Posts

KISAH SEBUAH RUMAH SEWA YANG DAH 10 TAHUN

Image
Mesti korang semua dah terbayang.. rumah sewa ni ada kisah misteri di dalamnya setelah 10 tahun berlalu. Mesti korang mula terfikir.. Kena baca siang2 hari, kalau malam2 baca confirm takut nak ke toilet lagi. Tapi sebenarnya... Ok korang baca la sendiri apa kisah di sebalik rumah sewa yang dah 10 tahun ni... Gambar sekadar hiasan. Diam tak diam dah 10 tahun aku tinggal kat rumah yang sama dari hari pertama aku berhijrah ke sini sampai la aku dah ada anak sorang. Dari mula2 tinggal bertiga sampai la tinggal aku sorang & sampai la aku tinggal dengan suami & anak. Rumah ni banyak memori dengan arwah ayah.. sebab dulu kalau arwah ayah & mak datang sini even ada rumah adik aku, tetap rumah aku ni la dia suka nak check in. Rumah ni dulu nak masuk duit mak aku jugak.. Masa tu sedara sendiri tolong arrange cari rumah lepas adik aku dapat kerja gomen kat MITI. Condition rumah ni memang dah tak berapa bagus sekarang.. dengan jiran kepoh 24jam sehari tapi pasal jiran tu aku...

TAK SEMUA ORANG BENCI BLOGGER NI

Image
Yelah.. dalam kehidupan ni kita mana ada semua orang akan suka atau sayang kita & mustahil jugak semua orang benci kita. Sebab dalam kehidupan seharian kita.. Allah dah jadikan sangat sempurna. Sejahat jahat manusia pun masih ada lagi insan2 yang menyayangi dia.. & sebaik baik manusia pun tetap ada orang benci. Semua ni untuk mengimbangi sistem kehidupan kita.. Hidup ni umpama masak 3 rasa.. ada manis, ada masam & pedas. Gabungan 3 rasa ni la yang melengkapkan kita sebagai manusia normal. Sebab aku tahu.. kalaupun ramai orang benci aku masih ada lagi yang suka aku. Kenapa aku yakin masih ada orang suka aku.. Aku pun dapat kad raya tau dari blogger yang sweet & baik hati sangat. Aku takde pm2 minta kat kad raya kat orang.. Tapi depa2 ni semua pm aku minta alamat nak hantar kad raya. So, keikhlasan mereka tak perlu nak di ragui lagi. Terima kasih buat sahabat lama dalam dunia blog ni.. blogger yana yani yang membuktikan seorang kawan tak semestinya sentiasa sependa...

DULU COLGATE SEKARANG DARLIE PULAK BUAT

Image
Dah jadi trend ke hapa.. lepas satu brand buat.. brand lain pun tak mau lepaskan peluang nak buat jugak. Ni copypaste idea ke camna? Takpe la.. selagi tak melanggar hakcipta katanya.. buat la apapun. Orang kata sama tapi tak serupa. Macam kembar tak seiras la kan.. Mesti ramai tertanya tanya apa yang colgate & darlie buat. Buat perkara sumbang mahram ke camna?? Takde la sumbang sangat tapi menyumbang tu ada la. Menyumbang pada kesihatan & kecantikkan gigi. Kan dua2 produk tu produk penjagaan gigi sejak zaman berzaman lagi. Sebelum ni colgate keluar dengan siri berus gigi berasaskan arang.. sekarang darlie pulak keluar produk berasaskan arang. ada ubat gigi & berus gigi yang berasaskan arang iatu produk darlie charcoal. Peluang baik untuk kaki selfie dengan kemunculan produk baru darlie ni sebab ada contest snap, caption & share. So, jangan sia2 kan bakat selfie korang tu.. Jom join kat sini >> Darlie, snap,caption & win << Try la kot2 ada rezek...

GADIS MATI AKIBAT TAHAN BERAK

Image
Jangan ada yang gelak yer baca tajuk entri.. Tak kelakar ok! Mati bukan perkara gurauan kot.. Bila sampai menyebabkan kematian memang kes serius jugak yang patut di jadikan pengajaran pada orang lain. Bukan semua orang rasa nak berak terus pi berak.. Ada orang fobia nak berak jadi dia sanggup tahan berak sampai berbulan bulan. Ni bukan cerita dogeng ok! Seorang gadis mild austisme yang katanya setiap kali nak berak dia jadi fobia & sanggup tahan berak sampai 2 bulan. Bayangkan 2 bulan tak berak.. sedangkan kita membuang hari hari. Kalau tak buang satu dua hari mula la jadi sembelit bagai. Tapi remaja ni boleh tahan sampai 2 bulan. Dia meninggal dunia akibat serangan jantung yang disebabkan oleh sembelit setelah 8 minggu tidak membuang air besar. Ahli patalogi yang melakukan post-mortem menyatakan keadaan ini sangat dramatis dan tidak seperti yang pernah dilihat sebelum ini. Gejala yang dialami oleh gadis tersebut adalah gelaja 'penahanan tinja' yang umumnya dihidapi ...

MONA FANDEY ISTERI YANG SETIA & SENTIASA JAGA SOLAT

Image
Kisah mona fandey yang biasa kita dengar adalah kisah kejam pasal pembunuhan seorang ahli politik, kisah2 mistik & seram berkaitan penglibatannya dalam ilmu hitam.. Jarang kita dengar orang cerita pasal kebaikkan seorang yang di katakan memiliki senyuman yang menyeramkan ni. Sepanjang kes dia dulu.. gambar2 yang terpampang di surat khabar atau television waktu tu.. kebanyakkan gambar dia tersenyum. Tak pernah ada kes dia maki wartawan ke, sepak cameraman ke.. Dia sentiasa senyum bila lensa di halakan pada dia. Aku sendiri pun tak pernah tahu kisah ni yang di ceritakan sendiri seorang warden penjara wanita kajang yang waktu tu di tugaskan menjada Mona Fandey.. Menurut ceritanya Mona fandey seorang yang sangat peramah, menjaga solat 5 waktu & rajin mengaji malah menjadi kawan baiknya di penjara sebab Mona Fandey seorang yang suka bercerita tapi cerita dia takde yang memburukkan orang lain. Lebih kepada berkongsi kisah kehidupan peribadi dia jer.. Yang kita tak tahu sebenar...

SAMPAI HATI DATO SERI NAJIB RAZAK BUAT SAYA MACAM NI..

Image
Tu dia.. tajuk entri mention terus Dato Seri Najib Tun Razak. Yelah.. biar orang google Najib Tun Razak tersenarai jugak entri ni di carian google. Manalah tau DS Najib Terrrrrrrrrrrr baca katanya. Dia dapat hidayah untuk tidak terus membebani rakyat semekin macam aku ni. Bukan aku sorang kot rakyat semekin malah ramai lagi. Takkan nak tunggu 50% rakyat malaysia jadi gelendangan baru rasa kos sara hidup kat Malaysia ni tinggi sampai jangankan nak beli rumah.. nak bayar sewa rumah pun dah tak mampu. Akibat kenaikkan harga minyak & GST di laksanakan.. tetiba pagi ni dapat whatsapp dari owner rumah yang nak naikkan sewa bermula bulan depan. Naik bukan sikit.. sehingga RM150 tu. Kang ada salah faham pulak.. ingat sewa umah aku RM150 pulak.. kalau RM150 aku boleh sambil menari2 jer bayar. tapi ni kena bayar extra RM150 dari sewa rumah sebelum ni. Aduhai.. Nak raya.. nak balik kampung.. harga minyak naik confirm la harga barang pun akan turut naik. Di tambah dengan GST lagi.. Rasa n...

BILA KITA SEDAR YANG BAIK DENGAN KITA CUMA KAKI KIPAS

Image
Bak kata pepatah aku.. Kita lebih banyak di bohongi saat kita punya segalanya.. nama, harta, kemahsyuran. Tapi kita akan jumpa sebuah kejujuran bila kita tak punya apa - apa. Sebab tu dalam hidup kita jangan selesa dengan pujian.. sebab pujian sekarang umpama ada udang di sebalik batu. Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan harga minyak yang naik 10sen hahaha Saat kita sedar di yang ramai di sekeliling kita selama ni cuma kaki kipas bukan kawan saat tu baru kita sedar bahawa sebenarnya tak ramai pun sudi berkawan dengan kita kalau kita bukan kita yang mereka kenal. Yang ada kepentingan untuk orang lain bergesel kat kaki kita macam kucing jalanan minta makan. Even kita tendang pun tetap dia datang bergesel jugak kat kaki. Even terpaksa jilat tapak kaki pun dia sanggup buat asalkan dia kenyang. Tapi kalau kita pun umpama kucing kurap.. jangankan nak gesel kat kaki, nak duduk sebelah pun orang tak sudi apatah lagi nak mengaku kenal. Waktu tu baru kita sedar banyak kepal...