Posts

JAMBATAN BERHANTU INI JADI TEMPAT ANJING BUNUH DIRI

Image
Lama rasanya tak open segmen seram serik lekat lekit. Yelah.. Masuk bulan puasa ni setan semua kena ikat so dia tak menghasut sangat suruh popularkan dia tapi tetiba malam ni terima satu bisikan Yusof taiyob suruh tulis cerita seram sebab katanya maybe ada yang rindu nak rasa terkencing dalam seluar lepas baca kisah seram kat blog puaka lekat lekit yelah.. yelah.. tanpa perasan dengan lebih lanjut meh la kita mulakan pengembaraan seram kita malam ni. Jauh sikit la kena ambil tiket flight. Tak pe Air Asia ada buat promosi free seat. Dah tempah tiket flight moh ler kita terbang sekarang ke timur Dunbartonshire. ia terletak berhampiran istana Gothic Overtoun House.  Katanya ada satu jambatan berhantu yang bila anjing lalu kat situ mesti terjun.. ada di antara anjing tu mati & ada yang tidak. Lebih 600 ekor anjing yang pernah cuba membunuh diri bila melalui jambatan tu tanpa di ketahui sebabnya. Yang pelik kesemua anjing yang terjun dari jambatan tu akan memilih tempat yang ...

STUNTMAN MALAYSIA DI LANGGAR BETUL BETUL DALAM FILEM

Image
Bila tengok babak aksi yang boleh gugur jantung kita cuma kagum dengan pelakonnya tapi tak semua benda tu di lakukan oleh pelakon. Disebalik aksi bahaya & hebat tu.. Ada seseorang yang mempetaruhkan nyawa bagi menjayakan babak babak bahaya dalam sesuatu filem atau drama. Jarang kita ambil tahu kisah hidup seorang pelakon lagak ngeri @ stuntman kat Malaysia ni. Mereka tak popular sebab hanya bekerja belakang tabir.. Kita nampak aksi tapi bukan wajah mereka. Bila tonton video seorang stuntman malaysia ni.. berderau jugak darah sebab ada babak langgar yang secara tak sengaja pelakon yang membawa kereta terlebih had laju semasa dia melakonkan babak di langgar kereta. Melambung stuntman tu kena langgar real punya. Korang boleh tengok video tu sendiri kat sini sebab aku tak reti nak upload kat entri >> Beraninya lelaki ni! Isteri dia tak suka pun dia buat jugak kerja bahaya ni... << Kalau aku jadi bini dia pun memang aku tak berapa restu dengan pekerjaan suami aku seo...

GAMBAR ANAK HARITH ISKANDER,ERRA FAZIRA & TOMOK DI WEB LUCAH

Image
Rasa takut pulak nak upload gambar anak dalam media sosial sekarang. Rasa macam nak padam atau private semua gambar anak aku kat media sosial.. Rasa perlu jugak buat sebab sekarang ni bahaya ada di mana mana. Bila terbaca kat astroawani pasal gambar anak anak artis ni di sebarkan di web lucah yang ada unsur pedofilia.. rasa darah turun sampai kekaki. Kang ada yang cakap.. alah gambar jer bukan orang culik anak kau untuk di jadikan pemuas nafsu golongan pedofilia.. kalau ada yang cakap macam tu memang minta makan kaki la. Bukan anak kau senang kau cakap.. Small matter. Rasanya para ibu bapa sekalian kita kena mula bertindak dari sekarang. Padam atau privatekan atau berhenti upload gambar anak anak kita. Kita tak tahu dari gambar apa ancaman bahaya yang menanti mereka.  Sumber Astroawani Hope parenting blogger berhati hati. Sebab niche blog depa orang tahu cerita pasal anak anak mungkin akan jadi target golongan macam ni. Kalau boleh tapis gambar anak2 sebelum di ...

INILAH 15 BENDA KEBAL KITA GUNA HARI HARI

Image
Bila baca artikel pasal 15 benda Kevlar ni aku rasa nak tergelak pun ada. Bukan apa benda ni kadang2 ada di sekeliling kita yang kita tak perasan selama ni. Kadang2 benda tu kita guna hari hari.. kita belasah hari hari.. kita campak hari hari.. Kita jadikan tempat lepas geram bagai.. Tapi tetap jugak berada dalam keadaan baik & sihat walafiat. Memang kebal sungguh. Bagi yang tak tahu apa tu kevlar.. kevlar adalah satu jenis benda yang di gunakan untuk buat perisai melindungi sesuatu dari rosak atau tercedera. Macam baju kalis peluru tu.. Tu salah satu jenis benda yang menggunakan kevlar la. Tapi kalau korang nak tahu apa benda yang mungkin di perbuat dari kevlar yang kita guna hari hari meh tengok kat sini. Amaran! artikel ni maybe buat korang kata.. "yelah.. dia di perbuat dari kevlar sebab tahan lasak" >> 15 BENDA YANG KITA GUNA HARI HARI YANG MUNGKIN DI PERBUAT DARI KEYLAR << Paling penting contoh dia yang dia bagi handphone 3310 memang lagend. 3310...

PENDUDUK TAMAN DAHLIA PASIR GUDANG AMBIL MINYAK MASAK DALAM LONGKANG

Image
Nak buat apa la depa dok kutip minyak masak yang tumpah dalam longkang tu. Takkan nak buat masak pulak. Mak Aii.. geli tekak. Boleh morning sickness aku kalau ada yang buat masak minyak yang tumpah dalam longkang tu. Bukan soal kaya ke miskin tapi soal benda tu dah kotor & tercemar. Di kutip lagi buat apa. Tak tak tau depa nak guna untuk tujuan lain bukan memasak. Jangan yang dok kutip minyak dalam longkang tu buat masak untuk jual kat bazar ramadhan sudah. Kesian orang yang beli makanan... teraniaya. Makan makanan di masak dengan minyak yang tumpah dalam longkang. Sumber Harian Metro Macam tu la rakyat Malaysia.. Asal kemalangan melibatkan kenderaan yang bawa barang tak kira la makanan ke hapa mesti ada tukang kutip bawak balik rumah. Nak cakap pasal halal haram memang aku bukan orang selayaknya tapi kalau bukan milik kita, kita ambil kemudian bagi anak bini suami makan... Pi la tanya ustaz ke ustazah. Kang aku tolong jawab di gelar "setazah mee segera" pulak...

MALAS NAK MASAK SERUNDING TAPI NAK KUMPUL PAHALA SILA BACA

Image
Sapa kat sini malas nak masak serunding?? Ramai.. termasuk aku. Bukan tak reti nak masak serunding sendiri tapi nak goreng semangkuk serunding pun aku rasa keras urat saraf. Nak buatnya tak susah tapi sangat penat la bagi aku kalau buat sorang2 sebab nak kena goreng lama sampai betul2 kering baru serunding tu tahan lama. Aku pernah masak sendiri serunding & kalau nak suruh aku buat banyak2 sorang2 memang tak sanggup. Angkat spender putih katanya hahahahaha... matilakau! Yang malas tu tak payah risau sebab melambak orang jual serunding tapi special serunding yang aku nak suruh hangpa beli ni memang 2 in 1 punya. Membeli sambil mengumpul pahala. yer yer.. dosa pahala bukan aku yang tentukan tapi Insya Allah setiap perbuatan baik di sertakan dengan niat yang betul ada ganjaran pahalanya. Sebab tu tajuk entri tu ada perkataan "Pahala" kat situ. Kalau korang berniat nak beli serunding tak kisah la untuk makan2 sempena ramadhan atau nak buat stok raya nanti aku sarankan bel...

VIDEO! JENG JENG JENG.. BAPAK BUAT APA KAT DAPUR..

Image
Bulan2 puasa ni awal2 pagi & tengahari orang jarang jenguk dapur sangat kecuali yang berniaga.. Normally abis berkemas kita melepak jer kat ruang rehat rumah. Kecuali la ada anak kecik so maybe rutin di dapur tak banyak beza dengan hari2 biasa. Tapi yang nak story ni pasa sorang bapak yang nak buat suprise untuk anak dia kat dapur. Aku tak reti pulak nak upload video tu kat blog. Kalau ada coding macam kat youtube copy & paste jer tahu la aku masukkan. Tapi video2 camni tak reti pulak aku. Jadi kalau korang nak tengok si bapak buat apa kat dapur siang2 hari sampai anak dia jadi pelik tengok meh la tengok kat sini >> Excited betul bapa budak perempuan ni! OMG << Moral of the story.. para bapak rajin2 la belajar buat kerja kat dapur jangan bulan puasa jer baru nak curi2 masuk dapur hahahaha... Bahaya! kalau para bapak yang tak pernah masuk dapur tetiba bulan puasa rajin pulak ulang alik ke dapur. Apapun selamat menjalani ibadah puasa hari yang ke 7. Sekejab...