Posts

CLINELLE SCRUB & MASK RASA MACAM PAKAI CILI KAT MUKA

Image
CLINELLE SCRUB & MASK RASA MACAM PAKAI CILI KAT MUKA . Ahad lepas aku ada singgah guardian.. Macam wajib pulak kalau keluar mesti nak singgah kat guardian. banyak sangat saka2 dalam tu buat nafsu serakah membuak buak nak membeli belah. Kalau masuk pantang keluar tangan kosong kecuali tertinggal wallet kat rumah. hahahaha.. Sebab pernah jadi elok berbaris nak bayar check dalam beg wallet tak ada. Tertinggal kat rumah. Kalau aku masuk guardian memang jarang laki & anak nak ikut.. depa lebih selesa buat aktiviti lain dari tunggu aku membelek barang dalam tu. Aku pun lagi selesa.. sebab takde la budak kecik nak ganggu fokus aku membaca penjelasan belakang produk. Benda tu pun perlukan konsentrasi untuk kita lebih memahami kegunaan & keperluan produk yang nak beli. Jangan main beli je.. alih2 sebenarnya tak menepati keperluan kulit kita. Tujuan masuk guardian tu motif utama nak beli cotton face dengan sebamed body wash je. Tapi tu la tipikal perempuan.. Motif utama tetap di...

SERAM! KISAH BENAR SEORANG PELUKIS MENYEWA DI RUMAH MILIK SAKA

Image
SERAM! KISAH BENAR SEORANG PELUKIS MENYEWA DI RUMAH MILIK SAKA .Rabu biasanya blogger banyak buat entri wordless Wednesday tapi entah kenapa aku dari dulu tak mampu tulis entri dengan tema wordless.. selalunya mesti jadi more words katanya. Rasa macam kencing tak lawas pulak kalau tulis entri pendek pendek ni. Hahaha... Maka sebab aku taknak rasa kencing tak lawas tu hari ni siang2 hari kita bersegmen seram serik lekatlekit. Sebab aku ada kisah seram nak share.. Jadi segmen seram serik ni memang tak tunggu malam dah. Ada bahan je terus up. Kisah yang aku nak cerita ni katanya berdasarkan kisah benar pengalaman seorang pelukis yang suka mengembara. Nak di jadikan cerita pada satu hari dia masuk ke sebuah kampung untuk mencari ilham melukis. Bila dah masuk kampung tu dia cari la tempat untuk stay sampai dia puas berkarya kat situ. Dapat la sewa sebuah bilik.. condition memang out la. Kampung tu rumah2 dia bukan cantik2 sangat. Lebih kurang macam setinggan je. Di sebabkan dia pun ...

VIDEO! SEDAP SUNGGUH SHILA AMZAH NYANYI LAGU TAMIL

Image
VIDEO! SEDAP SUNGGUH SHILA AMZAH NYANYI LAGU TAMIL . Orang kata kalau dah memang suara tu sedap.. meletop kebabom.. nyanyi lagu apapun sedap. Ni baru kategori penyanyi serba boleh. Apa2 irama pun dia boleh lagukan dengan baik. Memang shila Amzah di lahirkan dengan bakat semulajadi. Sebab suara sedap ni bukan boleh dapat kat mana2.. Yang boleh belajar cuma teknik nak menyanyi dengan betul & baik je. Kalau nak tengok video tu boleh clik kat gambar ni Bukan la nak merendahkan bakat Najwa Latif.. Tapi Najwa latif salah satu contoh penyanyi yang boleh bawa lagu dia je. Lagu yang di compose sendiri sebab semua lagu dia buat memang nada & melodi yang lebih kurang sama. Kebanyakkan semua mendatar jer. Pernah dengar dia nyanyi lagu orang memang agak kelautan hindi. Berbanding shila Amzah yang kita tahu bakat nyanyian dia. Kalau tak takkan sampai ke china menyanyi ye dak. Bagus jugak budak shila ni.. Nyanyi lagu melayu sedap. Nyanyi lagu omputih sedap.. nyanyi lagu tamil pun sed...

LANA NORDIN TAK PUAS HATI DENGAN AYDA JEBAT SEBAB BAJU

Image
LANA NORDIN TAK PUAS HATI DENGAN AYDA JEBAT SEBAB BAJU . Semalam terbaca luahan hati pelakon Lana Nordin yang katanya kecik hati tengok Ayda Jebat pakai baju pengantin dia dalam satu iklan. Katanya baju tu dulu di sponsor lepas pakai kena bagi balik la kat pereka dia. Aku pun pening jugak kalau sponsor takkan ambil balik baju tu.. Tapi tak tau la kan. Sebab dulu Memey Suhaiza di sponsor Raflesia barangan kemas juta ringgit pun.. bagi pakai je. Habis majlis dia kutip licin barang dia. Gila kau nak bagi kat retis barang juta2 macam tu. Mungkin istilah sponsor dalam industri hiburan ni macam pinjam la kot. Kalau kita orang biasa ni sponsor bermakna tolong biaya kos tu. Bermakna benda yang di sponsor tu jadi hak milik kita. Tapi dalam kes lana nordin dengan designer baju tu tak tau la salah faham ke hapa. Kalau sponsor baju jer takkan ambil balik.Maybe cuma suruh peragakan je kot. Bila dah sorang keluarkan statement tak puas hati.. maka bermulalah kontroversi. Jawapan balas Ayda Jeba...

PERMAINAN ILUSI PALING TAK MASUK AKAL DI PETROSAINS

Image
PERMAINAN ILUSI PALING TAK MASUK AKAL DI PETROSAINS . KLCC lambang kebanggan orang2 KL katanya. Sebab aku pernah terbaca satu viral yang bebudak KL yang bangga sangat sebab kat KL je ada KLCC.. kedah ke? takde kan?? Ye ye.. kedah memang tak ada KLCC.. tapi kedah ada banyak benda yang tak ada kat KL jugak. Kang senaraikan.. menangis pulak anak jati KL katanya. Tak kisahlah KL ada KLCC negeri lain tak ada.. Kita ni satu Malaysia ok! KLCC bukan milik orang KL jer.. malah sesapa saja boleh masuk kesitu. Yang buat KLCC tu pun bukan semua anak jati KL. Disebalik bangunan berkembar tu di bina.. ada macam2 manusia dari berbagai negara, bangsa,negeri yang terlibat. Cuma lokasi dia kat KL je orang KL nak claim benda tu hak milik Kuala Lumpur. Gambar pinjam jer ni..  Kalau masuk KLCC tu yang ada anak anak mesti rasa nak singgah jugak kat petrosains. Aku pun suka juga ke petrosains. Kadang2 masuk ke KLCC tu semata mata nak bawak anak aku ke petrosains je.. Sebab anak aku memang nampak e...

SESUATU YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG 7 TEMPAT DI ASIA INI

Image
SESUATU YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG 7 TEMPAT DI ASIA INI .  Hari ni ramai bercuti terutama kaum India la sebab hari ni kan hari depavali. Biasa la raya kat Malaysia ni kan.. Semua kaum akan meraikan. ramai hari ni cuba belit saree... Ntah berjaya ntah tidak tak tahu la. Tapi yang teringin nak belajar pakai saree tu meh la tengok tutorial kat sini macam mana nak pakai saree dalam masa tak sampai 5 minit. Macam tak caya je kan.. Boleh pakai saree dalam masa sesingkat tu tapi percayalah dengan ikuti tutorial ni anda mampu pakai saree lebih cepat dari pakai baju kurung. Nak tau macam mana tengok le sendiri kat sini >> Cara Pakai Saree Paling Mudah Tak sampai 5 minit << Bagi yang tak ada plan apa2, melepak je kat rumah. Takpe jangan sesedih. Kat rumah pun kita boleh jenjalan sampai oversea katanya. Apa susah sekarang ni nak round the world guna jari jer.. Almaklum dunia di hujung jari katanya. Alah.. setakat muruku bersepah jual kat memana setiap hari. Tak payah sedih...

KISAH MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI PETROSAINS KLCC

Image
KISAH MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI PETROSAINS KLCC . Sedang asyik menggoogle pasal petrosains yang terletak di bangunan KLCC yang menjadi kebanggan orang2 kl katanya tetiba terserempak pulak dengan satu kisah seram,misteri lagi mistik yang pernah berlaku di Petrosains awal pembukaannya dulu. Maka secara rasminya segmen seram serik lekatlekit kita akan membongkar satu kejadian misteri yang pernah berlaku kat situ. Dari sumber yang aku baca katanya Tapak KLCC sekarang adalah bekas tapak tempat perlumbaan kuda. Tempat judi & maksiat macam tu apa nak pelik kan kalau banyak jin, syaitan & manusia yang perangai macam setan. Normal la tu.. Mana ada orang baik main judi, ye dak? Orang jahat memang BFF setan. hahaha. Nak dijadikan kisah seram.. Pada satu malam yang sepi pi pi.. Seorang ustaz di jemput untuk membantu memulihkan kejadian2 mistik,pelik & seram yang berlaku kat situ. Kalau korang pernah ke petrosains mesti korang tahu satu tempat dimana ada pame...