Posts

BUDAK PENGHANTAR @ RUNNER PALING POPULAR DI MALAYSIA

Image
Lepas ni aku rasa mesti ramai mat mat rempit dapat hidayah untuk bekerja sebagai seorang runner sebabnya sejak menjadi viral kisah seorang runner yang mengambil upah menghantar barangan orang dengan upah ikut ikhlas orang nak bagi. Memang bukan semua orang mampu buat macam tu. Normally orang caj ikut kilometer paling tak ada rate tertentu. Gamaknya kalau orang bagi RM2 pun dia hantar jugak. Sebab service dia yang cekap & amanah ramai yang mula guna khidmat dia termasuk artis lagend Fauziah Ahmad daud. Ramai kot kenal Ogy Ahmad Daud ni.. kalau dia jadi juri rancangan realiti tv confirm kritikan dia pedas2 belaka. Orangnya pun garang. Ternampak dia post pasal runner yang semakin popular ni. Tu la kan orang kata bila kita melakukan sesuatu dengan ikhlas kita tak perlu mencanang keikhlasan kita orang sendiri boleh nampak & nilaikan. Mungkin sebab keikhlasan & sikap jujur dia buat kerja.. Ganjaran yang mungkin dia sendiri tidak pernah sangka akan dapat menjadi rezeki dia...

INILAH AKIBAT BILA ADA FOLLOWER KAKI BODEK

Image
Kadang2 aku tak faham nak kata attention seeker rasanya tak perlu kot kalau dah ada populariti cuma kenapa jugak perlu buat kalau kita tahu perkara tu memang agak sensitif & mungkin menjadi salah faham pada orang lain. Bila orang salah faham.. salahkan orang balik padahal dia yang mencetus kemudian dia yang nak terasa bila orang mengkritik. Sungguh aku tak faham.. Motif sebenar bila seseorang itu memuat status yang agak sensitif yang boleh menjadi kontroversi & salah faham tapi lepas dah kena hentam dengan ramai tetiba keluar pulak statement konon dia tak bermaksud seperti orang fikir padahal apa yang dia tulis jelas menunjukkan apa tujuan dia sebenar walau bukan niat dia sekalipun tapi orang takkan boleh baca niat kita kalau kita tak beritahu secara jelas so bukan salah orang kalau kau salah tulis. Bila kena kritik.. tuduh orang tu haters.. orang tu memang dengki & nak jatuhkan dia. Tak semak balik apa yang dia tulis.. Ingat yang membaca tu semua nujum nak nampak apa ...

8 PERKARA YANG BAHAYA DI KONGSI DI LAMAN SOSIAL

Image
Semalam kecoh pasal gambar anak anak artis di letakkan di web lucah. Sebagai mak bapak berderau jugak darah sebab aku pun ada anak yang lebih kurang sebaya anak2 artis yang jadi mangsa gambar mereka di gunakan untuk web lucah tu (boleh rujuk entri ni >> gambar anak artis dalam web lucah ). Bila katanya ada unsur pedofilia.. Mak bapak mana tak risau. Kecuali mak bapak yang jenis rasa selagi anak dia tak jadi apa - apa tak perlu nak gelabah sangat. Spesis kena terpacak atas batang hidung baru dia rasa benda tu bahaya. Tu lantak la.. kalau dah jenis takde kesedaran, biar la dia rasa sakit tu tapi tu la kalau sakit tu dia je rasa ok cuma kalau sakit tu anak dia jugak yang dapat bahagian memang kesian. Benda macam ni boleh berlaku adalah di sebabkan keterbukaan kita sendiri. Kita rasa macam Malaysia ni terlalu selamat untuk berkongsi apa saja di laman sosial. Semua benda kita nak bagitau orang. Setiap minit setiap saat & setiap apa yang kita buat.. Kita nak update. Tanpa fikir a...

JAMBATAN BERHANTU INI JADI TEMPAT ANJING BUNUH DIRI

Image
Lama rasanya tak open segmen seram serik lekat lekit. Yelah.. Masuk bulan puasa ni setan semua kena ikat so dia tak menghasut sangat suruh popularkan dia tapi tetiba malam ni terima satu bisikan Yusof taiyob suruh tulis cerita seram sebab katanya maybe ada yang rindu nak rasa terkencing dalam seluar lepas baca kisah seram kat blog puaka lekat lekit yelah.. yelah.. tanpa perasan dengan lebih lanjut meh la kita mulakan pengembaraan seram kita malam ni. Jauh sikit la kena ambil tiket flight. Tak pe Air Asia ada buat promosi free seat. Dah tempah tiket flight moh ler kita terbang sekarang ke timur Dunbartonshire. ia terletak berhampiran istana Gothic Overtoun House.  Katanya ada satu jambatan berhantu yang bila anjing lalu kat situ mesti terjun.. ada di antara anjing tu mati & ada yang tidak. Lebih 600 ekor anjing yang pernah cuba membunuh diri bila melalui jambatan tu tanpa di ketahui sebabnya. Yang pelik kesemua anjing yang terjun dari jambatan tu akan memilih tempat yang ...

STUNTMAN MALAYSIA DI LANGGAR BETUL BETUL DALAM FILEM

Image
Bila tengok babak aksi yang boleh gugur jantung kita cuma kagum dengan pelakonnya tapi tak semua benda tu di lakukan oleh pelakon. Disebalik aksi bahaya & hebat tu.. Ada seseorang yang mempetaruhkan nyawa bagi menjayakan babak babak bahaya dalam sesuatu filem atau drama. Jarang kita ambil tahu kisah hidup seorang pelakon lagak ngeri @ stuntman kat Malaysia ni. Mereka tak popular sebab hanya bekerja belakang tabir.. Kita nampak aksi tapi bukan wajah mereka. Bila tonton video seorang stuntman malaysia ni.. berderau jugak darah sebab ada babak langgar yang secara tak sengaja pelakon yang membawa kereta terlebih had laju semasa dia melakonkan babak di langgar kereta. Melambung stuntman tu kena langgar real punya. Korang boleh tengok video tu sendiri kat sini sebab aku tak reti nak upload kat entri >> Beraninya lelaki ni! Isteri dia tak suka pun dia buat jugak kerja bahaya ni... << Kalau aku jadi bini dia pun memang aku tak berapa restu dengan pekerjaan suami aku seo...

GAMBAR ANAK HARITH ISKANDER,ERRA FAZIRA & TOMOK DI WEB LUCAH

Image
Rasa takut pulak nak upload gambar anak dalam media sosial sekarang. Rasa macam nak padam atau private semua gambar anak aku kat media sosial.. Rasa perlu jugak buat sebab sekarang ni bahaya ada di mana mana. Bila terbaca kat astroawani pasal gambar anak anak artis ni di sebarkan di web lucah yang ada unsur pedofilia.. rasa darah turun sampai kekaki. Kang ada yang cakap.. alah gambar jer bukan orang culik anak kau untuk di jadikan pemuas nafsu golongan pedofilia.. kalau ada yang cakap macam tu memang minta makan kaki la. Bukan anak kau senang kau cakap.. Small matter. Rasanya para ibu bapa sekalian kita kena mula bertindak dari sekarang. Padam atau privatekan atau berhenti upload gambar anak anak kita. Kita tak tahu dari gambar apa ancaman bahaya yang menanti mereka.  Sumber Astroawani Hope parenting blogger berhati hati. Sebab niche blog depa orang tahu cerita pasal anak anak mungkin akan jadi target golongan macam ni. Kalau boleh tapis gambar anak2 sebelum di ...

INILAH 15 BENDA KEBAL KITA GUNA HARI HARI

Image
Bila baca artikel pasal 15 benda Kevlar ni aku rasa nak tergelak pun ada. Bukan apa benda ni kadang2 ada di sekeliling kita yang kita tak perasan selama ni. Kadang2 benda tu kita guna hari hari.. kita belasah hari hari.. kita campak hari hari.. Kita jadikan tempat lepas geram bagai.. Tapi tetap jugak berada dalam keadaan baik & sihat walafiat. Memang kebal sungguh. Bagi yang tak tahu apa tu kevlar.. kevlar adalah satu jenis benda yang di gunakan untuk buat perisai melindungi sesuatu dari rosak atau tercedera. Macam baju kalis peluru tu.. Tu salah satu jenis benda yang menggunakan kevlar la. Tapi kalau korang nak tahu apa benda yang mungkin di perbuat dari kevlar yang kita guna hari hari meh tengok kat sini. Amaran! artikel ni maybe buat korang kata.. "yelah.. dia di perbuat dari kevlar sebab tahan lasak" >> 15 BENDA YANG KITA GUNA HARI HARI YANG MUNGKIN DI PERBUAT DARI KEYLAR << Paling penting contoh dia yang dia bagi handphone 3310 memang lagend. 3310...