Posts

PENGAKUAN WANITA HEMPAS BAYI 7 BULAN SEBAB MARAH SUAMI

Image
Ya Allah masa baca statement seorang wanita ni, berderau darah aku baca tau. Betapa perasaan marah menguasi akal & hati seorang ibu sampai hilang rasa sayang & simpati pada si kecil baru baru berusia 7 bulan tu. Apapun jangan buat spekulasi meh baca dulu apa yang aku nak tulis... Aku biasa la suka baca post2 artikel berita kat FB. Terbaca satu post Harian Metro Online ni. Sebab rajin aku baca la komen2 kat bawah tu terjumpa satu komen pengakuan berani mati seorang perempuan ni. Niat dia betul la nak orang lain jadikan iktibar tapi aku rasa cara dia tak berapa betul jugak la sebab boleh memudaratkan diri sendiri. Ada yang reply komen dia yang berbaur negatif ada yang bersimpati. Pengakuan yang dia buat paling orang rasa tak boleh terima adalah pengakuan dia menghempas anak dia masa berumur 7 bulan sebab terlalu geram dengan perangai suami dia. Serius aku baca tak tau nak rasa simpati atau nak rasa marah tapi sememangnya sebagai seorang ibu even macam mana pun tekanan k...

CUKUR KENING BOLEH NAMPAK HANTU

Image
Berapa ramai yang suka cukur kening? Baik ngaku? Tapi tak payah la mengaku kat sini.. Ngaku kat diri sendiri sudah la. Betul ke kalau cukur kening boleh nampak hantu? Apa kaitan kening & hantu? kenapa orang cukur kening je boleh nampak hantu? Atau orang yang cukur kening tu nampak macam hantu? Tu dia senapas soalan nak kena jawab. Jenuh nak sedut gas nanti... Sumber Google Bagi menjawab mitos yang paling legend pernah wujud dalam masyarakat melayu ni.. bagi aku tarik nafas tiga empat das sat yer... Yer.. tu cuma mitos orang dulu - dulu. Yang katanya barang siapa cukur kening akan nampak hantu sebabnya tak nak bagi anak2 dara tiru retis zaman tu yang kalau cukur kening tinggal segaris pensil jer. Nampak buruk giler.. Dah macam hantu pun ada. Jadi orang tua2 dulu ni memang kreatif bab nak memomokan orang muda belia dengan cerita hantu jadi di ciptakan mitos cukur kening boleh nampak hantu. sumber google Sebenarnya cukur kening tanpa sebab yang dibolehkan adalah haram...

BLOG BOMOH SIAM

Image
Sebab terbaca status blogger Bro Framestone yang katanya ada rakan dia baru meninggal akibat perbuatan sihir aku tetiba saja nak google info2 pasal sihir ni. Bukan untuk di amalkan tapi sekadar untuk pengetahuan sendiri jer.. Zaman sekarang amalan sihir kembali berleluasa.. Orang kembali mempratikkan amalan kuno bagi memenuhi tuntutan nafsu serakah.  Nau'zubillah.. Moga kita di jauhi dari terpengaruh dengan ritual syirik & khurafat tu. Sumber google Google punya google dengan macam - macam keywords tetiba terjumpa satu blog bomoh ni.. Mak Aii.. Bomoh pun ada blog ke? Try la buka.. Yup memang dia banyak share pasal perkhidmatan bomoh siam.. segala macam perkara yang ada unsur khurafat & syirik.. minyak pengasih la, ritual puja roh la la untuk sihir pengikat kasih sayang katanya, ada jugak dia kutuk pasal bomoh lain yang katanya temberang. Tapi rasanya dia bukan bomoh tapi sekadar orang tengah untuk sesiapa sahaja memerlukan khidmat bomoh. Mungkin dapat komisyen dari b...

DENGKI DENGAN CIK MAT GEBU

Image
Hang ni penuh hasad dengki sungguh.. Tak boleh tengok orang berjaya sikit kan? Mula la rasa tak senang duduk. Dah la dengki habaq terus terang pulak tu. Hang tau ka siapa Cik Mat Gebu tu.. Berapa ramai rakyat Malaysia yang kenai dengan nama Cik Mat Gebu walau tak kenai siapa orangnya.. M isteri yang tak terungkai selagi korang tak bertandang kat rumah mat gebu. -sumber google- Hello.. dengki ni ada 2 kategori ok! Kategori positif dengan kategori negatif. Tak semua dengki tu berniat jahat. Ada dengki yang mendorong untuk orang lain jadi berjaya macam orang yang di dengki. Hangpa tu terlampau negatif. Kritik sikit katanya dengki dengan rezeki orang lain.. Penyamun pun Allah bagi jugak rezeki jugak, sebab rezeki tak boleh tegoq langsung ka walau kita rasa perkara tu kita tak setuju atau salah? Op's.. tetiba terbabas dari topik pulak. Kisah dengki dengan cik mat gebu ni bukan la dengki hapa sangat pun. Aku dengki la selain dia rajin & pandai masak dia jugak pandai ambil g...

NAK MILIKI MUKA BOLEH GADAI KAT KEDAI PAJAK BACA NI

Image
Muka boleh gadai kat kedai pajak katanya... Amboi laku sangat ke muka kau tu sampai boleh gadai kat kedai pajak? Manalah tau laku kan kalau dah muka bersinar bak emas katanya. Gamaknya macam mana muka bersinar bagai emas tu? Nak sadur emas kat muka ke? Tu emas sadur tak laku kalau gadai hahahahaha Sumber google. Sekadar hiasan. Takde kena mengena dalam cerita ni Tajuk tak hengat kan? Padahal nak cerita pasal hasil rembatan terbaru aku kat guardian jer. seperti yang aku pernah canang canangkan aku nak rembat lepas bayar benda alah ni tapi hari minggu 2 minggu lepas tak singgah ke guardian. So last weekend singgah maka tanpa bertapi tapi lagi.. Tapi berkira kira jugak dua tiga kali nak beli ke tidak.. Almaklum rega dia kan kategori kena korek tabung jugak. Almaklum la surirumah.. tapi selepas buat calculation macam entri ni>> TIPS UNTUK NAMPAK MURAH BILA BELI PRODUK BIO ESSENCE << maka tanpa was was aku terus ragut bawak gi cashier katanya. Bukti aku memang beli. ...

KENA BACA BAGI YANG BELUM BUAT AQIQAH ANAK ATAU DIRI SENDIRI

Image
Sapa yang belum buat aqiqah untuk diri sendiri mahupun anak - anak jemput la baca. Mungkin sesuatu yang di kongsi ni memberi manafaat pada mereka yang belum tahu. Sebagai blogger rojak yang macam2 cerita & isu ada.. haruslah aku isi dengan perkara yang baik & bermanafaat jugak. Manjang melantang je pun tak bagus katanya hehehehe Aqiqah ni kita umat islam sedia tahu bukan wajib tapi sunat Muakkat iatu perkara sunat yang di tuntut kerana di lakukan Nabi SAW. Tujuannya selain dari menunjukkan rasa syukur kepada Allah SWT, ia jugak salah satu cara menjauhkan anak dari gangguan syaitan. Tak semestinya time baby je boleh buat aqiqah mungkin ada orang yang masa kecik mak bapak dia tak buat aqiqah untuk dia.. Boleh di buat bila2 masa pun bila ada kemampuan melakukannya. Bagi yang berniat nak buat aqiqah untuk anak atau diri sendiri atau untuk ahli keluarga yang belum di buat aqiqah boleh buat melalui equrban . Yang tak pernah dengar program equrban meh la nak story sikit pasal p...

JENIS SIHIR PALING POPULAR DI KALANGAN ORANG MELAYU

Image
Setiap bangsa yang suka buat amalan khurafat & syirik ada cara tertentu. Kalau kat nigeria lain amalannya, kat barat pun lain caranya macam tu jugak dengan negara2 Asia. Entri bukan nak bagi tutorial cara sihirkan orang cara orang melayu yer.. kang ada pulak yang fikir entri ni tutorial nak buat sihir. Entri ni just nak share ritual sihir yang selalu di buat oleh orang2 melayu... Sumber google Antara sihir yang popular di kalangan orang2 Melayu.. Maybe bercampur sikit dengan cara orang siam. Almaklum la berjiran kan. Kadang2 graduate ilmu bomoh pun dari sana. Ada jugak macam orang Indonesia.. pun sebab jiran & ada jugak yang graduate dari sana. So, tak pelik la kalau ada persamaan. Ini antara info yang aku aku baca pasal sihir yang popular di kalangan orang melayu adalah seperti berikut PATUNG Memang biasa bomoh gunakan patung sebagai objek menyihir dengan menggunakan bahan bahan dari tubuh mangsa yang nak di sihir seperti rambut, kuku bagai kemudian di ikat pada pa...