detective conan sebab aku bukan la fanatik sangat cuma sekadar tengok gitu gitu jelah.. Alahai membebel lupa nak tunjuk dua pelakon lelaki dari dua negara yang memiliki wajah seiras ni.. Meh la tengok jangan nak angau pulak yer lepas tengok. Gigih aku combine gambar depa berdua ni tau hahahaha Sama kan? Yang Shukri Yahya tu nak tengok drama dia sekarang Asam pedas Untuk Dia, setiap sabtu pukul 7 malam. Jericho Rosales aku tak tau pulak apa drama terbaru dia kat Philipine.. Aku dulu cuma tengok lakonan dia dalam drama Pangako Saiyo jer lepas tu aku tak ikuti sangat...

AIS KRIM CILI PADI ANTARA MAKANAN PELIK MALAYSIA

Image
Serius aku tak pernah tahu ada ais krim pedas macam ni. kalau dah tak pernah tahu.. dah confirm la tak pernah jumpa apatah lagi pernah makan. Selalunya kita makan ais krim ni bersifat sejuk & manis jarang pulak orang makan ais krim pedas kan. Sumber google Kalau tak baca portal Ladylista sampai sekarang maybe aku tak tahu wujudnya ais krim coklat cili padi ni.. Amboi mentang2 orang Malaysia suka makan pedas sampai ais krim pun nak campur cili padi katanya. Tak tau la kalau tekad aku ni boleh terima ke tidak ais krim cili padi camni. Sejuk + pedas.. aku rasa macam sedikit pelik. Macam - macam manusia meng upgrade makanan yang sedia ada untuk mencipta kelainan. Kalau korang nak tengok banyak lagi makanan yang di kategorikan pelik kat Malaysia ni korang boleh baca di portal Ladylista.

ORANG YANG BAIK TAK AKTIF DI LAMAN SOSIAL

Image
Zaman orang bercakap melalui keyboard ni dah takde perkara betul boleh di buat kalau ikut pandangan manusia. Semua akan jadi salah.. tak kira la benda tu baik apa lagi yang buruk. Contohnya.. Sumber Google Tulis pasal isu semasa tak baik mengumpat tulis pasal hiburan Dosa.. sebab melalaikan umat tulis pasal agama Kau bukan orang yang layak cakap semua tu sebab kau tak sempurna Tulis pasal resepi masakan Tak baik.. mungkin ada orang kat luar sana kelaparan Tulis pasal kau Bagus! memberi manafaat pada semua. Sebab kau je yang bagus kat alam maya ni Sumber google Kesimpulannya takde apa yang jadi betul kat laman sosial ni kalau nak cari benda betul yang semua orang rasa baik memang takde la. Apapun kita buat even tak buat apapun tetap jadi salah. Moral of the story.. kalau nak harap jadi betul pada semua pandangan mata orang memang sesuatu yang mustahil. Apa yang penting kita buat apa yang kita rasa betul & betulkan apa yang silap kita buat. Yang pasti ora...