Posts

TAJUK TAK MUAL TAPI PELAKON PULA RASA NAK MUNTAH

Image
Tu dia kalau tajuk tak puaka tu tak berapa lekat lekit sangat kot.. Nak cerita alkisah pasal drama TV. Walaupun fenomena Tajuk drama berkonsepkan laki bini ni belum habis musimnya.. Tapi masih ada drama yang keluar tv tak nak terlibat dalam trend drama dengan tajuk laki bini. Terbaru drama slot akasia TV3 Hati perempuan. Dengar tajuk ok la.. tak rasa mual sangat la sebab takde tajuk berunsur laki bini ni.. Tapi... Tapi yang sedih tertengok semalam pelakon dalam drama ni macam alahai.. muka dah cun.. dah ensem tapi entah la berlakon macam takde nafsu je pegang watak tu. Yang heroin tu tak tau la pelakon baru ke tak.. memang lakonan dia failed. Tapi muka memang cun.. ada iras2 shila Amzah tapi nampak dia lagi cun dari shila amzah. Even muka cun pun kalau setakat berlakon dengan reaksi muka macam takde nafsu macam tu putus selera jugak la nak tengok. Jalan cerita pun nampak boring sangat di tambah pelakon yang boring2 belaka maka ber double triple boring jadinya bila terlayan drama ma...

TIPS UNTUK NAMPAK MURAH BILA BELI PRODUK BIO ESSENCE

Image
Ramai yang kata agak mahal & segelintir yang rasa harga dia biasa - biasa jer bagi golongan yang bekerjaya tapi aku pulak rasa sebenarnya bio essence ni nampak mahal tapi sebenarnya murah. Kalau nak beli tengok harga tiga empat kali jugak letak & ambil kan. Sebab harga seunit dia boleh tahan jugak bila nak bayar. Sebenarnya ada cara untuk kita buat harga dia nampak murah bila nak beli produk bio essence ni. saka2 yang aku bela sekarang. hahahaha Itu kalau kita tengok harga memang nampak mahal tapi try buat kira2.. sebab produk bio essence ni memang tahan lama. Paling sekejab pun 3 bulan. antara cream2 dia yang aku guna, tanaka white double whitening night cream & Snail repair & smooth cream, Bio essence gold water & Sunscreen moisturizing cream SPF 56 (aku guna time nak keluar jer).. sampai sekarang tanaka white memang dah 3 bulan still ada lagi tapi hujung2 nyawa. Tahan la seminggu lagi kot.. Snail repair yang rasanya tahan 2 minggu lagi. Semua dah melepa...

JANGAN TERTIPU DENGAN RESIT GST

Image
GST ramai yang ambil kesempatan untuk kaut untung. Yelah benda baru di laksanakan orang pun tak berapa faham & tahu macam mana nak kenalpasti GST yang sah di kenakan dengan yang sekadar ambil kesempatan atas kesempitan orang lain. Sebagai rakyat prihatin katanya even aku tak sokong pun GST. Sumber Google Mari kita memahmi cukai2 yang tertulis dalam resit jualan. Maksud S & Z yang terdapat pada resit 1. ' S ' bermaksud 'standard rated supplies' iaitu barangan atau perkhidmatan yang dikenakan cukai GST 6%. 2. ' Z ' bermaksud 'zero-rated supplies' iaitu barangan atau perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai GST 6% Kedai yang layak mengenakan GST adalah seperti berikut Periksa 'GST ID' pada resit yang dikeluarkan. Jika ada tercatat ID tersebut di bahagian atas resit, maka kedai itu layak mengenakan caj GST 6% kepada pelanggan. Sekiranya tiada, maka cukai GST 6% tidak boleh dikenakan kepada pembeli yang membeli bara...

TERBONGKAR! CARA JIMAT BELI TOPUP SELEPAS GST DI LAKSANAKAN

Image
 Tu dia sebab GST kecoh satu Malaysia. Topup pun antara barangan tersenarai kena GST katanya. Bunyi 6% macam sikit jer tapi kalau banyak guna topup banyak jugak kena bayar GST kan? Pengguna Topup sekalian.. tak perlu risau.. Kat sini ada trick & tips macam mana nak dapat topup murah even di kenakan GST pun. Meh rerajin mentelaah.. Percayalah masih ramai yang guna line prepaid katanya.. even macam2 plan yang di tawarkan oleh syarikat telekomunikasi yang ada kat Malaysia.. Sebab ada orang tak gemar nak berhutang.. Suka cash & carry katanya.. Guna bayar.. Ada duit topup.. takde duit biar je la dulu. Paling2 hutang sekejab sos topup. Ye dak? aku pun masih guna prepaid sebab aku tak banyak guna telefon. Sekarang ni asal topup jer mesti access yang mati dulu.. kredit still tak luak. Sebab masih ramai rakyat Malaysia masih setia dengan prepaid ni.. Maka masih relevan untuk memperluaskan perniagaan topup ni. Yang penting ada kemudahan yang lebih memudahkan orang lain u...

ARTIS UNDI DIRI SENDIRI MENANG TANPA MARUAH

Image
Amboi lekatlekit ni.. Sentap tau para retis baca tajuk entri hang tu. Silap2 ada yang nangis bawah bantal. Takpa la.. biaq pi depa nangis bawah bantal pun depa dah sedap menikmati hasil kemenangan dari main tipu dalam sesuatu Anugerah yang memerlukan vote dari peminat. Sekadar hiasan Semalam berlangsungnya Anugerah bintang popular berita harian.. Aku tengok la sikit2 & sekejab lepas tu tukar channel. Tak selera pulak nak hadap lama - lama katanya. Satgi bila rasa yang tak layak menang tapi boleh memang mula nak keluar status bebukan kat FB.  Jadi aku undur mata dari terus tengok ABPBH semalam. Tapi terbaca la status2 kat FB yang mempertikaikan kemenangan retis yang vote diri sendiri. Ha kau! punya gigih nak rasa diri di nobatkan sebagai yang terbaik sanggup ni vote diri sendiri demi nak nampak macam ramai peminat. Aduhai.. tak malu ke? Kalau pun orang tak tahu tak rasa malu dengan diri sendiri ke? Yelah.. menang tapi tak bermaruah. Tu kategori menipu jugak. Kalau betu...

RUMAH YANG JIN SUKA TINGGAL

Image
Bukan semua rumah Jin suka nak menumpang. Ingat jin takde taste ke? Jin pun ada taste jugak tau..  Almaklum makhluk bernafsu ni harus la ada citarasa ye dak. Mesti ramai yang nak tau ciri2 rumah macam mana jin suka sangat nak tinggal even berpenghuni sekalipun. Jin ni spesis dia suka jer.. dia tak kira la rumah orang ke sapa.. Suka hati jin je dia nak tumpang. Jom kenali jenis rumah jin suka tinggal Sumber google 1. Rumah yang di bina atas penempatan Jin. Yelah.. depa kan makhluk ghaib kita mana perasaan kan tempat kita buat rumah tu sebenarnya tapak rumah jin. Tempat jin suka adalah tempat yang ada mata air takkan kering walau musim kemarau. So, kalau nak buat rumah nampak tapak rumah tu macam ada ciri2 ni rujuklah pada mereka yang arif dulu. 2. Rumah yang di bina atas kawasan kubur, tempat orang yang mati di bunuh atau tempat yang pernah orang buang mayat sebab jin suka berkumpul di kawasan perkuburan atau tempat yang pernah berlaku kematian macam di bunuh atau mayat yan...

BUDAK 4 TAHUN JATUH DARI TINGKAT 7 DI PUTRAJAYA

Image
Ya Allah berderau baca berita macam ni. Semalam budak 6 tahun jatuh semasa bermain escalator kat kenanga Wholesale city tetiba malam ni baca lagi budak empat tahun jatuh dari tingkat 7. Lokasi di Quaters perumahan penjawat awam presint 14, blok B Budak tu katanya terpisah dari ibu saudara dia ketika nak naik lift. Nak cakap pun serba salah.. macam mana la mak sedara dia tertinggal lift & budak tu boleh masuk sendiri. Masa jatuh masih dalam keadaan bernyawa. Kita doakan yang terbaik buat si kecil tu. Yelah.. menunding jari salah situ sini pun tak guna. Apa yang berlaku kita ambil iktibar sudah. Kita pun tak tau macam mana budak tu boleh termasuk dulu dalam lift tapi apa yang kita boleh buat untuk langkah keselamatan pegang tangan anak kecil ketika nak masuk lift. Jangan biar mereka jalan sendiri sebab 4 Tahun banyak perkara mereka belum faham lebih2 lagi perkara bahaya. Hope lepas ni tak dengar lagi budak kecil jatuh dari tempat2 tinggi macam ni. Risau pulak fikir ana...