Posts

TESCO PROMOSI PRODUK TIDAK HALAL SEMPENA RAMADHAN

Image
Ramadhan ni bukan kat negara Islam jer sambut malah seluruh dunia kat mana jer ada umat Islam meraikannya. Macam tu jugak promosi yang di buat sempena ramadhan ni. Boleh kata negara bukan Islam pun ada promosi ramadhan selagi ada umat Islam kat situ. Maka berlaku la perkara yang nak kata tak hormati sensitiviti umat Islam pun tak jugak tapi mungkin sebab majoriti penduduk kat situ bukan beragama Islam.. So, depa alert la produk2 yang tidak sepatutnya di jadikan barang promosi sempena ramadhan. Benda ni bukan berlaku kat Malaysia kalau berlaku kat tesco Malaysia memang minta kena viral & kena kecam hingga lumat la. Tapi berlaku kat Tesco, Liverpool Street, London. Katanya pekerja kat situ tersilap susun makanan ringan Pringles berperisa smokey bacon di rak promosi sempena ramadhan. Tapi yang berkongsi perkara tu tak rasa ia menghina atau tak menghormati agama Islam cuma kesilapan yang di anggap kelakar. Yelah.. tak boleh salahkan depa jugak. Macam kita la.. kita mengam...

CARA MUDAH BEZAKAN DAUN BAWANG,DAUN KUCAI,DAUN SUP & DAUN KETUMBAR

Image
Hari ni kita ke dapur ada sempadan sekejab yer.. Almaklum rumah sempit la katakan. Nak buat dapur tanpa sempadan ni kang tak cukup space dalam rumah so buat dapur ada sempadan je la. Hari ni Chef lekat lekit nak bagi sedikit penerangan pada daun yang selalu orang konpius.. Nak beli daun ni terbeli daun tu. Sebab rupa depa ni macam kembar seiras kalau sekali pandang kena belek sikit baru nampak perbezaan Antara daun masakan yang paling buat orang konpius adalah daun bawang & daun kucai. Laki aku pun pernah silap beli. Nak beli daun bawang terbeli daun kucai. Padahal kalau di amati sebenarnya nampak jer hijau panjang2 macam sama tapi tak sama. Sebab daun kucai dia leper.. Tapi daun bawang dia bulat sikit macam ada gelembung udara dalam daun tu. Daun bawang selalunya orang jual masih ada bawang dia di hujung tapi daun kucai selalunya orang dah potong di hujung. Daun Bawang Daun kucai Daun kedua daun sup & daun ketumbar. Daun sup dia lebih besar & daun dia jarang2...

INI SEBAB ANDA PERLU SHARE KISAH RAYA DI LAMAN SOSIAL

Image
Sapa ada pengalaman raya yang best tak kira sedih ke, suka ker janji kita anda memang menyentuh hati & menarik. Jangan sia2 kenangan raya korang macam tu jer... Manafaatkan dengan peluang yang ada. Terbaca satu iklan petronas yang mencari kisah pengalaman raya untuk di jadikan filem pendek untuk iklan mereka. Wah just share kisah raya anda dengan hashtag #RayaTreasures korang berpeluang untuk lihat kisah korang dalam filem pendek iklan petronas nanti. Macam best jer... Yang mana suka mengarang cerita lebih - lebih lagi blogger ni elok la try la karang pengalaman raya korang tu. Manalah tau.. Tuah korang kan. Tak cuba jangan harap tuah bergolek2 macam pocong datang kat hangpa noh.. Tak payah malu bukan suruh hangpa berlakon pun suruh karang cerita ja. Amboi tulis blog kisah sweet like kencing manis dengan partner hangpa tak malu pulak nak tulis kisah pengalaman raya tetiba tersiput siput malu pulak. Aku dah join. Alah senang jer.. karang entri kat FB/twitter/Instagram/Google....

BUDAK PENGHANTAR @ RUNNER PALING POPULAR DI MALAYSIA

Image
Lepas ni aku rasa mesti ramai mat mat rempit dapat hidayah untuk bekerja sebagai seorang runner sebabnya sejak menjadi viral kisah seorang runner yang mengambil upah menghantar barangan orang dengan upah ikut ikhlas orang nak bagi. Memang bukan semua orang mampu buat macam tu. Normally orang caj ikut kilometer paling tak ada rate tertentu. Gamaknya kalau orang bagi RM2 pun dia hantar jugak. Sebab service dia yang cekap & amanah ramai yang mula guna khidmat dia termasuk artis lagend Fauziah Ahmad daud. Ramai kot kenal Ogy Ahmad Daud ni.. kalau dia jadi juri rancangan realiti tv confirm kritikan dia pedas2 belaka. Orangnya pun garang. Ternampak dia post pasal runner yang semakin popular ni. Tu la kan orang kata bila kita melakukan sesuatu dengan ikhlas kita tak perlu mencanang keikhlasan kita orang sendiri boleh nampak & nilaikan. Mungkin sebab keikhlasan & sikap jujur dia buat kerja.. Ganjaran yang mungkin dia sendiri tidak pernah sangka akan dapat menjadi rezeki dia...

INILAH AKIBAT BILA ADA FOLLOWER KAKI BODEK

Image
Kadang2 aku tak faham nak kata attention seeker rasanya tak perlu kot kalau dah ada populariti cuma kenapa jugak perlu buat kalau kita tahu perkara tu memang agak sensitif & mungkin menjadi salah faham pada orang lain. Bila orang salah faham.. salahkan orang balik padahal dia yang mencetus kemudian dia yang nak terasa bila orang mengkritik. Sungguh aku tak faham.. Motif sebenar bila seseorang itu memuat status yang agak sensitif yang boleh menjadi kontroversi & salah faham tapi lepas dah kena hentam dengan ramai tetiba keluar pulak statement konon dia tak bermaksud seperti orang fikir padahal apa yang dia tulis jelas menunjukkan apa tujuan dia sebenar walau bukan niat dia sekalipun tapi orang takkan boleh baca niat kita kalau kita tak beritahu secara jelas so bukan salah orang kalau kau salah tulis. Bila kena kritik.. tuduh orang tu haters.. orang tu memang dengki & nak jatuhkan dia. Tak semak balik apa yang dia tulis.. Ingat yang membaca tu semua nujum nak nampak apa ...

8 PERKARA YANG BAHAYA DI KONGSI DI LAMAN SOSIAL

Image
Semalam kecoh pasal gambar anak anak artis di letakkan di web lucah. Sebagai mak bapak berderau jugak darah sebab aku pun ada anak yang lebih kurang sebaya anak2 artis yang jadi mangsa gambar mereka di gunakan untuk web lucah tu (boleh rujuk entri ni >> gambar anak artis dalam web lucah ). Bila katanya ada unsur pedofilia.. Mak bapak mana tak risau. Kecuali mak bapak yang jenis rasa selagi anak dia tak jadi apa - apa tak perlu nak gelabah sangat. Spesis kena terpacak atas batang hidung baru dia rasa benda tu bahaya. Tu lantak la.. kalau dah jenis takde kesedaran, biar la dia rasa sakit tu tapi tu la kalau sakit tu dia je rasa ok cuma kalau sakit tu anak dia jugak yang dapat bahagian memang kesian. Benda macam ni boleh berlaku adalah di sebabkan keterbukaan kita sendiri. Kita rasa macam Malaysia ni terlalu selamat untuk berkongsi apa saja di laman sosial. Semua benda kita nak bagitau orang. Setiap minit setiap saat & setiap apa yang kita buat.. Kita nak update. Tanpa fikir a...

JAMBATAN BERHANTU INI JADI TEMPAT ANJING BUNUH DIRI

Image
Lama rasanya tak open segmen seram serik lekat lekit. Yelah.. Masuk bulan puasa ni setan semua kena ikat so dia tak menghasut sangat suruh popularkan dia tapi tetiba malam ni terima satu bisikan Yusof taiyob suruh tulis cerita seram sebab katanya maybe ada yang rindu nak rasa terkencing dalam seluar lepas baca kisah seram kat blog puaka lekat lekit yelah.. yelah.. tanpa perasan dengan lebih lanjut meh la kita mulakan pengembaraan seram kita malam ni. Jauh sikit la kena ambil tiket flight. Tak pe Air Asia ada buat promosi free seat. Dah tempah tiket flight moh ler kita terbang sekarang ke timur Dunbartonshire. ia terletak berhampiran istana Gothic Overtoun House.  Katanya ada satu jambatan berhantu yang bila anjing lalu kat situ mesti terjun.. ada di antara anjing tu mati & ada yang tidak. Lebih 600 ekor anjing yang pernah cuba membunuh diri bila melalui jambatan tu tanpa di ketahui sebabnya. Yang pelik kesemua anjing yang terjun dari jambatan tu akan memilih tempat yang ...