Posts

KISAH PONTIANAK BERANAK MELALUI MULUT

Image
Untuk segmen seram serik lekat lekit malam ni kita kembali ke tahun 80an.. Mengimbau kisah seram. Yelah.. budak2 generasi Y bukan nya tau cerita ni. Harus la bagitau depa apa yang best & menyeramkan berlaku pada tahun 80an dulu. Hantu2 sekarang ni tak berapa horror sangat dah sebab katanya kena ikut trend & kena up to date. Kalau yang membesar tahun 80an & 90an mesti ingat cerita ni. Filem kerjasama indonesia & Malaysia yang waktu tu memang antara filem paling seram paling menakutkan selain sundelbolong. Filem lakonan Noor Kumalasari yang pegang watak sebagai hantu. Memang masa tu.. seram giler tengok muka dia dengan mata bulat. Kalau sebut tajuk ramai yang masih ingat keseramannya.. Misteri rumah tua. Filem ni mengisahkan Sebuah banglo lama yang pernah berlaku satu pembunuhan kejam. Seorang wanita tengah mengandung di rogol kemudian di bunuh. Akibat dari pembunuhan kejam tu dia menjadi roh yang tidak tenteram & berdendam. Bila ada sekumpulan remaja datang ke...

BERLETER MENYEBABKAN KEDUTAN DI WAJAH

Image
Mesti baca je tajuk entri orang pompuan paling panik. Mesti tertanya tanya sendiri... Betul ke? Ye ke? erkk.. aku kategori kuat bebel ke tak yer?? Nasib baik aku kategori tak hyper bebel katanya. Tapi nak kata tak bebel langsung pun macam bukan pompuan pulak. Mak Nyah pun kuat bebel inikan pompuan sejati. Tak banyak sikit pun mesti suka bebel. Terbaca satu info pasal keburukkan membebel ni. Kalau kita biasa dengar ustaz kazim cakap, bebel tu tanda isteri yang normal tapi kalau terlebih bebel dah tak berapa normal sangat dah. Antara keburukkan orang kuat bebel ni adalah boleh menyebabkan kedutan di wajah. Atau lebih senang faham sapa kuat bebel cepat tua, katanya. So pada para ibu sekalian.. memang bebel adalah rutin harian. Kalau tak buat rasa macam tak lengkap hari tu kan. Nak2 lagi yang ada anak banyak sedang membesar. Dalam rumah dah macam tarzanawati jadinya. Tapi mulai dari sekarang kita kena cuba jugak kurangkan bebel benda2 yang tak perlu. Kena select benda2 penting &...

KEAJAIBAN YANG BERLAKU PADA WANITA YANG TAK BOLEH HAMIL

Image
Wanita, kalau di sahkan tidak boleh hamil nak2 lagi wanita yang dah berkahwin auto dia akan jadi down. Masa tu la dalam kepala fikir macam2 yang boleh menyebabkan fikiran dia jadi terganggu. Macam tu jugak yang terjadi pada Aishah dalam kisah ni. Satu2 bayi yang berjaya di lahirkan meninggal dunia & doktor sahkan dia tidak boleh hamil lagi. Hancur luluh hati seorang wanita bila dapat tahu namun kuasa Allah menandingi segalanya. Keajaiban telah berlaku.. Nak tahu apa keajaiban yang Aishah dapat boleh tonton kisah sepasang suami isteri Aishah & shahrol kat sini >> Tonton bagaimana Aishah dan Shahrol menempuh dugaan hidup mereka. << Moral of the story pada wanita di luar sana yang belum ada anak atau doktor sahkan tidak boleh mengandung jangan berputus asa dengan hidup anda. Sentiasa bersangka baik dengan Allah & jangan berhenti doa & usaha... Tak mustahil keajaiban akan berlaku.

KISAH HANTU PEREMPUAN MULUT TERKOYAK

Image
Untuk segmen seram serik kali ni kita ke jepun sekejab sebab Air Asia buat promosi tiket murah katanya hahaha.. Bila ke jepun ni singgah sekejab interview Kuchisake Onna ni untuk slot seram serik lekat lekit. Nampak sangat bohongnya kan? Interview hantu jepun la sangat kau! Setakat reti sebut sushi tak payah berangan, hokay! Sumber Wikipedia Indonesia Kuchisake Onna ni adalah salah satu hantu lagenda jepun yang popular tahun 70an. Sekitar tahun tu hantu ni memang menjadi viral mulut ke mulut & amat di takuti penduduk jepun sampai budak2 sekolah pun di nasihat balik kerumah secara berkumpulan. Alah macam zaman 90an kecoh hantu susu. Pakat semua gantung buluh kuning kat pintu rumah. Nasib baik family aku tak terlibat percaya sampai nak lakukan benda yang ada unsur khurafat macam tu cuma ramai la orang kampung time tu pakat dok gantung bulu kuning. Berbalik pada cerita hantu kuchisake onna ni.. Asal usul dia katanya wanita yang di bunuh suami sebab cemburu. Dia jugak di kata...

ARTIS ARTIS YANG BERTUDUNG SEBELUM RAMADHAN

Image
Alhamdulillah bila mereka memilih untuk berubah kearah yang lebih baik even hanya berubah imej takpe kita bagi sokongan. Orang buat benda baik tak payah sibuk nak pertikaikan keikhlasan dia. Jangan rasa kita bertutup litup semua sampai nampak bijik mata tu dah cukup baik & berhak mempertikaikan orang yang baru belajar untuk jadi lebih baik. sumber Google Aku tengok ramai artis dah berhijrah dari free hair kepada berhijab sebelum ketibaan ramadhan kali ni termasuklah retis peberet aku Amy Mastura. Ya Allah.. tak terkurang pun comel kak Amy kita bila bertudung. Tetap sweet like kencing manis jugak macam dulu. Selain Amy Mastura katanya Erra Fazira, Ayu OIAM pun dah melangkah setapak mengubah imej free hair kepada bertudung. Alhamdulillah.. Sekurang kurangnya dengan memilih untuk bertudung terjaga jugak perbuatan & tingkah laku sebab membawa imej seorang muslimah. Langkah beribu bermula dari langkah pertama. So, Bila dah ada langkah pertama tu bagus la. Moral ...

HINANYA ORANG YANG EDIT MUKA BAGI CANTIK

Image
Zaman sekarang ni nak gambar nampak cantik dah tak susah. Tak payah nak teruk2 belajar photoshop atau apa2 software editing. Melambak boleh cari aplikasi camera yang auto menukarkan wajah pontianak kepada wajah bidadari katanya. Hanya dengan satu snap.. ting! terus cantik. Sumber Google Bagi aku.. biarlah dia nak nampak diri dia dalam keadaan cantik. Yelah.. bukan semua orang di lahirkan dengan kelebihan muka lawa, ensem bagai. Mungkin benda tu buat dia happy even dia tahu hakikat sebenar dia tak secantik gambar. Bukan dia nak perasan cantik pun sebenarnya.. Tapi dia teringin nak nampak cantik. Manusia mana yang tak suka kecantikkan. Semua orang suka nampak cantik. Sekarang ni sebab ramai yang nampak cantik dengan editing ataupun aplikasi camera.. banyak troll2 di buat untuk sindir golongan cantik editing ni tak kurang statement2 berunsur menghina. Alahai.. dia cuma nak nampak cantik macam satu dosa besar pulak. Macam aku pulak kalau aku tengok muka aku ter over cantik hasil ...

KFC PERCUMA SEPANJANG JUN & JULY NI

Image
Buat penggemar ayam goreng terutamanya.. Mesti KFC pilihan anda. Tapi kfc tak la menyediakn menu ayam goreng jer.. Sekarang ni di pelbagaikan mengikut citarasa Malaysia.  Ada burger, nasi ayam kfc, salad & banyak lagi la kalau nak senarai. Tapi yang takde hari hari kat KFC adalah makan free. Yang ni tawaran untuk June & july sahaja. Sapa yang taknak makan free ye dak? Mc Donald bagi sebiji burger ikan pun berbaris orang tunggu nak redeem makanan free, inikan pulak KFC yang takde isu di kaitkan dengan Israel bagai. Mesti ramai yang nak. Kalau korang rasa nak makan kfc free sepanjang Jun & july ni meh sini tengok macam mana nak dapat free KFC ni? katanya dapat jugak free sms & panggilan percuma. Wah offer apa yang banyak sangat ni. Tengok la sendiri >> See how you can get a FREE KFC meal this June & July 2015. Don’t miss out! Yang free ni bukan selalu ada & offer ada expired date maka cepat sikit tengok offer tu. Kang terlepas makan bayar sendi...