Posts

YANG PERLU KORANG TAHU SEBELUM PAKAI CONTACT LENS

Image
Contact lens pun dah jadi macam kosmetik.. Ramai yang nak cantik sekarang ni pakai contact lens tapi entah kenapa aku rasa macam rimas bila pakai contact lens.. Pernah la dulu pakai.. Rasa lagi selesa dengan bijik mata original ni. Takpe la bijik mata standard orang melayu... Syukurlah ada biji mata katanya. Takde warna warni aidilfitri pun takpe dari rasa ada benda melekat je kat biji mata. Tapi biasa la tuntutan trend & fesyen.. Ramai muda mudi termasuk tua bangka pun nak nampak cantik dengan contact lens... Takpe pakai jer. Semua berhak untuk rasa diri dia cantik. Tapi sebelum korang beli & pakaikan kat bijik mat korang ada beberapa perkara korang kena tahu dulu. Jangan semborono main tempek je kat bijik mata. Silap haribulan nak cantik lain pulak jadinya. Banyak perkara kena ambil kira dalam pemilihan contact lens ni.. Dari segi kesesuaian hingga pada tahap keselamatan & kesihatan. Jangan ambil mudah.. Kanta lekap ni bila pakai melibatkan keselamatan kornea mata....

BAWA ANAK PERGI BERCUTI UMPAMA BAWA BEBAN BAIK TINGGALKAN JE

Image
Terbaca satu artikel pasal pasangan suami isteri retis ni yang katanya serik dah nak bawak anak pergi bercuti ke luar negara kalau takde pembantu. Sebab dia rasa susah nak handle. Almaklum la orang kaya kan... Benda macam tu pun dah rasa tak boleh nak handle. Anak sorang je kot.. Tu ok lagi.. Yang tak boleh blah.. statement dari admin blog cerita retis yang popular tu. Lagi urut dada aku baca. Statement retis tu aku ok lagi.. sebab katanya cuma serik tak bawa pembantu jer.. tapi statement admin blog tu yang tak tahan...  Sampai macam tu sekali dia rasa bebannya anak anak yang di bawa pergi bercuti. Aku ni dah dekat 4 tahun panggung wayang pun tak masuk dah... Sebab aku tau anak aku tak boleh duduk diam. Ada orang suggest sekali sekala bagi la family jaga.. Maaf la. setakat nak berseronok sampai nak kena tinggal anak tu bukan cara aku. Biarlah aku buat aktiviti yang anak aku pun boleh join sekali.. asalkan mana aku pergi anak aku ada dengan aku. Kalau nak tengok wayang pun a...

RUMAH PALING SEDIH DI HARI RAYA

Image
Raya.. tak semua rumah yang kita kunjungi tu nampak meriah & ceria dalam suasana raya.. Kadang2 ada rumah even di hias untuk sambutan raya.. ada persiapan raya macam orang lain tapi bila masuk memang kita rasa suram & sedih sangat. Bukan sebab penghuni dia orang susah ke,orang kurang upaya atau orang sakit.. cuma mungkin sesuatu yang kita rasa hilang bila kita melangkah masuk setelah berpuluh tahun tak jejakkan kaki. Macam tu la yang aku rasa bila bertandang kat sebuah rumah ni.. dulu rumah tu bagi aku bersih, kemas & cantik walaupun tak besar mana. Nampak meriah orang yang menghuninya.. dari kecik rumah tu selalu aku keluar masuk... lepak.. sembang.. Tapi sekarang setelah berpuluh tahun aku tak pernah lagi masuk rumah tu, raya pertama haritu aku masuk.. Ya Allah.. sedihnya. Banyak perkara dah 'hilang' yang ada cuma kenangan. Yang hilang 'kawan baik' aku sejak dari sebelum aku kenal ABC lagi.. membesar sama sama. Bukan dia dah takde kat dunia ni cuma dia...

INILAH CARA NAK TAU SAMADA ANDA 'HOT' KE TIDAK

Image
 Yang mana rasa diri dia macam 'hot ' & spicy sangat elok la telaah entri ni. Dari dok perasan sorang2 pun tak bagus jugak untuk perkembangan otak & hati katanya.. Yelah, kadang2 orang yang nothing ni memang bajet hot.. tapi yang something pulak tak sedar diri tu hot. sebabnya... Ada orang tak sedar dia memang 'hot stuff' sebab mungkin dia terlalu merendah diri.. & ada orang pulak perasaan 'hot' sebab dia memang jenis syok sendiri. Sebenarnya hot ke tidak diri kita ni.. Memang kita tak boleh buat penilaian. Kita perlukan pandangan & survey dari orang lain jugak. Yang mana nak tahu tahap ke 'hot'an korang tu jangan risau aku boleh membantu. Almaklum la aku kan wonderpeah katanya... kami tak besar & kami tak kuat bila bekerjasama semua jadi mudah.. yeah.. wonderpeah! Ops.. ternyanyi pulak. Ok.. ok..mesti hangpa semua tak sabar nak test diri sendiri sama ada hot ke tidak... Sabar! Panas ke suam ke sejuk ke.. Takde orang tahu cuma...

15 MAKANAN MAHAL YANG BOLEH BUAT ANDA KENA SERANGAN JANTUNG

Image
Ni standard Azwan Ali je kot kalau nak makan sebab katanya dia tak makan makanan murahan. Me'nate pun bukan standard dia lagi.. Jadi aku rasa makanan ni maybe standard AA la.. Orang semekin macam aku ni yang kena GST pun dah meroyan memang mampu tengok je la. Jangankan nak makan sampai kenyang.. nak rasa hujung lidah pun tak berani. Mahal sangat katanya. 15 jenis makanan ni kira bukan kategori makan untuk hidup dah.. Ni kira makanan mewah. Sampai mati pun orang2 macam aku ni belum tentu mampu makan kecuali la tetiba dapat sponsor kan. Sapa la tahu.. Rezeki ni dia nak datang dari pelbagai sudut & sumber. Tapi kalau nak saving semata mata nak makan benda benda ni.. Maybe tak kot. Ada antara harga makanan ni korang boleh beli sebijik rumah. Nak makan untuk sekali kenyang ke nak beli rumah untuk tinggal seumur hidup.. Mestilah orang semekin macam aku pilih beli rumah. Nak tau berapa harga tembikai ni?? Korang mesti tak sanggup nak makan Nak tau kenapa apa 15 makanan ni bo...

INILAH AKIBAT ARTIS TAK PANDAI SIMPAN AIB KELUARGA

Image
Family mana yang tak pernah ada masalah..Semua ada masalah sendiri. Nak2 bila kumpul ramai ramai ni.. Macam2 kerenah boleh tengok. Takde yang perfect. Tak puas hati tu benda biasa.. Gaduh pun bukan benda pelik tapi zaman media social ni canang aib keluarga pun bukan perkara memalukan lagi. Kecoh pasal chef selebriti yang mengamuk kat media social siap upload gambar ahli keluarga yang malas bangun pagi tolong buat kerja rumah. Memang la sapa2 pun hangin.. orang sibuk buat kerja kat dapur depa sedap membongkang.. Bangun tau2 ambil pinggan jer tapi kau maki dalam rumah sudah la. Kau dok maki kat media social tu dah kenapa. Perlu ke mengaibkan family sendiri kat orang lain. Perlu ke nak bagitau perangai buruk family sendiri kat orang lain. Kang orang mengutuk family kita tau rasa sakit hati... Tu la zaman media social.. tak kira sekecik2 budak sampai setua2 datuk nenek semua jadi tak matang bila berdepan dengan media social. Takde istilah marah dalam hati sekarang ni sebab media so...

9 JENIS PENIPUAN ONLINE YANG MESTI ANDA TAHU

Image
Sekembalikan ke kotaraya ni.. Maka raya bagi aku dah abis la. Alhamdulillah Tahun ni masih ada rezeki pulang berhari raya kat kampung halaman dengan family. So, balik je sini kembali ke rutin harian macam biasa la. Entri pasal raya.. nanti la free aku karang yer.. Mesti ada cerita raya kalau dah beraya kan. Hari ni kita warm up blog dengan entri informasi dulu.. Yelah.. banyak makan ketupat, lemang bagai.. maybe ada yang dah lupa perkara bahaya yang boleh berlaku di dunia maya ni. Walau pesanan, peringat, info bagai di sebarkan secara meluas di laman sosial mahupun media cetak tetap ramai masih jadi mangsa penipuan online. Nak kata tak celik IT boleh pulak tertipu secara online.. Bermakna dia pandai jugak la guna internet tapi entah kenapa dia tak reti jugak nak baca info berkenaan penipuan online kan? Tapi ramai manusia jenis lagi tak kena batang hidung selagi tu dia alert. So atas dasar prihatin tentang jenayah penipuan online yang masih berleluasa sekarang ni meh aku share de...