Posts

SHAWL UNTUK PEREMPUAN MALAS

Image
Ha! Ambil kau! Pemalas tahap kronik katanya.. nak pakai tudung & shawl pun kalau boleh duduk depan cermin kelip mata sekali dua siap. Tak kuasa katanya nak belek2, adjust2, gulung2, pintal2, belit, silang tiga empat pusingan. Nak pin kan tudung pun kalau boleh tak nak. Tapi tetap nak hasil yang cantik & gojes gitu. wanita berselubung hitam katanya.. kekonon nak misteri la sangat Tapi tak nak pulak tudung sarung. Katanya tak up to date sangat dah.. Nak shawls jugak nampak trendy. Ok ok.. pemalas tapi nak trendy, nak cantik, nak selesa, nak simple, nak senang, pakai, nak yang tak payah letak pin pin dah. Jangan risau.. Yang takde jual dalam dunia ni mak bapak jer.. lain2 Insya Allah ada. Nak shawls macam tu pun ada... Meh tengok sini Ni la di namakan Instant Shawl yang simple tapi menawan. Untuk mereka yang bz, maybe anak ramai, anak kecik, yang sentiasa tak cukup masa nak berdandan lama2 depan cermin boleh try Instant shawl ni. Nak pakai senang sangat, tak payah nak ...

INILAH BANGUNAN PALING BERHANTU DI MALAYSIA

Image
Hari ni khamis malam Jumaat so, cerita seram di blog puaka melekat lekit bersiaran awal sikit la. Al maklum la malam Jumaat orang takut tido awal katanya. Tak berani nak blogwalking sampai tengah malam. Jadi untuk hari khamis malam Jumaat tajuk segmen puaka kita adalah Bangunan paling berhantu. Antara calon bangun paling berhantu pilihan puaka melekit adalah... Apartment Riviera II, Cheras sekitar tahun 90an katanya tempat ni banyak di jadikan asrama pelajar beberapa buah Universiti termasuk warga asing. Mula2 ok je tak apa yang seram pun berlaku tapi selepas katanya tempat ni di jadikan tempat maksiat segelintir pelajar, mula timbul cerita tentang gangguan mistik. Kejadian seram selalu berlaku dekat lift terutama tengah malam. Yelah.. mana extreme nyakat orang siang hari kan? Antara kejadian penuh misteri berlaku.. butang lift menyala dengan sendiri & berhenti di tingkat2 yang tak berpenghuni.Ada yang jumpa makhluk seram ketika naik tangga katanya. Nak tambah ngeri l...

INILAH HUTAN PALING MENYERAMKAN & BERHANTU

Image
Dah abis jenjalan kat lebuhraya cari hantu semalam.. Ayuh malam ni kita jenjalan pulak ke serata hutan berhantu di dunia ni. Yang terlepas pengembaraan di entri Lebuhraya paling berpuaka di Malaysia boleh pi baca yer. Yang mana memang rajin melangut kat blog melekat lekit ni.. Meh la kita kenali hutan2 yang di katakan menyeramkan & berhantu di dunia. Calon2 hutan yang di senarai pendekkan oleh den adalah seperti berikut..  Sumber Google Hutan Gunung Ceremai, Jawa Barat Hutan ni atas gunung yang merupakan gunung tertinggi di jawa barat. Sebab kat situ katanya pendaki selalu jatuh & terkorban maka muncul macam2 cerita seram & mistik kat situ. Katanya kat situ bekas kubur lama tentera jepun & kubur kuda (erkk... kuda mati pun jadi hantu ke?) waktu zaman penjajahan. Nak lebih seram lagi ceritanya kalau lalu kawasan hutan tu akan dengar bunyi kuda. Ada jugak kisah bunuh kat situ katanya. Dan ada yang dengar bunyi tapak kaki tentera jepun berjalan. Jugak di kata...

MENTERI MALAYSIA BANYAK MAKAN MEE SEGERA MASA BELAJAR

Image
Yelah.. tu je la makanan paling senang & jimat waktu tu untuk alas perut. Kebanyakkan student sebelum zaman GST memang ada stok megi la kan. Sesak2 itulah yang di jamah buat alas perut lapar. Dari berkeroncong, megi pun megi lah katanya. Takde mangkuk baldi pun boleh buat makan megi. So, megi la pilihan terbaik ketika kecemasan katanya. Maybe di sebabkan banyak makan megi masa belajar untuk jimat belanja, segelintir Menteri Malaysia even berjaya graduate pun ada sel2 otak depa yang mereput lalu terputus perlahan lahan bila usia semakin emas katanya. Buktinya kita boleh tengok kesannya sekarang. Almaklum la GST mendapat tentangan dari rakyat Malaysia.. segelintir je rasa GST tak membebankan. Selagi tak mati katanya.. Sampai yang mati kebuluran baru depa rasa GST tu membebankan. Takpa.. biaq pi yang rasa GST ni memberi keuntungan berlipat kali ganda.. Sebab maybe depa kaya raya. berbalik kisah menteri Malaysia makan megi ni.. sebab dah sel2 otak mereput & terputus maka sta...

6 LEBUHRAYA PALING BERPUAKA DI MALAYSIA

Image
Ni kalau anak rantauan ni memang la pengguna lebuhraya la kalau nak balik kampung. Seram ke sejuk ke hapa tetap kena jugak redah katanya. Entri ni bukan nak takutkan pengguna lebuhraya just nak share jer supaya kita lebih berhati hati ketika memandu. Jin & syaitan tunggu kita terleka je dia nak kacau. Memang depa tak boleh membunuh kita secara terus tapi spesis depa ni membunuh kita dengan cara melalaikan. Jadi Kalau nak tahu lebuhraya mana tercalon untuk kategori paling seram,berhantu & berpuaka meh baca entri ni sehingga meremang bulu roma terakhir katanya... Sumber Google Lebuhraya Pedas/Linggi - Simpang Ampat Plus Yang katanya seram lebuhraya ni adalah bermula dari persimpangan susur keluar Pedas/Linggi sampai ke persimpangan susur keluar Simpang Ampat, Melaka. Selalunya kejadian seram ni berlaku tengah malam buta la.. kiranya sebelum subuh antara pukul 1 - 4 pagi. Antara kisah seram yang pernah di ceritakan berlaku kat kawasan tu adalah kisah seorang lelaki yang na...

QU PUTEH DAH MELAMPAU PROMOSI

Image
Fans2 dato seri vida @ peminat Qu Puteh bertabah yer. entri ni maybe buat korang nangis bawah bantal katanya tapi hakikatnya memang harus la bagi ucapan sepatah dua kata jugak bil tengok promosi Qu Puteh ni makin hari makin melampau over nya. Sebelum ni dia taja juta2 kat Anugerah Juara Lagu.pakat habis orang kena morning sickness katanya dok dengar promosi Qu Puteh. Ni dia taja pulak rancangan bintang bersama bintang yang semalam rasanya baru 1st episod.Dah dengar rungutan yang naik pening dengan iklan QU puteh sepanjang rancangan tu.over sangat kot. Ikut dia nak sepanjang rancangan tu pada setiap persembahan 5 minit sekali kena sebut Qu puteh. semak tau tak? Kalau nak iklan Qu Puteh kau beli je la semua slot iklan kt tv3 tu kan senang. Bila kau taja rancangan hiburan macam tu kau nak juta ratus kali orang sebut Qu Puteh dah tak nampak macam pertandingan lawak tapi macam rancangan iklan produk kau. Benda macam ni merosakkan kualiti rancangan hiburan. tau la kau taja,kau keluar duit ...

KAMPUNG YANG MENYERAMKAN DI MALAYSIA

Image
Sebelum ni aku tak tau pulak orang kategorikan tempat ni sebagai kampung yang menyeramkan sebab tiap kali balik kampung atau nak balik ke kesini selalu lalu tempat tu. Serius aku sendiri panggil tempat tu pekan hantu sebab aku  tak tahu nama tempat tu. Dengan keadaan kat situ yang nampak agak misteri, usang & ada unsur2 seram memang dari pandangan mata kasar nampak seram la. sekadar hiasan. Sumber Google Tapi aku takde la sampai terkencing2 takut... Feel tu lebih kepada tertanya apa berlaku pada tempat tu sehingga terbiar & usang sampai macam tu sekali. Tapi tu la selama ni tak pernah pulak rasa nak cari info pasal tempat tu sampai nama tempat tu pun aku tak sure. heheheehe Sesaja google kampung seram di Malaysia tetiba rasa macam banyak pulak orang review pasal tempat ni. Bila tengok gambar2 yang ada, Yes! memang tempat ni aku selalu lalu. Rupanya sebuah kampung tinggal.. bernama kampung kepayang. Bagai ada kuasa yang menarik minat aku terhadap bangun ni. Tu ...