Posts

8SHARE AKUI KELEMAHAN PULANGKAN EARNING YANG DI TARIK

Image
Akibat dari perangai aku yang jenis fighthing kalau aku rasa tak salah, maka kadang2 memberi kebaikan jugak pada diri aku & kadang2 membawa keburukkan sebab aku jenis memang suka fighthing kalau aku rasa teraniaya. Bukan jenis duduk & tadah jer kepala. Itu bukan aku yer...  Sebenarnya panjang conversation aku dengan Yuna 8share kat talk to us tapi aku ambil yang penting je la yer.. Entri lepas aku ada cerita pasal earning 8share aku di tarik balik oleh pihak 8share dengan alasan aku berkongsi iklan 8share dengan cara yang salah.(Boleh rujuk entri AWAS! JANGAN SHARE IKLAN 8SHARE DI BLOG KALAU TAKNAK RUGI ) Sebab aku tak puas hati pihak 8share tak bagi penjelasan yang jelas cara berkongsi iklan 8share di blog aku pertikaikan tindakkan mereka yang menarik balik earning 8share. Dah tu dorang akan bagitau lepas korang request untuk cashout. Sebab bukan aku orang pertama & bukan aku sorang je kena. Ramai yang tak faham cara yang betul berkongsi iklan 8share di blog. ...

KEJADIAN SERAM DI UITM JENGKA PAHANG

Image
Ni bukan review filem jengka yang ntah bila nak dapat dvd dia tu. Ni adalah kisah yang aku compile dalam satu entri tentang kejadian2 seram yang berlaku di UiTM jengka. Walau aku masih frust dengan 8Share yang bagi aku menganiaya aku tapi semangat berblog apatah lagi share kisah2 seram Insya Allah takkan pudar. So, petang kita bersiaran awal sikit segmen seram serik lekat lekit katanya. Hahahhahaha... siap dah ada nama segmen seram kat blog. Kau hado? Banyak cerita seram yang aku baca pasal UiTM Jengka ni. Tak tau pusat pengumpulan hantu ke atau hantu pun menumpang belajar kat situ, aku sendiri tak sure. Dengan Bismilillah.. Meh kita mulakan segmen seram serik lekat lekit.. Alkisahnya yang pertama kisah jelmaan hantu senior mati lemas.. Pada satu hari seorang pelajar balik hostel. Tiba2 dia nampak seseorang yang macam senior dia yang lepas dalam keadaan basah lencun. Sebab dia dah jadi senior masa tu, maka dia sound la bekas senior dia yang masuk bilik dalam keadaan basah maca...

7 PERKARA UNTUK ELAK ANAK ANDA JADI MANGSA PEDOFILIA

Image
Dalam tak sedar kita yang mendedahkan anak anak kita kepada bahaya. Keghairahan kita untuk berkongsi semua perkara termasuk tentang anak anak secara langsung mendedahkan mereka kepada golongan Pedofilia. Apa tu pedofilia? Golongan yang bernafsu seks terhadap kanak kanak. Awas! Ia bukan perkara remeh malah dah ramai kanak kanak menjadi mangsa golongan Pedofilia. Kalau masih ingat arwah adik Nurin Yazimin, Pasti korang ingat bagaimana arwah di dera secara seksual oleh individu yang masih misteri sehingga hari ni sehingga meninggal dunia dalam keadaan sangat2 menyayat hati. 7 perkara ni ada yang selalu korang buat. Yelah.. yang suka up gambar anak separuh bogel atau berbogel. Anggap dia cuma seorang budak. Sebab ada golongan yang bernafsu kepada kanak kanak maka mulai sekarang sila buang gambar2 yang boleh meransang nafsu golongan macam ni.. 1) Tidak post gambar anak-anak tidak berpakaian atau berpakaian tidak sopan sama ada anak lelaki mahupun perempuan. 2) Jangan sesekali memb...

AWAS! JANGAN SHARE IKLAN 8SHARE DI BLOG KALAU TAKNAK RUGI

Image
Sebab aku dah terkena, jadi aku taknak la blogger lain pun terkena & buat kerja sia sia dok update iklan 8share kat blog. Sebelum orang lain menanggung rugi macam aku adalah lebih baik aku bagitau apa yang berlaku kat aku. sabtu lepas aku buat cashout earning 8share aku yang dah terkumpul 3 angka. Setiap bulan memang aku cashout tak kurang dari 3 angka. Hari ni aku dapat email cashout aku kena reject atas alasan fraud. Aku mesej Yuna kat Talk To Us 8share dia minta aku screenshoot cara aku share iklan 8share. Aku ni jujur sebab aku tak rasa aku ada buat salah. Aku screenshoot link2 iklan 8share yang aku share kat blog. Selama ni dok share tak pernah ada masalah ke hapa kan? Tak budget la benda tu satu kesalahan. Yuna pun inform tak boleh share link iklan 8share berderet kat blog. Habis tu nak share iklan 8share kat blog macam mana. Yang ada cuma link lain la dia bagi coding banner macam lazada setiap kali ada offer baru. Aku persoalkan kenapa lepas aku buat cashout baru bagi...

JENGKA MASIH MISTERI

Image
Memang terus menjadi misteri yang belum terbongkar. Sampai hari ni. Entah bila la misteri ni nak berakhir aku sendiri pun tak sure. Eklusif sangat ke Jengka ni sampai susah sangat nak merungkai misteri yang tersimpan. Si pemburu terus memburu tapi hasilnya takde jugak. Sumber Google Alkisahnya minggu ke empat memburu dvd filem Jengka.. Masih takde kat pasaran atau memang takde kat kedai dvd classic world entertaiment tak sure la pulak. Tapi aku suka beli dvd kat situ, murah. yelah sekarang dah include GST, kat situ pun harga dah up kalau kat tempat lain confirm la lagi mahal. Kalau Ah Lang Nun punya murah jer RM5 tapi aku demand tak mau Ah Lang Nun takut menangis tengok cerita seram bukan sebab takut tapi sedih nampak entiti2 yang tak di ingini muncul dalam filem tu. hahahaha Dah dekat 2 bulan keluar panggung pun masih tak dvd version original lagi ke? Lambat sungguh kan? Jangan suggest download ker, tengok online ke hapa.. Aku memang nak beli dvd sebab aku suka buat kole...

MAJLIS KONVO SEPATUTNYA KENA BUAT MACAM PENTAS MAHARAJALAWAK

Image
Memula tak berapa minat isu yang tengah jadi viral pasal sorang budak baru konvo ni.. Punya gigih nak buat live update dari pentas konvo kot, gigih berselfie atas pentas masa majlis konvo sedang berlangsung. Bila dah buat benda pelik dari orang lain maka jadilah viral. Tengok Ohmedia post isu ni aku pun komen la sepatah dua kata. tak panjang mana pun komen aku tapi mendapat perhatian ramai jugak la. Komen aku cuma, Majlis camtu tunjuk la sikit macam profesional... kan golongan terpelajar. tunjuk sikit macam org terpelajar tak payah gigih sgt nak selfie bagai sampai nampak macam tak berapa cerdik. Biasa la.. yang reply komen ada menyokong ada yang tidak. Biasa la dah nama manusia, perbezaan pendapat tu perkara biasa.   Sebab kat komen tu aku ulas pendek je rasa macam tak puas pulak nafsu serakah aku mengupas isu tu. Bagi aku la kan.. Majlis formal macam tu mesti ada etika dia. Nak santai2 sangat macam pentas maharajalawak berselfie bagai masa majlis tengah berlangsung n...

EYELINER PENSIL LEBIH SELAMAT BERBANDING JENIS CECAIR

Image
Aku antara pengemar eyeliner pensil sebab aku memang tak reti nak lukis guna eyeliner jenis cecair atau jenis pensil yang pulas2 tu. Aku guna yang jenis pensil kayu jenama maybeline. Yang kena asah dengan sharpener. Punya la tak up to date kan?  Tapi yang tak up to date ni la paling selamat & paling jimat. Nak tahu sebab apa?   Ni la yang guna tapi ni gambar aku pinjam Google jer Eyeliner jenis pensil kita kena selalu asah bila hujung dia dah tumpul. Bila kita asah, permukaan yang lama tu secara tak langsung kita buang. Dan sebab tu eyeliner jenis pensil ni lebih terselamat dari bakteria. Dengan syarat pengasah eyeliner korang kena bersih jugak la supaya bakteria tak transfer ke eyelines masa korang masa asah tu. Kedua.. Jangka hayat eyeliner jenis pensil adalah lebih panjang. Maksudnya kalau orang jenis jarang2 makeup atau surirumah macam aku pakai masa keluar jer jenis pensil lebih sesuai sebab jarang pakai & lambat nak habis. Kalau yang jenis cecair tu jangka...