Posts

MAKSUD TITANIC BUKTI KEANGKUHAN MANUSIA

Image
Semalam tv2 ada tayang filem Titanic. Filem yang masih tak jemu di tonton sebab penghasilan filem ni bagi aku antara filem yang terbaik & berkualiti. Babak2 dalam filem ni buat kita sentiasa terpacak dengan skrin. Dan orang yang jenis jiwang2 ni dah tentu kisah cinta Jack & Rose la buat depa terlentok kan? Tapi bagi aku filem ni yang buat aku tersentuh sebab kemanusiaan yang di tonjolkan.. Nak2 part kapal ni nak tenggelam & selepas tenggelam. Serius menusuk ke hati. Berpuluh kali tengok pun jiwa seram aku ni tetap tersentuh katanya. Sumber Google Ok.. ok.. kang jadi pertikaian. Walau filem ni dia katakan base on true story @ di adaptasi dari kisah benar tenggelamnya Titanic, dari sudut sejarah sebenarnya filem ni banyak tokok tambah atau di ubahsuai maybe untuk tujuan komersial. Jadi aku pun tak anggap apa yang di paparkan dalam filem ni adalah kisah benar cuma Kapal Titanic di jadikan tema kisah dalam filem ni.Dari sudut Islam pulak.. Ada kisah & alasannya ters...

DEMI NAK CANTIK, BERSARANG BURUNG DI MUKA

Image
Tu dia.. nak cantik punya pasal sanggup tenyeh apa saja. Yelah.. keinginan nak cantik tu semua orang ada cuma belum capai tahap kecantikkan yang di ingini je lagi. Perempuan mana tak nak nampak cantik tak kira la untuk siapa atau apa tujuannya. Tak semestinya untuk orang lain,kadang2 untuk kepuasan diri. Bila kita tengok cermin muka licin, gebu,berseri.. Rasa nak tidur depan cermin je. Tapi bila asal tengok cermin je mesti meremang bulu roma macam tengok pontianak dah tentu la sedih. Tengok muka sendiri dalam cermin pun rasa seram apatah lagi kalau orang lain tengok. Jadi jangan biarkan wajah anda di selubungi misteri... kekeke Ok produk kita kali ni kembali kepangkuan Bio essence selepas tercurang dalam episod review lepas cerita terbeli night cream Nour Ain tu. Kalau dah jodoh tak kemana. Bercerai pun rujuk balik apatah lagi terpisah seminggu dia ni. Lepas beberapa halangan berlaku nak beli Bird nest collagen & whitening cream Bio Essence.. pada petang selasa minggu lepas,...

TIPS MELATIH ANAK UNTUK KENCING BERAK DI TANDAS (FREE DIAPERS)

Image
Hari ni aku jadi parenting blogger sekejab yer. Almaklum la blog rojak ni macam2 boleh tulis. Suka hati siku hitam aku la nak taip pasal apapun katanya. hahahahaha. Sampai masa anak perlu jugak di ajar untuk kencing berak di toilet. Jadi bagi yang tak tahu macam mana nak mulakan latihan kencing berak kat toilet ni meh la bertapa kat entri ni sekejab. Manalah tau boleh membantu para mak bapak di luar sana. Sumber google Semalam ada nampak blogger Melastik Bintang buat entri pasal masalah toilet training anak dia yang dah nak masuk 4 tahun. Walau dah pesan nak kencing bagitau tetap dah terkuncil baru la budak tu bagitau. Yelah sebelum ni... depa selesa nak kencing, kencing jer kat memana sebab pakai pampers kan. Sementara nak biasa kencing kat toilet ni memang ambil masa sikit. Anak aku mula2 buat toilet training pun aku rasa nak menangis. Bawak pergi toilet tunggu dekat setengah jam tak kencing, alih2 keluar toilet tak sampai 5 minit dia kencing. Kadang2 baru jer kencing tak sa...

KEJADIAN SERAM DI SEBALIK PENGAMBARAN FILEM PILOT CAFE

Image
Asal ada seram je tak kira la kisah pasal apapun tetap aku nak share dalam blog puaka lekat lekit ni. Semua orang tahu & sedang jadi kontroversi satu babak intim antara Izara Aisyah & Remy Ishak ( boipren kepada blogger Cik Bambam ) celah batu dalam laut. Katanya ada berlaku satu kejadian yang agak menakutkan la semasa depa melakokan babak tu. Menurut cerita hero filem tu Remy Ishak.. semasa babak tu di lakokan, keadaan ombak sangat menakutkan. Setiap ombak yang datang seolah olah nak telan semua yang terlibat dalam pengambaran masa tu. Seolah olah menunjukkan kemarahan pada perlakuan maksiat even berlakon sekalipun. Kata remy sampai sekarang tapak kaki dia masih ada kesan berlubang yang dia dapat masa melakokan babak tu. tepijak batu karang kot sebab katanya kat dasar laut banyak batu karang. Tu la kan.. Alam pun tak bersetuju dengan perlakuan maksiat. Hope perkara ni jadi iktibar kepada penggiat2 seni tanahair. Kalau filem tu best tak payah jadikan adegan romen2 tu pe...

HANTU YANG MENGHUNI TANDAS DI JEPUN

Image
Tandas antara tempat yang agak popular dengan kisah2 seram ni kan? Almaklum la sebersih manapun tandas tu tetap di kategorikan tempat kotor sebab tempat tu la kita nak membuang segala sisa kan? Dan tempat tu memang di sukai syaitan. Sebab tempat tu menjadi pilihan jin & syaitan.. meh kita kita tengok lagenda kisah seram yang popular di jepun pasal hantu tandas ni. Hantu Ako Manto Ako manto adalah hantu tandas paling popular & menjadi lagenda cerita seram di jepun. Katanya hantu ni akan datang pada seseorang & meminta orang tu memilih kertas merah atau biru. Selalunya yang guna tandas paling hujung paling di sukai hantu ni. Sekiranya pilih kertas merah, katanya serta merta badan mangsa bagai di hiris & bertukar menjadi darah. Dan sekiranya memilih kertas biru, hantu tadi akak mencekik anda sehingga sehingga rupa bertukar menjadi biru. Kedua2 pilihan itu berakhir dengan kematian. Jangan cuba2 buat lawak pilih warna lain katanya.. hantu ni tak reti nak berlawak sanga...

AL FATIHAH.. TIADA LAGI KU DENGAR KIDUNG MU

Image
Kalau nak di tulis dalam bentuk cerita.. Sememangnya aku tak mampu. Kehilangannya masih terasa sehingga saat ini. Jadi aku tulis dalam cara yang aku mampu cerita. 24 April datang lagi.. Sampai saat ini 5 tahun berlalu aku masih belum kuat mencoret kenangan bersama mu Kerana setiap kali ku ingat Akan datang rindu yang menyakitkan Rindu yang tak mungkin sampai Rindu yang tak mungkin di gapai Rindu yang mungkin buat aku rebah Rindu buat mu Ayah.. Kau pergi saat ku menghitung hari bahagia Kau pergi di saat kita menanti hari itu Hari bahagia kita sekeluarga Namun tertulis.. Kau pergi dulu Pergi tanpa sebarang kata & tanda Ayah... Kami semua rindu Namun rindu yang tiada perantara Menyampai khabar berita Ayah.. Moga damai & bahagia Moga tenang & gembira Disisi Tuhan yang Esa.. Tiada lagi ku dengar kidung mu Riuh menyambut kepulang ku.. Ya Allah.. Aku rindu!

KISAH SERAM HANTU AKAK LIMAU WAD BERSALIN

Image
 Mummydearie dok tanya kemana pulak episod memburu hantu lepas ni. Letih dok travel jejauh kita jenjalan kat hospital pulak la. Kat Hospital Malaysia ni pun ramai lagi hantu yang belum di ketengahkan bakat berhantunya.  Jadi bagi memartabatkan hantu2 Malaysia marilah kita memberi publisiti hantu tempatan .MD dah siap packing moh ler kita pergi memburu katanya.. hehehehehe. Memalam jumaat ni share cerita hantu feel seram sikit katanya. Ni kisah hantu hospital lagi tapi kat ward bersalin pulak. Tak tau la ada antara korang pernah baca kisah ni atau tak tapi yang pasti best pulak nak share kat blog puaka melekat lekit ni. Patutnya aku post petang tadi tapi petang tadi ada appointment dengan hospital so postpone ke malam la. Di nasihatkan yang mempunyai tahap keberanian yang kurang tapi imaginasi yang tinggi jangan la baca time sorang2 atau tengah malam buta. Risau pulak aku tetiba kena histeria. Sumber google Alkisah di sebuah wad bersalin yang nama hospital terpaksa di...