Posts

MISTERI BILIK BERHANTU KOLEJ TELEKOM UUM SINTOK

Image
Untuk segmen seram serik lekat lekit malam ni aku pilih cerita hantu educated sikit la. Hantu Universiti. Hantu pun ada level2 jugak tau.. hantu tak sekolah bertenggek atas pokok.. hantu sekolah tak habis merayau kat jalan raya & hantu terpelajar mesti la port dia kat Universiti katanya.. hahahhaha... ok ok.. tanpa merapu meraban tahap orang nak muntah baca meh la kita kembali di selubungi seram dengan kisah.. Misteri bilik berhantuk kolej telekom UUM Sintok, kedah. Alkisanya tentang sebuah bilik misteri yang berada di tingkat empat, block lelaki kolej telekom UUM sintok. Lokasi bilik ni berada nun di hujung sekali. Hantu pun nak privacy jugak katanya. Pilih bilik hujung2. hahahaha... ok ok sambung cerita balik. Bilik ni menyimpan misteri yang menyeramkan.. antara kesan tapak kaki yang melekat pada simen lantai berhampiran dengan bilik misteri tu. Milik siapa tapak kaki tu.. Masih misteri yang tak terungkai yang pasti katanya bukan kepunyaan seorang manusia. Adakah kucing? mus...

FRAME GAMBAR BOGEL MASA KECIL ADALAH GOLONGAN TIPIKAL

Image
Sapa yang jenis suka frame & gantung gambar2 kenangan kat rumah? Mesti ramai kan.. Yelah, dalam hidup seorang manusia ni keinginan untuk menunjuk tu tetap ada tak kira la dengan niat baik atau sebaliknya. Selalunya kita akan frame gambar yang ada kenangan istimewa atau gambar yang kita rasa cute, comel & cantik. Jarang la sangat orang nak letak gambar buruk dia kat dinding rumah sebagai hiasan. Kalau ada orang tu memang rare. Maybe keindahan & kecantikkan bagi dia tak sama macam orang lain. Maybe dia rasa buruk tu pun satu seni yang menarik hahahaha. Ok hari ni aku nak share 15 gambar tipikal yang orang suka framekan di rumah. Salah satu gambar yang maybe mak bapak atau kita sendiri rasa comel di framekan adalah gambar masa kecil yang bogel tapi terselindung alat sulit tu. Sebab golongan macam ni berpendapat gambar tu sering mendapat perhatian tetamu yang datang kerumah.  Alah.. macam retis sekarang dok buat, dapat anak je buat photoshoot bogel. Bukan anak je sep...

ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN SAAT POPULARITI MEREKA DIPUNCAK

Image
perkara biasa bila dah jadi retis kekadang yang dah ada makwe, tunang atau dah plan nak kawen tetiba tangguh, tetiba putus yang dah kahwin pun bila dah popular tetiba cerai. Dugaan menjadi orang popular katanya.. Di kelilingi dengan gegadis cantik, gebu, seksi & macam macam lah. Tapi masih ada artis lelaki yang tak tergugat kesetiaan mereka saat populariti mereka berada di puncak. Sumber Google Antara artis lelaki yang berkahwin ketika populariti mereka berada di puncak adalah.. Amar Ashyraf yang ketika tu populariti dia melonjak naik selepas berlakon drama Setia Hujung nyawa. Tengah2 dok hot & spicy tup tup dia umum nak kawen. Ada peminat yang rasa frust jugak tapi katanya kalau dah sayang & cinta.. dah sampai jodoh dia tetap akan kahwin. Artis kedua.. Izzue Islam. sebab dia dengan isteri ni kenal sebelum dia jadi artis lagi. Masa dia masih kerja di kedai makan. Si Awin tu la banyak tolong & support sehingga dia berada di tempat yang dia ada sekarang. Dia ...

KISAH SERAM KELIBAT PUTIH JALAN JENIANG - SIK, KEDAH

Image
Tak kira hari minggu ke hapa segmen seram serik lekat lekit akan terus bersiaran. Memang tak bagi change la hangpa hidup tenang tanpa di selubungi misteri katanya. Harus rasa seram baru reti tidur awal. Kalau tak online sampai ke subuh. Ok cerita terpilih kali ni adalah kisah sekumpulan pelajar yang berdepan dengan kejadian misteri masa dalam perjalanan dari kedah nak ke kelantan. Alkisahnya bermula... 4 orang pelajar ni lepas mendaftar untuk kemasukkan baru sebuah kolej untuk pengajian dalam bidang agama di alor star kedah. Walaupun depa baru je sampai dari kelantan ke kedah tapi lepas pendafataran sebab kelas belum bermula pakat ambil keputusan nak balik kelantan jugak malam tu. Depa ni bertolak time tu dah dekat pukul 12 tengah malam. Time2 hantu beridah la katakan... Jalan punya jalan.. katanya dah masuk jalan jeniang - sik tiba2 depa termasuk satu jalan yang gelap. Orang pun takde lalu lalang.. rumah pun tak nampak ada di tepi jalan2. Normally jalan kampung ni ada jugak rum...

GAJI DS NAJIB RAZAK CARTA KE 11 TERTINGGI DI DUNIA

Image
Erkk.. Tak pepasal hari ni aku dok check berapa gaji perdana menteri seluruh Asia pulak. Jangan risau mereka takkan mampu mengatasi gaji aku setiap bulan di mana di carta pertama Gaji paling rendah berbanding Perdana menteri seluruh dunia hahahaha.. Tak pepasal nak compare gaji aku dengan perdana menteri pulak kan? Kau perdana menteri ke? Ini bukan post berunsur politik cuma tertarik bila baca pasal gaji2 Perdana menteri negara Asia ni. Memang terus biji mata hitam bertukar jadi $$ tengok gaji2 depa. Gamaknya apa perasaan depa masa pertama kali terima gaji sebagai perdana menteri yer?? PM kita bukanlah terima gaji tertinggi tapi PM singapore di carta pertama menerima gaji tertinggi iatu sebanyak Gaji tahunan: RM 6,099,005.00 & Gaji bulanan: RM 508,250 . Manakala DS Najib di carta ke 11 pemimpin yang menerima gaji tertinggi sebanyak,  Gaji tahunan: RM 271,854.90 & Gaji bulanan: RM 22,826.65 . Aku tak tau betul ke tak info ni cuma aku terbaca kat sini Pemimpin Asia Den...

CARA MUDAH JADIKAN SMARTPHONE SEBAGAI REMOTE TV

Image
Remote TV ni macam hantu. Boleh hilang sekelip mata & muncul dengan tiba tiba. Benda yang selalu ghaib dalam rumah adalah remote TV. Kadang kadang sampai jadi hangin satu badan hanya sebab cari remote TV tak jumpa. Penyelesaiannya korang boleh guna smartphone, tablet, komputer korang sebagai remote TV.. Nak tau macam mana Meh tengok Bukan takat boleh di jadikan sebagai remote TV, benda ni jugak boleh guna untuk korang tengok movie online terus ke TV atau nak dengar muzik apa2 dari internet pun boleh. Mesti korang tak sabar nak tau cara dia macam mana kan? tak susah clik jer link kat bawah... 9 Ways Owning A Chromecast Could Make You Watch TV Again Lepas ni anda tidak lagi di selubungi misteri kalau remote TV hilang. Sebab boleh guna gadget2 elektronik korang yang ada papan kekunci sebagai remote tv. Moral of the story.. Teknologi sememangnya memudahkan tapi jangan salah guna nanti menyusahkan balik.

PERKUBURAN MISTERI DI TEPI LEBUHARAYA ULU BEHRANG

Image
Even dah masuk malam sabtu hari ni tetap gigih meneruskan segmen seram serik lekat lekit. Malam ni kisah yang boleh tahan seram. Kisah tentang kawasan perkuburan yang sebenarnya tak pernah wujud di tepi lebuhraya tiba2 muncul di tengah malam yang sunyi... pak mat jual topi. Ops ternyanyi lagu kanak kanak pulak. Maka bermulalah sebuah kisah.... Seorang pemuda yang bekerja kat KL tetiba rasa nak balik kampung jenguk mak bapak dia. So, bersiap2 la dia ala kadar nak mulakan perjalanan balik kampung dengan motorsikal di malam Jumaat yang penuh misteri tu walau jam dah pukul 12 tengah malam. Dalam pukul 3 pagi dia sampai di ulu behrang. Dia berhenti kejab tepi jalan selepas exit ulu behrang tu untuk berehat di bawah lampu. Jalan waktu tu sunyi& lenggang. Dia duduk di pembahagi jalan sambil hisap rokok sambil mengadap jalan raya. Jam 3.40 cuaca makin sejuk walau dia pakai jaket kulit tetap terasa kesejukkannya. Lepas habis sebatang rokok dia berpaling ke belakang. Macam nak luruh ...