Posts

15 SEKOLAH DI MALAYSIA YANG BERUSIA RATUSAN TAHUN

Image
Kiranya ni semua sekolah2 tertua dia Malaysia la. Bayangkan umur sekolah ni dah nak cecah ratusan tahun. Lebih tua dari Rakyat Malaysia katanya. Sekolah yang mungkin nenek moyang kita pernah belajar. Mesti ramai yang tak tahu kan? Sebab aku confident level upin ipin ramai yang tak tahu.. maka aku buat la entri lawatan sambil belajar ni.. Antara sekolah tertua dia Malaysia adalah... 1. Penang Free School, Penang Di bina pada tahun 1816 & kini berusia 198 tahun. Lagi 2 tahun nak masuk umur 200 tahun. 2. Malacca High School, Malacca Di tubuhkan pada tahun 1826 dan kini berusia 189 tahun 3. St. Xavier's Institution, Penang Di buka pada tahun 1825 dan kini berusia 163 tahun 4. Convent Light Street School, Penang Di buka pada tahun 1825 dan kini berusia 163 tahun 5. SMK St. Teresa, Sarawak Di buka pada tahun 1885 dan kini berusia 130 tahun 6. Methodist Boys' School and Methodist Girl's School, Penang Di buka pada tahun 1891 dan kini berusia 124 tahun ...

KENA REDHA SEBAB GST REZEKI KERAJAAN DARI ALLAH

Image
Salah ke aku cakap camtu? Bukankah ada segelintir yang memang anggap bagus tak bagus tu memang rezeki dari Allah so kita tak boleh pertikai. Apa yang Allah bagi kita kena terima, katanya. Kalau melawan namanya derhaka pada Allah. Kalau dah memang rezeki mereka kita tak boleh nak cakap apa sebab rezeki tu Allah yang bagi. Betul ke camtu? Sumber Google Aku cukup rasa Annoying bila cakap sesuatu isu berkaitan perkara2 yang kita tak setuju tentang orang lain. Contoh pelakon tu berlakon tak bagus, artis tu tak layak menang tapi boleh menang atau orang tu kita nampak apa dia dapat sebenarnya tak berbaloi dengan apa yang dia buat. Even tak mempertikaikan rezeki dia tapi mengkritik kelayakkan dia mesti ada yang datang dengan komen.. dah rezeki dia . Yer betul la rezeki dia. Sememangnya rezeki semua dari Allah tak kira la kau buat kerja halal atau kerja haram. Kau buat kerja jujur atau menipu. Tak kira la rezeki kau tu berkat atau tidak. Penyamun pun Allah bagi rezeki untuk dia. Semua ...

PENGAKUAN WANITA HEMPAS BAYI 7 BULAN SEBAB MARAH SUAMI

Image
Ya Allah masa baca statement seorang wanita ni, berderau darah aku baca tau. Betapa perasaan marah menguasi akal & hati seorang ibu sampai hilang rasa sayang & simpati pada si kecil baru baru berusia 7 bulan tu. Apapun jangan buat spekulasi meh baca dulu apa yang aku nak tulis... Aku biasa la suka baca post2 artikel berita kat FB. Terbaca satu post Harian Metro Online ni. Sebab rajin aku baca la komen2 kat bawah tu terjumpa satu komen pengakuan berani mati seorang perempuan ni. Niat dia betul la nak orang lain jadikan iktibar tapi aku rasa cara dia tak berapa betul jugak la sebab boleh memudaratkan diri sendiri. Ada yang reply komen dia yang berbaur negatif ada yang bersimpati. Pengakuan yang dia buat paling orang rasa tak boleh terima adalah pengakuan dia menghempas anak dia masa berumur 7 bulan sebab terlalu geram dengan perangai suami dia. Serius aku baca tak tau nak rasa simpati atau nak rasa marah tapi sememangnya sebagai seorang ibu even macam mana pun tekanan k...

CUKUR KENING BOLEH NAMPAK HANTU

Image
Berapa ramai yang suka cukur kening? Baik ngaku? Tapi tak payah la mengaku kat sini.. Ngaku kat diri sendiri sudah la. Betul ke kalau cukur kening boleh nampak hantu? Apa kaitan kening & hantu? kenapa orang cukur kening je boleh nampak hantu? Atau orang yang cukur kening tu nampak macam hantu? Tu dia senapas soalan nak kena jawab. Jenuh nak sedut gas nanti... Sumber Google Bagi menjawab mitos yang paling legend pernah wujud dalam masyarakat melayu ni.. bagi aku tarik nafas tiga empat das sat yer... Yer.. tu cuma mitos orang dulu - dulu. Yang katanya barang siapa cukur kening akan nampak hantu sebabnya tak nak bagi anak2 dara tiru retis zaman tu yang kalau cukur kening tinggal segaris pensil jer. Nampak buruk giler.. Dah macam hantu pun ada. Jadi orang tua2 dulu ni memang kreatif bab nak memomokan orang muda belia dengan cerita hantu jadi di ciptakan mitos cukur kening boleh nampak hantu. sumber google Sebenarnya cukur kening tanpa sebab yang dibolehkan adalah haram...

BLOG BOMOH SIAM

Image
Sebab terbaca status blogger Bro Framestone yang katanya ada rakan dia baru meninggal akibat perbuatan sihir aku tetiba saja nak google info2 pasal sihir ni. Bukan untuk di amalkan tapi sekadar untuk pengetahuan sendiri jer.. Zaman sekarang amalan sihir kembali berleluasa.. Orang kembali mempratikkan amalan kuno bagi memenuhi tuntutan nafsu serakah.  Nau'zubillah.. Moga kita di jauhi dari terpengaruh dengan ritual syirik & khurafat tu. Sumber google Google punya google dengan macam - macam keywords tetiba terjumpa satu blog bomoh ni.. Mak Aii.. Bomoh pun ada blog ke? Try la buka.. Yup memang dia banyak share pasal perkhidmatan bomoh siam.. segala macam perkara yang ada unsur khurafat & syirik.. minyak pengasih la, ritual puja roh la la untuk sihir pengikat kasih sayang katanya, ada jugak dia kutuk pasal bomoh lain yang katanya temberang. Tapi rasanya dia bukan bomoh tapi sekadar orang tengah untuk sesiapa sahaja memerlukan khidmat bomoh. Mungkin dapat komisyen dari b...

DENGKI DENGAN CIK MAT GEBU

Image
Hang ni penuh hasad dengki sungguh.. Tak boleh tengok orang berjaya sikit kan? Mula la rasa tak senang duduk. Dah la dengki habaq terus terang pulak tu. Hang tau ka siapa Cik Mat Gebu tu.. Berapa ramai rakyat Malaysia yang kenai dengan nama Cik Mat Gebu walau tak kenai siapa orangnya.. M isteri yang tak terungkai selagi korang tak bertandang kat rumah mat gebu. -sumber google- Hello.. dengki ni ada 2 kategori ok! Kategori positif dengan kategori negatif. Tak semua dengki tu berniat jahat. Ada dengki yang mendorong untuk orang lain jadi berjaya macam orang yang di dengki. Hangpa tu terlampau negatif. Kritik sikit katanya dengki dengan rezeki orang lain.. Penyamun pun Allah bagi jugak rezeki jugak, sebab rezeki tak boleh tegoq langsung ka walau kita rasa perkara tu kita tak setuju atau salah? Op's.. tetiba terbabas dari topik pulak. Kisah dengki dengan cik mat gebu ni bukan la dengki hapa sangat pun. Aku dengki la selain dia rajin & pandai masak dia jugak pandai ambil g...

NAK MILIKI MUKA BOLEH GADAI KAT KEDAI PAJAK BACA NI

Image
Muka boleh gadai kat kedai pajak katanya... Amboi laku sangat ke muka kau tu sampai boleh gadai kat kedai pajak? Manalah tau laku kan kalau dah muka bersinar bak emas katanya. Gamaknya macam mana muka bersinar bagai emas tu? Nak sadur emas kat muka ke? Tu emas sadur tak laku kalau gadai hahahahaha Sumber google. Sekadar hiasan. Takde kena mengena dalam cerita ni Tajuk tak hengat kan? Padahal nak cerita pasal hasil rembatan terbaru aku kat guardian jer. seperti yang aku pernah canang canangkan aku nak rembat lepas bayar benda alah ni tapi hari minggu 2 minggu lepas tak singgah ke guardian. So last weekend singgah maka tanpa bertapi tapi lagi.. Tapi berkira kira jugak dua tiga kali nak beli ke tidak.. Almaklum rega dia kan kategori kena korek tabung jugak. Almaklum la surirumah.. tapi selepas buat calculation macam entri ni>> TIPS UNTUK NAMPAK MURAH BILA BELI PRODUK BIO ESSENCE << maka tanpa was was aku terus ragut bawak gi cashier katanya. Bukti aku memang beli. ...