Posts

HADIAH SERAM SEMPENA HARI IBU

Image
Setakat bunga.. tak rare sangat la. Apa ingat semua mak2 suka sangat ke bunga even mak aku memang suka bunga. Tapi sayangnya dia melahirkan seorang anak ke 3 ( tapi sebenarnya aku anak ke empat tapi sebab kakak yang sulung meninggal dunia lepas lahir jadilah aku anak ke 3 ganti ) yang tak suka bunga. Sesungguhnya tak menaikan nafsu serakah langsung aku nampak bunga. Bab2 tu aku bukan tipikal perempuan la. hahahaha Sumber Google Disebabkan aku tak minat bunga aku memang harap takde sapa2 bagi aku bunga termasuk asben aku sendiri sebab aku tak reti nak berlakon excited macam mana nanti hahahaha. Bersempena hari ibu jatuh pada hari ahad (semalam) maka hari tu memang hari aku tiap2 minggu berjimbaraya bersama keluarga. So, aku tak rasa sangat la keluar semalam tu sebagai untuk meraikan hari ibu even semalam.. Rasa macam special pulak. Mula2.. bawak budak kecik mandi sungai kat sungai pisang, gombak. Lepas habis kecut segala bagai.. berdesup singgah The store Jalan Ipoh. Kat situ ...

INI YANG BERLAKU LEPAS SEBULAN GUNA BIO ESSENCE BIO GOLD WATER

Image
Setiap produk yang baru kita cuba pasti ada risiko. Risiko samada dia jadi baik atau sebaliknya. Tak kira produk tu selamat atau tak tapi penerimaan kulit kita tak sama. Ada baik & berkesan untuk kulit orang lain tapi tidak kita. Macam tu jugak produk bio essence yang aku guna ni.. Nak confident sangat cakap memang confirm baik untuk semua orang tak berani la tapi Insya Allah setakat ni belum dengar produk bio essence memberi kesan memudaratkan pada sesiapa. Ada la cakap.. cleanser ni macam tak effective.. tapi tak pernah lagi dengar kata ada mana2 siri produk bio essence yang menyebabkan kulit jadi semakin teruk. Macam tu jugak Bio essence Bio Gold water yang aku dah guna sejak sebulan lepas. memula guna cuak.. aku rasa macam kulit jadi kering.. Arghh... sudah. Mahal kot RM77 tu. Tapi selepas dua tiga kali sapu dia mula serasi dengan kulit & memberi hasil yang memuaskan selepas sebulan. Katanya mampu buat kulit nampak flawless. Yer betul.. Tapi almaklum la muka bekas kawah b...

KISAH SERAM HOTEL & HOMESTAY BERHANTU DI MALAYSIA

Image
Hotel berhantu? Aku pernah lalui pengalaman tu dulu. Sebelum kejadian tu berlaku aku memang tak pernah rasa seram atau cuak nak tidur mana2 hotel, homestay atau chalet kalau pergi bercuti. Tapi sejak kejadian di Melaka tak lama dulu, memang aku fobia bukan pasal takut tapi aku risau effect anak aku yang kecik tu. Kalau hangpa rasa nak baca cerita seram pengalaman aku menginap salah sebuah hotel berdekorasi purbakala kat Melaka nanti cekidout lah entri ni PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOTEL MELAKA Sumber Google Biasa la kan.. Hantu pun nak merasa tidur hotel jugak. Asyik rumah usang, rumah tinggal & rumah buruk jer depa pun nak merasa duduk dalam bilik mewah katanya. Ada aircon, bilik sentiasa ada orang kemas & bersih.. Apa hangpa hantu suka duduk tempat kotor je ke. Di sebabkan hantu pun dah demand.. Maka malam ni aku nak senaraikan hotel & homestay yang ada kisah seram berlaku. Hotel Seri Malaysia Taiping Cerita bekas seorang penginap kat hotel ni pernah ternampak...

AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN CONTEST & GA DI BLOG

Image
Penipu ni ada dalam pelbagai nama... Dunia blog pun ramai jugak penipu. Kalau dia tak tipu duit orang dia tipu orang dengan contest / GA semata mata nak tarik traffic ke blog dia. Cara senang jer... Buat je GA/Contest dengan hadiah yang menarik, tertarik kau memang daboom confirm la ramai yang join. Lepas tarikh contest/GA tu tamat... dia pun buat diam & macam tak pernah ada apa2 yang berlaku. Keji tak? Yang still aku ingat blog tehOais ke hapa nama dia.. Memang menggunakan trick macam tu. Sampai sekarang contest dia tak umum pemenang. Hadiah wang tunai yang agak lumayan. Lepas jugak shopping baju raya kalau dapat. Bukan hanya 1 blog penipu macam tu malah banyak & tak mustahil ada penipu sedang menggunakan trick yang sama untuk menarik traffic ke blog dia. Yelah.. iklan2 dia pacak pun memerlukan visitor jugak. Kalau tak sesia iklan2 yang bersepah tu ye dak. Aku ni jenis makin lama makin pemalas nak join semua benda tu.. Aku lebih selesa menulis. Cuma yang memang rajin ...

JAMIL KUCING PILIH BERUK SEBAGAI PENEMAN HIDUP

Image
Siapa Jamil? Popular ke dia? Kenapa dia pilih beruk bukan manusia? Jamil kalau siapa yang ikuti kehidupan Jamil kucing kat laman sosial rasanya kenal & tahu tahap populariti dia macam mana. Kenapa dia pilih beruk sebagai peneman hidup dia? Meh la baca dulu Aku baru je ikuti kehidupan Abang Jamil ni kat FB. Bersama sepasang beruk comel dia yang sentiasa di pakaikan baju cecantik & di bawa kesana sini memang tengok macam best jer hidup dia dengan beruk2 dia. Telatah 2 ekor beruk jantan & betina ni kadang2 kita rasa geram macam nak bela jugak. Tapi kata abang Jamil.. Pilihan nak bela beruk ni kita kena sedia dari segi mental & fizikal. Untuk jadikan haiwan macam ni sebagai pets yang hidup bersama kita dalam rumah bukan mudah. haiwan ni mempunyai sifat cemburu yang sangat kuat sebab tu katanya abang Jamil ni tak kahwin. Dia mengorbankan hidup untuk pilihan yang dia dah buat. sikap bertanggungjawab ni patut di contohi. Apapun pasal jodoh tu, kuasa Allah. Besar juga...

SIHIR DALAM RUMAHTANGGA

Image
Zaman serba canggih ramai yang kembali pada amalan kuno lagi khurafat. Makin berleluasa aktiviti sihir di lakukan oleh mereka2 yang nak cari jalan pintas untuk sesuatu keinginan & hayat. Kebanyakkan yang jenis nak mendajalkan orang lain. Jarang orang pergi jumpa bomoh minta bomoh tolong cantikkan sipolan yang di tengok buruk giler tanpa pengetahuan orang tu, kan? rare sangat la kalau berlaku. Sumber Google Tak kira apapun tujuan kita guna khidmat bomoh yang kategori syirik & khurafat ni tentang tak di bolehkan dalam Islam. Al Quran dah menyediakan pelbagai cara rawatan, kenapa perlu guna perantaraan mahluk lain. Tertengok rancangan Nona ahad lepas. Topik dia pasal sihir dalam rumahtangga. Kisah seorang perempuan yang bergelar isteri terkena sihir. Mula2 dia rasa dada dia berdebar, di ingat ada masalah jantung tapi bila pergi buat pemeriksaan takde apa2 masalah. So, dia pergi ke pusat rawatan Islam. Confirmlah kena sihir. Katanya masa dia kena sihir pernah lintah keluar ...

BLOGGER IBU TUNGGAL YANG PERLU SIMPATI & BANTUAN KITA

Image
Kadang2 keprihatinan kita ni apa yang lebih di highlight media elektronik & media sosial walhal kes kes terpinggir yang kadang2 kita nampak tapi kita buat2 macam tak nampak. Sebab ia tak jadi viral & tak keluar tv, majalah & suratkhabar. Manusia sekarang nak bersimpati atau nak hulurkan sumbangan pun tetap nak publisiti.. Itulah hakikat yang banyak berlaku sekarang. Bagi blogger yang pernah ikuti blog seorang ibu tunggal yang di Uji Allah dengan kesakitan, bila sakit suami pun tak sanggup hidup bersama tinggallah dia bersama anak - anak meneruskan kehidupan. Alia Haryanie.. rasa dah bertahun aku ikuti blog dia.. Alia Haryanie tak minta sedekah pada sesiapa.. Walau dalam kudrat yang sangat terhad dia tetap berusaha mencari rezeki dengan meniaga secara online. Inilah rutin alia haryanie dari anak2 ni kecik sampai sekarang dah besar. Hospital bagai rumah kedua. Pergerakkan dia banyak berkerusi roda. Ni tak lama lagi nak puasa lepas tu nak raya. Bagi sesiapa yang sudi...