Posts

HANYA SEMPAT BERKAHWIN SEHARI

Image
HANYA SEMPAT BERKAHWIN SEHARI . Hanya orang yang kuat sahaja Allah Uji macam ni. Kita mungkin tak sehebat mereka sebab ujian kita lebih ringan. Pun macam tu kita dah rasa macam langit duduk atas bahu punya berat. Ujian paling menguji fizikal & emosi tak lain tak bukan ujian kematian orang tersayang. Nak2 lagi kematian tu datang selepas sehari di Ijabkabul. Allahuakhbar... Serius meremang bulu roma. Tersentap rasa hati membayangkan perasaan orang yang di Uji sebegitu hebat. Bila terbaca berita satu kemalangan di Terengganu.. Perjalanan pasangan pengantin baru untuk ke majlis sambut menantu di rumah pihak pengantin lelaki, mereka terlibat dalam kemalangan. Pengantin perempuan katanya patah tangan Tapi pengantin lelaki bersama ibu kepada pengantin perempuan & 2 adiknya terkorban dalam kemalangan. Berderau darah aku baca cerita macam ni. Nak2 lagi baru sehari mereka di ijabkabul. Pengantin perempuan bukan saja kehilang suami yang baru sehari di nikahi malah kehilangan ibu ...

20 BE @ CPUV NUFFNANG ON GOING DI BLOG

Image
20 BE @ CPUV NUFFNANG ON GOING DI BLOG . tetiba hari ni ada mood nak menunjuk nunjuk jumlah BE @ CPUV yang tengah on going di blog lekatlekit.com & duniamelekitku.blogspot.com . Mesti ada yang masih tak tahu aku ada 2 blog, dua2 blog tu nampaknya kali ni memberi hasil dari memacak banner Nuffnang sejak tahun 2010. Alhamdulillah kesemuanya BE @ CPUV ada earning walau earning setiap satu kempen tu dah tak dapat hasil macam dulu. At least sikit2 campur semua dah banyak. Mungkin jugak kesan dari transformasi yang aku buat di blog. Yelah.. lepas tukar template kepada lebih mesra SEO bagai aku tetiba dapat hidayah nak tukar ke dot com. Alhamdulillah aku tak rasa sia sia dengan pelaburan yang aku buat untuk blog aku. Traffic pun semakin meningkat cuma yang tak naik lagi harga review di blog lekatlekit.com . Still sama macam dulu setakat ni Jadi sapa2 nak review sila ambil kesempatan atas kemurahan hati aku yang masih tak nak naikkan harga review. hahahah... Nuffnang walau 2 ticket ak...

JANGAN BOOK TIKET FLIGHT SEBELUM ANDA TAHU TENTANG GOLD COAST

Image
JANGAN BOOK TIKET FLIGHT SEBELUM ANDA TAHU TENTANG GOLD COAST . Dah dekat2 hujung tahun ni rasanya ramai yang dah plan nak pergi bercuti. Nak pergi bercuti ni seeloknya survey & google dulu destinasi yang kita nak pilih sebagai tempat percutian. Bukan apa takut main redah je kita jadi tak enjoy dengan holiday kita nanti. Atau mungkin kita jadi macam kera masuk bandar. Kena kejutan dengan budaya orang kat tempat tu. Jadi kemudahan yang ada sekarang gunakan sebaik mungkin supaya kita tak silap pilih tempat untuk pergi bercuti. Mungkin ada yang dah senaraikan Gold Coast, Australia sebagai destinasi percutian hujung tahun nanti. tapi nanti dulu jangan book tiket flight sebelum korang semua baca 10 Perkara tentang Gold Coast, Australia ni. Kenapa mesti baca dulu.. Alasan dia sama macam perenggan di atas. Siapa tahu mungkin tempat tu bukan citarasa korang. Ia langkah Awal supaya percutian anda jadi percutian yang berbaloi & tidak rugi. Jadi ini yang perlu anda tahu sebelum boo...

MISTERI SIAPA YANG MEMBERI MAKAN KEPADA 2 MURID ORANG ASLI YANG TERSELAMAT?

Image
MISTERI SIAPA YANG BERI MAKAN KEPADA 2 MURID ORANG ASLI YANG TERSELAMAT? . Kes yang aku rasa nak follow adalah kes kehilangan 7 murid orang asli yang di katakan lari dari asrama selepas takut kena marah sebab mandi sungai. Sebabnya... kalau ikutkan tempat mereka di temui tu 500 dari tempat mereka hilang. Tak jauh mana pun tak orang cari dekat 2 bulan baru jumpa. Adakah pihak yang terlibat dalam operasi pencarian sebelum ni tak cari kawasan tu atau nampak mereka ada kat situ sebelum ni. Ini bukan statement menyalahkan sesiapa tapi pertanyaan yang aku nak sangat tahu jawapannya. Semalam terbaca update terkini di Harian Metro online.. Menurut cerita salah seorang mangsa yang terselamat kesemua 5 murid termasuk 4 yang belum di temui mati akibat kelaparan cuma seorang murid berusia 8 tahun, haikal mati lemas ketika menyeberang sungai. Ya Allah tak dapat aku bayang perasaan 2 murid yang terselamat melihat yang lain mati depan mata. Dengan ketakutan dalam hutan, tengok kawan2 lain mening...

KRONOLOGI MISTERI KEHILANGAN 7 MURID ORANG ASLI DI GUA MUSANG

Image
KRONOLOGI MISTERI KEHILANGAN 7 MURID ORANG ASLI DI GUA MUSANG . Selepas 46 hari misteri kehilangan 7 murid orang asli selepas lari dari asrama selepas mandi sungai, hari ni 2 daripada kanak2 tersebut selamat di temui dalam keadaan lemah & kurus. Satu mayat kanak kanak jugak di temui berhampiran mereka tapi belum di kenalpasti. Semalam 1 mayat reput di temui di sungai & telah di kenalpasti. Rangka rusuk kanak kanak jugak di temui dalam hutan tapi belum di kenalpasti. 4 lagi status kanak kanak tersebut masih hilang. Pada 23 Ogos lalu mereka di laporkan hilang dari sekolah kebangsaan Pos Tohoi di percayai takut dikenakan hukuman selepas mandi sungai berhampiran tanpa kebenaran. Pada 25 Ogos selepas laporan polis di buat mengenai kehilangan 7 pelajar tersebut, gerakkan mencari mula di jalankan oleh penduduk kampung & jabatan hal ehwal orang asli. 29 Ogos operasi mencari di perluaskan & pihak polis percaya mereka tersesat dalam hutan Pada 1 september sepasang stokin ...

LINTAH DALAM KANGKUNG GORENG BELACAN

Image
LINTAH DALAM KANGKUNG GORENG BELACAN . Kangkung.. dulu aku suka makan tanpa was was. Sedap kalau goreng. Nak2 lagi goreng belacan. Tapi kangkung ni masa potong nampak banyak lepas masak abis mengecut jadi sikit je. Jadi nak masak kangkung yang menyampah nak potong la. Alahai.. bosan sungguh. Sebab daun dia kecik2. Nak asingkan dengan batang dia lagi. Nak belah & potong batang dia. Ada orang tak belah dah batang kangkung cuma potong pendek2 ada orang belah dulu baru potong. Nak tau sebab apa meh sini nak story. Gambar Sekadar Hiasan. Carian google Kisahnya... Dulu sebelum aku dengar cerita ni aku memang suka makan batang kangkung tak kira la dia belah ke tidak masa siang tu. Yelah.. batang kangkung ni macam rangup sikit kan sedap la kalau kunyah2. Pada suatu hari tu.. (ni kisah zaman anak dara) sambil lepak2 minum dengan seorang abang yang aku kenal dari aku sekolah menengah lagi. Zaman dok gila dengar & call radio RFM dulu. Dia pun terbuka la cerita pengalaman dia makan ...

ABANG USTAZ KAZIM ELIAS BONGKAR RAHSIA TENTANG ADIKNYA

Image
ABANG USTAZ KAZIM ELIAS BONGKAR RAHSIA TENTANG ADIKNYA . Aku tak tahu yang selama ni Abang ustaz kazim elias jugak seorang penceramah & pendakwah. Katanya dia berceramah lebih awal sebelum ustaz kazim cuma ustaz kazim lebih di kenali & menyerlah dalam dakwahnya. Bagi yang tak kenal Ustaz Kazim Elias beliau sebelum menjadi pendakwah selebriti keluar tv bagai. Dulu ceramah2 beliau sangat popular kat youtube. Sebab cara dia berceramah memang santai, kelakar & terkenal dengan suka menyanyi lagu2 Allahyarham P.Ramlee & lagu2 hindustan dalam ceramah beliau. Ni la rupa abang kepada Ustaz kazim Elias Tadi tertengok Rancangan kat TV AlHijrah yang jemput abang kepada Ustaz Kazim Elias iatu Ustaz Dato' Kapten (B) Ustaz Najmuddin Elias. Muka, suara memang ada persamaan dengan adik beliau Ustaz Kazim elias cuma style berceramah tu je lain sikit tapi macam sama jugak. Pandai berlawak & suka menyanyi jugak. Dia ada cerita satu rahsia kepada penonton kenapa adik beliau U...