Posts

COURTS BAGI TIPS BERJIMAT KE TIPS BERHUTANG NI?

Image
COURTS BAGI TIPS BERJIMAT KE TIPS BERHUTANG NI? . Zaman semua barang keperluan naik harga ni masing2 cuba mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat. Mula2 GST di laksanakan banyak peniaga mula pasang banner & promosi harga barang tanpa GST kononnya padahal kadang2 tu dia dah serap harga GST tu dalam harga barang. Ni harga tol pulak naik tak mustahil nanti tiba2 peniaga yang jual barang yang memerlukan penghantaran pasang banner & promo harga tol kami tanggung pulak. Semua nak mengaburi mata pembeli. Padahal harga yang depa caj tu sebelum ke selepas GST @ Tol naik sebenarnya dah tinggi & tak rugi pun bila kos naik. Cuma untung tu mungkin kurang sikit je jadi boleh la depa ambil kesempatan trick pengguna yang lurus bendul katanya.. Almaklum kita ni dah tak ada pilihan kadang2 ada perkara terpaksa jugak kita beli walau kemampuan tu terbatas. Jadi kita cari la yang jual & promosi harga paling jimat. Kadang2 ada jenis manusia malas survey.. apa dia nampak dulu itu...

TERBONGKAR TENTANG ORANG MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA

Image
TERBONGKAR TENTANG ORANG MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA . Sejak akhir akhir ni banyak sungguh pembongkaran tentang negara kita Malaysia ni. Terbongkar tentang Pm sekarang memang membebankan rakyat.. Terbongkar sebenar memprotes dengan cara berhimpun di jalanan tidak sama sekali memberi kesan pada pemerintah & macam2 lagi la pembongkaran. Tu tak termasuk pembongkaran melalui spekulasi tentang MH370 yang masih misteri tentang kehilangannya. Malaysia memang masih banyak perkara misteri yang baru nak terbongkar sikit demi sedikit katanya. hehehe Tapi pembongkaran yang aku nak buat kat blog lekat lekit ni takde la sampai mengancam keselamatan negara cuma apa yang nak di bongkarkan ni memang siapa2 pun tak boleh nafi kewujudan & kejadiannya. Walau pergi kemana mana serata dunia pun benda ni semua orang terpaksa akui ianya dari Malaysia. Hanya Malaysia miliki perkara ni & hanya rakyat Malaysia saja akan buat . Malaysia memang unik bukan je berbilang kaum malah banyak p...

AWAS! MELENGGANG PERUT AMALAN KHURAFAT

Image
AWAS! MELENGGANG PERUT AMALAN KHURAFAT . Salam pagi jerebu.. Semoga anda masih sihat walau terpaksa menyedut udara yang bercampur jerebu kuning semalam. Sebelum kita mulakan aktiviti harian jom la kita berdoa supaya masalah jerebu dapat di selesaikan secepat mungkin & semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang penyakit merbahaya akibat jerebu & hindari kita semua dari malapetaka akibat kerosakkan bumi. Gambar Sekadar Hiasan, Sumber Google pepagi tadi sempat tengok rancangan Fiqh wanita kat tv9. Rasanya rancangan ulangan. Tak ingat pulak nama ustazah tu sebab tak sempat tengok dari awal cuma tertarik bila ada penonton bertanya pasal amalan melenggang perut. Kalau hangpa tak tau melenggang perut tu macam mana.. Melenggang perut ni di lakukan pada wanita hamil. usia kandungan dah dekat2 sarat baru orang buat melenggang perut. Tujuan dia katanya untuk mudahkan proses bersalin & nak tahu jantina bayi dalam perut. Ni kira amalan turun temurun sejak dulu kala. Masih a...

JEREBU KUNING YANG MENAKUTKAN

Image
JEREBU KUNING YANG MENAKUTKAN . Jerebu bukan makin pulih malah makin teruk. Dari kelabu terus jadi kuning. Sampai menakutkan tengok permadangan luar. Aku tak berani nak buka tingkap. Selak sikit jer dah bau asap kuat. Cuaca kuning ni dari dalam rumah aku pun nampak walau tutup tingkap. Memang teruk giler asap jerebu hari ni. Kat Facebook pun ramai update pasal jerebu kuning ni. Ni permandangan di Malaysia yer.. Menguning bagaikan perhimpunan bersih katanya. Sumber gambar FB Mohd Hairey Yahya Kita kat Malaysia dah kuning macam ni gamaknya kat Indonesia sana warna apa sekarang. Bila fikir jadi takut. Serius rasa macam bumi dah nak musnah sedangkan kita dok update blog lagi.. erkk.. segmen mengumpat diri sendiri ok! hehehe. Gamaknya kalau Indonesia tak ambil iktibar lagi apa yang berlaku tahun ni & tahun2 sebelum ni tak tau la. Tahun2 sebelum ni takde la sampai kuning jadinya bumi Malaysia ni. Tahun ni habis Malaysia kena demam kuning. Kalau baby demam kuning boleh jugak ...

PANAS! DUIT DALAM ACCOUNT DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS LESAP

Image
PANAS! DUIT DALAM ACCOUNT DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS LESAP . Terbaca post terbaru di FB Dato Aliff Syukri pengasas produk D'herbs yang terkenal dengan tagline terlajak laris. Dalam post tu katanya.. duit dalam account Al-Rajhi Bank dia lesap di curi oleh seorang individu yang di gambarkan macam orang yang rapat & di percayai selama ni. Tak tak di nyatakan apa pertalian dia dengan orang tersebut. Dalam laporan polis yang di buat.. katanya dia memamsukkan sejumlah wang dalam account Al Rajhi bagi tujuan untuk membuat pinjaman nak beli kereta ferrari & bayaran bulanan di buat melalui account bank tersebut tapi malangnya dia dapat call dari bank kata baki dalam account dia tidak mencukupi. Setelah siasatan di buat katanya ada individu yang membuat pengeluaran melalui ATM mesin sejak 2013 lagi. Mak Aii.. dah bertahun duit kena curi baru perasan sekarang. Almaklum la orang kaya.. account banyak tu pasal kot tak perasan. Tak macam kita account banyak pun dalam account t...

MENANGIS BOLEH KELUARKAN RACUN

Image
MENANGIS BOLEH KELUARKAN RACUN . Menangis dengan manusia adalah sinonim. Manusia tak pernah menangis adalah manusia yang tak normal tak kira la lelaki atau perempuan cuma kekerapan menangis tu selalu di nilai dari jantina. Perempuan memang terkenal dengan airmata.. sedih menangis, suka pun menangis. Manakala lelaki ni dia menangis kalau betul2 hati dia tersentuh sangat je. Tak tau kenapa hati lelaki ni susah nak tersentuh. Kurang magnet kot hahahahaha.. Kadang2 orang rimas dengan spesis perempuan yang sikit2 nak menangis. Dah macam baby padahal umur dah balusia (baby lanjut usia). Kalau dalam cerita Kasim Selamat sebab terlampau menangis sampai jadi buta. Sebab tu menangis setiap hari non stop. Pelik kan.. airmata dia tak kering2 pulak tu menangis sampai buta. Tapi menangis ni tak semua menyebabkan keburukkan kalau kita menangis dengan cara yang betul. Menangis pun ada cara jugak ke? Yelah.. kalau tanpa sebab nak menangis tu dah tak betul. Sebab menangis ni ada jugak kelebihanny...

MASIH SELAMATKAH BUAT PERKARA NI KAT STESEN MINYAK

Image
MASIH SELAMATKAH BUAT PERKARA NI KAT STESEN MINYAK . Zaman media sosial sekarang tak perlu nak tunggu keluar surat khabar atau berita TV.. kadang2 kat paper & TV pun siar berita yang kita rasa dah basi sebab kita terlebih dahulu tahu berita tu melalui media sosial. Medium paling pantas menyebarkan cerita, berita, fitnah, provokasi, gosip & macam2 lagi la. Pendek kata dari sebaik baik perkara sampai la seburuk buruk nya semua ada kat media sosial. Kalau tengok video rompakkan, samun, ragut dekat stesen minyak ni memang kadang2 ada yang sampai trauma tiap kali nak pergi isi minyak. Apatah lagi nak buat perkara lain kat stesen minyak. Rasa macam tak selamat. Rasa macam penjenayah sedang memerhati menunggu masa nak jadikan kita mangsa. Kalau muka orang jahat tu boleh nampak dari air muka senang la nak detect. Sebab kadang2 orang muka nampak macam jahat tapi sebenarnya tak jahat tapi yang muka nampak suci murni pulak tetiba dia la penyangak. Kita pun rasa tak tau nak percaya si...